Followers

30 Nov 2011

Kisah 3 orang yang ada ke korang kisah...tihtihtih


Kisah Najwan Muhammad





HAri ni cucuk 5 bulan. Berat naik sikit jek. Risaukan Wawan yang agak kurang minum susu sejak dua tiga hari ni. Susu tak sedap gamaknya. Kalau bagi air, mau plak. Bagi air pic, habih dia minum. TApi, bila bagi susu, dia luah semula. Minum pun sikit sangat. 

Maka, aku pun bertawakal , bagi Najwan cuba susu baru. LAst time ada try bagi Dulac tapi sembelit lak si Wawan. So, aku perkenalkan Lactogen kepada beliau. Alhamdulillah, setakat skang, sudah 3 botol susu dibedalnya. Aku cuma beli pek percubaan je. Besok,kena la beli satu tin.

Lepas cucuk , Wawan demam. Dah kasi ubat demam dan skang dah surut sikit demam tu. Wawan tido dengan aman, tak meragam-ragam seperti dua tiga hari sebelum ni.

 *****

Kisah Auni Alwani


Nak jadi engineer ke?



Engineer's ride to work. Save the earth. Go green! Tak payah minyak.



Nak pi dah ni. Cekeduk! Cekeduk! Cekeduk!


Dia ni memang banyak kesah ni. 
Minggu ni adalah minggu Mengenal Buah-Buahan Tempatan. Atok datang dari kampung bawak buah manggis , rambutan dan durian. 

Aku plak kena sound ngan mak abah, tak ajar anak makan buah. Sob..sob.. 
Lagu mana nak ajar kalau si tukang ajar pun DIHARAMKAN makan buah? 
Aku kan peknen, pastu masa aku bersalin tu musim buah. 
Dah habih pantang pun, aku masih lagi tak buleh makan buah. Dah aku tak makan, camana lak aku nak beli , then bagi Oni makan? HAHAHAHAA.. 
Memang tak la kan. Tak aci! Ibu tak makan, maka Oni pun takleh makan gak. 

Apak memang tak makan sangat buah-buah ni. 

Maka, memula Abah perkenalkan rambutan kat Oni. RAmbutan tu lekang-lekang belaka. Sebelum bagi Oni, Abah / Atok kopek dulu isinya. Oni pun rasa..pastu dia geleng-geleng, cakap tamo. 

"Ada tulang.."

Atok bantai gelak. Kulit bijik yang terlekat di isi rambutan tu, Oni panggil tulang. Miahahahahhahaha...!

Tapi memula je takmo. Besok tu, aku kopek suma rambutan dan masukkan dalam peti ais. Sedap makan bila sejuk. MAkan le kami rambutan tu 2 beranak.


BErkat nengok Upin Ipin, senang kerja aku nak memperkenalkan durian kat Oni. Aku cakap je " tu durian. Opet kan suka makan durian..." dan Oni akan terus rasa tanpa second thought. 
Hihi...  Dia cakap sedap!

Terer la. 
Aku dulu beso dia memang tak sentuh durian tu. 
Sampai ke waktu sekolah. Dah tua bangka camni baru rasa nikmat durian.
Dulu, tak suka. 
BErgado-gado ngan Abah sebab takmo makan durian. 
Abah lak pantang kalau aku cakap takmo ni. 
LAgi dia paksa!
Apsal la dedulu takde citer Upin Ipin? 

Durian lebih aku buat serawa. 
Cicah dengan roti. 
Aku calit sikit kat jari, bagi ONi rasa. 
Dia cakap sedap jugak! 
Then aku cedok ke dalam mangkuk, makan berdua dengan dia. 
Oni ni jarang habihkan roti putih GArdenia tu sengsorang.
BIasanya, aku kena makan bakinya. TApi, malam ni, dia habihkan 2 keping roti gardenia dan pandai plak cicah ngan kuah durian tu.
Dah habih roti, dia makan kuah je, suap pakai jari dia yang kiut tu. 
Licin semangkuk, mintak lagi. Ihh... kagum lak aku. 
RAsa best lak bila tengok anak makan. 
Agaknya, musti Abah aku kecik hati sebab aku mati-mati takmo makan durian dulu kan? Kalaulah aku makan macam Oni makan skang ni, sure dia rasa besh. 

****


Kisah MAkbed




PAda yang hantar mesej pasal bantal kekabu tu, takyah le sesegan to address me as Makbed. Tu memang nama panggilan sesama kengkawan. 

Aku plak cam biasa sibuk menguruskan hal insurans neh. Makin ramai pulak yang bertanya pasal medical card and saving untuk anak-anak. Tetambah lak ujung-ujung tahun skang ni, banyak yg stenbai nak start bayar by December. Maklumlah,, bonos...! So, bizi ngan penyediaan proposal je....

Pastu, aku ada sedikit admin works kena buat di Prudential. TApi, aku hangkut je la suma bawak balik. Sebab buat part time je. Buleh blajo sikit-sikit. Skang, memalam pun mata aku terbeliak wat menda ni.

Mata makin tak nampak la. Kena buat spek baru ni. BAjet untuk spek belum cukup lagi. Kena wat contact lense dulu la nampaknyee.... HAdeh~





-ada korang kisah? -




HAHAHAHHAHAHHAHAAAHHabehdahhhh

29 Nov 2011

Kisah Premier Breaking Dawn ari tu...


HAri tu dah review Breaking Dawn Part 1 kan? 


Actually,  we got to watch this 1 night earlier. Official release untuk semua orang tengok adalah hari Khamis tapi, sapa yg dapat gi premier, buleh la tgk sehari awal. Tu pun, bukan siang. Selalnya Rabu malam. Untuk pengetahuan korang, movie baru akan keluar di wayang setiap hari Khamis. Kalau keluar sehari awal dan waktu tontonan adalah MAlam, itu dipanggil premier. Kalau keluar seminggu awal dan waktu tayangan dia cuma ada pada weekend, itu dipanggil Sneak Preview. 

MAkbed kan pekerja 'terajin' TGV suatu masa dahulu. Skang da pencen da... 


LEpas selesai je kerja-kerja penghantaran bantal dan tandatangan borang, aku pun pecut gi umah Paten kat Kepong sebelum gi Pavillion untuk premier. 







Premier BD Part 1 yang aku pegi ni, bukan under tiket free sumbangan Nuffnang, atau memana sponsor pun. Takdo sapo kebulor nak sponsor. Dan tiket ni bukan free okeh! Premier ni diorganize oleh satu kelab peminat kipas susah mati Twilight sejak zaman New Moon lagi dan berterusan sampai la habih BD Part 2 kot. Buleh klik sini untuk sesi taaruf. Taknak citer lelebih sangat pasal ni kang salah cakap kang susah. Lagipun, aku rasa aku sorang je ahli kelab yang tercampak luar kawasan liputan. Semua yg lain dok KL.




Ado entiti plak melintas time nak pose neh..




Personally, aku gi sebab nak bersuka-ria dan catch up news with my friends, Zima, Cikin n Paten. Setahun da tak jumpa. Sambil tu tengok wayang citer yang suma orang suka. Nak ajak Inche Kitchi pi tengok, dia cebik mulut je. Buleh sangkut baju kat bibir tu. TAkde dia nak punye dee... So, aku gi cari rakan pasukan lain la. KAlau dah tengok citer ni dalam wayang, dengan kengkawan sniri, pastu satu panggung tu suma memang die hard fans, memang gamat la panggung tu kan? HAHAHa.. besh wohh! Siap jerit-jerit, berdecit-decit sume ada.



Zima


Kebetulan, tarikh premier tu jatuh sehari sebelum besday Zima. JAdi, Zima jadi orang yang diraikanlah pada hari itu. Hepi kemain si Yibba ni orang nyanyi lagi sebeday tetengah jemaah yang ramai kat GSC Pavillion tuh.


HEr birthday cupcakes!

Dia dapat kapkek yang sangat-tak-tergamak-nak-makan nih! AHAHA..


Abaikan dagu yang berlemak tu


Tapi aku makan gak.
Aku dapat gambo Jacob lak tu. Lagi selera aku telan~




Zima sedang mengedarkan hasil tuaian beliau.  PAten nak gambo Jasper tapi, JAsper takde.
Papepun, kapkek tu sedap noksss!!
Thanks Cikinot sebab tolong beli kek yang sedap dan sangat gojes tu.


Percubaan untuk mengempiskan wajah tanpa teknik super impose.



Khalis, Paten and Zima
 Saje nak gtau yang PAten ni sebenornya tengah peknen. 5 bulan tau! Jejaka di sebelah tu lah lelaki yang bertanggungjawab ke atas kehamilan PAten. Wakakakakak... Tapi, ce korang teropong bebetul perut Paten, ada nampak cam peknen 5 bulan ke? YAng aku nampak, Paten makin kurus. Khalis lak yang makin tembam. Last year jumpa Khalis, kerempeng jek.




Al-kisahnya, sebaik saje tamat citer, aku gi lepak makan dulu ngan Zima, Paten and Khalis. Pastu, cadang nak jumpa Inche Kitchi kat Kuala Kubu malam tu jugak (pukul 1 pagi nak dating nih!). TApi, on the way nak gi KKB tu, aku terasa cam terer je nak balik Lumut teros. So, aku sampai Lumut pukul 4 pagi. Sengsorang lak tuh. TErbeliak mata abang Protela yg jaga night shift, tetiba je ado awek cun drive pepagi buta balik umah.

Papepun hepi.... sebab aku berjaya setelkan kerja aku dan bergumbira di malam harinya, dan kembali ke rumah dengan selamat...

28 Nov 2011

LAtest news and pics of Najwan Muhammad

Kemenda sangat lah yang aku buat sampai bizi tak hapdet blog.. HAHAHAH..

Sebelum tu., aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433. Semoga tahun ni kita masing-masing pakat memperbanyakkan amal ibadah dan saling ingat-memperingati. 



Najwan Muhammad sudah pun 5 bulan ke atas (malas nak bilang minggu dan hari) dan inilah muka dia bila bangun pagi-pagi. 

Dan dia bangun jam 7 pagi setiap hari.




Pipi semakin labuh. Maintain putih gebu ala-ala Edward Cullen gituu. Cuma, dia tidak bersinar-sinar bak berlian bila terkena sinaran mentari. Kof..koff..kofff *batuk gatai!


Akan tetapi, Najwan Muhammad sangat mudah diserang ruam. Kawasan feveret ruam beliau adalah di belakang..


Ni aku panggil RUAM MEGIK.
Ruam ini akan wujud bila waktu siang terutama sekali waktu tengahari. 
Bila malam, ruam tu takde. 
MEgik le kan? 
Wawan tak tahan panas. Dia cepat berpeluh. Oleh itu, aku selalunya biarkan dia tak berbaju saja bila waktu siang. So, biarlah dia golek-golek tak pakai pape kecuali pampesnya sahaja. Kalau jadi cemni, haruslah stenbai ubat sapu ye. Dan jangan bagi kawasan ni berpeluh. 


 


Aku gerenti INche Kitchi memang tak perasan aku snap gambo ni. Yg dok bawah lindungan payung kejayaan MAkbed tu adalah Wawan. Kitorang gi pasar masa ni. BAby car seat NAjwan sudah tercabut visor nya. So, bila time panas cemni, Wawan pun terpanas sekali la kan.
PAndai pulak Apak boh payung kat situ. 


Cuti Awal Muharam korang gi mana? 
Mak ngan Abah datang menjengok aku anak beranak. 
Kebetulan, Inche Kitchi pun nak balik sama. Patutnya minggu ni dia tak balik. Minggu depan baru balik. Maybe dia rindu kot..kan kan... Tapi, by MOnday, semua dah takde dah. Family aku balik Sik, dan Apak lak balik ke Kuala Kubu semula. 

Tinggallah kami 3 beranak seperti biasa. Dan begitulah seterusnya sampai bulan May nanti. 

Orang tanya, buleh survive ye tinggal jejauh dengan suami, sengsorang uruskan anak-anak? Dah la family sume jauh...


Jawapannya ialah :

Sapa yang nak dok jejauh ngan suami kan? Kalau buleh nak je tido bawak ketiak dia hari-hari. 
Tapi, tugas is tugas. Wajib paham tugas suami. Dan tugas isteri serta ibu pun wajib paham jugak. Selagi anak-anak aku ada je dengan aku, maknanya ok lah aku ni. 
Biar berpisah ngan suami takpe. Ngan anak tak bley. Sibuk caner pun, anak aku dok ngan aku gak. Takleh dok ngan mak kat kampung. *Tamak!

Tapi, aku tak leh jaga anak-anak aku sniri. Terima kasih gak kat jiran dan kawan yang kadang tu tak lokek menghulurkan bantuan bila diperlukan. So, takde la aku sesak napas sengsorang. KAdang-kadang Alang dan Kimi datang lepak bila Inche Kitchi tak dapat balik. 


MAlam ni touching plak masa lawan sms ngan Inche Kitchi tadi. KAtenye, kesian tengok aku letih. Tido pun terkejut-terkejut.. HUhuuuhuukkk..

Ada anak kecik mmg ler gini. Mak tu tido tak lelap selalu. Najwan menguit sikit je aku dah bingkas bangun. Kadang tu, aku tak ingat pun yg aku ada bangun malam buat susu Najwan. Sleep walking... huhuhuahuahuahua. Mata pun dah cam panda dah ni.

24 Nov 2011

BREAKING DAWN PART 1 ..ohsem!

Musti lama kome nunggu info terkini dari aku kan?


HAHAHA..

SETELAH SEKIAN LAMA MENANTI, AKHIRNYA DAPAT JUGAK TENGOK SAMBUNGAN KISAH TWILIGHT SAGA NI.

Gila awesome citer nih!






Miss Bella Swan finally get married. Sonok!! Sonok!! BAju penantin comel. BElla tetap taknak pakai heels and ended up walking the alter pakai kasut sekolah yang dikapur kaler putih. Siyes , tak bohong.

Kite terus ke butir-butir yang korang nak sangat tau..

  1. JAcob merajuk sebaik saja dapat kad jemputan kawin Bella dan Edward. PEhtu tatau mana dia pi. 
  2. Jacob balik pada wedding dance Bella dan Edward dengan muka yang berjambang, cket je. HEnsem siot!
  3. Pehtu, JAcob merajuk balik dengan Bella sebab Bella kate dia tak bertukar menjadi vampire pada malam itu. Dia marah Bella , kate BElla gila ..Op kos le ada sebab tapi korang kena tengok sniri la yang ni..) Pastu JAcob merajuk dengan bertukar semula menjadi dugong wolf kaler cekelet.
  4. Scene Bella dengan Edward honeymoon kat Isle Esme... Hmm, memang sungguh menghampakan. Sebab ramai yg bajet nak tengok katil patah, tapi sudahnya kena cut. Yang tinggal scene selepas katil tu dah patah ajer. Siyes sedih (tapi tak sedar betapa pathetic nya kita ni kan.. nak tengok scene reromen di wayang..!)
  5. Walaupun takde scene tu, kita still boleh tau betapa hepinya Bella dan Edward together and how naughty Bella was when she tried to seduce her husband to make him 'sleep' with her again. Scene ni kelakar dan sangat sweet. 
  6. Segala keseronokan hilang tetiba bila Bella tetiba rasa ada menda bergerak dalam perut. Masa ni korang buleh tengok camana muka vampire bila terkejut beruk. Lansung tak cool. 
  7. Jacob yang selalunya pemarah tu kali ni menjadi seorang yang sangat-sangat penyabar menjaga Bella.
  8. Scene faveret Makbed ialah ketika JAcob tau Bella pregnant pastu dia bertukar jadi wolf dan buat 'staff meeting' kat sungai dengan wolf pack members lain. So, masa tu kita buleh tau camana they pack communicate with each other. And we also know after that , that Jacob is not an ordinary wolf. Hee..
  9. Bella menjadi sangat kurus dan huduh ketika pregnant. 
  10. Scene Bella bersalin tu sangatlah tak menyeronokkan. It's supposed to be intense, scary , bloody, lots of screamings, emotions ..but hampeh je yang tinggal. TAkde scene perut Bella kena potong untuk keluarkan baby and scene Bella kena suntik venom. Tetau je, Bella dah mati. So, sapa yang baca buku akan rasa sungguh geram. But, kalau nak jugak tengok dlm movie , silalah cari yg uncut version. Mekasih. 
  11. Jacob sepatutnya masuk balik nak bunuh baby vampire tu, tapi dia tak jadi bunuh. Kenapa? You've got to watch that scene. Beautiful!
  12. Apa jadi ngan Bella?





Anyway, for those who read the book, sorry to say, this movie does not meet the expectations. Not  close enough. So, before going for the movie, please expect less! Dan, jangan keluar wayang cepat sangat. Tunggu lama sikit lepas habih tu sebab ada satu scene tambahan.



23 Nov 2011

Kenapa tak bawak anak?

Sebagai seorang Ibu yang tunggal ketika ini asben takde kursus sampai 5 bulan kat Kuala Kubu, aku tetap juga kena outstation sesekali bagi memenuhi kehendak pasaran. Wah!!! Dah macam keje hape dah ni???

HEhehe... 


Sebagai seorang MAkbed, aku le tu ada masa aku kena outstation. KAdang memerlukan aku keluar sengsorang tanpa asben di sisi. Keadaannya berbeza bila outstation ada suami dengan tak de suami ni. KAlau ada asben, aku leh bawak anak-anak. KAlau takde, aku biasanya TAKKAN bawak anak-anak. Antara sebab utamanya adalah:

  • adanya anak yang berumur 3 tahun ke bawah, lagi-lagi plak baby memang akan melambatkan perjalanan anda. 
  • travel dengan baby, apatah lagi kalau ada sampai 2 anak membuatkan aku yang seorang ni sangat vulnerable dan terdedah kepada bahaya. Senang orang jahat nak aim kalau nak buat menda tak baik. Kalau dia tampaq pungkoq pun kita takleh pi ligan.
  • Travel berseorangan dengan anak atau anak-anak menyukarkan urusan ke jamban apabila keadaan mendesak.
  • Travel berseorang bersama anak kecik agak sukar bila anak menangih dan ia sangatlah annoying.
  • KAlau ada budak, aku takleh jalan memalam. 
  • SIla consider kalau kereta rosak , paling tak pun pancit tengah jalan. Bayangkan kalau ada budak macam Oni dan NAjwan sekali ketika itu dan anda plak keseorangan. Imagine...
  • Outstation adalah kerana tugas. JAdi , kalau time bertugas takleh la bawak anak kan? 

There's much to consider....


Aku akan ke KL kejap lagi. Skang jam 2 pagi. Aku gerak lepas Subuh nanti. Main program is BREAKING DAWN PREMIER  yeeyeyeye... tapi aku ada few prospects to meet up pastu aku nak kena deliver bantal kastemer order. Dah penuh dah keta Viva yang Ida pinjam kan untuk aku tu dengan bantal. 
 Even travel berseorangan, I still have to do some preparations. These are some of those...

  • kawtim ngan pengasuh hari apa nak tinggal bermalam dan berapa malam anak-anak akan ditinggalkan. Gitau seawal mungkin.
  • Sediakan susu dan pampers secukupnya sekali ubat demam just in case. 
  • KAlau aku pergi hari RAbu (contohnya) aku akan tinggal anak pada Selasa malam bagi tujuan 'suai kenal'. KAdang, anak ni terkejut bila jadual tido dia berubah mendadak. So, tinggal anak satu malam lebih awal dari hari sebenar adalah baik so that anak dan pengasuh buleh bersedia. Dan kalau jadi pape like anak demam ke, anak nangeh histeria masa kena tinggal tu, kita buleh amik dan kalau perlu postpone program, we can do it early by then kan? Always expect the unexpected kalau jadi mak ni. TAkyah le kedekut sgt bab tinggal extra day tu...
  • Aku akan bawak Oni pi jenjalan dulu, round-round Tesco ke... Beli jiwa anak sebelum kena tinggal. Sebab Oni dah besar. JAdi, tak mau le dia sentap. Aku kan banyak dok umah skang ni. Ulang sepuluh kali atau lebih perihal nak tinggal dia kat umah pengasuh sampai dia paham. 
  • Bila anak-anak dah selamat dok umah pengasuh, aku akan duduk umah dan mengemas apa yg patut. TAk nak balik umah dengan keadaan yg semak. BAlik tu bajet nak terus tido jek!
  • Tido harus cukup sebelum memulakan perjalanan secara solo walaupun skang dah pukul 2 pagi nih!
  • Susun jadual perjalanan dan appointment secara berhemah. Again, always expect the unexpected. Memang le Lumut ke KL tu tak begitu jauh bagi sesetengah orang but make every journey worth. MInyak mahal tau. 
  • PAstikan tak tertinggal inhaler atau ubat sesema haku. PAling penting spek mata..
  • Biasanya sebelum travel aku akan siapkan satu koleksi lagu yg bagus untuk menghilangkan ngantuk tapi kali ni aku drive keta orang, so takleh la buat cemtu. HUk hukhuk! Rindu BAmbam BEe....

OK nak tido dah. 

menjadi ibu...



  1. Kena bersiap sedia bangun sejam sekali pada peringkat awal menjadi ibu. Makin besar anak tu, makin kurang kerap korang perlu bangun. TApi, untuk 3 bulan pertama, ready jelah. Tak payah bebal-bebal bangun susukan anak. 
  2. HArus terima hakikat bahawa pengurusan masa itu WAJIB ada walaupun korang surirumah tangga. Ingat, kalau bangun lewat sikit je, atau anak korang bangun lebih awal dari korang, nescaya habih lari segala jadual tugas anda pada hari tu. 
  3. Waktu anak-anak tido adalah waktu untuk korang membelai diri anda. Bila anak tidur, pegi la mandi ke, solat atau skipping. Nak tido pun buley.  Bila anak bangun, masa korang adalah hanya untuk anak jerrr. Jangan time anak tido ko pegi karoke lak!
  4. Kena paham konsep ni : Baby tido dengan 2 bolster dan 1 bantal. Orang dewasa tido dengan 2 bantal dan 1 bolster. Means, baby memerlukan lebih penjagaan ketika tido dari orang dewasa. 
  5. Walaupun kita surirumah, tak bererti kita takleh mintak cuti dari menjaga anak. So, carilah baby sitter sorang dan bayar la gaji dia ikut upah hari. Seriuosly, IBU amat memerlukan CUTI sekali sekali. It helps to regain your sanity.
  6. Dalam banyak-banyak pekerjaan yang dibangga-banggakan orang, pekerjaan IBU adalah pekerjaan terMULIA dan gajinya dibayar paling lewat. Dan, tak payah amik PHD pun untuk layak bekerja sebagai IBU. Pun begitu, tak semua orang BOLEH menjadi IBU tau. 
  7. Kena belajar macam-macam bila jadi ibu. Antaranya: Mengenali Seni Tangisan Anak dan yang paling susah nak lulus adalah Seni Warna dan Bentuk Taik Baby. Kena monitor selalu part ni. Geli? Tak payah le jadi mak. 
  8. Bila anak masuk setahun setengah dan mula belajar bercakap, kena plak belajar Bercakap Bahasa Baby. Masa ni, hipokrit adalah penting. Even tak paham pun, angguk je...LAyan aje lah macam paham. Paham?
  9. Rumah yang bersepah hasil 'kerjatangan' anak-anak menunjukkan anak-anak anda normal. 
  10. Anak bila dah boleh berjalan dan berlari bermakna anda pun turut sama kena  berlari termasuk bila time nak bagi dia makan.

21 Nov 2011

Bad MOod

Geram!

Hari ni memang super-duper bekmud. Dari pagi sampai ke malam.



Bekmud 1

HUjan lebat di pagi hari. Sonok le kan. Hujan murah rezeki. Pagi tu bersiap sedia loading bantal-bantal untuk dihantar. Tapi, jam 9pagi ada meeting kat Sitiawan dulu. Aku dah plan baik dah jadual untuk hari ni. Proposal client aku dah siap print dan susun ikut nama. Form pun da sign. Tinggal nak submit jek.

Terhoyong-hayang aku bawak turun sedozen bantal , bersama sekali beg tangan dan file. Sampai kat keta, aku letak jap file hitam kesayangan aku tu atas bumbung keta while I was loading all the stuffs inside the car. PAstu, tutup pintu. Start enjin. Jalan.

Sesampai kat parking opis, aku perasan yg file aku takde. Aku ingat balik mana last aku letak file dan teringat yg kali terakhir aku pegang file tu masa loading bantal masuk dalam keta. KEpala hotak aku ni pelupa betul skang. TEruk sangat gamaknya sakit masa beranak NAjwan, sampai ketara sangat daya ingatan aku semakin berkurangan gamnya.

Aku masuk balik keta. TAk jadi pi meeting. File tu kena cari dulu sebab banyak menda penting. Segala susunan proposal dan borang kosong dalam tu jugak. HUu..kalau hilang, aku kena pi balik opis amik balik semua form-form dan susun semula.

Aku balik ikut jalan yg sama macam aku datang. PElan aje aku bawak sampai ke rumah, tapi takde pun aku nampak rupa file aku. Memang takde. Nampaknya, aku kena print proposal baru dan isi form baru untuk client. KAn ke dah banyak kali kerja tu?


Bekmud 2

Aku nak deliver order bantal kastemer tapi telepon kastemer tak angkat, tak dapat dan memacam lagilah! Ingat ringan kot bantal korang ni. KAlau taknak, aku nak jual je kat org len dulu.


Bekmud 3

Petang tu si pengasuh telepon. Tanya kenapa kaki Wawan senang lebam. PAstu cakap, maybe kulit Wawan putih sangat kot sebab tu senang merah dan lebam. OKeh.. aku maybe takde SPM  tapi siyes aku tak bongok okeh. KAlau kulit senang merah tu memang le tu selalu jadi kat orang kulit putih. Tapi takde lagi orang yang pegang baby putih pastu terus jadi lebam. Aku jaga dia elok je takde lebam pun. Excuse me... Are you blaming his skin yang agak putih tu so dia agak susah nak jaga - sentuh sikit dah ada bekas - susah nak pegang - senang lebam - yada yada yada..

Aku rasa, Denzel Washington pun kalau kena gigit , lebam jugak beb! TAk payah tunggu putih. TAkkan le tu pun aku nak kena sekolahkan. Anak aku dok ngan aku elok je takde kesan gigit even though longgar-longgar gigi aku menahan geram nak gigit dia. Tak agak-agak kot ko biarkan je sesapa yg berkenaan gigit Wawan sampai berbekas. Gila penuh perasaan betul gigit tu!

Dan bila balik tadi, aku tengok ada lebam baru bekas kena cubit plak.

KAlau sekali, aku leh ignore. Dua kali, aku buleh lagi sabar. TApi masuk kali ni, ko cam wat-wat tak paham je. TAu le kaki Wawan tu gebu dan sangat menggeramkan, tapi u have no rights to do anything harmful to him walaupun ko geram sampai menggigil sekali pun. KAlau anak ko develop tabiat suka menggigit, adalah tanggungjawab ko utk mendidik dan mengajar beliau supaya dia tau gigit orang is not gud. Gigit orang lain buleh mengundang kemarahan dan juga boleh menyebabkan orang lain melempang kau. SO, jangan gigit. Paham ke? 

MInggu ni last aku tinggal. Aku nak tengok apa lak nak timbul. Aku memang tak penah wat orang jadi musuh lagi-lagi dengan orang yang berbakti ngan aku. TApi, kalau bab keselamatan anak-anak, memang tak de kompromi. Korang pun tau perangai aku kalau bab anak-anak ni. Ilang gaji pun sanggup. Menda lain dah tak ingat dah. YAng aku nampak, Oni ngan Wawan je.

bzzzzzz



Berkat minum neskepe pukul 10 malam, aku masih lagi tak leh tido walau jam dah pukul 2 pagi. PAdahal, badan ni letih dah ni.

Inche Kitchi patut balik semula ke KL hari ni tapi dia decide nak gerak pukul 3 pagi kang. Huu.. kan best kalau dia tak yah tinggal kitorang? Buhsan la kalu beliau takde. PAling jelas hepi adalah Wawan. Diala yang paling ceria sejak Apaknya balik. Tido pun nak gelintey main jari Apak dia.

Minggu ni aku bizi.
Skang pun aku dok siapkan proposal customer. Besok nak present.
Besok jugak aku nak hantar order bantal tapi dah tak banyak da la..
Besok juge ada meeting.
Semua aku nak kena settlekan besok sebab Selasa ni aku nak bersiap gi KL.
KAlau takdapat pinjam Viva Ida, aku kena naik bas Selasa malam tu....
KAlau dapat, buleh gerak Rabu pagi.


Ok.. aku tutup dulu. Wawan dah bunyik!

16 Nov 2011

Babi!

Masa amik Oni kat umah pengasuh semalam keadaan hujan renyai. Dah senja dah pun. Aku pegi berdua dengan Ida. Ida drive.

Tetengah dia sibuk gostan keta viva dia , tetiba Ida beristighfar panjang.


"Astaghfirullahalzim..... Babi!!!" katanya.

Terkujut aku.

"Hah, babi? Babi? Mana?" tanya ku dengan excitednya.

Aku tengok arah Ida tunjuk kat aku. Memang ada babi kaler kelabu , besar la jugak sedang berlari anak masuk ke hutan. Depan umah Wana tu, utan je. BEruk, rimau pun ado kot.

TApi siyes la kan, tak penah tersangka nak jumpa babi dalam pangkalan tentera ni. HUAHUAHUAHUHU.

Aku tunjuk kat Oni camana rupa babi. Pulun la si Oni tengok. Entah dia nampak ke tak tetengah senja tu.


OK, habih dah sesi tengok babi tadi, So, kami pun bergerak la mau pulang ke rumah. Oni plak merengek-rengek ajak jalan. Sapa pun tak nak layan dia. Tetiba...


"Hoh...Hohh..Ibu! Tu!! Tu!!!" JErit Oni dalam kereta sambil jari mungilnya menuntuk ke satu arah.

"Ha, hape?" tanya aku.

"Tuh, babi!" beritahunya dengan muka slamber.

MAna ada babi pun. Saja je dia tunjuk. Ngade betui! Adoila.





15 Nov 2011

Mana satukah yang penting?

Got this article from web.. nice to share (medical card is important)..

Prinsip asas kewangan yang sebenarnya ialah seperti berikut :
kena buat ikut turutan

1. Beli polisi perlindungan atau insurans perubatan ( medikal kad )
2. Pastikan ada tabung kecemasan ,bermaksud duit simpanan dalam bank ( RM5000 - RM20000 )
3. Bila dah ada duit lebih, barulah kita melabur dalam instrumen pelaburan
4. Bila dah kaya , buat pelaburan dalam hartanah
5. Dan seterusnya..... 

So,saya agak kurang senang bila ada ejen unit trust datang jumpa kita dan menceritakan ttg simpanan hari tua and what not...saya jawab senang jer...betul ker cara u nak nasihat i uruskan kewangan i nie??...

saya tanya balik,kalau saya menyimpan RM100 sebulan dalam unit trust,dalam 15 tahun nanti saya boleh dapat dalam RM70,000 ( anggap kita dapat dividen 15% setahun )...

tapi kalau saya terkena musibah ( penyakit,kemalangan dan sebagainya ) yang memrlukan jumlah sebanyak RM 70,000,maka habislah simpanan saya selama 15 tahun !!

abih pengurusan kewangan apa yg saya buat sekarang nie !!!!

terus member tak leh jawab!! ..kan sampah tuu..

Saya juga ejen unit trust di syarikat no 1 diMALAYSIA... tapi bila ada org tanya saya dan kata nak buat pelaburan,saya akan tanya balik " Dah buat yang No 1 dan No 2 ke belum ??"

"..kalau mereka kata belum,saya kata pada mereka ," tuan boleh balik rumah dulu,buat yang NO 1 dan No 2 baru datang jumpa saya untuk buat pelaburan.


Petikan dari fesbuk. TAkde link plak. Sori... But thanks to sesapa yg buat ni. 

*****


Artikel pendek ni dikongsi dalam fesbuk aku oleh seorang teman menceritakan betapa sebahagian besar daripada kita tidak begitu tahu dan paham tentang kepentingan insurans dan medical card dalam kehidupan yang serba mencabar ni. And, most of us are scared or sometimes frantic when they were informed the price of medical card and life insurance. 

NAk tanye je...

Susah tak kalau menyimpan RM200 dalam insurans.
Dalam Rm200 tu la duit insurans nyawa ko, duit medical kad dan sekali saving and saving tu pun bukan calang-calang saving?
Siap ada investment lagi. 
Kalau menyimpan RM200 kat dalam bank sampai 15 tahun, buleh kumpul ribu-ribu , tapi bila kita ditakdirkan sakit, nak pakai duit dan duit saving tu dikeluarkan, apa lagi yang tinggal dalam akaun saving kita tu? 15 tahun menyimpan penat-penat, ikat perut sume, skali bila eksiden, kena kuar duit saving tu. 

Ce camni plak. 
Spend the sama amount on insurance (choose the best one). Kat situ memang dah dibahagi siap-siap berapa persen tang insurans dan berapa persen tang saving.
FYI, insurance ni biasanya Nilai Tunai. Itu la duit simpanan korang.
Sila check balik polisi masing-masing tentang wujudnya nilai tunai tu pada agen insurans masing-masing. Kalau korang nak nilai tunai tu jadi banyak after 20 years, tambahkan la duit untuk saving anda tu. 
Percaya tak, hanya tambah Rm10 je pun dah cukup boleh merngubah jumlah nilai tunai insurans korang. Sekajp korang, sekejap anda. Ape daa... 

Ok.. Kate la, korang sakit, atau eksiden, memerlukan rawatan pembedahan puluhan ribu ringgit, masa tu la medical card digunakan.
So, tak terusik sikit pun Nilai Tunai yang ada dalam akaun insurans korang. 
TAk usik lansung simpanan dalam tabung ayam atau tabung ASB anda.
TAk usik pun duit poket mak ayah dan sedara mara. 
BErkat bayar duit medical card (yang korang rasa sgt mahal tetiap bulan) tu, ia berguna bila korang sangat memerlukan. 
And FYI, lagi mahal medical card korang sanggup bayar, lagi besarlah manfaat spital yg korang bakal terima. Dan, katalah korang tak guna pun lansung medical card tu in a year, boleh dapat saguhati plak lagi. We reward you, for being healthy. 
Orang lain ado ke nak bagi reward sebab sihat terlebih? Ade..ade..?

Begitulah serba sedikit leteran tentang kepentingan insurans pada kita, khususnya masyarakat Melayu. 
Ni aku explain menggunakan gaya bahasa tersendiri la.
Senang korang nak paham. 
Sapa-sapa yang tersedar tentang kepentingan insurans tu, cecepat la kontek memana agen insurans yg berdekatan dengan anda, ataupun kontek je la aku ye. 
Papepun, persediaan itu pentiing. We don't know what comes first - tomorrow or sorrow. 



Habih dah kempen.



(pilih agen yang betui ye.aku paham, selalunya agen ni ada yang korup)

Astro ni kan!


Morning sumer...

Ari ni takde apa sangat nak tulih. Just layan gambar je... PAstu korang buat la dialog sendiri ok. Aku tau korang memang kreatif.




Got nothing to tell today (yet). Everybody woke up late as we slept late last night. Terforgot to call Apak last night as we normally did. Thanks to Astro as their lack of everything made my life full of misery and kemenyampahan. Tak ujan tak ribut, Tv1 , Tv2, Tv3, NTV7 , hitz TV pun tak clear channelnya. 
Tergagap-gagap. Benci betoi!

Hence, no tv-battle between Oni and myself. 
She won (of course after crying like pontianak) and I terpaksa put Upin And Ipin back on tv for her to watch. Waaaa.. senyap terus, tengok sampai pukul 11 malam. Baguih dok ado no!!

Today, Astro still not ok.
Buleh tak aku nak register channel Wah Lai Toi jek?
Buduh tui la. Tak larat nak maki dah kot. Buat banyak pahala kat diorang je kan kan?

To the dearest love of my heart, hope to see you real soon so I can kiss you endlessly. We miss you!
Baru hari Selasa... Lambat lagi nak Sabtu..MySpace





Lama tak boh gambaq!



P/S - Ado orang anto email kat aku soh aku tulih blog dalam bahasa Melayu seperi biasa. Katenye... "It feels like home when reading your blog. Tapi, guna bahasa melayu la." Cihh.. nampak sangat aku tak reti speaking. HAih!

14 Nov 2011

The Influential Upin dan Ipin - karakter dan pengaruhnya kepada aku.

Ini cerita faveret semua aku rasa. Kan? Betapa majunya Malaysia, skang dah ada katun nasional, kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Zaman aku membesar dulu, katon jepun je yang banyak. Otromen la, Gaban. Paling aku suka masa tu, Power Rangers. HUHUHU.. Apa aje la buleh belajar dari citer yang ganaz cemtu kan? 

Tapi ended up aku jadi pandai gak pe... HIHHI.

Untung bebudak skang, kita dah ada citer yang membuatkan diri ini sentiasa berada di kampung dan tidak lupa asal usul. Siyes, Upin Ipin ni buat aku teringat suasana kampung halaman. 

jom kita tengok karakter faveret kita.







Upin 
Ada rambut secotet yang memainkan pelbagai fungsi. Antaranya; mengenal-pasti kewujudan angin and to determine arah angin masa nak main layang-layang. Rambut tu juga membezakan Upin dengan adiknya, Ipin. Ipin takdo rambut. 
Upin lebih nakal. Tapi dia seorang abang yang bertanggung-jawab. Sangat cerdik.

Ipin
Sifatnya yang patuh ni memang menunjukkan ciri-ciri seorang adik. Ipin jugak suka sebut perkataan berulang-ulang. Selalu pakai kain merah kat leher. Macam Chef Riz..Opss .. Ke Chef Riz ikut Ipin neh? Suka ayam goreng.


Kak Ros

Garang tapi sebenarnya sangat kasih pada adik-adiknya. 
Suka memperkotak-katikkan Upin dan Ipin. Sikit-sikit ada perangai aku - dengki bila adik siok terlebih. 



Opah
Bila tengok Opah ni aku terus terasa macam duduk kampung. Teringat kat arwah Opah. Sob..Sob..Sob.. NAma glamer lain ialah Mak Uda. Selalu memanjakan Upin dan Ipin.



Jarjit Singh
Walaupun berbangsa India Punjabi, tapi dia sangat suka berpantun. 
Dua Tiga..Dua Tigaa bla bla bla. 
Suara besar. 
Tagline faveret dia: "Marvelous! Marvelous!"


Fizi
Suka mengejek orang, tapi sbenornye dia ni penakut orangnya.
Menggelarkan Ehsan dengan nama "Intan Payung."
Aku paling suka dengar dialog dalam episod BAsikal Baru bila Mail kata dia jual basikal dia 2 singgit. "ehh, murahnya basikal kau!" dengan loghat Perak. 



Ehsan
Cerewet, kedekut dan suka buah hal sendiri je. BErlagak jugak kengkadang. Bajet best selalu.  Fizi panggil dia 'Intan Payung'.
  


Mail
Ni karakter kesukaan aku dalam Upin Ipin. Semua menda dia jual 2 singgit. Memang otak bisnes toi budak ni. 


Mei Mei
Spek gajah yang dia pakai tu memang sangat mencomelkan beliau. AHHAHA.. Mei Mei budak terpintar dalam kelas. Gaya bercakapnya agak pelat , style Cina cakap tapi aku suka dengar. Kekadang, terbawak-bawak plak aku dengan si Mei Mei ni bila bercakap dengan Oni. Walaupun dia berbangsa CIna, tapi dia sangat hormat pada kawan-kawan yang berbangsa dan beragama lain. Bagus budak Mei Mei ni. 


Tok Dalang
Orang tua ni slamber gila tapi kelakar. Dia ni ketua kampung Durian Runtuh. Rajin sungguh melayan Upin-Ipin dan kengkawannya. 


Ni lagi satu karakter faveret.


Sally atau nama sebenornya Salleh
 Lelaki gedik yang teringin nak jadi pompuan. 
Tapi, kadang tu kuar gak suara jantan dia di masa-masa memerlukan. 
Dia ni bodoh-bodoh alang dah selalu dipermainkan Upin dan Ipin. 




Oni dan Wawan


Yang ni plak 2 intan payung aku yang sangat akrab, 
Setiap kali kol 5.30 dan 6.30 ptg aku akan bukak Upin Ipin untuk dia.
Wawan pun layan gak citer ni. Dia memang peminat tv sejak dalam pantang lagi si Wawan ni. 
Though I let Oni watches her favourite cartoon, there are conditions too. 
KEna kemas mainan. 
Kena makan nasik dulu. 
Jaga adik masa tengok tv. 
So, Oni akan pastikan Wawan tido macam dalam gambor kat atas tu. 


AKu?
MAsa ni lah aku nak solat Asar dan mandi. 
ATau nak masak dinner. 
Kalau emegensi, Oni akan panggil aku. 

Contoh: Wawan golek-golek sampai tinggal seinci lagi nak jatuh dari tilam. 
As she learned from previous incidents happened before, she finally understood why she should take care of her brother. So, bila Wawan dekat-dekat nak jatuh, dia akan lari-lari suruh aku datang tengok Wawan. 


Alhamdulillah...
Sepanjang pregnantkan Wawan dulu korang pun tau betapa risaunya aku kat Oni. 
Takut dia jeles ngan si Wawan. 
But, as time flies, Oni's progress is sangat un'sangka'rable. 
She is far more better on being a GOOD SISTER than myself ever was. 

Semestinya, repetition is required.
Kena cakap banyak kal, berleter banyak kali.. 
Baru paham. 
Bebudak kecik ni memang cemtu rasanya. 

By the way, Upin Ipin ni membantu jugak sedikit sebanyak. 
Citer ni adalah citer yg penuh kasih sayang.
And Oni pun banyak belajar dari situ.






... dan Wawan akhirnya terjatuh jugak dari tilam. HAHAHAHA.. KAk Oni ni tak fokus la...


-sekian bebelan hari ini-

Ikan duyung hensem


HAri ni tak posa. Terlajak tido. BAngun konon makan nasi nak sahur sekali tengok jam dah pukul 6.30pagi. LALALALA. HUjan lak. Sejuk semacam. Anak-anak pun tido je .


Tengahari ni decide nak menggunakan sedikit daging korban yang mak bagi untuk makan tengahari. Nak rebus je. Diet! HAAHAH... Guna resepi Yang Berbahagia lagi Dibahagiakan Puan Nini D. Nak tengok resepi silalah klik. Senang gilo! Dah siap, buat plak air asam. Menarik. Layan je ngan nasik panas. Oni pun buleh jamah skali daging tu cuma aku lebih kan kuahnye.

Kalau agak tak suka daging, aku buleh je nak guna ikan. 
Korang jangan tergezut kalau aku kata aku skang dah bela ikan duyung. 
AHHA... Ikan duyung jantan ko tau. 
Tak caya? 
Sat aku boh gambaq na...



 "
"
"
"
"
"
"

wait...


"
"
"
"
"
"
"


"
"
"
wait aaaaaarrr...
"
"
"
"
"
"


Haaaaa....

NI DIA!!!









Ikan duyung tengah main bola. Huahhahahauauhauhauha. 






13 Nov 2011

Kalau lelaki soleh mati didampingi bidadari. Kalau perempuan solehah mati?



[SHARING IS CARING]

credits to Niza Romli








Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak? Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut: “Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”


Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa: “Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.


Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.  Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.” by Jannati Baiti
 
Wallahua'lam. 
 
Nota 2 kaki setengah- Ingatkan laki je bila mati jumpa bidadari syurga. HUkhukhuk~ Tak jeles da la camni. Kuikuikui~ 


Kisah Zarina Anjoulie yang marah

PERHATIAN : BUDAK BUDAK UMUR 18 TAHUN JANGAN BACA!











Adoiyaaiii minah ni tak habih-habih lagi buat hal. 
Dah lama dah tak dengar citer pasal Zarina Anjoulie neh. 
Last ri tu aku tengok dia kuar Melodi pasal gado-gado hamende ntah. 

KAli ni kecoh pasal gambo cekci-mekci beliau kat dalam majalah FHM Indonesia. 


Aku boh satu jelah gambo beliau ye. 
AKu suka tengok. 



Yang menjadikan artis ni bertambah HOT STUFF adalah apabila gambo macam ni kuar diikuti dengan komen beliau yg hangen kat TWITTER. 
Waa..stended la , artis ngan Twitter memang takleh dipisahkan ye dak? 
Tak artis le kalau takde twitter. 


Credit to: Dezaman Cottage






Aku tak berapa follow sangat dunia artis ni, tapi ikut experience aku dalam arena menonton tv ni, dah lama dah dia ni tak terbit di kaca tv. Don't know whether she was seriously banned for appearing in tv or she actually has better things to do. Apparently, she 'does'.

What a brilliant girl. 
Realizing that she will not ever be able to appear sexy in any national magazines, pegi magazine Indonesia pun boley.
Apedehal?
Orang yang menengok gambo dia ni dok sibuk komplen pasal tetek dia yang macam beso sikit, tapi itu tidak menjadi hal buat aku. 
Eh, siyes ada blog yang buat kajian tentang saiz tetek dia after those sexy pix came out.
HUHU.. rajin sungguh! Check this out bebeh!

Doakan je la semoga Zarina memperoleh taufik dan hidayah. 
Sayang sangat. Muka cantik, versi arab-mami-pakistan-apo la lagi.. tapi kalau tak jaga pekerti , tak besh jugak. 
Kita ni bukan kuat agama juga. TApi, nasihat-menasihati tu kan wajib sesama Islam.
Siapalah kita nak judge awak ,kan? 
Yang lain menghina dan mencaci, pun doakan lah untuk dia. 
Takyah le dok ngata. BEsok-besok kena kat anak kita camne?
Kita buleh yakin dan gerenti ke anak kita akan jadi 100% baik?
Masa depan diorang lebih mencabar. 
Jadi, apa yg boleh kita buat adalah doakan je. Doa-mendoakan sesama Islam pun wajib juga. 

Buat Zarina, awak nak pakai cekci ke, taknak pakai baju ke , buat jela.
Tapi, takyah le tulih kat Twitter ropa tu.
Buruknye balik kat awak juge. Ce awak bace balik apa yg awak tulis tu? 
Boleh dibanggakan ke tulih macam tu? 
The best thing is to ask for an apology. 
Yes , true..Being sexy is not a crime. It's a sin!
Tapi, perluke bagi respon cem tu kat org yg hanya concern? 
Those people who dare to advised you were all you have left.
Fans lain ada ke?

I am one of your fans.




12 Nov 2011

Surat isteri (yg lapar) kepada suami yang jauh di sana...

Dear Bucuk,

Rindu awak. Anak-anak pun rindu awak. Oni kalau rindu awak dia jadi degil pelik-punya-style. Sesaja je taw. Saya penat mengejar dia satu hari semata-mata nak pakaikan sependa dia je. 

Wawan plak memang nampak sangat dia rindu awak. Kalau ada awak dia lebih rajin ketawa. Tapi, dia ok je. Pas ni , tinggalkan baju busuk selai ye. Hari tu lupa. Bajet buleh handle la anak rindu apak ni. Orang kata, kalau nak pi jejauh tinggal anak, kena tinggal baju busuk supaya anak tak rindu. Rasa cam takyul je. Tapi, sbenornya tak pun. Masa Oni dulu, berkesan je. NAmpaknya, Wawan pun kena pakai formula yang sama. 

Wawan dah mahir berguling-guling. Satu hari, ade la 4 kali kot saya menemui beliau berbaring di atas lantai. Kali pertama jatuh dulu dia nangeh. Skang tidak lagi. Semalam, saya tinggal dia sekejap di atas tilam sebab nak buat susu Oni. Sekembalinya saya di tilam tu, Wawan dah takde!  Hanya tinggal suara je memanggil-manggil. Rupanya, dia tergolek masuk bawah baby cot. Heee... Untuk tidak mahu dia berguling dengan penuh perasaan, memalam saya bedung dia ketat-ketat dengan kain batik.


Cayang, 

Sepeninggalan awak, saya banyak berpuasa. Maunya tak posa ganti, dah waktu pantangkan Najwan tu terlajak sampai bulan puasa la plak. Rasa cam kurus da sket. Perasan je... Tapi, saya teringin nak makan macam-macam la. Nanti awak balik, kita gi makan pizza ye. Pizza ada promo baru neh. Yang banyak-banyak cheese tu. Tak besh le makan pizza sengsorang. Kena ada geng. Baru siok. 

Pastu, kita nak pi kl kan? Kita pi makan Nando's ek. Lama da tak pi makan. Bila last pi ri tu , b kena amik Peri-Peri yang paling tak pedas, which is not so ME sebab Oni pun nak makan ayam gak. Kali ni kita pi berdua je, so buleh la B makan Extra Hot Peri-Peri. Yeehaa!

Bosan la awak takde. Salu hari camni, kita duk atas tilam sambil tengok movie kat HBO cenel. Takpun tgk Movie yang awak donlod. Ni awak takde, B kena pasang Upin Ipin je bagi Oni tengok. Waaaaa~ Nak masak pun takde semangat. Kalau rasa nak mengunyah, B minum oat je taw. DIET! Betuii..tak tipu. Megi yang B beli kunun-kunun nak wat jajan tu pun tak berusik. Tak de selera. 

Teringin makan cistat juge. Hukhukhukhuk!
 
Rindu kat Bambam Bee jugak.

Awak sihat ke?



Yang terbukti benar,
Bini lu.



HAHA.. ni sikit je ni.

Dulu-dulu masa bercinta jauh-jauh, main balas email je. Pasal kambing golek pun boleh citer panjang-panjang. Skang? Last skali baru tanya khabar dia. HAHAHAHA...


gurau je nih. jangan ikut plak.

11 Nov 2011

NAk stress skang buleh tak?


Wawan dah mula bertaranum.. ehh.. Ber'tantrum'. 
Pantang tinggal je, keluar la rengekan serak-serak basah tu. Adoyaii.. Lama la tu. Selagi tak entertain, lagi tu la dia dok merengek. 
Nyampah~


Skang dah demand da TAKNAK TIDO DALAM COT. 
Nak ikut Kak Oni , tido atas tilam Hak Milik Kerajaan
Huh! Mana buleh? 
TAk muat la tilam. 
Ni tak pe la skang Apak takdo. Kang Apak balik, mana lak Apak nak tido. 
Ohhh...pasni, kamu ngan akak kamu tido la luar atas tilam faveret korang.
Ibu ngan Apak tido dalam bilik je.
Bluweekk!


Yang si Oni ni plak, time Adik nangeh, time tu la dia buat mogok macam dia kurang perhatian dan kasih sayang.
Grrrrr.... 
rasa nak ikat je budak tu kat tiang.
Geram~ 
NAk susu la. IBu, beyak la. 
Padahal, tak beyak pun.
Kentut aje pun dia cakap dia beyak.
Drama queen!


Pukul 8 malam tadi Oni dah lelap sebab letih main siangnya. 
LEga la kejap.
Tapi, si Wawan plak merengek takmo titon. 
Boh buai , takmo duduk diam-diam.
BOh dalam cot, memang lansung la kan. Masuk je dalam cot, terus mata bolatt je macam mata Puss dalam citer Shrek tuh haa.
Adoiyaii... 
Letak atas tilam, aku kena tepuk bontot le plak sambil nyanyi. 
NYanyi pon takmo.
Dok terkejang-kejang.
BAjet terer la tu. 
BAru buleh meniarap je pon dah kerek.
LAst skali, aku baca surah AL-Fatihah kuat-kuat siap berlagu sampai 7 kali. Siap pakej 3 Qul sama Ayat Kursi. 
Hmm..baru bertenang , mata pun dah lalok. 

TApi, ia tidak berakhir di situ.
Kendian Wawan nangeh plak lagi. Sumbat puting pun takmo.
Susu dah bagi da. 
Aku tepuk lagi bontot dia. 
Diam kejap, aku bangun wat susu. Wawan layan je susu tu sampai lalok.

Akan tetapi, si Oni plak terjaga. 
Bila dia nampak Wawan sedang berada di atas tilam, terus Oni bangun pi cium pipi Wawan.
Ape lagi, budak tu dari lali, terus celik balik. 
Waarrrrggghh!!
Aku rasa macam nak wachaaa je budak Oni ni tau. 
AKu dah la lapar. 
TAk makan lagi neh.

Wawan sambung balik merengek walaupun da habih susu sebotol. 
Tv aku da tutup. Oni tak abih-abih gi dok ngusik adiknye.
Adik plak menyebal sebab ngantuk , nak tido tak bley sebab kakak kaco.
Aku marah Oni, 
Adik pun marah Oni. 
Oni lak rilek je sengih-sengih biarpun kena marah. 

"Oih, pi tidoq. Kang IBu panggil M. Nasir datang kang!" jerkah ku. Oni terus tersentot , baring atas tilam sebelah adik. 

"Jangan kaco Adik aaa. Rotan kang," sambung ku lagi.

P/S - M. Nasir tu ala-ala cam Hantu Kak Limah gak la. Bila sebut M. NAsir je, Oni ingat antu ke hape ntah. So, ok la kan dari momokkan dia ngan antu kan.

Aku meneruskan lagi tepok bontot Wawan. 
Dah tetiba lak si Oni merengek....."nak nenen...." . 

Adoiyyyaaaiiii!

Cecepat aku wat nenen Oni. Sempat gi masak air. Seb bek la cerek letrik je. 
PAs siap, aku duduk balik kat Wawan , sambung tepuk bontot dia. 

Ok..Wawam dah tertiarap, tido. 
NAmpak cam ok da. Oni aku biar je dia tido sniri. 20 minit kendian, dedua dah tido. 

HAri ni saja 2 kali Wawan jatuh dari tilam. Sekali tu aku dengar suara je memanggil. 
TEngok-tengok, dia takde atas tilam. 
Rupanya dia dah tergolek kat bawah baby cot.
Nggaaaa~


Aku lapar. Maka aku stress. Bila stress, aku akan minum kopi. Sangat tak bagus kan? 


Ni la dia rupa budak-budak yang meriuhkan rumah aku.




MERAJUK : Faktor dan Tanda-tandanya.


Penah gado tak dalam hubungan suami-isteri? 
Aku taknak cakap le yang tak suami isteri bila bergadoh. 
Time tak menikah lagi, semuaaa pandai. Bab mengayat memang terer. 
Time gado, tak penah gagal memujuk.

Isunya skang, bila dah menikah, ada anak dua tiga orang, suami yang dulunya pakwe kita tu, 
dulunya pandai bermain kata, 
dulunya pandai memujuk dan menceriakan suasana tetiba hilang kata-kata. 
Tetiba je jadi tunggul.
Isteri merajuk, dia wat taktau je. 



FAktor Isteri Memerlukan Pujukan.

Isteri ni, kalau kena marah , herdik ngann sesapa pun dia tak kisah. 
Bergaduh dengan mak ayah, ngan bos, kengkawan atau pun jiran sebelah rumah sekalipun, dia tak kisah. Tapi, bila bergaduh atau berselisih paham dengan suaminya, hati keperempuanannya terusik. 
Tak kiralah camana ganaz dan superwoman sekalipun isteri tu, tak penah menitik ayaq mata depan suami, tapi bila time bergaduh, dialah yang paling terasa hati. 

Hati isteri, tambahan pulak yang menjadi Ibu kepada anak-anak kita amatlah sensetif. 
MAcam hati mak kita la jugak. Berani tak kita bermasam ngan mak kita sampai berhari-hari? 
Nak tak kita tengok mak kite sedih, tarik muka pat belas sambil memasak kat kita? 
Taknak kan.... 
Rugi ke kalau kita peluk dan pujuk dia?
Berbaloi tak melihat dia kembali tersenyum?

Pujukan tu bagaikan satu spark dalam hubungan cinta yang mendalam. 
Pujukan memainkan peranan sebagai penyedap dalam rumahtangga.
Macam karpet yang dihampar atas simen yang licin lagi sejuk. 
Bila kita letak bontot atas lantai yang keras tapi dilapik karpet, kita akan rasa selesa. 
Pujukan itu umpama karpet. Lantai tu umpama cinta kita yang keras dan dingin. 
TAkde karpet, maka dinginlah segala apa yang tumpang duduk atas dia.

Sama la jugak macam pujuk memujuk dalam rumahtangga. 
Ia menambah seri dan warna sebenarnya. 
Jangan le marah kalau isteri merajuk. 
Sesekali tu isteri hanya mahu menguji kesabaran dan kasih-sayang suami. 
Nak tengok, sejauh mana suami sanggup berlemah-lembut dengannya. 
BUkan hanya dalam bilik tidur saja kena berlemah-lembut yee...

Jangan le memandang remeh bila isteri merajuk selepas bergaduh.
Kadang, suami tu wat derk je. "Lantak pi la kat ang, ang nak merajuk lama mana sangat pun.." 

Kadang isteri yang merajuk tu saja je buat-buat takmo masak, atau takmo iron baju, atau tetiba taknak bercakap di rumah. 
Senyap semedang.
Tu tandanya dia nak test je.
Nak tengok laki dia perasan ke tak akan perubahan drastik tu. 
Isteri tu nakkan attention.
Isteri nak suami tu bertanya "apa yang tak kena?" atau "ada pape masalah ke?" .
Ataupun tanya la.."sayang... tak sihat ke ni? Kenapa tak masak hari ni?"

Isteri mahu ditanya. 
Tanya lah wahai suami-suami sekelian.
Sebab, isteri ni selalunya berlagak kuat. 
Dia berjihad dalam rumahnya sendiri. 
Masak, kemas rumah, tonyoh lantai, cuci jamban, jaga anak-anak.. 
Allah tak suruh kaum Hawa berjihad di medan perang, tapi jihad mereka ini bermula di rumah. 
Penat tau 'berjihad' 24 jam sehari tanpa mc. 
Aku pun tak kata suami tak berjihad. Ye betul, suami pencari rezeki. Tapi, lepas balik kerja, sapa yang paling kalut sekali pastu? Isteri kan...? 

Kalau kamu tak tanya, sapa lagi?
Takkan jiran lak kan..

Pujukan suami tu boleh bagi sumber tenaga kepada isteri. 
Bila bergaduh, isteri akan hilang semangat.
Jiwa dia hilang. 
Dia akan kesunyian. 
Bagi dia , diri mungkin sudah tidak disayangi dan dihargai lagi. 
Pujuk la... 
Jangan biarkan si isteri tu bermain perasaan sniri.
Perempuan ni memang daya imaginasi dia tinggi cket. 
Nafsu pulak ada sampai semilan. Akal satu jek. 
Jadi, pujuk la. 
Kekanglah imaginas melampaun si isteri tu. 
Peluk la dia. 
Kalau perlu minta maaf, minta aje la. 
Tak kena cukai ponnn...~


Kadang-kadang kita dan pasangan teruji. 
Anak sakit. 
Kereta rosak. 
MAsalah duit. 
Masalah mak ayah dan mertua. 
Masalah nak balik kampung sapa bila raya.
Macam-macam kan? 
Kadang merajuk sampai 3 hari tak bertegur. Ada yang sampai seminggu pun ado.
Wahh, tak paham aku cemana diorang tido sebilik..kekeke..  
Biasalah tu. Emosi memasing terganggu.
JAdi, bila terbegadoh tu, pujuk la.
Anak sakit, si ibu menjaga anak siang malam sampai seminggu. 
Keluar spital, balik spital. 
PAstu kat umah lagi nak kena jaga.
Berjaga malam. Bagi susu segala apa yang anak tu perlu. 
Emosi dan fizikalnya letih. 
Kadang, dia bercakap pun tak tentu arah. 
Kalau terbegadoh, suami beralah la. 
Anggap je si isteri tu tengah berhalusinasi ke hape... tak berapa nak center otak nye. 
Dia letih. Abaikan jelah.
Pujuk la dia. Kuatkan semangat dia. Peluk lah dia. 
JAngan le pi tambah lak lagi. 

"Pikir masa depan!!!" kata Upin kepada Ipin.

Dan kepada isteri-isteri semua... Merajuk ni memang sinonim ngan spesis cam kita ni. 
Tapi, jangan le over acting. KEna ingat dan sedar ke diri. 
Kita ni ISTERI.
Walaupun marah dan kecik ati, semuanya kena simpan elok-elok . 
Kena bijak guna akal untuk meluahkannya. 
Tak payah le hentak kaki kuat-kuat sampai bergegar lantai dan segala apa yg ada kat badan tu. 
Jangan sampai suami tidak senyum dan redha pada kita.
Lari semua malaikat yang melindung kita ni. 


Suami?
yeee.... Suami ni kalau merajuk memang tak dapat dinafikan,....sangat buruk. 
Tapi, lelaki merajuk bukalah sesuatu yang mustahil. 
Cuma, berpada-padalah. 
Pandang la isteri tu. 
Ingatlah balik kenapa anda begitu cintakan dia suatu ketika dulu sampai beria bebenir kumpul duit nak menikah ngan dia.
Pandangla muka anak yang comel tu. Pikir balik, kalau tak kawin ngan bini kamu ni, kamu tak dapat anak yang comel cam yang ado skang ni.
Haaa... sebab bini kamu comel la. BAru dapat anak comel.
Nak harap gene kamu sorang je, belum tentu comel lagi tau~ *lempang!

Tapikan, lelaki ni selalunya kalau merajuk sekejap je. Bila malam, dia baik le balik. Kan..Kan ..Kann..? 




Bagaimana memujuk isteri?

Errrmm.. kalau ikut aku punya faveret, aku tak perlukan teddy bear besar tv plasma tu. 
Tak payah.

Cukuplah sekadar break-the-ice. 
Kalau satu hari tu senyap je lepas gado, tetiba suami tu bersuara, ajak makan eskrim ke, cari goreng pisang ke, ataupun dia suruh pi buat ayaq neskepe ke, tu pun dah ok da. 

Tapi, kalau time merajuk besar-besaran, elok la suami tu peluk, ajak pi makan pizza ke atau pun ajak pi ronda-ronda dengan anak-anak. As simple as that.

Lepas dah baik tu, tak payah sebut dah pasal hal gado tu tadi.
Buang terus dalam tong sampah. 

Hukhuk~
Jangan majok-majok dah ek.



Tanda-tanda awal isteri merajuk:

 Bangun awal gila. 
Tido awal gila-gila. Memang takde chance le korang~
Tak mo masak.
Mulut muncung melebih 4 cm.  (kalau jongang tu, kira lain la ek)
TAk serika baju, baik baju sniri mahupun baju laki dia. 
Kenyang selalu. (Takmo makan!)
Sekejap-sekejap keluar bunyi berdecit-decit macam tikus. 
Lansung tak mau bertentang mata dengan suami. 
Bunyi pinggan dan cawan berlaga yang agak kuat. Nyebal la tu!
Kalau yg ada garden kat umah tu, sekejap-sekejap kuar siram pokok. Tengah hari pon siram pokok.
Asik ngadap fesbuk je pastu kuar status berunsurkan keperbezaan gender. 


Tanda-tanda besar isteri merajuk:

 Tido je semedang.
Bangun tido lewat. 
MAsak, tapi dia masak untuk diri seniri je. 
Mulut dah tak muncung dah. TApi, buleh dengar bunyi gigi diketap. 
Baju suami dia serika sampai hangit. 
Makan banyak gila!
 Keluar bunyi mendengus macam rimau. 
GArang dgn anak-anak. 
KAlau ada chance bertentang mata ngan suami, memang dia tenung sampai nak meletup biji mata.
Bunyi pinggan dan cawan pecah.
Kalau yang tanam pokok kat luar tu, habih tercabut suma pokok-pokok sekali akar skali. Pokok ubi kayu pon slamber je dia cabut. Sebelah tangan je!
Tukar status kat fesbuk "It is complicated"




Musti korang ingat aku majok ngan Inche Kitchi kan? 
HAHAHHa...



~ini entri tanpa tajaan~
gurau-gurau je...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram