Followers

8 Jan 2012

First time kena boh ubat bontot.




Kesian la anak-anak.
Sorang demi sorang demam.
NAsib le ada 2 je.
Kalau 4 orang, jadi la sorang demi sorang demi sorang demi sorang. HEHEH..


Wawan dah sehat sokmo. 
Campaknya sudah baik. 
Kulitnya sudah putih berseri.
Dia dah kembali tersenyum. 


Ketika demam tempoh hari

Masa Wawan demam, lansung takleh nak tinggal. 
Pi dapo pun , dia nangeh.
Kena kerah Oni plak tolong teman sebab kalu takde orang depan mata , dia nangeh. 

Camana nak wat keje? 
Tu pun aku gagahkan juga habihkan keje.
Merintih , mengalir ayaq mata Wawan panggil aku. 
LAst sekali, dia tido keletihan macam gambo kat atas ni..


Close up sikit


Kesian dia. 
Badan gatal-gatal. 
Buleh pulak Lumut tak hujan sepanjang masa dia demam tu.
Berpeluh setiap masa.
Letak dia macam mana pun, dia takmo. 
Ni kira posisi paling sedap pilihan dia la ni gamaknya. 

Bila Wawan dah ok., cubaan lain pulak menanti....


Suhu badan Oni plak naik mendadak malam Jumaat tu. 
Memang panas. NAsib baik ada ubat demam di rumah. 

Keesokkannya, badan Oni memerah macam udang kena bakar. 
Ada bintik-bintik kecik tapi tak banyak, cuma di belakang.
Dah le Inche Kitchi tak balik lagi masa tu. 
Keta pun takde. Sapa nak teman bawak semua orang ni pi klinik? 


Sabtu ada meeting. Terpaksalah aku tak pegi. 
Pagi tu Inche Kitchi balik, bawak semua sekali pegi klinik. 
Oni plak, nangeh je dari malam tu sampai le ke pagi. 
Muka dia merah, mata berair. Even tak nangih pun, nampak macam nangeh. Kesian sangat. 


Dr. Ling suruh datang lagi 3 hari nak tengok progress demam dan bintik-bintik merah tu. 
Balik tu, Oni batuk-batuk dan muntah.
Kuar kahak banyak juga. 
Dia takmo makan. Susu pun susah sangat nak habihkan. 
Asyik nangeh je. Huhuh~  TAk penah lagi dia nangeh sepanjang masa cenggini. 
Dia dok tunjuk gusi atas dia sakit. 
Nak tumbuh gigi ke? 
TApi, gigi dah tumbuh dah suma rasanya.....


Sepanjang malam Sabtu Oni nangeh je. 
Tak tido betul-betul. 
Inche Kitchi kuar malam tu, dalam pukul 3 pagi dia balik. 
Wawan pun takleh tido sebab si kakak dok nangeh je.
LAst sekali, aku bagi Wawan kat Apak. 
Jaga sorang satu. HEhe..
Dedua beranak tido depan tv. 
MAnakala aku plak dok dalam bilik , tido berdua dengan Oni. 
Tak tido la aku satu malam dek menjerlum badan Oni. 
Aku takut sangat dia kena tarik sebab badan dia terlampau panas. 
So far, tak penah lagi la. 


Subuh-subuh Ahad tu, aku kuar bawak Oni pegi HATL, gi emergency.
Apak dok umah dengan Wawan. 

Oni nampak lega skit bila aku bawak dia jenjalan pepagi sejuk tu.
Sampai kat emergency, suhu dan tekanan darah dia diambil. 
Suhu 39 darjah. Huuukkhuuukkk~ TApi, doktor cam kagum jap, Oni still leh jalan sendiri lagi sambil bawak bantal busuk. 
MAta je kuyu .. 

Untuk meredakan kepanasan, doc masukkan ubat bontot.
Siyes aku tak penah sumbat ubat tu kat anak-anak. 
TAk reti. 
Diulang, TAK RETI!

Oni macam dah buleh agak da yang dirinya akan diperlakukan sesuatu. 
DIa terus nangih! 
TAkmau diletakkan atas tilam. 
TAk bagi aku bukak pampesnya.
DIa nangeh sungguh-sungguh, meronta-ronta cam hape la.. 
Ko jangan Oni, kang misi tu salah sumbat ubat tu, boh dalam bontot Ibu lak kang! Bek ko diam~ 

Setelah jenuh bertarung, akhirnya ubat tu berjaya juga disumbat ke dalam bontot Oni. 
Senang aje ek. HUHUH.. Oni lak nangeh selama 10 menet selepas peristiwa itu. 
Pehtu dia jalan kengkang-kengkang. Rasa nak tampo je. HAHAHAHAHA. 
Weh, jalan elok-elok le nak oi. Aduyaiii.~ BUkannya ado ape pun ha.. *sebenarnya aku rasa lawak sangat masa tu tapi tak leh gelak lagi sebab situasi tak mengizinkan.

 Pehtu , aku ajak dia gi market beli ikan. 
Belanja dia cekelet, diam le kejap. 
TApi, dia memang jalan kengkang sampai balik umah. 

Rupanya....... 


Dia berak dalam seluar.


HAHAHAHAHA.... NAsib baik tak bocor di tengah jalan. 
Aku plak buleh tak bau, kan? Sebab idung tersumbat.
Aku pun selsema juga. 




Sekian saje cerita untuk hari ni.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram