Followers

4 Jan 2012

Doakan Wawan cepat sembuh ye...




Kronologi demam Wawan:


Rabu, 28 Dec 2011
Wawan kena cucuk 6 bulan. MAsih hepi-hepi.



Khamis. 29 Dec 2011
Hepi lagi. Tapi badan ada tanda-tanda panas.


Jumaat, 30 Dec 2011
Demam dikesan pada tengahmalam. Nangeh takleh tido. Suhu badan mencecah 38 darjah. Bawak pi klinik. Doc kata demam cucuk. Tunggu 3 hari tengok. Dapat ubat demam ngan ubat selsema. Petang tu gerak pi umah Umie (MIL) di POkok Sena. Wawan tido sepanjang jalan.


Sabtu, 31 Dec 2011
Meragam tetengah malam lagi. Pukul 5.30 pagi badan Wawan memang panas betol. Nak bawak pi sepital. Ikut aku, aku nak balik umah dah takmo tunggu sampai kenduri besoknya. Whoaaa... Wawan memang nampak sangat tak senang duduk. NAngeh teruk. Disebabkan badan panas, dan dia nangeh tak berenti, Apak dia bawak gi mandi. Mandi pepagi subuh tu. Sejok gila. Wawan nangih kuat sungguh. TApi, tak lama. Keluar bilik air, Wawan dah ok. Senyum-senyum. Badan dah tak panas macam tadi.


Ahad, 1 Januari 2012
LEpas sambut besday Apak, semua tido la kan. TApi, Wawan meragam juge... TAkleh tido. Kejap berjaga.. Ngan aku-aku la sekali tak tido.

Malam tu ada kenduri kesyukuran. Masa tu baru aku tau Wawan demam campak. NAmpak merah-merah sikit. AKu dah nampak dah siang tu tapi aku just assume tu ruam biasa je. Sebab Oni pun dulu, kalu demam je musti kuar ruam.


Isnin, 2 JAnuari 2012
Wawan meragam lagi tengah malam. Teruk jugak.
Takmo apa pun. DUkung je buleh bagi dia diam.
Pukul 6.30 pagi, aku mandikan dia.
Lepas tu baru dia tido. Kak Zaharah pesan soh mandikan dia selalu, tayah pakai sabun.
Siang tu, aku bagi Wawan minum air kelapa sikit. BAdan dah kurang panas. Tapi berpeluh. Tengahri tu kami balik ke Lumut. Wawan tido je dalam kereta. Takde nangeh sangat.


Selasa, 3 Januari 2012
Aku perasan Wawan kurang berminat minum susu. 7 oz susu tu amik masa gak nak abih.
Kena 2 kali suap. Tak seperti kebiasaan.
KAlau kurang minum, mestila kurang kencing kan? Hari ni didapati panas Wawan dah takde. Cuma ruam merah tu makin jelas dan banyak.


Mata pun tak larat angkat da..

Aku bawak gi Dr. Ling. 
Dia cakap, Wawan cuma kena ruam je berikutan Wawan demam panas 3 hari. 
Biasanya bila dah kuar ruam tu, demam akan surut. Make sense la. Aku still konpius. Wawan ni campak ke ruam? Kalau campak, aku nak merawat cara campak.
KAlau ruam, aku wat biasa-biasa je la kan? 
Balik tu, aku cuba membertenangkan diri. 
MAk tipon cakap tak kira la apa pun, jangan bawak Wawan kuar takut kena hujan. 
Kena berjaga-jaga. 
AKu patuh.
Dr. Ling hanya bagi ubat angin je sebab perut Wawan kembung dek takmo susu. Ubat demam dan selsema dihentikan serta merta.



Lihat la' tayar spare' saya yang berlipat ni... Pun begitu, saya masih HOT dan comel. Anda bagaimana?

 Bintik-binti mula kelihatan jelas menjelang petang. 
Wawan makin tak senang duduk. Kerap berpeluh. KAlau bukak baju, baru dia tido nyenyak. Oni aku tinggalkan kejap kat MAma As nye, so that adiknya buleh rest. Aku pon rest sekali.
Gila, kejang otot aku kejap bangun, kejap baring, kejap duduk, kendian lari-lari menjaga Wawan dan Oni. 
Pepaham je la ONi tu camne , kan?

Tips: Sebagai Ibu kepada anak kecik yang 'agak' ramai, sila wat senaman regangan setiap kali bangun tido. Macehhh....



 PApepun, aku kena minta opinion dokter peribadi. 
MAka, aku MMS le gambo Wawan kepada beliauuuuu untuk tatapan Encek Dokter. 
Selagi tak dengar second opinion, aku takleh bertenang. 
KAlau tak nak kena gi jumpa Dr. Saadiah plak. Sorang kate ruam, sorang kata campak. 
Yang aku ni plak, risau takut budak ni kena denggi. 
TU JE!! 
So, tak salah kan jadi lorat demi masa depan yang cemerlang?


Memula Nini D kata Encik Dokter sedang memancing.
JAdi kena tunggu balik dulu.
Ni le dia... Jangan sangka doktor tak reti memancing okeh. Dan jangan sesekali sangka semua tentera laut suka memancing.



Tapi keputusan kemudian telah disahkan...






Wawan memang kena demam campak.....


MySpace




Takde ubat apa pun. 
Tak lama lagi baik le tu. Buleh le continue minum ayaq nyoq.  
Esok baru leh check kot ada ulser kat tekak Wawan yang menyebabkan dia takmo nenen.




Kesian Wawan cayang...

Demam-demam gini pun, Oni tetap tak mo berenggang ngan adik. TAk penah jemu cium dahi Wawan setiap kali Wawan tido sambil cakap.."siannyeee adik kakak..."









Masalahnya, bila dia cium adik , adik pun terjaga selepas itu.

Grrr....




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram