Followers

30 Dec 2011

Demam nak buleh buah?

Tetiba, Wawan meragam sungguh semalam. Sampai keras tengkuk aku.sebab asyik terkejut je bila dia merengek dan meragam. Perut dia kembung. TAk bleh kentut kot. 

Pukul 5 pagi , dia bangun lagi melalak kuat. Aku tercium satu aroma yang sungguh tak besh. Huh, berak la plak si Wawan. BAgi susu pun takmo. Aku pon terpaksa la basuh walaupun air tu memang dah tau dah sejuk gedik. 

Lepas cuci , sapu minyak angin kat perut dia, Wawan pun tido. 

Pukul 7.30 pagi, bangun , nangih lagi. Tapi kakak dah bangun da masa tu. DIa main jap ngan kakak. TAk lama pastu nangeh lagi. Suara serak-serak. RUpanya, nangih sebab sakit perut nak berry............

Berak keras plak dah. Kesian ooo... MErah padam muka Wawan meneran. Pelik sungguh la.. Susu sama je minumnya. Tinja takde kuar kelabu-kelabu dah , dah jadi kuning tapi apsal kali ni berak keras? TAdi subuh berak ok je. 

Kesian aku tgk Wawan 'bertarung' meneran. Bebetul cam orang beranak. MAcam ada kiraan plak. Dia teran lama, pastu berenti. Amik napas. PAstu teran balik. Adui.. memang le aku nak gelak tengok tapi tak patut le plak kan anak tu tengah sembelit, aku lak gelak. ~sengal ko makbed!~


Aku peluk Wawan sambil dia dok neran tu. Badan dia panas. Wawan nampak lega sikit bila dipeluk. SOk aku pun peluk je la sampai dia dah habh teran. Tup-tup, dia dah tido dah ngan muka dia bebetul kat ketiak aku. 

"Wes... Wawan. NAk meneran pun amik mood cium ketiak ibu ke?" aku kejutkan dia sebab nak basuh berak dia tu. TAkkan teran berak pon leh pensan?

Wawan bangun malas-malas. Muka ceria balik dah. Ada kakak tolong jadi joker kat depan. LEpas aku mandikan, aku bagi dia ubat demam. Kena cucuk hari Rabu, hari Jumaat baru demam ke? Buleh ke camtuh?


Pukul 10 pagi, aku gi Klinik Ling.
Dr. Ling tanya pasal warna taik Wawan, masih kelabu ke.
AKu cakap dah ok dah. 
CUma pagi ni tetiba je sembelit. Susu pun tak berapa nak minum. Macam tak suka je susu Lactogen Langkah 2 tu. Sejak minum Langkah 2 tu la berak dia jadi ok , mencapai kaler yang memuaskan. 

Wawan demam biasa je. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Petang ni kang nak balik Pokok Sena.
Rumah MIL.
Gtau MIL nak gerak esok, tapi aku dah tak sesabo nak berjalan balik kampung la plak, ajak Inche Kitchi balik petang ni. 

Aku gtau (meset) la kat MIL (Umie) yang Wawan demam. 

 "OO... hehe.. Nak blh buah la..."

Gitu la meset mak mentua aku tadi. 

Aku tanya la.. "Buah apa..?"

Cam tak paham... Umie aku ni nak belah buah ke kat aku? 

Dah tu MIL meset balik...

"Org tua2 kata 'buah' utk baby boleh merangkak, duduk dan perangai berubah..mmmmmmmm.."


OHHHHHHHHHHHHHHHH... that 'BUAH' kaa........... 

Buah yang tu maksudnya = langkah. 

Bukan aku taktau . 
TAu... Tapi, MIL pakai shorform pulak kan? 
Haih!!!! 
NAsib baik aku tak rajin terlebih tanya 'buah apa yang ada'.. Sebab la ni kan musim durian. 
KAlau tak mana aku nak sorok muka aku balik kampung kang?


 
Photobucket

Lega dah Tentang Dhia dah habih. Skang Tentang Oni plak.

Hari ni mood terawang-awang di udara, penangan ending citer Tentang Dhia le ni kot. HUhuahuah... Agak-agak berapa titik ayor mato korang luruh masa tengok ending citer tu? HAHAHAH...Aku kira, ade la 2 titik je air mata meleleh, sebab tak sempat nak tadah. 

Malu nak nangeh, kang Inche Kitchi kutuk!


Papepun, aku rasa lega bangat citer tu dah habih.
Korang lega tak? 
Pasni, aku start berazam tak tengok citer bersiri Maghrib-magrib lagi. (Azam yang entah keberapa kali dah ni....)

Nora Danish sangat comel berkepala botak walaupun cuma fake je. 
Cun.
Rugilah bekas laki ko tinggalkan ko kerana sesapa yang dia berkenan, sebab ko takde rambut pun still comel seadanya. 








NI citer lain..






Oni masih lagi gila main bedak walaupun sudah boleh bercakap dengan petahnya. 
Haih! 
Sila sorokkan bedak daripada dilihat oleh budak ini. Kalau korang tak kisah rumah bersalji, bagi le dia main. 






Wawan plak semakin sihat dan kuat. 
Ni gambo semalam, sebaik saja balik dari klinik lepas cucuk 6 bulan. 
Bangun awal, kol 6.30 pagi berjaga.
Aku pi klinik pukul 10am, dia masih belum tido siang. Sampai kat klinik, meragam la. 
NAk baringkan dia pon takleh. Dia bantai meraung dengan merdunya. 
Nasib baik la Oni tak nakal. Aku kena pegi 3 beranak je sebab pengasuh takde masa tu. 

Lepas kena cucuk kat peha, Wawan terus tido. PEliknya, time cucuk takde plak budak ni nangeh. Iskk~ 

Punya ngantuk sangat, sampaikan aku dukung dia bawak naik atas rumah pun, dia tak menguit sikit pun. Terlentuk je. WHoaaa...ngantuk betui!







Photobucket

29 Dec 2011

Oni dan Ibu di kala mahu tido


MAlam-malam, aku akan meluangkan masa berborak manja dengan Cik Oni.  Berikut adalah perbualan yang berlaku tadi...


Ntah camana , besh plak aku dok melayan lagu tema New Girl tu sambil geletek-geletek Oni. Oni plak tetiba je pandai sebut several words from that song...

Hey, girl...
Watcha doing?

Cemtula banyak-banyak kali dia ulang.. Sampai aku pun layan gak. Layan pelat si Oni.


"Ibu, nak senimut (selimut).." pintanya.

Selimut ada je terlipat kat hujung kaki. Tapi tu selimut aku.

"Amek le selimut tu.."kataku sambil memuncungkan mulut kat selimut di hujung kakinya. MAlas nak gi amik selimut lagi satu yang dia selalu pakai tu.

"Alaaa... tu senimut Ibu nyer. NAk senimut kakak," bidas Oni.

"Ala... tak payah le selimut. Ibu nak peluk je.." bantahku, sambil aku mengiring nak peluk Oni.

Oni memang sangat suka dipeluk dan memeluk aku. TAk keberatan pun dia membiarkan diri dipeluk. Sesekali aku lepaskan pelukan sebab Wawan nangeh.

"Ibu, lok laa Kakak.... Lok la..." pinta ONi untuk dipeluk semula.

SUka aku. HEHHE.. AKu peluk semula Oni. KEkal begitu , sambil Oni tepuk-tepuk pipi Ibunya. Tak jemu-jemu Oni cium pipi aku, sebagaimana selalu aku lakukan pada dia. CUma, dia cium aku ngan puting dia kat mulut~

"Bertuah Oni. Ada ibu ngan ayah. Selalu la sayang Ibu ngan Ayah ye... Ada orang tak da ibu dengan ayah. TAk dapat sayang ibu dan ayah dia. KEsian tak?" bisikku perlahan di telingan si kakak.

"Errmm.. ciannn. Ni Ibu Kakak...~" balasnya sambil usap-usap pipi. Lembut je suaranya... TU ngantuk le tu.

"Tido la kakak. Esok kita main lagi ekk....."

"Ok.." balas Oni.

"Good nite ONi..."

"Nite Ibu..."balas Oni.

"Assalamualaikum....."kataku.




"Waalaikumsalam................. Acuk le..."















"Errr.... HEHEHHEHEE..." tersengih aku sengsorang atas tilam.

Photobucket

28 Dec 2011

Kenali Karakter Diri Melalui Tandatangan

Credits to Beatrice Kong. I share yee....
 
 
 
 
 
Sign? Signature? Cemana sign korang? Camana gaya korang sign? Adakah sign korang cantik? Senang? Susah? 
TAndatangan kita juga boleh menggambarkan personaliti kita. 

 
 
 
1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan 
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kedekut. Mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.



2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.



3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.



4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tanda Tangan 
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kedekut.



5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan 
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.



6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan 
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain boleh mengambil hati mereka dengan hanya memuji.



7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung 
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang disayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.



8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama 
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.
 
 
 
 
Makbed berkata:
 
Aku sangat suka tengok signature Abah. Sampai skang aku try tiru, tak pass pass.... Oppss!

27 Dec 2011

Sampai hati korang wat Ibu cam ni tawww~



aNAK-ANAKU AKU BERPAKAT KE HAPE NI?


Time aku nak nengok citer Dhia tu la masing-mAsing-masing pakat menjerit sorang sikit. Si Oni jerit nak susu. Si Adik pun jerit sama. 

Padahal, susu dah buat awal-awal dah. Oni da pun habihkan sebotol. Tak sampai setengah jam, mintak lagi. Dengki tak? Pehtu bila aku buat kat dia, time iklan, dia tido. Susu baru yang aku bancuh tadi tak minum pun. Dia buat peluk je.

Yang si Adik plak, susu dah bagi minum, tapi minum memain. Mata nngantuk , tamo pejam. Kaki dok gedik-gedik,konon protes. NAngih macam lapar tak makan setahun. Bagi susu, minum 2 saat, pehtu sengih-sengih. Waaaaa~ menyirap la plak. Bila Aku wat tatau, nangeh, melalak macam aku ni ibu yang kejam, tak mau layan anak. 

Cemni la anak-anak aku wat kat aku. 
Aku nak break kejap je tengok Tentang Dhia, tapi diorang wat aku cam aku ni ibu yang malas, taknak layan diorang. Ala...sejam je pon. KAn selalu lepas citer Dhia ibu bawak semua masuk bilik tido? 

Sampai hati korang.....

TAk bleh ke kasi chance??


Oni, nanti Ibu beli kamu satu threadmill. Asyik ulang "nak jalan...nak jalan..." 
Dah bawak gi jenjalan pun, nak jalan lagi. Keta baru bergerak 5 menet, kamu dok sebut "nak jalan-jalan...
 Ape , tak cukup ke jalan-jalan Ibu bawak?
Berapa kilometer sebenornye kamu nak jalan? Kamu nak pi mana?

PAsni, Ibu beli threadmill tu, kamu jalan la atas tu sampai lebam.
Nak jalan sambil tido pun Ibu tak kesah. Huh~!*annoying.


Wawan dah pandai wat drama air mata. Sapa nak amik dia berlakon, meh le...




26 Dec 2011

Adoiyai Spek Oldschool: Penyelesaiannya..



[Part 1]
[Part 2]

Selepas menontot Mission Imposibble, aku ngan asben pegi balik kedai spek tadi. Sebelum tu, dia singgah Maybank, nak cucuk duit katenye...

Aku plak dok berkira-kira dalam kereta. NAsib baik aku keje sendiri, gaji insurance aku sebulan 2 kali. Bulan ni pun ada sikit bonos. Takde la riban-riban tapi cukup le. Pusing-pusing duit , aku rasa boleh kot nak wat contact lense dulu. Bulan depan mungkin buleh buat spek pulak.

 Sampai kat kedai spek tu, Inche Kitchi hulur duit.

"Ape ni?" tanya ku.. HAHA.. BUat-buat tanye lak kan. Duit la. Mongok punya soklan.

"Amik la. Duit buat contact lense...." katenye sambil menyalakan api rokok beliau. MAsa tu tengah hujan lebat gila.

Aku amik je. TAk cakap pe, tapi aku sengeh je macam kerang busuk. Pehtu, aku masuk kedai, tinggal dia sengsorang kat luar.

Tokey kedai tu namanya Alvin. Alvin ajak aku check mata kat dalam bilik. Pelik gak, nak wat contact lense je pun, nak kena check sama macam nak wat spek ke? Tadi kan dah check pakai komputer...?

"Kena manual check jugak. Baru la power buleh accurate. Kalau betul power mata you, barulah mata buleh baik.." beritahu Alvin.

Serta-merta aku jadi suka 130% kat beliau dan kedai beliau. HUHUHUUHUH~

Lama plak nak check mata. Kena pakai spek robot tu plak kan. Ekjas mata sebelah kiri dan kanan. Baca tulisan yang semakin lama semakin kecik. Dan, dia ni plak rajin sungguh nak pastikan aku dapat yang terbaik, sampai tulisan paling halus pun dia suruh aku cuba baca sampai nampak. Dan, aku tau kendiannya, penyakit silau aku ni agak teruk juga walaupun tahap rabun dah baik sikit.

Yang paling tak bleh blah, time aku dok wat check rabun dalam bilik tu, Inche Kitchi pun join skali masuk dalam bilik. Selama ni, check macam tu aku wat sengsorang aje. Tak penah ada sapa pun TERINGIN nak masuk, even mak abah aku. KAlau la diaorang masuk, barulah diorang tau gamaknya betapa TAK NAMPAK nye aku selama ni.

Dan, sekali lagi, Inche Kitchi sanggup mengharungi keadaan tu demi nak tau how bad the kerabunan of his wife. Aku nyampah gak, asal aku salah baca je dia bantai sengih-sengih. Suka la tu aku buat salah kan? Huaaa.. segan lak aku. Tapi, dah aku tak nampak, takkan aku nak baca je la apa yang aku nampak. Nombor 8 nampak cam 0. Number 5 nampak macam 8. Huruh H nampak macam N. Biar salah, janji kita jujur. Kalau nak jawab semua betul je padahal tak nampak, kang aku dapat power spek yang tak kena ngan mata aku.

Aku tanya Inche Kitchi pastu, penah tak tengok orang buat spek selama ni?

Dia cakap , tak penah.

HAHAHAHHAA... Tunggu la. Besok-besok ni, your turn!! Pehtu aku lak nak gelak sambil goyang bontot cam Sin Chan. HHuahuahuahuahuahuah~

Anyway, aku touching gak ngan dia. Selalunya dia biar aku wat semua sendiri. Bukan la dia tak mau teman, tapi aku tak de la pun ngongoi suruh dia ikut. Kalau dia nak, ikut je la. Kalau dia nak antar, kira bagus dah le tu. Tapi, bab wat spek ni, agak personal bagi aku. Kali terakhir aku wat spek 4 tahun lepas, dia takde pun. Kami belum kawin lagi. BAru kenal-kenal.

So, now you know how bad is it kan?


Contact lense dah kompem. Minggu depan baru dapat. So, minggu yang ado ni aku kena jugak pakai spek jahanam tu. PEning!!


As for the orang yang menjahanamkan spek aku tu, besoknya aku call kedai tu, ask for the manager. Pastu, aku repot la apa yang pekerja dia buat. I then went back to that shop to meet the manager in person and I showed the evidence. It was proven that what the worker did, it was done wrongly.  I asked for any compensation because this was not a simple matter that can be forgiven just like that. Ce pikiaq kalau tetiba orang gores biji mata kau tak pasal, apa perasaan kau? MArah? Suka? Terharu?


I even had a chance to snap a pic of the manager and the boy himself, without them realizing it. HAHAHA.. JAhat tak? Then aku cakap, if there's no action taken, I will publish their face on my blog as I already prepared the article in my blog draft. So, once I put it in my blog, the entire population in Setiawan, MAnjung and Lumut will definitely read it.


Oh yes... The manager kind of kekwat gak ngan aku. Cakap bahasa Inggeris semedang macam aku ni budak kampung tak paham apa dia cakap. Mak ai... Ko cakap omputih pun standard Jinjang je, tayah kot belagak. Menci betui. Aku pun tak cakap aku terer speaking. Aku ada SPM je.. Takde bukak kedai spek pon. Lagi la nak jadi tokeh kan. Tapi, who ever you are, jangan la kekwat ngan kastemer. Kastemer ni la yang nak bagi ko makan.


Akhirnya, setelah aku membebel dan manager tu aku nampak cam telan air liur je bila aku membebel dia kaata, kalau nak wat spek or contact lense kat dia, dia akan kasi diskaun 30%.


Cukup ke 30%??


Huh!!









Aku tau la spek aku buruk, beso gedabak macam kepala ketapi, tapi aku tetap sayang spek aku.

[RESEPI] Puding Roti versi bakar


Dah berkali-kali test buat puding roti bakar ni tapi ada je masaelah yang berlaku. Kekadang jadi, kekadang tak. Bukan puding telur tau. Ni puding roti...  Ada versi kukus dan versi bakar. 

Aku lebih suka versi bakar sebab ada hangit-hangit cket. BAru leh rasa kerangupan itu. 

Boring dah makan puding telur atau puding caramel nih sebab kandungan gulanya tinggi. HEee... Lagipun makan selalu buleh jadi muak kan?

Setelah beberapa kali menchoba jaya, akhirnya pada malam ini aku berjaya menghasilkan sebiji puding roti menggunakan oven toaster pemberian jiran kesayangan haku. 

Selalunya aku wat puding roti ni pakai oven dia. Aku bancuh-bancuh suma, pastu aku hantar adunan aku ke umah Ida , soh dia bakar. After 30 minutes, siap ler puding tu. 

TApi, kali ni nak try sendiri. Projek buat puding ni bermula semalam. Rasanya jadi, cuma gagal sikit sebab timing memasak agak lama menyebabkan bahagian atas puding aku rentung sampai takleh makan. TApi bila buang yang atas tu, buleh la makan. 
Rasa? Memang sedap. 

Oleh kerana oven toaster tu kecik je, aku kena ubah adunan mengikut kesesuaian. 
LAgipun loyang buat puding aku tu kecik je. So, takleh la terlebih itu dan ini kan. 

JAdi, inilah dia gambar puding roti yang berjaya aku masak tadi. 
Dengan bangganya nak tunjuk kat kome... HEHEHE


Puding Roti Si Awang Hitam

Bahan-bahan:

3 keping roti (potong kecik , sapu planta. Pastu susun ikut suka dalam loyang)
3 sudu gula
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
2 biji telur
1/2 sudu esen vanilla
nestum sesuka hati. Taburkan je atas roti sebelum masuk oven.

Note: Kalau takmau pakai susu manis, buleh pakai susu segar satu cawan. Jadi takpayah le tambah air lagi.


Cecaranya:

  1. Panaskan oven toaster tu dulu. 
  2. Sapukan planta sikit dalam loyang. Taknak bagi melekat. Then susun  roti yang dah dipotong kecik tu dalam loyang. Penyek-penyek sikit. 
  3. Masukkan gula, telur, esen vanilla, susu dan air ke dalam blender. Blend sebati. 
  4. Kendian, tuang adunan ke dalam loyang, atas roti tu. Biar kembang. 
  5. Tabur nestum. Setengah orang suka boh kismis, tapi since aku guna oven toater, kismin ni buleh jadi cepat hangit. JAdi, aku boh je la nestum. Auni suruh! Aku ikut je. 
  6. Masukkan ke dalam oven toaster yang dah sedia panas. Masak selama 7 minit sahaja. Cuba check sama takut bahagian atasnya hangit. 
  7. Dah siap, keluarkan. Anginkan kejap. Then masukkan dalam peti ais. 

KAlau masak pakai oven toaster ni lain sikit. Menda tu tak leh adjust temperature. Ke aku yang tak reti? JAdi waktu memasaknya kena sekejap je. Kalau tak hangit le atas dan bawah. 

Kalau memasak pakai oven biasa, boleh set temperature ke 120 dan bakar selama setengah jam. 

Perhatian: Masa memasak tu, puding ni akan kembang sekembang-kembangnya dalam oven. TApi, bila keluarkan, roti tu kecut balik. JAdi, takyah le bangga bila tengok puding tu kembang elok masa tengah masak. Kegembiraan tu bersifat sementara je. HEHEHEH.... 



ada sesapa tau oven ni boleh ekjas tak temperature nye? Sebab ni orang punya.. Bukan seniri punye.


25 Dec 2011

Adoyai Spek Oldschool: Cuba meredakan kemarahan


Sambung balik kisah spek ku yang telah jahanam tu... [PART 1]


Kepala terus pening bila pakai spek yang baru je 'dipanaskan'. Bengkek gak aku.. AKu soh ketatkan skru aje. Susah sangat ke? Takde sapa pun suruh gi panaskan spek? Menda plastik kalau letak tengah panas kan ke buleh merosakkan fizikalnya.

Pandai-pandai je budak ni!

Nasib baik Inche Kitchi sampai dah masa tu. KAlau tak, aku tatau le camana nak drive balik rumah. Boleh la drive tapi ngan pening-pening tu camana la pulak kan?

Aku ngadu la kat Inche Kitchi. Elok le sangat, spek tu pun memang kena tukar tapi asyik dok bertangguh aje. Saja je menda nak jadi, kasi spek aku cecepat kena tukar.

Husbandku sejes untk try survey kat satu kedai spek dekat-dekat dengan Michelin, klinik panel Bambam Bee. Aku pun on je. Sesampai kat kedai spek tu, aku dah impress dah bila tuan kedai tu tegur. Aku suka la bila dia dengan detail dan tanpa malas-malas terus check mata aku, walaupun aku cuma nak wat contact lense.

MAlangnya, spek aku tu dah tak buleh repair. MEmang kena buat baru. So, tawakal je lah. Spek yang skang ni aku wat ri tu seribu lebeih kau. Bukan nak bangga diri sebab spek mahal. Lansung tak bangga. Kecacatan yang memberi kos yang tinggi. KAlau insurans buleh cover takpe gak! Tapi spek tu jadi mahal sebab dah lengkap dengan Transition. EHEHHE...

 Lepas dia check mata aku pakai computer, dia amik spek aku pulak untuk sukat current power. Keputusannya....

Tahap rabun aku dah semakin kurang. Pasal tu la aku dok pening aje. Legalah aku. Ingatkan naik lagi. FYI, kalau nak wat contact lense tahap rabun dia hanya buleh sampai 9.00 je. TAkleh lebih. Kalau lebih memang tak merasa la pakai lense.

Yang mata aku ni plak, belah kanan adalah 8.25 dan belah kiri 4.25. Tu pun masuk silau lagi. Terkejut berok?? HAHA....Aku memang rabun ok! TApi, contact lense lah yang menyelamatkan aku dan mengembalikan life aku. KAlau takde teknologi kanta lekap ni, memang tak merasa la aku masuk tournament taekwando sumer. Aku pun tak ingin masuk kejohanan pakai spek. Memang sepak angin je buleh.....

PAkai contact lense pun buleh memulihkan mata supaya jadi tak rabun ok. TApi, pastinya bukan contact lense yang RM15 sebotol tu! Yang tu cokia punya. Contact lense aku memang fully customate. Dan mahal cket la kan. Sebab aku ada silau. Dan aku memang rabun. JAdi, kenalah jaga mata betul-betul. Tak boleh take for granted.

So, berapa harga contact lense?

RM250 untuk 2 kotak. Semua ada 6 pasang....

PAstu, aku survey lak rege spek mata.

Kira punya kira, based on power aku yang sungguh power ni, harga spek aku without transitions tecknology adalah RM350. Tu habih murah dah. Kalau nak glasses tu nipih sikit, tambah lagi RM100.

KAlau nak transitions spek aku akan jadi RM 900.

Transitions tu apa?

Ala........... spek transition yang bila kita pakai tengah panas terik, tetiba je cermin spek ko BERTUKARR jadi kaler hitam. Dah pakai spek mata itam plak. HAHHAAA..

So, decisionnya, nak wat yang mana dulu? Dedua kena buat tapi yang mana dulu? Contact lense atau spek?

I just couldn't decide. Nak nangeh pon ado. Walaupun affordable harga tu tapi aku baru je nak guna duit gaji aku tu gi buat menda lain...


Untuk menenangkan jiwa, kitoang gi tengok Mission Impossible: Ghost Protocol dulu. NAsib baik besh. HEhhehe...TApi pening kepala tak sudah..


bersambung kendian....

Sebab saya tak kerja , so saya tak payah rehat le kan? KAn?

UNTUK RENUNGAN! :

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

cilok kat fesbuk. sekian.

24 Dec 2011

Adoiyai Spek Oldschool : Jahanam juge kauu.





Frust sangat sebab spek kesayangan rosak. Dan bukan aku yang buat plak tu.

Dan juga bukan anak-anak aku yang buat. 


Al-kesahnya, yesterday evening I went to Giant Manjung, waiting for Inche Kitchi to arrive from KL MEmang niat di hati nak survey kedai spek kat situ untuk tanya pasal harga contact lense. Stok dah habih. Tinggal sepasang aje lagi. 

Spek pun rasa nak kena buat baru sebab rasa macam kabur je penglihatan. Lagipun, dah 4 tahun dah spek haku ni sejak sebelum kawim lagi aku wat. Kepala pun kerap pening lately. 

Maka, aku pun survey la kat kedai spek ni. Lupa nak tengok nama kedainya tapi cuma ada sebijik je kedai spek kat situ. There was ONLY one person mending the shop. TAkpe la..bukannya ramai orang pun kan. Tapi, orang tu dok sibuk men lektop. AKu taktau le apa dia wat ngan lektop dia. 

Orang ni aku nak panggil dia amoi pun takleh, nak panggil dia ah boy pun tak leh gak sebab suara dia cam perempuan, tapi badan dia besar macam lelaki. Memang besar dan tinggi. Takde la lemah-lembut cam bapok. CUma suara dia je cam bebudak tak baligh lagi. 

Aku mintak tolong dia check mata aku. SO, dia soh aku letak dagu aku kat mesin check mata tu. HAHA.. Korang tau kan mesin check mata tu camne rupanya? 


After 3 minutes dah siap... Aku tanya lagi pasal harga contact lense he could offer or were there any offerings. But, dia cam tak tau je apa dia nak cakap. It was like he was completely distracted with the laptop just now., and could not let it go.  He was attached to it somehow... I don't know... ~ menyampah~.


Pastu, aku tanya lagi, whether he could print me the result of the eye test that we just made just now. HE said, the printer of that machine had broken down so he could not print it for me. But, I can come back next time when I decided to make a contact lense (seriously?) then he could check again, thoroughly. 

I just stood there, with my hands on my waist. Macam ramping je la waist aku ni... HUHUHUAHUAH. 

Aku cakap, kalau aku nak buat skang, camne? 

Saja je..nak tesr. Aku dah banyak kali wat contact lense tapi saje aku nak tengok perangai orang kan? 

Dia cakap.."kalau nak wat skang pun, stok takde. KEna order.."

Aku angguk je la.

PAstuh... aku soh dia betulkan spek haku. Sebab spek aku ni dah longgar teruk. Aku takde skrudriver yang kecik-kecik tu. So, aku minta tolong dia ketatkan je. 

Senang tak permintaan aku?

Ganjil tak?

Dia bawak masuk bilik kat belakang, after 3 minutes dia keluar balik sambil lap-lap cermin mata aku tu.

"Ok kak.. Siap!"


Bila aku pakai, memang spek aku ketat macam baru, tapi.....................




Ada kesan calar dan ada gaya macam crack sikit kat lense.

Whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!! Terus la aku tanya dia. Apsal lak spek aku tetiba calar? Aku nampak cam lense aku senget sikit camne ntah. And bila pakai, kepala aku lagi teruk pening. Something was wrong with my glasses. 

 Aku soh dia check balik. 


"Waa.. teruknya awak punya spek. Calar!"  katanya sambil bangun nak cuci spek tu balik.

Dia bagi balik spek aku lepas cuci, and the crack was still there.
Aku tanya dia, wat happen? What had he done actually...?

Rupanya dia gi 'panaskan' aku punya spek tu untuk mengetatkan balik framenye. TApi dia lupa yang spek aku tu frame nya memang le plastik, buleh lentur. TApi the lense is not a kaca man...! Plastik jugak. So, kalau ko panaskan cermin aku skali, maka jahanam la multicoated spek aku tu.

Too late, my spek dah jahanamun dah pun. 

Jadi, aku hanya mampu bersabar. Dan tidak dilupakan, aku minta name card dia. Aku tak marah dia masa tu. 

Ko tunggu nanti....~ 

HAHAHAHAHAHHAHAHA..



....akan bersambung nanti...




Ciwi tak abeh gi



Makbed masih lagi CIWI ngan rupa paras Makbed's Journal yang anggun ni. HEHHE~

Actually hari ni ada citer banyak tapi tangguh jap menulis. NAk tulih pasal yg lain.

Lately rasa macam tak keruan je. Tak organize, semak, serabut segala. TAdi pi opih pun, MAkbed banyak silap wat quotation. Pastu, send proposal clients, dapat lak email saying that they need fer requirements from clients.

Hek... Ingat senang nak beli satu polisi insurans? Kita ni belum tentu layak beli. Kurus sangat boleh jadi tak layak beli. Gemuk terlebih, lagi susah nak beli insurans. Lanjut usia, kena wat medical check up.

Huaaa.....


PAstu, mata Makbed semakin merabunkan dirinya. Bertambah lagi pening kepala sayeee...



OKlah..

NAk pi masak sat. Cadang nak pi pasamalam kat Giant tu tapi Wawan tido pulak. So, masak je lah ape yg ada. Wat daging masak kicap kot. It's been a while I ate a decent meal. Now , my husband is around , why not merajinkan diri untuk memasak?

Tata..


Dah bela kambing sekor!



Oh mai...


Santek rupa blog ku? 

Aku dah bela kambing biri-biri sekor untuk menceriakan suasana. Rasa semangat sungguh nak bukak blog pepagi ni. 

Tapi skang takleh hapdet sebab bizi. Hari ni last day untuk hantar case. HEhe.. manyak gak kes nak antar. 


Thanks bebanyak buat Nurul yang sangat terer. Tak de aku cakap manyak pun. Aku cuma cakap wat comel-comel. Dia dah tau dah segala kaler kegemaran dan how comel the blog should become, setara dengan kecomelan tuan punya blognye... *Huwekss!!!



Sapa nak makeover blog dia, leh tekan nama dia tu. Aku dah boh kaler dah. 
Anyway, thanks bebanyak pada pembaca setia , yang sayang kat MAkbed. Nanti aku hapdet lagi ekk... 


Thank NUrul!!! I lebiu so much.........................

23 Dec 2011

Selongkar Picture Folder Inche Kitchi dan terjumpa sesuatu........ sob sob sob



Tetiba...



Hari ni rajin plak selongkar pc Inhe Kitchi. 




Nak kongsi beberapa gambo. 


Add caption



Selepas akad nikah pada 20-08-2008.
TAkyah check kalender.
Aku nikah hari Rabu, pukul 11.00 pagi rasenye. *lupo!
Time tu suma orang kijo.
Mak aku plak kena amik exam ape ntah hari tu.
Demi nak melaksanakan gak pernikahan pada tarikh 'idaman', everybody had to sacrificed sorang sikit. 
MAjlis pernikahan simple tetapi meriah dan masih diingati orang sehingga kini.
Maybe sebab aku sorang je gamble nak 'nikah gantung' masa tu.

Takut orang mengate?

Heee... takut pe.
Tengok gambo kat atas tu? 
Ada muka cam takut ke? *provoke...


Tengok ni plak..






Gambo ni diambil beberapa hari sebelum tarikh kitoang bersanding. 
Siyes tak sangka nak jumpa gambo nih. 
Gelak bahak-bahak aku nengok. 
Ni keje si Alang la ni ngamik gambo. 
Masih lagi dalam mode pengantin baru.
Kalau ikut tarikh gambo ni diamik adalah pada 7 Disember 2008. Seminggu sebelum tarikh sanding kitoang yg jatuh pada 14 Disember 2008. 
Lokasi penggambaraan adalah di TESCO Mergong. 
Orang lain tangkap gambo pre-wed kat taman bunga, aku lak gambo pre-wed kat Tesco. HEHEHE..

Macam dalam gambo tu, gitulah dialog kitoang lebih kurang pada hari itu. 


Flashback balik kisah itu...

Aku tanya Inche Kitchi nak baby cepat ke lambat.
Sebab aku ni kalau kata nak cepat, memang cepaaaaaaaaaaaaaat je.
Kalau nak lambat tu kena ejas sikit. 
Bebenornya, masa menikah awal tu, Mak pesan "jangan ngandung sebelum nek pelamin. Kang takda baju nak pakai.."
So, awal-awal aku dah wat apa yang patut. 
Amik pil perancang le kan. 
Tapi kejap je...
Nikah bulan 8... Bulan 5 aku dah start amik pil.
Bulan 10 aku dah brenti amik pil sebab rasa cam nak merancang sendiri. 
Bajet terer la kan. HAHHAHA... 
Masa ni aku ngan Inche Kitchi berjauhan so aku rasa tak mungkin la nak peknen sebab jarang jumpa pun.  Tu le reason nye aku brenti amik pil. Searhkan segalanya pada kuasa Allah.

TAgline masa tu ialah...

"Allah lebih tau bila masa yang sesuai untuk bagi kita baby. Kalau ada, ada la...Kalau takde, pun tak pe... Redha je.."


Masa tu Abah aku pun tak bercita-cita nak jadi Tok Wan lagi.
Masa tu Mak pun rasa cam muda lagi sebab tak pencen lagi kan..
MAsa tu adik-adik suma masih sekolah.




Ok.
Decision made.

Pose untuk gambo satu kali.....






PAdahal masa aku pose ni sebenonya Auni dah ada dalam perot dah. HAHAHAHAHHA... TAk tau lagi ni!




Korang gelak?




Tengok ni plak..





14 Dec 2008


Time dok atas riba Inche Kitchi ni memang aku dah 'berisi'. Oni pun bersanding sekali. 
Ramai kata aku berseri dan terlebih hepi ketika majlis bersanding ni. 
Aku sengih semedang. 
TAkde sapa pun tau. 
Aku pun tatau,
Mak mentua aku je sound aku cakap perut aku buncit. 
TApi, aku cakap buncit sebab makan banyak gila lepas menikah. 


HAruslah berseri ... makbuyung on the stage okeh!


Elok-elok lepas habih majlis sambut menantu belah Inche Kitchi, aku jatuh demam. 
Demam teruk sampai mentua kena usung aku pi klinik.
Sampai aku gi klinik pakai tudung terbalik. HAHAHHA.. Punya la kronik. 
Inche Kitchi takdo. 
Dia dah keje. 
Sehari lepas habih majlis, dia dah balik Lumut. 

Pastu, Inche Kitchi plak demam teruk...

Seminggu pas tu, baru aku mengetahui yang aku pregnant. 
Dah 8 minggu ketika itu. 



Hasilnya....





Ni dia baby yang bersanding sekali atas pelamin ri tu...






Dan ia tidak berakhir di situ!

2 tahun selepas itu..


Keluar lagi sorang...










Moral of the story...


Jangan culas ketika mengambil pil perancang.



Ado kawan aku cakap kat aku ...

"Diam tak diam, dah 2 anak ko ye Jah..."


Aku sengeh je sambil balas.." KAk, kalau saya diam, takde la keluar 2 dah kak. Ni kes dok tak diam la niiiiiiiiiiiiiii..."




Tak lama je lagi nak habih tahun 2011. 
Cepat sungguh masa berlalu. Hujung bulan ni bezday Inche Kitchi tau. 


Terima kasih pada follower, silent reader, noisy reader sekelian yang sudi membaca dan meninggalkan komen. 
Follower MAkbed sudah jadi 576 hari ini.
Satu bilangan yang tak pernah terjangkau dek akal nak sampai. 
Dan aku masih menerima feedback menggembirakan dari para pembaca baru seterusnya meminta agar Makbed's Journal diteruskan. 


Truthfully, dulu...masa MAkbed memula menulis blog, memang tak de sapa pun teringin nak baca. Sehinggalah adanya Auni. 
Auni le yang memfeymes kan Makbed's Journal nih sebenarnya. 
Kerana kisah kehidupan menggembirakan aku bermula dengan lahirnya dia. 


Tak caye ce gi selak balik entry aku yang awal-awal dulu. 


Bye..


P/s - Bucuk, sory ekkk. B selongkaq folder gambaq lelama dalam pc awak.

Kenapa aku suka pi TESCO Manjung jam 8.30 pagi?



  1. Parking banyak. Boleh parking depan pintu masuk. Boleh pilih nak parking mana-mana pun. Tesco tu macam aku yang punya. 
  2. TAkde orang. TAk berebut kaunter. 
  3. Tak de lah aku melencong tempat lain sebab kedai-kedai sampingan dalam Tesco tu tak bukak lagi. Semua start bukak jam 9 atau 9.30pagi. Yang datang pepagi macam aku tu biasanya penyegan shopping macam aku gak. Beli-beli barang yang ada dalam list sendiri, lepas bayar terus berambus. Tak toleh-toleh dah. 
  4. Takde temptation yang menguirkan. KAlau pi tengahari pas bayar je aku terbau sizzling mee dan sebagainya. Sebab tu aku pi pepagi. Aku kan nak kurus~ KEna elakkan makan-makan yang tak berkhasiat. 
  5. Boleh balik cepat. Kalau aku set time shopping haku tu sejam je, maka sejam lah sahaja. 
  6. Aku selalunya selekeh je di pagi hari. Kadang tu tak mandi pun terus sampai TESCO. Orang tak kenal. *bajet hot sangat sampai terkenal di serata Manjung. HAHHaahahhaa. 
  7. Sebab aku sengsorang. Takde sapa nak shopping ngan aku. Laki aku jauh.........~


Walaupun takde banyak kedai bukak, tu pun aku sempat singgah MyNewsHub dot com gi beli Season Green Tea. Sebab kedai tu je yg bukak. HAHAAA... 

TApi takpe, green tea kan minuman kesihatan. Aku memang gila green tea. Oni pun suka green tea.

22 Dec 2011

21 Dec 2011

Cik Oni vs Cik Mat





Aku amik video ni lama dah masa aku singgah umah BELIAU untuk hantar bantal kekabu bulan lepas. Lupa pulak nak upload. Hee..


BELIAU pun belum tengok lagi video nih. Saje nak wat suprise. 

Gini la Cik Oni ngan Cik Mat kalo bertemu... 

Gado-gado manje gitu.

Selamat menonton.

Wawan wat kecoh di pagi hari...


Mengantuk gile pepagi... Solat subuh pun terlepas gegara 'mencuri' tido sekejap pada jam 5 pagi selepas buat susu untuk Wawan. 
Astaghfirullah.... Rasa macam tido 5 menet je. 
Tetiba bangun je dah cerah sikit. 

Cam biasa, bila terbangun tu, aku teraba-raba la mencari henpon. 
NAk tengok pukul berapa. 
PAstu aku meraba lagi. 
Selalu Wawan dah jaga. Bila dia nampak aku bukak mata, Wawan dah siap tersengih-sengih depan idung aku. 

Tapi kali ni aku bangun Wawan takde pun. 

Aku toleh kiri.... 

TAkde.

Toleh kanan.... 

TAkde jugak. 



Eh, mana plak budak ni?


Aku meraba lagi.
Cari spek. 
Kalut-kalut aku cari spek.
TAk penah lagi la aku bangun Wawan takde kat sebelah. 


Aku tengok gak kot tepi-tepi bantal kot dia terpenyek bawah bantal ke, celah selimut ke...


Tapi tak de jugak. 
Terasa cam tengah bermimpi pun ada.


Oni pun bangun gak. 


Tetiba dia tanya....


"Ibu, Wawan mana?" 


Aku terus bingkas bangun.
Pakai spek. 
Toleh kiri kanan... 

"Aaaaaa.... " aku gegaru kepala yang tak berapa nak gatal. 

"Ntah... iskk..mana pulak adik ang ni.." bebel aku sengsorang.

Oni pun bingkas bangun. Toleh kiri kanan gak. 
Gegaru kepala. 
HAHAH.. sama macam aku. 


Tetiba......................


Aku nampak ada sesuatu menguit-nguit di sudut mata aku. 











Wahh.. memang maju ke depan skang ni.
Tetiba berada di luar 'kawasan' kebiasaan. 
MEmentang lah dah pandai menyulor. 
Dah tak kisah jatuh tilam kerajaan yang gedabak luas tu terbentang tu. 



Ko wat kitoang kecoh pepagi tau. 
Haiya!! 



Hepi 6 months sayang. 
Ibu doakan yang terbaik untuk sayang Ibu. 
Semoga menjadi anak soleh yang sentiasa tak lupakan Ibu dan Ayah. 
Semoga sentiasa kekal mendakap Ibu dan Ayah walaupun dah besar panjang.
Semoga sentiasa disayangi semua orang.


Dah buleh start makan nasik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram