Followers

29 Sep 2011

[SEGMEN] - SAYA NAK JOIN BLOGLIST MAKBED'S JOURNAL



Sebenonye, dah lama sangat nak buat segmen tanpa tajaan ni.
Teringin lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dah. 
TApi, tak punya masa untuk fokus. 

Memandangkan sekarang begitu sukar untuk aku blog-walking dek kerana kekangan masa, aku teringin sangat nak buat satu segmen. 







Aku nak clearkan bloglist aku skang, dan bukak satu ruang khas untuk follower-follower sekelian. Sapa yang berjaya menawan hatiku akan diberi 'kapet merah' berada dalam senarai bloglist Makbed.

Peluang ini terbuka kepada semua follower kesayangan yang begitu setia mengikuti coretan ku selama ni. Mekasih bebanyak. Siapalah aku tanpa kalian. 

Syarat nak join senang jek.



  1. Amik banner segmen berupa gambo Oni dan Wawan tu dan abadikan di dalam blog korang. Sertakan sekali link nya. Nah boh link kat bawah gambo tu pun takpe. 
  2. Khas untuk follower je. Sapa tak follow lagi, buleh la follow skang.
  3. Tajuk entri ialah : SAYA NAK JOIN BLOGLIST MAKBED'S JOURNAL. 
  4. Nyatakan sebab kenapa aku harus memilih korang untuk di'bloglist'kan.  Suka ati la nak letak alasan pe pun. Alasan yang paling kreatif memungkin anda dapat ole-ole dariku. KAlau takde ole-ole, kole pun aci la kan? Buleh taruk berus gigi kat dalam dia pe....
  5. Anda bebas untuk memberi komen tentang blog Makbed's Journal ni. Kalau suka, bagi tau le suka kat mana. Kalau tak suka, habaq je la kat mana kurangnya. Ini bertujuan untuk memperbaiki mutu tulisan ku di hari depan. *kipas mengipas adalah digalakkan~
  6. Letakkan link entri korang di ruangan komen entri ini. Jangan letak kat entri lain. Babab kang! 
  7. Sertakan sekali ID follower andaaaaa....

Tu je syaratnya. PAda blogger-blogger baru tu, this is your time to SHINE!!!  Blogger-blogger otai plak, jangan kecik ati ek. Nanti aku buat bloglist khas untuk korang.

Tag le sesapa yang anda sukaaa.. Berapa orang pun tak pe.


Tarikh tutup akan diberitahu kendian.

[SEGMEN] - SAYA NAK JOIN BLOGLIST MAKBED'S JOURNAL



Sebenonye, dah lama sangat nak buat segmen tanpa tajaan ni.
Teringin lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dah. 
TApi, tak punya masa untuk fokus. 

Memandangkan sekarang begitu sukar untuk aku blog-walking dek kerana kekangan masa, aku teringin sangat nak buat satu segmen. 







Aku nak clearkan bloglist aku skang, dan bukak satu ruang khas untuk follower-follower sekelian. Sapa yang berjaya menawan hatiku akan diberi 'kapet merah' berada dalam senarai bloglist Makbed.

Peluang ini terbuka kepada semua follower kesayangan yang begitu setia mengikuti coretan ku selama ni. Mekasih bebanyak. Siapalah aku tanpa kalian. 

Syarat nak join senang jek.



  1. Amik banner segmen berupa gambo Oni dan Wawan tu dan abadikan di dalam blog korang. Sertakan sekali link nya. Nah boh link kat bawah gambo tu pun takpe. 
  2. Khas untuk follower je. Sapa tak follow lagi, buleh la follow skang.
  3. Tajuk entri ialah : SAYA NAK JOIN BLOGLIST MAKBED'S JOURNAL. 
  4. Nyatakan sebab kenapa aku harus memilih korang untuk di'bloglist'kan.  Suka ati la nak letak alasan pe pun. Alasan yang paling kreatif memungkin anda dapat ole-ole dariku. KAlau takde ole-ole, kole pun aci la kan? Buleh taruk berus gigi kat dalam dia pe....
  5. Anda bebas untuk memberi komen tentang blog Makbed's Journal ni. Kalau suka, bagi tau le suka kat mana. Kalau tak suka, habaq je la kat mana kurangnya. Ini bertujuan untuk memperbaiki mutu tulisan ku di hari depan. *kipas mengipas adalah digalakkan~
  6. Letakkan link entri korang di ruangan komen entri ini. Jangan letak kat entri lain. Babab kang! 
  7. Sertakan sekali ID follower andaaaaa....

Tu je syaratnya. PAda blogger-blogger baru tu, this is your time to SHINE!!!  Blogger-blogger otai plak, jangan kecik ati ek. Nanti aku buat bloglist khas untuk korang.

Tag le sesapa yang anda sukaaa.. Berapa orang pun tak pe.


Tarikh tutup akan diberitahu kendian.

Tiadanya dia di samping ku...


Setengah jam selepas pemergian suamiku ke KL, aku sudah berjaya close 1 kes. Yatta!!!

See.... setengah jam dia takde, aku dah buleh buat duit sniri. So, kalau 6 bulan dia tak de, musti aku kaya kan? HAHA.. Ini namanya ayat untuk berpikiran positip. Reti?

Takde Inche Kitchi kat umah, bermakna aku tak berapa semangat nak masak makan. Dah dekat pukul 10 ni, aku still tak dinner lagi. Last makanan yg masuk ke perut ialah cucur udang si Momy Iman yang aku balun dengan penuh perasaan sambil-sambil wat presentation untuk tuan rumah. Sayangku, printer yang dikau hadiahkan sangat berbakti kepadaku. Bahan cetakan pertama nya membuahkan hasil. Alhamdulillah....


Besok, tatau la camana aku nak ke opis. Kereta takda. Harapakan ehsan jiran serba boleh aku jelah, si Ida ni. Ada hal yang perlu dibereskan di pejabat. Kalau tak urgent, memang tak maunye aku menyusahkan diri dan jiran budiman.


Oni dan Wawan dah pun tido. Wawan kepenatan dari petang masa di rumah Momy Iman, dia tak jemu-jemu 'bersyarah'. TAktau la apa yang dia kempenkan. Oni plak, letih bermain. LEpas balik dari rumah Momy Iman, Ida ajak dia gi main kat playground plak. Mekasih la Ida.... Oni memang sangat suka gi playground, tapi aku tak berkesempatan nak bawak. Nak bawak si Adik plak lagi. Rasa cam tak secure la plak.

Tinggallah aku, Makbed yang kesunyian. Hanya bunyi kipas angin je menjadi teman.

Oh, ade Tyra Banks juga tolong temankan. Nun di kaca tv.






HAAAAAAAAAAAAAAa... aku dah kata dah kan. Kalau laki jauh je aku jadi jiwang!

TIPS MENGHALANG KECURIAN

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak....
Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari?

Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci.

Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.


Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

kredit: ct nafisa entri ni amek kat fb.



Makbed berkata:
Aku pernah attend satu training keselamatan di rumah masa di KL dulu. Penceramah tu kata.....

"Kena simpan sedikit barang berharga di dalam rumah, di tempat yang biasanya pencuri akan selongkar atau pun senang diambil. Kira mcm sedekah la kat perompak tu."

Alasan: Kalau perompak ni dia dah jumpa pemenda yang dia nak, dia akan blah dan tak buat hal dah dengan kita. Tapi, kalau dia tak jumpak pape, sumanya kita sorok, dia berkemungkinan besar akan mencederakan kita dan ahli keluarga yang lain. Buleh la try jika mau. BUkan apa, kalau buleh lower the risk of injuries, why not kan?



Entri yang penuh kesukaan


Terus-terang kini aku sangat hepi bekerja dari rumah. 
Inche Kitchi tak cakap pun hepi tapi aku rasa dia pun siok kot aku tak de gores gedik kad dia da. 
Kini, aku tak de macam cacing kepanasan setiap kali pengasuh cakap anak dia demam atau sesapa ajelah dalam umah dia demam.
Aku leh jaga anak-anak aku sendiri. 
Kini, aku tak de susah hati pengasuh nak cuti lelama, sebab aku dah ada 2 pengasuh. 
Kini, aku tak yah susah-susah amik mc bila sakit.
Kurang stress, kurang le sakit.
Kini, aku tak yah amik EL setiap kali anak demam. 
Anak aku semua hepi tengok aku kat umah.
Aku menjadi ibu kembali pabila aku mandikan anak aku 2 kali sehari, basuh berak diorang dan kasi makan. Of course, sesekali aku naik antu bila bebudak ni nangeh beduet. Bingit lak!
KAlau tak tu, anak-anak gi umah pengasuh pagi-pagi, dia yang mandikan , cebokkkan berak sume dan mandikan anak ketika petang. Aku cuma bawak balik, peluk cium je. PAstu , suma tido. 
KAlau malam tu anak meragam sikit, maka besoknya aku musti gi keje ngantuk-ngantuk.
Now, I have a lot of time to hug and kiss my kids. 


Hahahhahh.. suma tu dah takde.


Banyak masa kemas rumah.
Baju pun berlipat je. 
Dapur berasap, makan masakan di rumah. JIMAT!


Dan...

PAda hari ini...
Suami tersayang belikan saya ini




Agar aku tidak perlu berkejaran ke opis nak print quotation dan memudahkan urusan lainnya. 
Kalau takde printer, aku kena gi kacau orang kat opis plak. Not  good.....
This will help me work professionally and definately save time. 
Ari tu aku cakap nak OVEN sbg hadiah beranak, but I changed it to this. 
Lain kali je lah beli oven tu.... 
After all, he's not going to be around for quite sometimes.
Ala... buleh bli sniri kot itu Oven. 
Dapat YANG INI pun dasat gak.
Ada scanner skali. 
BAnyak menda buleh setel. 
Pasni, buleh start print gambo anak-anak dan masukkan dalam album!


dan juga dia belikan ini untuk saya!!!!
Uhukk..uhukk...
Aku sungguh terharu.
Setelah sekian lama bersama encik mouse yang 'degil' dan akhirnya saya buang itu mouse - kasi kat Oni. 
Mouse takde susah gak.
Takde semangat nak blogging dan berfb.
Suami belikan saya ini!!!!
Wireless!!
Oh, saya sungguh teruja. 
*kejap 'saya', kejap 'aku'... giler.






Nur Najwan Muhammad sudah 3 bulan satu minggu. 
Dah pandai berborak dan beliau sangatlah bising. 
Bila combine suara ngan kakak, lagilah bising!
Dah pandai tarik rambut kakak. 
Skang tengah berusaha nak mengiring. Sedang mengguling-gulingkan diri. 
BERUSAHA!!
Ibu kena minum susu Anlene lebih sebab Ibu rasa gigi Ibu dah longgar dek mengetap gigi aje.
Geramkan kau lah ni~
Penah tak rasa mcm nak penyek, nak gigit-gigit budak sebab terlampau geram?






Auni Alwani plak sudah 2 tahun satu bulan satu minggu. 
Baru saja baik demam. 
Tinggal batuk dan selsema saja belum surut. 
Sudah petah bertutur dan boleh disuruh-suruh.
Oh ya, dia demam tu sebab nak tumbuh gigi kot?
TAknak makan dan taknak menyusu. 
Nak makan cekelet je la plak. 
Recently, tone menangis dia dah bertukar.
Skang lebih mudah teresak-esak. 
Kenapalah jadi mcm ni ntah?
Nangeh lebih teruk dari adik.
Sampaikan aku kena mintak excuse kat Adik dulu untuk tengok si kakak ni. 
Nasib baik adik tu cool jek. 
HAIH~
Selalu drama lebih ini olang.


Aku suka bila dia sebut 'lola'.
Tetiap kali mandi, dia akan suruh aku amikkan 'lola'.
Hehehhee.. apa ke 'lola' tu?




 Tola!!
Tuala...



 Oni Lola... hehehehehheehe...


Untuk suami,
andalah yang terhebat.
Terima kasih atas SEGALANYA.....




p/s: cayang, menda yang nak kena balut tu I balut besok je lah ek. Nantok ahhh! Heee...

28 Sep 2011

How to end an unwanted conversation via FB chat?


Bagaimanakah cara korang menyudahkan conversation ketika chatting? tetengah siok borak, anda terpaksa minta diri kerana beberapa sebab. Mungkin conversation tu membosankan, ataupun anda memang tak suka chatting ngan beliau. Atau, anda kena buat kerja lain. Atau, maybe bos datang mengendap kat belakang.


  1. Sori. Got to go. Anak nangeh nak menyusu plak. 
  2. Aku nak pi masak sat. Sat gi sambung lain. 
  3. Dah lewat da ni. Aku ngantuk dah. Esok kita borak lagi ye.
  4. Maaflah. Aku bukan tak nak dengar masalah kau, tapi aku tak sembahyang Magrib lagi ni. Kang aku nak pi masak lak. Besok le sambung. 
  5. Alamak, laki aku nak akai lektop aku lak. Got to go..bye!
  6. Weh, aku nak pi berak sat. Hang nak tulih pape, ang tulih je lah. Kang aku baca....  *terus tutup fb. 
  7. menyalahkan internet servis yang lembab hingga menyebabkan anda ada masalah chatting.
  8. ................tak de alasan lansung. Terus tutup fb je. 
 


26 Sep 2011

Al-kisah pokok kunyit abah bagi



Dah lupa bila Abah bagi aku pokok kunyit yang dah pun tumbuh daun. Aku amik kat Sik masa tu. Konon-konon nak mula tanam pokok sniri la kan. HEheh...

Aku memang fail bab responsible kat pokok ni.
Kesian pokok tu. 
Kalau lah pokok kunyit tu buleh bercakap, musti aku tak lupa bagi dia minum air hari-hari. 
Masa tu pulak aku peknen... Aku kerap lupa. 
Pokok kunyit yang diletak dalam polibag tu aku letak kat belakang umah, kat dapo.

Bulan-berganti bulan akhirnya pokok kunyit tu mati. 
Tapi sempat la aku tarah daun-daunnya buat masak lemak. Heheee... 
Tapi, kendian pokok  tu senyap gitu je, takde daun. 
Dah tak siram kan? 
Sibuk sangat gamaknya. 


Dekat-dekat nak abih pantangkan Wawan, Abah tengok pokok pemberiannya sambil geleng-geleng kepala. Bagi aku dah takde nyawa dah. 
Tunggu masa nak pi buang je. 


"Awat hang tak siram pokok tu? Hang ingat pokok kunyit tu dah mati ka?" tanya Abah malam tu.

"Dah mati dah. NAk siram buat pa.." balasku.

"Hah, tu la. BUkak internet hari-hari takmo blajaq. Cuba hang siram balik pokok tu. Tunggu dua tiga hari, keluar balik tunas dia. Selagi dok ada 'ubi' kat bawah tu, memang pokok kunyit takleh mati. Walaupun nampak macam dah mati..." gitau Abah sambil buat muka mengondem aku yang tak cukup ilmu tapi perasan bijak ni. 

"Ehh.. yeke? Tatau la plak... hhehhee.." 

****

Sekarang ni  musim hujan. 
Satu hari, aku ke belakang nak mengemas rumah sebab dah lama berpantang, umah pun cam tongkang. 
Aku ternampak pokok kunyit tu mula bertunas. 
Sapa pulak le siram pokok ni kan... Mungkin tempias hujan agaknya. 


Tapi, aku kagum gak la sebab pokok kunyit tu buleh hidup balik. In fact , dia memang tak mati.


So, setiap pagi aku siram pokok tu.
Sambil proses kain nak dibasuh, aku bagi pokok tu minum. 

Satu hari, Oni ternampak aku tuang air ke dalam polibag berisi pokok kunyit berdaun kecit tu.

"Ibu, wat pa?" tanyanya.

"Ibu bagi pokok minum.." aku jawab.

 Oni diam.... 


Besoknye...dia tanya aku ..

"Ibu, okok tu inum?" tanyanya sambil tunjuk pintu belakang.

 Memula aku cam tak paham.
Tapi lepas dia tunjuk banyak kali kat pintu belakang, aku paham la yang dia nak pi kat pokok. 

 Besok nya pun, dia tanya lagi...

"Ibu, dah iyam okok?" 

 Masa tu aku kalut nak mandikan Wawan. Aku terus amik kole plastik, isi air. Dah tu aku bagi kat Oni.

"Nah, Oni tolong ibu siram pokok ye.." 

Kemain hepi lagi si Oni bila dia buleh curah air dalam polibag pokok kunyit tu.
Bangga betul dia bila dia dapat siapkan kerja yang Ibu suruh. 
Suka betul dia bila Ibu cakap dia 'good girl..'. 



Skang, kerja siram pokok diselesaikan Oni....




Hasilnya...






Pokok itu sudah besar daunnya dan tumbuh lagi 2 tunas baru.


 Abah, pokok kunyit dah idup balik!!!
Cucu Abah jaga.

25 Sep 2011

Contengan yang begitu bermakna



Pergi kursus dalam keadaan blur dan tak bersemangat sebab teringat kat Oni dan Wawan. Nampak muka Michelle pun cam biasa-biasa je respon nye. Demi ilmu yang perlu dituntut, aku ikhlaskan hati. Tapi, tu lahh.. setiap kali pandang muka Michele, nampak Oni. Teringat gelak tawanya. Malam sebelumnya, aku tido tak lena. Kejap-kejap terjaga sebab dah biasa bangun malam dek tangisan Wawan yang laparkan susu.


Kendian.........................






Terbukak page ni tatkala aku mula nak jot down notes semasa Michelle berceramah.  Lama aku merenung. Nak meleleh air mata.

Serta-merta aku teringatkan Oni.


Oni,
Mekasih sebab conteng buku Ibu.
Sebab, dengan contengan kamu lah Ibu kembali bersemangat.
Dan, Ibu kembali sedar why exactly I am not there beside you, but HERE.
You have awaken me.
Driven the courage..
Brought the strength...
Ibu sentiasa ingat kamu dan Wawan.
Dan Ibu akan make sure that our sacrifice worth while.
I'll make it worth bebeh!


Buku tu memang tak pernah berenggang ngan aku.
Conteng-conteng tu berlaku masa aku dalam pantang.
Takpe.. tak kisah la kan.

Nasihat aku,
kalau anak-anak conteng buku nota, biar je.
Jangan koyak.
Ni pun buleh jadi modal buat sokongan moral jugak....

23 Sep 2011

Bilakah sebenarnya kehadiran XBOX diperlukan?


Masa muda-muda, kita berangan nak ada rumah besar. Nak duduk dengan keluarga kita yang ramai.
Anak-anak bajet nak 6 orang. 3 lelaki 3 pompuan.
Nak beli tv plasma besar. 
BEli x-box ... buleh main game. MAsa sekolah teringin nak main game macam tu tapi abah tak bagi sebab tengah sekolah. KAn kan...


Tapi, bila kita mampu beli semua tu, umur kita dah berapa? 
Pastu, time tu nak main x-box pun tak sempat sebab anak yang berderet-deret pun berebut nak main sama.  Terpaksalah beralah.
Tv besar pun takleh tengok sebab bini dok sibuk tengok Tahajud Cinta. 

 Lama-lama......
Kita pun dah tua. 
Anak dah besar.
Ada yang da kawin.
Yang tak kawin tu plak, keje jauh-jauh atau pun belajar.
MAsing-masing ada life sendiri.
Masing-masing ada dreams to pursue. 

Jadi...
Apa jadi kat kita yang dah tak de dream nak pursue ni?
Nak kawin lagi?
Tak larat dah..
HAHAHAHA...


Maka....
Tinggallah kita ni dalam rumah yang besar.
Yang ada banyak bilik. 
Yang setiap satu bilikny ada ekon sebab masa mula-mula buat rumah tu anak-anak demand nak ekon sorang satu.
Tapi, sudahnya, guna 1 bilik je...
Sebab anak-anak lain takde dah.
Pastu, dah duduk berdua dengan bini apa nak buat?
Ko tengok aku, aku tengok ko.
Nak borak?
Idup dekat 30 tahun sama-sama, apa lagi yang nak diborakkan?
Gosip artis? Heh!
Ngumpat sedara-mara? Hmm.. kita dah gi haji dah, mana leh buat dosa ngumpat kan.
Bosan kan idup berdua cenggini..................
Kesiannya jadi orang yang dah veteren ni. 


 Maka..............
Ketika inilah x-box sangat berguna. 
HAHHAHAHAHAHHHAHA....


Cerita ini adalah dari ilham sniri tatkala melihat kehidupan mak ngah ngan pak ngah aku ni. 
Kata Aspa,  pc kat rumah tu selalu jadi rebutan mak ngan abah dia. 
"Tadi Kak Liza nampak kan, Mak dok kat pc tu main game. Haa, tu kira Mak Ngah menang le tu. Selalu tu berebut je mak ngan abah tu."

Aku gelak besar. 
Berebut main game dalam pc. Game bebudak aje pun buleh jadi diorang ni. Tadi tu pun Mak NGah leh jadi pemenang sebab hari ni Pak NGah kena cirit-birit. 
Kalau tak, Pak Ngah yang duduk kat kusi komputer tu.

Aku cakap kat Aspa,
"Korang beli la x-box sebijik kat mak ngan abah korang. Buleh le depa main tekken ke hape ke.. Kesian. Dulu masa muda-muda nak main tak buleh, asyik kene rebut ngan korang aje..."


Kesimpulannya: Xbox ke, Ps3 ke suma tak berguna time-time muda gini. Time tua-tua besok baru perlu. Reti?




-entri takde gambo-

21 Sep 2011

Cara Beraya zaman skang agaknya kan?




Bebudak zaman skang ni tak diajar cara beraya ke??

Aku tau la raya tu sebulan. 
Tapi, seingat aku , bebudak cuma kutip duit raya beria sakan selama seminggu je. 
Dulu-dulu besh, cuti raya sama ngan cuti skolah. So, lama le cutinye.
Kalau cuti raya seminggu je, maka seminggu tu jelah kutip duit raya dengan kengkawan. 

Tapi, masa aku dulu, abah tak bagi sangat jalan-jalan merata gi kutip duit raya.
Kalau nak merasa duit raya banyak, kenalah jalan ngan mak abah.
TApi, tak bermakna la aku lansung takleh jalan-jalan beraya dengan kawan-kawan. 
BOLEH. 
Cuma terhad dalam masa seminggu atau 2 minggu syawal je.
KAlau nak beraya lama-lama, nk duit raya, gi la beraya umah orang dengan parents. Baru dapat. 


Nak beraya rumah orang tanpa mak abah pun ada adab. T
Akleh semberono je. 
BAgi salam... 
Sorak ramai-ramai 
"ASSALAMUALAIKUM... KAMI MAI NAK BERAYA!!!" 





OKeh.. ni plak adab anak-anak kecik zaman skang yang skolah rendah khasnya dalam base ni beraya. 


Beraya tak kira hari.
Orang dh start keje pun, pun dia sibuk nak beraya. 
Kadang, pakcik tu balik just nak makan nasi, balik just nak tukar baju keje je, atau balik nak solat, dia main sebut je.. "pakcik, nak raya.
Adik, kalau nak raya petang sikit takleh ke. Ini pun dah tengah bulan, time keje lak tu. Kuih raya pun takde dah habih.....


Biadab masa beraya. 
Ketuk pintu tak bagi salam. Ketuk kuat-kuat pulak lagi. 
Yang ni memang aku kuar maki je dapat. 
Anak aku nak tido pun buleh nangeh. 
Jangan sampai aku tarik ko masuk dalam soh ko tidokan balik anak aku.


Hari ni datang. Tunggu 2 hari lagi, muka yang sama jugak ketuk pintu datang beraya. Bajet aku ni nyanyuk la kan. 
Komplen banyak.
BAgi singgit bising. Bagi lima posen lagi la. Menyumpah kita plak pastu. DEPAN-DEPAN plak tu!



Dialog yang seperti mak bapak tak ajar. Aku tatau la anak sapa cakap macam ni.. 

Budak : Makcik, kami nak raya.
Aku     : Makcik nak keluar gi keje ni. Apsal datang time ni? Raya hari minggu takleh?
Budak : Ala takpe.. makcik takyah le gi keje. Takpun makcik bagi kat duit raya je.
Aku    : [hangen] Ni nak beraya ke nak duit je?
Budak : Nak duit.
Aku    : Duit takde dah. HAbih.. [terus tak jadi bagi duit]
Budak : Makcik tak masak?
Aku    : Tak. Makcik puasa.
Budak : Makcik masak la bagi kami makan.
Aku    : Kamu ni anak sapa ni? Kamu bagitau dulu sapa bapak kamu, baru makcik bagi duit.
Budak : TAkpelah makcik. BApak kami taktau pun kami kuar beraya...
Aku     :  ??



Aku tau, sebab bebudak ni tak kenal sapa orang yang dia mintak duit tu, so, dia cakap main bedal je. Masa bercakap pun, tangan cekak pinggang. Meleweh!
Kalau budak beso Oni wat cemtu, aku ok la. Kiut. 
NI budak darjah 4 wat cemtu, tak rasa nak bagi penyepak? 
Yang si parents pun, tak monitor ke mana anak pi lepas sekolah? 
Bukan le aku ni kedekut sangat tak mau bagi duit. 
Ada je duit syiling dalam umah.
Dah aku stenbai baek punya nak bagi. 
Dah jadi plak conversation kat atas, tetiba rasa cam tak jadi bagi duit. 
Aku nak bagi rotan pulak. 


Jangan terkejut, dialog cemni datang dari anak-anak pegawai tau. 
BUkan anak LLP... 
Stakat skang ni, anak-anak LLP yang aku jumpa suma sopan santun.
Pelik tak? Sapa yang ajar tu? 
Jumpa aku kat lif, tolong picitkan butang lif. 
Kalau nampak aku terhegeh-hegeh ngan barang masa antar Oni gi umah pengasuh yang satu blok ngan diorang, mesti ada bebudak yang tetengah dok main kat luar yg nampak tu tolong. 
Paling tak pun tolong pegang Oni. Siyes, tak bohong. 
Cuba la cari situasi cam tu kat kawasan rumah pegawai ni? 
HAGHAMMMMM .


 Tinggi mana pun pangkat kita, anak tetap jadi cerminan diri kita, bukan pangkat.



 






[PENGUMUMAN] Tukang Urut Kesayangan Makbed kini berada di KL!!! Sape nak book?



Tukang urut kepercayaan Makbed, Ida Kurau, yang kini namanya sudah tersohor di persada urutan antarabangsa *ada ke? kini berada di kawasan Lembah Klang hiingga akhir bulan ni.


Sesapa yang nak cuba khidmat urutan beliau, bolehlah contact Makbed dengan meninggalkan komen di bawah. Takpun, hantar lah email bersubjek seperti berikut :


 SAYA MEMERLUKAN KHIDMAT MENGURUT 



ke email Makbed : lizajalil1@gmail.com



30 Perubahan Nyata Bila Dah Ada Baby

  1. Tak dapat cium bunga ros, tak de orang bunga bunga ros pun dah tak emo dah sebab bau baby lebih shedap.
  2. Once upon a time, you are fearless. Now, you are afraid. 
  3. Segala pengorbanan dan jerih-payah yg kita buat untuk mendapatkan anak dah tak rasa macam pengorbanan dah bila nampak baby tu.
  4. You respect your body .... finally. MAsa tak kawin dulu, dah kurus pun sibuk perasan gemuk.
  5. Kita akan mula respek mak ayah kita dan lebih sayangkan diorang. 
  6. You find that your baby's pain is much worse that yours.
  7. You believe once again in the things that you believed in as a child. 
  8. You lose touch with the people in your life whom you should have banished years ago. Heee...
  9. Hati lebih mudah tersentuh. Cepat sentap.
  10. Everyday is a suprise.
  11. Dah jadi morning person. Baru tau matahari naik belah mana... hahaha.
  12. Lebih menghargai setiap fungsi badan. Ada sorang kawan aku penah cakap "taknak la makan. kang lepas makan musti nak berak." Hehehe.. Wait until you have kid. Merasa la camana perasaan lepas makan tak berak-berak sampai seminggu. SEMBELIT!
  13. Bila tengok diri kat cermin, terasa perubahan diri selepas melahirkan. Tapi bila tengok baby sniri, terus terasa diri ini cantik sangat.
  14. Wujud kasih yang tak bertepi. 
  15. Dah tak kisah dah tido jam 8 malam di hari Jumaat.
  16. Mula sedar yang kegembiraan dalam hidup bukan datang dari harta-benda.
  17. Lebih rela simpan duit beli susu pampes anak walaupun hari-hari teringin nak beli kasut kerja baru. Sedey....
  18. Tidak mengenali lagi erti 'kedamaian'. Arrgghh!!! "Silence? Apa tu....?"
  19. Bila tengok baby sniri yang sangat cute tu, you finally realize that few kilos you gained are worth having. 
  20. You soon discover your inner strength that you never thought you had. 
  21. Baru tau cekelet bukan sekadar jajan sedap dan berkhasiat, tapi ia juga mempunya kuasa ajaib.
  22. NAk bangun tido awal? Takyah set alarm henpon atau jam loceng dah. Baby anda akan jadi jam anda sekarang.
  23. Dapat cuddle and smooch dari pasangan pun dah kira besar rahmat dah. 
  24. You learn that taking a shower is a LUXURY. Sungguh!
  25. No matter what you've accomplished in life, you look at your child and think, "I've done a GREAT job!"
  26. Nothing is just yours any longer. Semuanya kena SHARE. Huh!
  27. The support you get from other people surprises you, because the people giving it are not always the ones you'd expect.
  28. Kita sebagai ibu akan lebih menjaga kesihatan diri demi anak-anak. Kalu sakit, sapa nak jaga diorang plak?
  29. Dah tak tengok berita sebab takut dan sedih. Siyes, tengok berita memang menakutkan skang. 
  30. Tetiba anda pandai bahasa baru - BAHASA BABY.


Ada pape nak tambah?

20 Sep 2011

Bukan sekadar promosi. Ini adalah untuk dikongsi.






This is one of the MAIN reason why our child should be protected with insurance...


klik SINI untuk entri yang lebih touching.




Info: Dengan pilihan polisi yang tepat, anda mungkin tak akan mengeluh kena amik unpaid leave atau cuti tak bergaji demi menjaga anak yang tetiba sakit. Kemalangan tak berbau, lepas kemalangan baru ada bau tetapi boleh dicegah. Memang sebagai parents berkorban itu adalah WAJIB, tapi kenapa perlu berkorban terus sedangkan ada jalan yang lebih melegakan?

Dalam kes ni, dia dah le takleh kerja, kena bayar kos rawatan lagi...   Ramai yang suruh dia wat law suit kat kedai tu. Memang buleh. But, nak naik court pun kena pakai duit kan? Kalau kemalangan seperti ini, jika diri ada insuran, duit pampasan yang dapat tu bukankah buleh tanggung untuk law suit sekali. Ye dak? Ye dak?



p/s: promot sikit. Kredit untuk tuan punya blog ni. Semoga anaknya cepat sembuh seperti sediakala.



KLIK SINI


Buleh jamin ke anak anda tak kan kena menda camni?

Padan le diam je anak aku



Semalam takleh tido. Semput lak. 
LEwat malam, dekat nak pagi baru amik ventolin, pastu ngantuk giler. 
Hadui...


Lepas Inche Kitchi kuar gi kelas, aku pun sibuk-sibuk di dapur.
Hari ni hujan. Jadi, aku jerang air untuk mandikan Wawan. Dia mandi kat sinki aje.
Orang lain bangun pagi gosok gigi, Wawan plak bangun pagi tengok tv. Kak Oni lah yang temankan. 
Bukak Baby TV je.... 
LAYANZZZ....


Lepas siap mandi, dah pakai siap pakai baju suma, aku ke dapur.
Wawan aku baringkan atas tilam depan tv. 
Kendian, aku gi bekfes ngan Oni. 
Tinggallah Wawan bersorak-sorai di depan tu. Kemain ko anak haku ni. 
Dia sorang punya suara je macam ada 4 budak kecik dalam umah.
Kak As Pengasuh tepon tanya klinik pakar kanak-kanak bukak jam berapa, pun kendiannya tanya aku," ada sapa kat umah bising-bising tu?"


"Heh, sapa lagi Kak. Najwan laaa. Dia dok bersembang sengsorang.."


Dah abeh makan, aku gi dapo cuci apa yang patut. Tinggal Oni je kat depan dengan si adik. 
Wawan dah start nangeh. 
Bosan le tu. Lagipun, biasanya lepas mandi pagi, Wawan akan lapar dan mengantuk. 
Saje je aku biar dia panggil lama-lama. 
NAk bagi dia nangeh.


Tak lama je pastu, Wawan nangeh mintak susu.
Kuat lak tu. 
Aku tengah cuci pinggan tak abih gi. 
Tetiba si Oni datang sambil pukul-pukul paha aku.

"Bu, Adik angeh...." katanya.


"Ok.. Kakak pi amik botol susu adik. Ibu nak buat susu," kataku sambil tangan dok cuci pinggan. 


Oni tak menjawab tapi dia terus lari ke depan dan datang balik dengan botol susu si Adik. 


"Pandaaaiiiinye anak Ibu ni..." 


Oni diam gak.
Mulut dia ada puting. 
Takleh cakap. Takpun dia malas nak cakap.
Kalau Adik dia nangeh, Oni memang tak betah duduk. 
Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. 


Sedang aku dok bancuh susu, tetiba aku perasan yang umah aku tetiba sunyi. 
Dah takde suara tangis Wawan. 


"Eh, dah penat ke anak aku ni nangeh? Senyap je.." aku berpikir sorang-sorang.


"Oni...! Kamu wakpe?" panggilku dari dapo. 


"Nih.. Adik ni..." Oni menjawab dengan pelat comel. 


Aku terus ke depan dengan botol susu Wawan. Tengok kaki Wawan dok menguit laju je - tak tido lagi la. Tapi, baiklah pulak budak ni nangeh-nangeh pehtu diam sniri. 


Rupanya.....











Oni gi sumbat puting kat Adik. 
Patut la budak kecik tu diam. 


Kakak dan Adik memang takleh dipisahkan


Bagus anak Ibu ni. 
Buleh tolong Ibu kat umah jaga Adik.

Bercakap dalam tidur


Dah tua agaknya aku ni...


Semenjak habih pantang dan start keje, pantang aje ada peluang letak kepala atas bantal, dengan pantasnya akuu akan hanyut ke laut. Walaupun jam baru aje menunjukkan waktu berita nak habih dan cerita-cerita besh kendiannya bakal menyusul. 
Niat di hati tu cuma 'nak tido kejap aje' sebab Oni ajak teman dia tido kat bilik, tapi sudahnya aku bangun balik jam 1 pagi. 

PAyah la aku nak wat keje kat umah. 
Kadang tu nak online , chatting ngan peminat clients, sometimes prospecting... Aku mestilah nak kena online time orang lain suma online kan? 
BAru aje duduk kat kusi depan lappy, Oni dah mengerekot kat peha aku ajak 'tito'. Dia akan merengek sampai basah pipi dan berlendir idung kalau aku tak layan. 

Apsal tak merengek kat Apak? 


Tadi...


Sebelum masuk bilik nak tidokan Oni, aku pesan kat Inche Kithci..

"Cayang, kang kejutkan B ye. Kejut dalam kol 10 kang..." pintaku sambil tengok jam. Masa tu baru kol 9 malam.

 Tau dia balas pe?


 "Ah, malas. Kejut awak kang kena marah."


 AKu taktau nak bereaksi camana bila dia cakap cenggitu. Sebab.....


  • aku memang nak sangat orang kejutkan aku dari tido sebelum waktunya sebab kalau aku jaga pukul 1 pagi kang, aku tido lewat plak. So, jadilah tak cukup tido.
  • Inche Kitchi memang ada kejutkan aku, TAPI AKU RASA CAM MIMPI JEK.
  • Yang lagi pelik, aku tak sedar amende aku cakap kat dia masa dia kejut aku, TAPI AKU MEMANG TAU YANG AKU CAKAP SESUATU..... dan aku kekal kat tempat tido sampai aku terjaga sniri kendiannya. 
  • Aku rasa dia penah korek telinga aku sebab nak soh aku bangun (dah aku suruh dia kejut) dan aku membebel-membebel tak ketahuan hala - STILL aku tak ingat sepatah haram apa aku cakap kat dia.

Persoalannya:

  1. Adakah aku dikategorikan dalam keadaan BERCAKAP DALAM TIDO?
  2. Adakah aku bercakap kasar dengan Inche Kitchi ketika dia mengejutkan aku?
  3. Adakah kata-kataku semasa dalam keadaan separa sedar tu mengguris perasaan suami mithaliku?
  4. Kenapa aku jadi camtu?


Buat suami kecintaan yang dirindukan saban hari, 

B minta maaf sangat kalau B ada cakap sesuatu yang tak sepatutnya masa Cayang kejut B bangun. Tak patut B wat cemtu sebab niat awak memang ikhlas nak kejut. Tapi, percayalah, tu suma adalah di luar kudrat B. Siyes, B tak berapa nak sedar. Bukan sengaja tau. Maybe sebab B penat sangat kot yang jadi macam ni.


Inilah dia masam manis berumahtangga. Hhehheheehhe...




19 Sep 2011

Alhamdulillah



Alhamdulillah...ceria sokmo hari ni. Takde sakit pala lagi. Aku susun jadual apa nak buat satu persatu. Inche Kitchi takde. Papepun kena bawak Wawan gi klinik. sebab semalam dia takmo susu.Selsema kot?

Dr. Ling kasi antibiotik untuk dihabihkan dalam masa 5 hari. LEpas 5 hari, kalau demam, dia soh datang lagi. Ubat selsema dan batu dan juga ubat titis idung pun dia bagi bagi memudahkan Wawan lena di malam hari. Ibu pun lena tak puas sayang. KEjap-kejap bangun. Tu la pasalnya ibu bersolat sunat dan beristikharah sakann skang ni....

Sebelum sampai rumah, aku singgah umah ex-pengasuh, Kak As. Anak dia dah discharged petang tadi. Diciumnya Oni , rindu bukan kepalang. Oni nampak sangat hepi bila jumpa kakak Nurulnya. Terus pi main kat belakang.

Memandangkan skang Wana yang nak jaga baby, Kak As redha je la. Tu pun dia ckp, kalau buleh dia still nak Oni duduk ngan dia. Takpelah .. Aku takmau biasakan Oni terpisah dengan adik. Tapi, Kak As buleh la jadi pengasuh bekap aku. Kalau Wana ada pape, Kak As buleh jaga. Semua pakai gaji hari je. Heee... Besok, aku ada kelas. JAdi, aku tinggal dema kat Kak As since Wana takde.


Tima kasih kepada yang menyampaikan ucapan tahniah di atas keberentian aku. Dah macam citer bersiri pulak kan. Tetiap hari tunggu sambungan kisah. HAHHAHA.

Banyak masa nak membebel lebih masa jumpa client. Hhuhuhu.. tadi baru berpeluang beramah-mesra lebih-lebih sebab kepala otak tak stress dah. Tetiba rasa lapaaang je macam dok kat padang rumput yang menghijau.

Wawan takmo susu


HUjan lebat pagi-pagi ni. Liat sungguh nak bangun Subuh.



Wawan lansung tamo nyusu ni. Patutnya dia menyusu jam 3 pagi , tapi dia terus tido. Kendian jam 6.30pagi, dia bangun cam biasa. TApi tetap tak nyusu.


Risauuuuuu....



Kang nak bawak pi klinik jumpa Dr. Ling.







Cayangku, oren jus nak? Apsal tamo susu ni?

[KEPUTUSAN FINALE] Akhirnya...

Selepas beberapa ketika menghitung waktu
Selepas perbincangan demi perbincangan berlansung
Selepas beberapa kali istikharah... 
Selepas beberapa ujian yang ku tempoh...




Akhirnya.....






Di tengah malam yang hening....





^
^
^
^
^



Makbed telah .....


telah...







telah....








telahhh....















kasi notis brenti ..



Tak sanggup kot nak berhadapan dengan masalah yang sama berulang-kali. Aku tak rasa orang lain akan senyum je tengok aku sebab aku asik nak mc dan amik leave je. Kan Kan KAn...


Wawan masih demam. 


Takpe sayang, Ibu ada nak jaga kamu.
Dun wuri my child.







Nak menikah hari tu pun takde gini banyaknya solat istikharah. 
Huuu...




18 Sep 2011

Oni , Wawan dan bebelan Ibu pada petang ini.

Takde apa nak hapdet sangat sebab:

  • takde mood
  • takde idea
  • boring giler
  • susah hati tak abeh gi

Wawan demam balik. Semalam start batuk dan bersin-bersin. Pehtu taknak menyusu lak. Nangeh je bila letak atas tilam. Jenuh aku pujuk, last skali nak kat Apak gak. Bila Apak sua botol susu, Wawan menyusu dengan penuh kepatuhan. Huuu...

Skang masih lagi demam, tapi kadar kepanasan dah kurang. Aku plak rasa pening-pening tapi tak demam kot. Tetiba mata rasa kabur je. Pening sebab power spek nak kena tambah kepowerannya kot? 4 tahun dah tak buat spek baru. Tunggu le ada rezeki nanti, buleh la buat. 


Lumut dah mula hujan. Alhamdulillah. Sukanya bau hujan. Begitu menenangkan. Ingat nak bawak anak-beranak suma gi beraya umah Mak Miza kat Air Tawar, tapi Miza pun dok sibuk beraya kat area Manjung. Huu.. Bila la buleh jumpa sahabat aku tu ye... 


Meh tengok gambar meh..

"Oh..tangan aku ni buleh bukak tutup rupanya...."


Wawan baru belajar main cak-cekak-udang-gamit. Hehehe.. tau ke? Tatau tanya opah-opah korang ek. Skang dia baru teruja tengok tangan sniri. Dah buleh sentuh pipi kakaknya. 


"No picture please!"

Dah boring dah, mula gosok-gosok mata tanda ngantuk. Pehtu libas-libas badan sniri kiri kanan. Skang tengah cuba nak mengiring, tapi badan tak cukup ringan lagi. So, dia libas-libas je la dulu. Skang ni tengah demam, taktau la apa 'kuasa baru' yang Wawan akan dapat lepas ni. Kuasa yang dia ada skang ialah 'kuasa-luah-ubat' je. 




 Oh, Wawan.... kamu ikut muka siapa ni?









Member aku call gitau anak dia kena air panas tadi. 46% melecur. Doktor layan cam hape je.. 
MEmentang la bukan keje gomen katanya. 
Ari tu aku soh wat insurans kat anak dia ckp kat haku... "kalu jadi pape terus gi klinik 1 Malaysia je. " 
Kerek le lagi. Skang sapo susah...? 

 Besar mana pun gaji anda, adalah tanggungjawab anda untuk belikan insurans untuk anak-anak. 
Sesetangah company memang ada bagi medical card, tapi takde saving untuk anak-anak. 
Kalau jadi pape kat anda, tak leh keje, maka brentilah insurans tu. 
Pilihlah yang terbaik. 
Yang boleh menjamin masa depan kewangan yang berterusan untuk anak anda ketika anda ada, dan telah tiada. 
Bagi yang gaji tak berapa nak besar tu, pilih polisi yang mampu bayar dan berbaloi-baloi. Jangan bayar bulan-bulan, last skali apa pun takleh claim. 
Ada gak cemtu. 
Survey, jangan tak survey tau. 


Jangan lupa solat ok.
Budak kecit pun kenal tikar sejadah. 
Yang tak kenal tu, bila nak start berkenalan? 



Dah, nak out. 

17 Sep 2011

~susah hati ni...~



tak boleh tido.
rasa masa lambat berjalan.
tak buleh nak agak apa yang akan jadi next week.
risau sepanjang masa skang ni.
tengok muka oni dan wawan, kesian rasanya.

mula rasa nak nangeh.
aku terlampau penat.
PMS sama kot?

Inche Kitchi akan berkursus lebih jauh tak lama lagi.
MAka, kami akan tinggal bertiga.
Kalaulah jadi perkara takde pengasuh di kala dia takde, lagi teruk.

Nak resign 24 hours ke?
Kalau wat cemtu, takdela gaji bulan ni.
Kalau taknak resign, aku kena cari bekap pengasuh untuk Isnin sampai Rabu ni.
AKu dah tanya Kak Anne. MAk dia mengasuh budak. Dia boleh jaga.
Rumah dia dekat je ngan opis aku.
Means, diorang aku kena bawak bersama melalui perjalanan sejauh 35kilometer setiap pagi.
Risiko pertama tu.
Kemungkinan kedua, Oni maybe akan nangeh sebab dia tak kenal MAk Kak Anne.

Kalau buleh survive sampai 3 hari ni, maka oklah.
Lepas pada tu, Wana ada dah.
Kalau Isnin ni tak lepas... maka kenalah tender 24 hours notice.
Nak wat camne?

So, aku tido dengan decicion macam ni.


Tapi..... kenapa hati aku tetap tak tenang? Sepatutnya aku lega skang... Rasa macam ada sesuatu nak jadi.

Aku takut,. Since dah banyak sangat tanda-tanda berupa ujian, aku masih lagi lambat wat decicion. AKu takut disebabkan tu, 'tanda' yang seterusnya datang akan lebih dasyat. Kot aku nyesal lak pastuh.

Korang paham tak apa aku melalut ni?




TAk paham pun takpe.

Dapat luah kat sini pun aku dah lega sikit.

16 Sep 2011

Camana buleh jadi sampai macam ni?





KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.

Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.
Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.

“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.

Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.

“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan. 



Makbed berkata:

Weh! Sentap jiwa aku tengok gambo baby nih weh! 
Doktor mana yang kasar benar ni? Tak de naluri keibuaan lansung. Baby lahir menerusi pembedahan, takkan le buleh cedera semacam ni?

Pihak hospital khasnya yang bertugas masa ni patut BERTANGGUNGJAWAB dan paling tak pun explain lah apa masalah ketika proses kelahiran sehingga mengakibatkan kecederaan macam gini. 

Doktor memang TAK SEPATUTNYA memarahi pesakit apatah lagi ngungkit pasal tak mengenang jasa doktor dan tak pikir doktor yang kena kerja siang malam sebab nak menyelamatkan pesakit. HELLLLOOOOO.... kalau ko tak suka kerja siang malam sebagai doktor, ko takyah la jadi doktor. JAdi le tukang jaga tiket wayang aje. BUleh? Ini gaya doktor yang lansung tak beretika.
Doktor Malaysia kah ini? 

Ibu ada HAK dan memang berHAK nak tanya apa yang tak kena kat anak dia. Apasal ko herdik-herdik plak wahai Doktor? *marah nih! 
Apa salah si ibu yang diherdik tu? 
Salahkah jadi Ibu mengandung? 
Salah dia kah bila dia sakit nak beranak? 
Salah diakah anak dia cedera macam tu? Memang bukan salah dia kan.... 
Yang bersalah ialah ENGKAU wahai tukang sambut baby dan silalah mengaku kesalahan kamu dan janganlah letak kesalahan kamu kat orang lain. Memang nampak sangat BODOH bila buat macam tu OKEH. 

MEMANG PATUT KENA SAMAN doktor dan spital ni. Aku rasa ramai lagi blogger pakat tulis pasal ni. Boleh tak jangan buat malu hospital kerajaan?

Aku pernah dengar misi spital kerajaan sok-sek sok-sek ngan kawan dia camni...

"Ala... diorang ni marah je lebih. TAkde duit, buat ajelah cam takde duit. Kalau kaya, musti diorang nih dah pegi spital swasta.. Marah-marah pun, spital gomen jugak dia datang..."

See.... What's with the A.T.T.I.T.U.D.E?

15 Sep 2011

~sekali lagi teruji~

.."kawan aku kata..bila jadi macam ni maknanya anak tak redha ibu keluar bekerja tinggalkan diorang... sbb tu la macam-macam halangan..."






Bersyukur dengan limpah rezeki kasih sayang Allah, DIA mengurniakan aku anak-anak yang kiut,cerdas dan tak banyak karenah menjaganya.
They are so loveable.
Sesiapa tengok pun akan terus sayangkan Oni dan Wawan.
Walaupun tak pernah ketemu, tapi kalian pastinya sudah cukup kenal akan Oni dan Wawan kan? 

Tak susah menjaga Oni.
Asal dia selesa dengan si pengasuh, maka selebihnya mudah saja.
Makan tak memilih. Buat hal sendiri saja.
Wawan pulak memang tak diajar mengada-ngada.
Flexible.
Wawan lagi senang jaga.
Tido semedang. Bangun hanya sebab lapar dan lampin basah.
Sesiapa pun akan cakap Wawan sangat cool.
Sejak lahir dia begitu. Tak payah dukung-dukung dan dodoi pun dia buleh tido sniri. 


Bila Allah mudahkan aku dengan anak-anak yang tak susah dijaga, aku diuji pula dengan pengasuh yang taktau la camana lagi nak describe.
Nak hantar TASKA aku tak berani.
Anak aku kecik lagi. 

Just about to feeling relieve since Wana yang jaga kedua-dua anak kesayangan aku, tetiba petang tadi dia sms cakap dia nak balik kampung sebab mother-in-law dia sakit.
Hasbennya dah minta cuti sampai Rabu. 


Kecewa!


Tapi kali ini aku tak menangis lagi seperti sebelumnya.



Kerana setiap kali solat dan aku sudah pun berkali-kali melakukan solat hajat dan sunat istikharah , aku bagaikan sudah 'nampak' kesudahannya.
Cuma, hati ini masih menafikan dek kerana sayangkan tempat aku mencari rezeki dan juga berat hati nak tinggalkan rakan-rakan sekerja. 


Macam pentingkan diri sendiri saja kan?


Masalah yang sama timbul juga.
Aku takda masalah dengan anak-anak.
Cuma, pengasuh-pengasuh aku aje yang problematic.
Of course aku tak salahkan diorang sebab diorang pun manusia juga. Ada keluarga. Sama jugaklah macam aku... Cuma, aku tertanya-tanya, kenapa bertimpa-timpa dan berturut-turut?
JArak masanya tak jauh kan?
Tak sampai 2 minggu pun aku kerja dah ada masalah macam gini. 

MAsa solat, aku berdoa memohon petunjuk Allah agar mudah aku membuat keputusan.
AKu rasa, entah dah berapa petunjuk dah yang dipertunjukkan kepada aku, tapi aku masih buat-buat tak nampak. Yet, masih berdoa pada DIA memohon petunjuk.
HApekah?

Takkan nak amik cuti lagi?

Inche Kitchi memang unavailble dah sebab dia sudah start kelas peralihan. 
Jadi adalah menjadi tanggungjawab aku untuk tidak mengganggu urusan beliau.
Tak lama lagi, aku bakal hidup berdikari dengan anak-anak bila dia akan berkursus di Kuala Kubu selama beberapa bulan. 
Jadi, korang rasa camana?
Aku ada lagi sorang pengasuh nak cuba tapi yang ni memang Oni lansung tak kenal. Teringat plak pagi tadi masa nak hantar dia gi kat Wana , she refused to move for her sit.
PAstu cakap, " Ibu tayah work..."


Jenuh memujuk Oni pergi juga kat Wana tanpa rela.
Tu pun lepas dia nampak Wawan masuk dalam rumah Wana.
Dia memang tak buleh berenggang dengan adik.
Sense of responsibility tu dah nampak dalam diri Oni.
Dia kakak yang baik walaupun masih terlalu muda.
Boleh dibiar duduk dengan adik, tayah risau. Kalau budak besar dia maybe dah korek-korek mata si adik. Tapi, Oni tak.


Tetengah dok pikir-pikir tu lah sampai sms kat atas sekali tu. Ida Kurau yang hantar sebenornya. Lantas buat aku terpikir lagi.... Kenapa begitu sukar? Apa yang Allah nak tunjuk kat aku ni? 

Hanya satu ungkapan aje yang berlegar dalam otak aku skang ni.....



"BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH.."





Masa pregnant adalah sangat besh kerana buleh buat macam-macam.


Tips untuk mendapat anak yang kiut seperti Makbed gagagagga


Amalan semasa hamil adalah menjadi titik mula terbentuk perangai anak-anak ketika lahir. JAdi, adalah penting kita sebagai si penghamil (ada ke perkataan camni?) untuk mematuhi rules dan regulation sewaktu ngandung 9 bulan tu.
 Berikut adalah amalan yang buleh diamalkan masa ngandung. Kalau taknak ikut pun takpe. 

  1. Jangan mengada-ngada. Kalau ko ngada-ngada , besok baby ko pun kuar ngada-ngada jugak. Kalau sakit perut, sakit pinggang, nak muntah ke hapa, buat je tapi jangan sesekali menyusahkan suami anda. Selagi buleh berdikari, berdikarilah. Kalau tak, nanti baby anda pulak akan menyusahkan anda bila lahir nanti.
  2. Memang masa ngandung ni kita diuji dengan macam-macam, dan diberi macam-macam keistimewaan tapi perlu diingatkan, suami bukan tempat anda melepaskan segala kemarahan dan emosi. Jangan gunakan perubahan hormon mak buyung anda sebagai lesen untuk menjadi kurang ajar. Redha suami adalah keutamaan. 
  3. MENGIDAM ada 2 jenis - mengidam sangat dan mengidam saja-saja. Kena kenal pasti tu. Mengidam sangat - kalau dia tak dapat menda yang dia nak tu, dia cakap 'takpelah bang' tapi besok tu dia mintak lagi menda yang sama. Mengidam saja-saja - satu hari tu dia buleh sebut pelbagai macam menda yang dia nak makan. Yang macam ni, pilih mana yang tercapai dek akal je ye...Takpun suruh mak buyung tu gi beli sniri.
  4. Jangan terlampau kawal pemakanan anda sebab takut kegemukkan kerana wanita hamil memang dikehendaki naik berat badannya. Makanlah secara konsisten. Jangan biar perut kosong. Kalau Ibu hamil tak jaga makan dan kerap gastrik, akan beri efek pada baby yang dikandung masa tu atau pun selepas dia lahir. 
  5. JANGAN tak minum susu. KAlau anda bukan penggemar susu, PAKSALAH diri anda minum susu jugak demi kesihatan anda dan baby anda. Sebaiknya, minumlah susu kambing. Ia adalah amalan Rasulallah. Susu Hi-Goat pun buleh. Sedap pe. Susu kambing ni kalsiumnya lebih dan buleh mengelakkan baby kena kuning semasa lahir. Kalau anda tak biasakan diri minum susu, bila anak anda lahir, dia pun akan alah ngan susu maka kenalah minum susu soya plak. Not gud...
  6. Jangan memilih ketika makan. Biasalah masa peknen ni ada yang suka, ada yang tak suka. MAKAN je! Biasanya, kalau si ibu ni masa ngandung tak suka makan roti, baby pun nanti tak makan roti. Kalau ibu tak lalu nasik masa pregnant,  anak dia pun keluar tak makan nasik. Normal kah macam tu?
  7. Horlicks adalah bagus untuk penghasilan susu yang banyak dan mulalah minum masa pregnant. 
  8. Kalau tak da masalah HB rendah, bulehlah minum kopi dengan had sekali sehari. JANGAN MINUM NESKEPE. 
  9. Coklat adalah bagus untuk otak baby dan si ibu. Tapi, pengambilan yang berlebihan buleh membuatkan baby jadi besar. So, hadkan pengambilan ye... 
  10. Kalau tak cukup HB atau berdarah rendah, makanlah kerang, sayur bayam dan daging merah. Jangan makan hati ayam, hati lembu dan hati orang. Jangan bagi sakit hati orang lain juge ye. Organ dalaman tak bagus untuk sesapa pun. Makbed tak makan kerang tapi sebab nak tambah darah, PAKSA jugaklah makan. 
  11. Yang ni memang ternyata jadi kat aku. Sikap kita masa pregnant mempengaruhi anak anda bila lahir. Masa ngandung Oni, aku kuat berjalan. Sangat aktif ke sana sini situ dan sudahnya Oni memang seorang budak yang aktif. Wawan plak, masa ngandungkan dia aku banyak duduk tengok tv (yela sebab suami dah dekat kan..) maka Wawan skang kekecik sudah terer tengok tv. Oni? Tak suka tengok tv plaks. 
  12. Minumlah air kelapa sebab air tu je yang paling sedap masa ngandung especially masa 7 bulan ke atas. Buleh mengurangkan keputihan. 
  13. Jangan minum ais atau develop tabiat kunyah ais. Ais tidak menyebabkan baby kembang atau pun baby besar, tapi sebalik - Ibu yang kembang dan susah nak susut lepas bersalin. Mekasih. *dah ada pengalaman la ni.  
  14. Selalu cakap-cakap ngan baby dalam perut. Takpelah orang nak cakap ko gila pun. Bukannya kena tax cakap sengsorang kat baby kan?
  15. Jangan tanya aku camana anak buleh jadi putih sebab aku memang tatau. AKu tak minum SOYA if katenya soya bagi anak putih. Tapi aku memang kaki makan tempe dan tauhu goreng. Air soya memang diperakui boleh mengakibatkan kulit sensetif. Kalau anda ada salah-silah berpenyakit eczema, jangan memandai minum soya. Lagi teruk kulit anak nanti.
  16. Aku juga penggemar teh ais kat pasar dalam base Lumut, kedai air yang hujung sekali tu. Kalau berani, cubalah! Aku tak suruh ok. Teh ais tempat lain, tak shedap. 
  17. Kurangkan makan McD. Lebihkan makan food yang dimasak sendiri di rumah. NAsib la ye kalau kena yang alah bawang tu. Dehehehehee....~ But, jangan dilayan. Setiap penyakit ada ubatnya. 
  18. Muntah? Minumlah air suam bercampur madu dan limau nipis setiap kali rasa nak muntah. 
  19. Kalau rasa heartburn atau pedih ulu hati melanda, buleh amik Gaviscon. Tapi, aku tak amik sebab tak sedap. Nak kesan yang cepat, minumlah ginger beer F&N , kejap je terbelahak abihs. Jangan minum sampai satu tin pulak ye. 
  20. Makan nasi yang lembut. Masa masak tu lebihkan air. Kalau keras sangat nanti sembelit pulak. Masa ngandung 7 bulan ke atas biasanya akan selalu sembelit. 
  21. Makan kurmaaaaaaa. Bagus untuk otak anda dan baby anda.  


Itu saja tips dari Makbed. Kalau rasa merepek, jangan ikut. Masey!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram