Followers

29 Aug 2011

Malam raya

Di malam hari raya ni, ahli keluarga Makbed sumanya lengkap.

Aku ngan suami dan anak-anak.
Angah dan isterinya yang baru je kawin bulan Jun lepas and now expecting ahli baru 7 bulan lagi.
Alang datang sekali ngan aku. PArking kereta kat Lumut.
dan
Kimi naik bas dari Shah Alam.

Semua sampai Kuantan hari Sabtu. Petang Sabtu kami berbuka sama-sama. Esoknya, kami berbuka ramai-ramai kat Cherating. Makan tomyam.

Berbuka puasa pada Ramadhan terakhir , Mak sediakan banyak juadah. Dah siap masak ketupat. Rendang daging dan masak lemak cili api ayam pun ada. Kendian, Mak buat mi kari. Jenuhhhh makan!

Semalam, aku dan adik-adik ronda kat ekspo ngan Mak , cari baju raya.

MAlam ni, lepas pengumaman raya, aku, Inche Kithci, Angah, Alang, Adik Fizul dan Oni kuar jenjalan konon nak cari baju raya Najwan tapi tak de yg berkenan. Sudahnya kami gi tapau Starbucks. Hehe..layan kopi ngan la familia lebih best sambil gelak-gelak dalam Bambam Bee.

Ekceli, aku rasa nak demam neh. Selsema teruk betui. Ni suma gara-gara main hujan masa gi beli baju raya semalam ler.. Adehss..


Skang, Mak tengah bungkus kuih raya suma dalam bekas untuk anak-anak bawak balik. Sebab tu le aku tak buat atau beli kuih raya. Hehee...

Besok, kami suma akan bergerak ke umah Nenek Presiden di KL. Mungkin tak dapat hapdet blog. Kalau ada pon takde gambo2.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari Makbed's Journal




Di kesempatan ini Makbed nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca Makbed's Journal. Maafkanlah aku di atas segala kesilapan dan terkasar bahasa. 
BUat rakan blogger lainnya, Makbed nak mintak maaf jugak kot ada terasa hati. 
Mana lah tau kot aku copy paste entri korang tak kreditkan ke , korang sentap ngan haku.
Jangan le cemtu. 
Maafkanlah daku....

Berhati-hati ketika pulang berhari raya.
Berhati-hati ketika beraya... Haruslah berhati-hati ye. Masa bukak kasut tu pelan-pelan. Nanti tersadung. Susah!
Berhati-hati ketika menikmati juadah hari raya. Jangan gelojoh. Nanti sakit. Sapa yang kena pantang makan tu, ingat pantang larang. Jangan bedal je sukati. 
Dan
Berhati-hati ketika bagi duit raya. Jangan sampai tersalah sampul. Kang sampul khas untuk anak buah pilihan terbagi kepada anak jiran ke kan.. HAHAHA.. Naya jek. Tandakan la sampul duit singgit, lima hengget, seploh hengget dan yang penting sampul yg ada duit lima ploh hengget. 
Yang sampul ada duit seratus tu lagi la jangan silap sebab selalunya sampul cemtu untuk kaum Ibu je. HEhheHEHhE...kan?


Aku sayang korang.
Salam LEbaran


dan 



SALAM KEMERDEKAAN!

26 Aug 2011

Budak kecik Vs Budak besar



Adik nak jadi budak besar. 

Akak nak jadi budak kecik. 

Caner?

Kasut Raya?

Nak balik raya tengah malam kang. Beg tak kemas lagi. hehehe... Memang aku malas betui la nak mengemas. Pehtu, sok balik umah, nak memunggah baju , basuh ,lipat. Haih! Pasni, aku make sure suma berdobi je lah ye.

Baru teringat...

Aku takde kasut nak pakai. Ada slipar je. Kasut lawa, ayu menawan untuk dipakai bersama baju kurung takde. Kasut tinggi? AKu tak ready lagi nak berkasut tinggi buat masa skang ni. Tapi, kasut-kasut tinggi ku masih lagi muat.

Kasut apa yang sesuai untuk aku masa raya ni ek?



Kasut Satu


Kasut di atas sangat rugged tapi tak praktikal untuk aku yang berbaby kecik. Lagi pulak bila time raya ko kena asek bukak kasut je. Kasut cenggini akan membuatkan aku kena berleter dengan bapak aku berkodi-kodi dalam kereta. Kalau tak kena berleter, bapak aku sure mengumpat aku kat belakang dengan mak aku.


Kasut Dua




KAsut jenih ni aku suka cuma aku tak kenan sebab terbukak kat hujung. AKu lebih suka bertutup. Tapi, tumit camtu memang ultimately pilihan Makbed sejak zaman minah rempit lagi. Malangnya, aku tak pakai high heel selagi tak sihat sepenuhnya. Biasanya kena tunggu 6 ke 8 bulan untuk aku pakai balik high heels nih. Salu pakai gi kerja je. Memandangkan aku dah nak resign, takyah dah la kot kasut tinggi untuk kerja. Stanby untuk majlis rasmi ajelah kot. Raya pakai kasut tinggi? HAHAHHAHAHAHA...ko gilo?



Kasut Tiga
Kasut cenggini pun pilihan aku gak time kasual. Ni kasut rutin masa keje kat call center atau kat TGV. Time tak keje, kuar dating pun aku bedal kasut cenggini gak. AHHA..tak caye, silakan tanya pakwe ku. Maybe aku akan pakai gak bila Oni dan Najwan lari laju dari aku di raya akan datang. 





Kasut Empat


Aku tengah consider nak beli kasut camni. Ok tak? Tak la ke'gugurl'an sangat, kan? Casual gitu. Kalau ada pattern lagi lawa silalah gitau.



Adoiyai.. tak de idea la nak bli kasut. Ada tak idea? Jangan le bagi idea slipar jepun sebab aku dah ada dah.

tak sabaq nye nak raya...

Terjaga plak. Biasalah, susukan Najwan. Mata ngantuk neh. Biasanya masa bulan posa ni bangun time cenggini aku dah pikir nak masak apa. Tapi, dah last-last Ramadhan ni jadi malas lak.

Lagipun, aku tetiba tidak berkelayakan untuk berpuasa. Sangat sedey... Dah le awal puasa hari tu dah tinggal beberapa hari.

Inche Kitchi tak moh bangun sahur kot dah. Tetengah malam dia sebat bubur lambuk yang aku masak untuk Oni tengah hari tadi. Saja buat lebih sebab aku nak tumpang sekaki ops! Gumbira gak aku sebab Inche Kitchi ni bukan pengggemar bubur lambuk selalunya. Ntah ngape tetengah malam tu nak pulak.

Aku sebenanrnya lapar masa tengok citer Austin Power kat channel HBO tuh. Maka, aku cedok le semangkuk. Boh sikit ikan talang masin yang Mak aku tumbuk siap-siap untuk aku makan masa pantang hari tu. Aku pelawa la laki aku sikit. Dia tak menolak. Tapi, memula aku kena suap dia dulu la cam baby. Elok habih semangkuk aku tanya la.."mau lagi ka?"

Dia cakap "nak". Aku gi cedok lagi semangkuk. Pehtu... dia kata.....


"Emph, awak makan la. Saya NAK CEDOK BOH DALAM MANGKUK sENDIRI."

Hehehhe..... sedap le tu. Kan kan kan...


Senang je bubur lambuk aku neh.

1 pot nasik.
1 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
beberapa biji lada hitam (aku pakai lada hitam yg dah ditumbuk kasar. sesudu kecik je)
1 cawan santan cair
air secukup rasa
1 biji kiub pati ayam
garam
daun sup / daun bawang

Caranya.... masak je lah semuanya sekali. Kiub ayam tu masukkan last sekali ek. Aku tambah sebiji ubi kentang sebab Oni memang sangat suka ubi. Rasanya takde bubur lambuk yg ada ubi kentang. Anywany, bubur ni kalaua da udang fresh, lebih besh! Untuk yg bujang-bujang, tak tau nak makan ape dah, try la masak ni.


OK..nak pi tidoq balik.



p/s - berapa hari je lagi cuti panjang aku akan berakhir. pas raya ni kena gi keje dah.. and nak kena ngandap itu cikphia. NYAMPAHSnyesss..

25 Aug 2011

Gaduh Suami ISteri

gambar hiasan




Kesahnya....


Meon dan Salwa dah 5 tahun kawin. Anak dah pun 2 orang.  Semuanya lelaki. Salwa baru aje habih berpantang anak kedua bebaru ni.  Bulan depan , adik Salwa , Selamah nak kawin. Selamah mintak Salwa jadi pengapit ketika dia bersanding nanti. Tapi, pantang dah habih, badan Salwa tidak menunjukkan penurunan yang mantap. Mana buleh camni... Nak gi kenduri kawin, jadi pengapit pulak. Baju musti la kena vogue. Takkan nak pakai baju kurung je!


Salwa buntu sampai terduduk depan almari mencari-cari baju yang sesuai untuk digayakan masa hari sanding Selamah. Meon yang baru balik kerja hanya mampu tepuk dahi tengok baju-baju yang berselerak atas lantai bilik.

"Tebiat apa plak ni?" sapa Meon sambil melondehkan seluar kerjanya. 

Salwa diam aje. Dipandangnya seluar Meon yang tersepuk atas lantai. Wah... beshnya kan. Kat mana berdiri, kat situ le tanggal seluar pehtu jalan camtu jek. Camanalah kalau aku ni mati besok, gamaknya kawin baru sebab takde sapa nak tolong kutip seluar yang dilondehkan tu! 

"Hoih, awak cari apa? Saya tanya ni... " sergah Meon setelah melihat Salwa berangan aje tak menjawab soalannya. 

"Err... tgh cari baju apa yang boleh dipakai masa kenduri Selamah nanti... Suma baju tak muat la. Tak sempat nak kurus.." keluh Salwa. 

Meon sengih macam kerang busuk.

"Hah... sudahlah. Memang takdenye baju yang awak buleh pakai. Kalau beli baru pun ntah ada ke saiznya tu..." ujar Meon tergelak.

Salwa mencebik. "Eii.. apa lah abang ni. Orang tengah sedih ni, awak buleh wat lawak bangang lak. Bukannya saya ni gemok sangat pon. Biasalah lepas bersalin...Tak sempat nak kurus untuk kenduri Selamah. Rasanya, saya nak kena suruh Selamah cari pengapit lain la. Kesian dia. Malu nak jalan sebelah saya nanti.." 

"Haaa.. tu la. MAsa ngandung makan banyak sangat. Pagi makan, lunch makan, lepas lunch makan lagi.. tengah malam pun makan. Cemana la tak gemok? Ha skang.. sapa yang sedih? Awak juge kan..... " kata Meon sambil menyalakan rokok di bibir.

Makin sakit otak Salwa berbicara dengan Meon yang mengusiknya tak kena time. Suaminya memang suka benar mencemuh badannya yang agak berisi sepanjang mengandung. Tapi, Salwa diam kan saja. Malas mahu menjawab. Tapi, hari tu, angin Salwa memang tak baik. Memang silap hari lah Meon cari pasal dengannya. 

"Eh, abang. Saya ni gemuk sebab nak beranakkan waris abang tu. Anak-anak kita tu besoklah yang nak usung Abang gi liang lahad besok. Saya makan sebab saya lapar. Saya lapar bersebab. Kalau saya tak makan, kang sakit pulak anak dalam perut tu. Yang Abang tu... Asyik dok isap rokok je. Abang isap rokok tu untuk sapa? Untuk baby dalam perut abang ke? Untuk saya ke bang? Saya makan, saya sihat. Anak-anak sihat. Abang merokok, abang sakit. Anak-anak sakit. Saya pun sakit tau!"

Meon terbatuk-batuk dek terkejut dengan sergahan Salwa. Tak pernah Salwa segarang tu sebelum ni. Alamak, bini aku ni kena gila meroyan ke marah tetiba ni??

"Apa kena mengena plak abang isap rokok dengan awak yang dah gemuk?" soal Meon dengan muka toya. 

"Haih, ada la!" balas Salwa sambil bercekak pinggang.  "Awak beli rokok seminggu 5 kali. Sekotak berapa hengget? Sebulan? Kali la 4minggu kali 5 kali beli rokok. Berapa ratus?

"Patutnya, awak dah bersedia yang saya ni bakal nak gemuk mengandungkan anak kita. AWAK PATUT BERHENTI HISAP ROKOK SERTA MERTA masa tu. Kalau 9 bulan awak tak beli rokok, duit yang awak bajet beli rokok tu awak simpan sampai saya bersalin , AWAK DAH MAMPU BELI SATU SET PREMIUM BEAUTIFUL untuk saya tau tak!! Jangan kata Premium Beautiful, nak hantar pi SLIMWORLD pun buley. Reti?" bebel Salwa.

Meon terkebil-kebil. Cepat-cepat dia amik kalkulator. Pehtu , tersengih sorang-sorang. 

"Dah le saya bersalin spital biasa je. Nasib baik tak kena operate. Tu pun tak bersyukur. Buleh lak kutuk saya memacam. Sekali lagi saya tegaskan, saya gemuk sebab Abang. Abang? Rokok tu saya tak suruh isap pun. Saya suruh brenti lagi adala. Kalau Abang sakit sebab isap rokok, kena tahan wad lama-lama nanti, jangan harap le bini gemuk awak ni nak bayar bil spital awak. Nak jaga awak pun tak hengen. Saya plak nak kutuk-kutuk awak, macam mana awak kutuk saya. Baru tau. kalau saya kurus pun, awak mati dulu, wakpe? "

 Meon terus tenyeh rokok dalam ashtray. Hati panas je dengan bebelan bininya. Terus dia pakai balik seluar yang dilondehkan tadi tu. Sikat rambut ensem-ensem. 

"Ye lah! Hah, kat mana nak beli ape kemende Beautiful tu? Abang beli skang!" tanya Meon sambil masukkan wallet dalam poket seluar.




-kisah ini diolah dengan merepeknya oleh makbed-

24 Aug 2011

Lagi sekali kamu nangeh, Ibu hantar ko gi kem askar..... eh?

Sekali lagi..wat entri laju-laju..


  •  Ada rejeki lebih dalam akaun bank hari ni. Aku dah niat dalam hati nak hadiahkan beskal untuk Oni sempena bezday , jadi aku gi la beli beskal. Bajet ratus la sebab tengok kat Giant cam mahal. Kak As the baby sitter suggest aku gi beli kat kedai beskal depan Billion. Dapay half price dari yg kat Giant tu. Alhamdulillah. Besh dapat tengok Oni sengih kesukaan. Hepi besday , sayang.
  • Bebuka di Secret Recipe hari ni bersama suami dan anak-anak. Najwan meragam je hari ni. Tak dapat nak masak. MAsa berbuka pun dia meragam.
  • Singgah kedai baby, Kiddies nak beli puting botol susu MAM untuk Najwan. PAstu nampak pacifier MAM. Aku tenung lama puting tu. Nak beli ke tak? Perlu ke Najwan isap puting. Tapi, Najwan menunjukkan tanda-tanda memerlukan sesuatu untuk buat dia bertenang sebab sejak 3 hari ni , Najwan lebih banyak berjaga dari tido. Kalau tido pun , sekejap-sekejap terjaga. Ingatkan perut kembung, tapi tak pun. Mata aku dah jadi panda dah ni. TAk campur ngan sakit otak lagi. Akhirnya, gamble. Beli gak puting tu. Kecik je. Sekali sumbat je , Najwan terus tido dengan tenangnya. Hmmmm....
  • Balik rumah, Oni yang excited dengan beskal baru ralit menjalani latihan pemanduan berhemah dalam rumah. Tak pandai kayuh lagi. Pelan-pelan belajar. Tapi, perangai suka merengek tak abih lagi. Tersekat laluan sikit, nangeh. Tayar tersangkut, nangeh. Asek nangeh je. Nyampah plak aku. Last skali, aku angkat beskal tu boh dalam bilik. Tutup pintu. Oni nangeh penuh kekecewaan. Aku masukkan Oni dalam buai. Bagi susu. Terus tido 10 menet kendian. Tengok besok lak. Kalau ko nangeh lagi, Ibu sorok lagi beskal tu. LAgi teruk nangih, Ibu hantar ko gi Kem Bina Semangat. MAU??
  • Najwan pakai pampes saiz L. Sama ngan Oni. Silalah percaya. Huhuhhuhhuh... 
  • TEngkuk aku sakit. Stress ke?

Sekian saja laporan dari bilik berita. 

Hari ni hari Rabu rupanya. Patut le suma pakat dok WORDLESS WEDNESDAY


Entri laju-laju


  1. Aku bengang dengan rumah aku. Aku da kemas. Tapi apsal sepah lagi ni? 
  2. Remote tv aku hilang. Cari-cari merata rupanya duduk dalam poket kat baby cot Najwan. Sapa punya keje agak-agak?
  3. Henpon aku pun hilang tau. Dok dalam poket tu la jugak. Nak kena budak ni.... grrrrr.
  4. Najwan sekejap tido, sekejap jaga. Dah kasi susu. Tido kejap. Pehtu tetiba bangun. Berak pulak. 
  5. Time aku dok basuh berak Najwan, Oni lak cakap... "Ibu ...yakk!" sambil tepuk buntut sniri. Cepat-cepat pakaikan pampes Najwan. Check bontot Oni. Takde pun berak...... Haih,Oni..Oni. Panas ngan sejuk tau beza. Keras , ketat, lembut reti beza. Tapi berak ngan kencing tatau. Hapeda...
  6. Kain baju dalam bakul tak berlipat lagi. 
  7. Ada lak kain baju dah basuh, belum sidai. 
  8. Najwan nangeh lak mintak ditidokan. 
  9. Hari ni bizi sebab ramai orang telepon aku tanya macam-macam.
  10. Aku belum mandi lagi.

Baju Raya kaler apa?

Raya nak dekat dah. Korang dah bersiap-sedia ngan segala kuih raya dan baju raya ke? Duit raya dah tukar? 
Tahun ni aku beraya secara sederhana aje. Yang menggembirakan semestinya ialah TAHUN ni aku beraya bersama keluarga aku. Yeeeaaahhu! 

Aku, Alang , Angah dan wife beliau yang sedang peknen itu akan bergerak dari rumah aku ke Kuantan maybe pada 27haribulan. Kami lepak kat Kuantan dulu. HAri raya baru bergerak ke Kuala Lumpur untuk beraya-raya. Sedara mara sebelah Mak banyak di KL. Tok Siah pun dok KL. Jadi, tahun ni kita beraya ngan Puan Presiden ye...

Kalau beraya ngan family aku ni, yang beshnye ialah kuih raya. Mak sure buat kuih faveret anak-anak. Kalau aku, mak sure wat biskut coklat and samperit. Skang, dah ada ahli samperit baru. - Oni. Biskut neskepe Mak akan buat khas untuk Angah. Aku kena bawak balik bekas kosong kot habuan nak isi kuih raya sok. Kekekeke... 

Lagi satu yang beshnye raya sebelah family aku ni ialah pakaian. Musti sedondon punya. Pehtu ada sesi fotografi. Setengah orang tak suka pakai sedondon , sama kaler ngan Mak Abah mereka. Tetambah la anak-anak yang meningkat remaja kan. HAHAH.. tapi, kitorang suka je. Kadang, tak raya pun adik-adik aku ni pakai sedondon je kalernya. NAk wat camana dah warna tema kitorang setiap kali beli baju adalah HITAM.

PAkai baju sama di kalangan adik-beradik adalah sangat COOL okeh. Tetambah bila adik-adik tu suma ensem dan akak dia cun. WAKAKAKAKAKKA... Sangat cool dan dijelesi ramai. 

Tema tahun ni adalah kelabu taik hanjing. Sebenarnya , baju melayu kelabu depa suma dah siap. Dah pakai dah pun masa kenduri kawin Angah. Aku je takde baju kelabu. Eh, ada la. Dalam kotak. Muat lagi ke? Aku gi kedai cari baju kelabu untuk Makbed's family, tapi saiz aku takde plak. Yang jenis lain, saiz Oni lak takde. Hampez. 

Maka.... kaler untuk family Makbed ialah kaler....................................................


HIJAU PAS



Harharharharhar...



seb bek tak kuning tau!





p/s - dah kol Bos Cantik dan sudah berdiskusi. Keputusan sudah dicapai. Aku nak jadi wealth planner cum suri rumah separuh masa okeh.

Dilema lagi!!

I had completely decided to end this working regime after considering various factors - until I received a phone call last night.

The call was not to my cellphone though. He called my husband.

You guys still remember an entry about a job offer almost 7 months ago? Masa tu kan aku ngah peknen kan Najwan?

Still remember that 'he' gave me entire pregnancy time to think and requested me to give my ANSWER after my confinement ends? Baca INI.

Well....


Yeah... 'encik' itu telah call semalam. Eh, apasal la 'encik; ni suuuuuka sangat call aku memalam? Dia tak call enpon aku. Dia call enpon Inche Kitchi tau. HAHA... Musti dia risik kabau dulu tanya aku wakpe, tido dah ke, tapi musti tanya kat laki. Line clear baru dia ckp ngan aku. Klakar la 'encik' nih!!

"Nah.. 'encik' awak telepon," kata Inche Kitchi sambil menghulurkan enpon beliau.

Dengan senyuman senget sambil mata memandang wajah suami, aku sambut gak enpon tu.

"Errr..haalloo...."

"Assalamualaikum Liza. Hah, sihat dah ko?" Encik tersebut terus tanya soklan.

"Dah...." jawabku ringkas.

Actually. it has been a while after my confinement when he called. I thought he had forgotten about the deal. So, aku pun wat-wat la tak port kan? Logik ke seorang bos telepon sniri staff suruh masuk balik keje? Ha? Ha? Tolong cubit sattttt... AKu baru nak brenti keje secara total neh.

"Bos Cantik ada telepon?" tanya Encik lagi.

"Err..  takde pon. Ngape ?"

"Ha..belum telepon lagi ye. Takpelah. tunggu jelah Bos Cantek ko tu telepon. Aku dah suruh dia bincang ngan ko. Ko berbincang le apa yg patut ngan Bos Cantek ye.." kata Encik lagi.

Hmm..aku paham dah kalau dia sebut 'bincang' tu bincang hape. Tergaru-garu kepala aku. Nasib dia tak nampak.

"Ok bosssss...." jawaku ringkas je.

 Pas habih cakap telepon, aku bagi balik enpon laki aku tu dengan muka seposen.

"Camana ni wakkk?


23 Aug 2011

Kalau rokok tu ada marine collagen kat dalamnya, memang aku pun nak isap!

Isk.. besh kan isap rokok kan?
Walaupun dah keluar fatwa cakap rokok tu haram tapi slamber je dok isap lagi.
Kalau cakap babi tu haram, tau plak geli.
Agak-agakla kan, kalau ditulih kat kotak rokok tu kandungan rokok tu ada bulu babi ke, usus besar babi ke, cuping telinga babi ke, nak tak smoking lagi? 

I bet they would! 

Ternyata, usaha Serael nak menjahanamkan umat Islam secara halus memang berjaya.
Berjaya dalam pelbagai segi. 
Antaranya, berjaya memudaratkan kesihatan umat Islam secara perlahan baik bagi si perokok, mahupun ahli keluarga dan kawan-kawan si perokok. 
Maka, berkuranglah umat yang sanggup mati berjihad di jalan Allah sebab suma sakit jantung, paru-paru berair, tibi, batuk kering, hati bengkak bla bla bla..
Skang ni, ramai yang bercakap riak. Mengkafirkan orang macam makan cendol je.
Tapi yang bercakap tu dok insap natang yang direkacipta oleh sapa ntah? Kan..KAn... Kann... 
Camana nak pi perang menegakkan agama kalau dalam poket bawak bekal rokok Dunhill?
Ce habaq mai sat?


Meskipun dah ramai ulama cakap menda ni haram, tapi ramai yang menidakkan.
Cuma, tak ramai yang BERANI menidakkan terang-terangan, melawan fakta dan menafikan bahawa ROKOK ITU TIDAK HARAM dan MEMUDARATKAN KESIHATAN.
Sebaliknya, diorang lebih suka pada alasan basi seperti "kalau tak isap rokok otak tak berjalan" dan "kalau berhenti rokok, aku gemok sebab brenti rokok akan membuatkan kita lapar senantiasa.." 

Kenapa begitu susah? 
Tahu tak alasan macam ni sangat mencerminkan diri kita yang tidak reti bersyukur akan nikmat Allah bagi?

Dulu-dulu, masa ko kecik, takde rokok , tapi otak ko elok je buleh hapal ABC? 
Buleh je ingat sifir 12. 
Buleh je ingat Al-Fatihah? 
BUleh je baca doa tido sebelum tido.
Kenapa dah tua-tua ni musti perlukan rokok untuk membuatkan otak ko berfungsi? 
Aku rasa tak mungkin kot
Ada yang merokok tu dah terlupa solat. BUkan sebab ilang ingatan, tapi MALAS.
Ada yang mendahului ROKOK dulu sebelum solat Maghrib. Tak caye, tengok lepas berbuka. 
Yang lebih besh, semua yang isap rokok tu TAK TAHU baca Bismillah.

Ada tak yang baca Bismillah sebelum isap rokok dan sebut Alhamdulillah selepas merokok?
Ada? Ada? Sapa buat cemtu, sila ngaku jap.
Terang-terang setan dah bermaharajagopal dalam hati, peparu dan jantung. 

Kenapa perlu takut gemok lepas brenti rokok? 
Bersyukurlah Allah bagi nikmat makan. Kalau takde makanan cam kat Somalia tu caner?
Ha tu..diorang tak de isap rokok , tak gemok jugak. 
Ko nak jadi cemtu? 
Allah maybe tak tarik rezeki makanan, tapi mungkin dia tarik selera makan ko plak. 
JAdi, jangan cakap sesuatu yang bodo ok. Tengok keliling kiri dan kanan sebelum bercakap. 
Tengok langit sama. 

Toksah deny keburukan rokok tu. 
Embrace it. 
Admit it. Berhenti. 
Patutnya bulan posa ni lah masa yang sesuai nak quit smoking. 
Tapi, berenti la 3 hari pehtu, sambung balik isap rokok lepas berbuka. 
Tolong bagitau aku, vitamin apa yang ada dalam rokok tu sampai susah sangat nak tinggal? 
NAk kata buleh bagi hilang ngantuk, aku tengok orang smoking tido lagi dasyat dari aku kot. 
Sampai mesin rmput bunyi kemain deras kat luar pun buleh tak dengar!

PAtut aku ni kena isap rokok kalau dah katenya rokok buleh bagi kita tak mengantuk.
Sebab, aku kena bangun 3 jam sekali bagi anak nyusu. Tersengguk-sengguk tau nyusukan anak.
Atau, maybe rokok tu buleh menegangkan kulit perut aku dan memulihkan parut pembedahan beranak aku ni? 
Buleh? Habaq sat? 

Aku tak sure korang yang merokok ni tau ke tak pasal ni. 
Tahu tak ASAP adalah makanan jin. Api ada kesukaan syaitan.
Jadi, memang logikla para perokok ni degil-degil dan bongkak belaka bila ditegur sebab diorang dah didorong dirasuk makhluk haluih. 


Usah biarkan dirimu diselubungi ..... misteri................................................. [tetibe!]





habih dah bebel.
 

Penat!


Kemain berlari-lari si Oni dengan takaburnya tanpa mempedulikan panggilan untuk bekfes. Aku dah siap masak bubur nasik bercampur daging dan kentang. KAlau takde sup, Oni lebih senang makan bubur. Dan ayam goreng. Si Adik dah bangun tapi selagi dia tak bising, selagi tu lah aku tak jengah dia. 

Macam ribut rumah aku bila Oni lari-lari keliling meja makan. 
Pehtu dia merengek mintak tabung syiling. 
Nak masukkan duit dalam tabung, katenye.
Nak bagi dia diam, aku pun layankan jelah.

Praaanngg..........
berterabur segala syiling sekupang, dua kupang dan lima kupang.
Hah, lantak la. Janji tak kaco Ibu. 


Jam menunjukkan jam 10 pagi.
Adik dah merengek.
Pampes dah basah la tuh. 
Aku gi masak air. Najwan mandi kat sinki je. 
Kalau hari tak hujan, aku bantai bagi mandi air paip jek. 
HAHAHA.. Kasi lasak sikit. Dok mandi air suam je, sok nak jalan umah orang payah. 


"TAk mo makan suda. Ibu nak kasi Adik mandi. Kang dia nak tido.." kataku sambil menjeling Oni yang terkebil-kebil memandang.

Dan-dan la bila dengar aku nak mandikan Najwan, cepat-cepat bangun. 

"Ibuu..............nak andii...." rengeknya sambil tarik seluar pendek yg dipakai. 

Mulalah la nak wat hal tu. "Iskk.. Tadikan dah mandi. Petang satgi la plak.." Kataku , tapi tak pandang muka dia. Konon aku ni merajuk la sebab dia tak mo makan nasik tadi. 

Oni diam seketika. Kendian merengek balik...

"Ibu..............nak bayengg (baring).." sambil tangan tunjuk buai. 

"Jap..ibu nak mandikan Adik..." kataku lembut. "Gi sambung main duit pih.."

Oni ikut je. 

Tetiba....






GREEEENNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!

Pakcik mesin rumput datang potong rumput kat bawah. Kuat bebeno bunyinye. 
Serta-merta , Oni terpa kat aku sambil nangeh macam nampak antu. 
Nangeh..dan nangeh..dan nangeh.... 
Habih kuar ingus ngan air liur. 
Waaaa.. takut sungguh dia ngan bunyi mesin tu.

Dah dengar si Kakak nangeh, Adik pun tumpang sekaki nangih jugak.
Aku tak sure la Najwan pun takut ngan bunyi mesin rumput ke hape... 
Tapi kalau Kakak brenti nangeh, Adik pun brenti. 
Bila Kakak sambung nangeh, Najwan pun nangeh balik. 


Walaweehh!!!


Patut tu aku suruh pakcik mesin rumput tu balik je? 


Namun, sebagai Ibu yang sangat handal ber'multitasking' ni, Ibu cool je.. *Perasaan nak mampos~ 

 Cara-cara nak handle anak menangis serentak ialah...


Buat bodoh je macam takde pape yang berlaku. 
Teruskan pekerjaan rutin anda. 
Aku teruskan gak aktiviti memandikan Najwan, dan Oni lak melekat je mukanya kat bontot aku sambil nangih. Abeh aaa seluar aku ngan ingus dia. Sambil mandikan Najwan aku pun berkata...

"Tu laaaa... sapa suruh tak dengar cakap Ibu tadi.. Ibu soh makan takmo kan. Tu mesin rumput da dah datang nak amik Ibu. Baaii.. Ibu nak gi ikut mesin rumput....."



Pe lagi....


LAgi KUAT la Oni nangeh!!!



HAHAHa..aku kan kuat mengusik. 
Sapa soh dia usik aku dulu, kan? 
AHAHAHA.. Tibalah giliran Ibu plak mengusik kau. Rasekan! 


Lepas mandikan Najwan, aku kasi susu. 
Oni masih nangeh, merayu supaya aku tak gi ikut mesin rumput. Nak bagi dia diam, aku tutup la pintu cermin. Kurang le sikit bunyi bising mesin tu. Tapi, bila aku tutup, Oni marah lak.

"Jangan tutup. Oni nak tengok......" bebelnya sambil bukak balik pintu cermin tu, dengan esakan.

Pehtu...... DIA NANGEH BALIK!!! 

Weh, tak paham lah! 
Tak paham!
Dah la..malas la nak layan.
Nangeh je la. 
Ibu layan Adik je lagi besh. Aku dukung Najwan nak masukkan dalam buaian.

"Ibu!!!! Nak bayenggg (baring).." tetiba Oni lari kat aku plak. Tak kasi aku masukkan Najwan dalam buai. Ni adalah sifat kebiasaan Oni lah ni. Kalau Adik nak dok buai je, tetiba dia ngantuk, nak baring. NYAMPAH~


"Gi la tengok mesin tu. Nanti Adik tido kang, Ibu bagi Oni tido dalam buai plak ek.." pujukku. Oni diam. Pehtu, gi amik bantal busuk dan baring atas riba aku plak. Wah, kalau kecik takpe. Dah besar panjang dah Oni.

Sudahnya......





 Najwan tak tido pun. 
Disebabkan Oni dok tenyeh mata berulang-kali, aku angkat Najwan boh dalam baby cot, dan masukkan si Oni ke dalam buai. 
Tak sampai 5 menet, terus tido si Oni. 

Najwan?

Lepas habih 3 botol susu, lepas penat aku cium dan gigit pipi dia, lepas salin pampes sekali lagi, lepas 3 kali disendawakan, barulahhhhhhhhhh beliau tido. 


Penattt!!!





22 Aug 2011

Adik Dania sudah pergi....

Innalillah...

Adik Dania sudah kembali ke rahmatullah petang tadi. Demikian yang ditulis oleh Leen dalam entri terkini beliau. 

Al-Fatihah untuk arwah. Dan bertabahlah wahai Ibu. Sesungguhnya anakmu akan menantimu di syurga. Salam takziah dari Makbed sekeluarga.


Sila KLIK.

SELAMAT HARI LAHIR AUNI!

Hari ni ialah.....






HARI LAHIR AUNI. 
Suma angkat tangan, cakap 'ALHAMDULILLAH'. 



Sila ucapkan Selamat Melahirkan Auni kepada saye......... ihiksss! 

Tika entri ini ditulih, pada masa ini, jam ini , tapi 2 tahun lepas (jam 1739 waktu Lumut) , aku sedang bersiap-sedia dengan posisi meneran dan masa tu bukaan sudah 8cm. Erm.. tanak citer lelebih kang ado orang tutup muka lak sebab takut. Heee...


Bersempena dengan hari kelahiran ko wahai Auni, Ibu nak siapkan satu manifesto. Dah kamu belum cukup umur nak ada blog maka kamu tak leh la wat manifesto untuk Ibu , ye dak...


  1. Ibu akan cuba memanfaatkan masa sebanyak mungkin untuk kamu. Ibu tau kamu budak bijak. Tak buleh lepa sikit, kamu cepat je copy paste apa yang orang cakap dan buat. 
  2. Ibu akan mula ajar kamu qiraat. Ayat pertama - Biasakan setiap perbuatan dimulakan dengan Bismillah. Skang tgh dok ajar baca Bismillah dulu.
  3. Ibu akan pastikan kamu menyahut setiap kali Ibu panggil kamu. Kalau tak , Ibu kejar ngan kayu api! 
  4. Ibu memang tak berkompromi kalau masuk bab kepentingan kamu. Berenti keje pun Ibu sanggup. Kamu yang cakap kamu taknak duduk ngan 'MAMA' kan? So, pasni kamu bekfes pun makan nasik. Heee..biar gemuk mcm Ibu. 
  5. Pas ni kalau Ibu suruh amik barang, sila gi amik laju-laju. hhHEhHHe... 
  6. Nak cakap ngan Ibu sila cakap bahasa mat saleh ok. 
  7. Sila buang pampes terpakai kamu di dalam tong sampah.
  8. Sila pastikan kamu bagi botol susu kamu dan adik kat Ibu dan suruh Ibu basuh cecepat. Kalau Ibu wat dono je anda dibenarkan korek telinga Ibu sampai Ibu bangun. 
  9. Kalau kamu nak tengok K-Pop, pastikan kamu buleh cakap Korea sepatah dua kata. Kalau tak No K-Pop for you. Eh, tapi remote tv Ibu yg pegang kan?
  10. Kamu dah pandai kira sampai 3 kan? Ok.. pasni kira sampai 28 plak. Ada bran? 

 Dah le tu. Bebanyak sangat kang anak aku stress lak nanti. Anyway, bersempena ngan hari lahir kamu, Ibu nak wat ucapan penghargaan plak.

  • Terima kasih kerana menceriakan hari Ibu dan Ayah.
  • Terima kasih jugak kerana membuat gigi Ibu longgar sebab asyik ketap gigi je tetiap kali kamu buat tatau je bila Ibu cakap 'JANGAN'. Besok besar jadila doktor gigi Oni. BUleh kamu balas jasa Ibu nih. HHAHAHAHAHAHAHA!
  • Kalau kamu ada senang Ibu. Buleh suruh amik remote, angkat barang jatuh, kemas mainan dan paling utama, kamu pandai bersembang ngan adik kecik kamu sampai dia tersengih kesukaan. 
  • Budak lain maybe jeles ada adik atau tengok Ibu Ayah dia dukung baby selain dia, tapi kamu tak plak. Kamu sangat suka baby. That's very impressive. 
  • Usia sekecik kamu, kamu paham yang bila orang lain menangis bermakna 'dia perlu dipujuk'. 
  • Terima kasih kerana tidak membuat bising ketika adik tido. 
  • Terima kasih kerana kamu skang dah tak susah nak ditidokan. 
  • Tapi... itulah. Kamu ni sangat payah nak berenggang dengan Ibu. Tak buleh tingal kat org lain selain pengasuh. LAin orang, kamu musti panggil Ibu jugak. Huuu... Terima kasih kerana buat Ibu terasa dihargai. Tapi, susah le Ibu nak kijo camni.

 









Kamu permata hati Ibu dan Ayah. 

Selamat Hari LAhir, sayang.

    Kami Doakan Dania Emelda Aqasha sembuh ...





    Comel tak adik ni? 
    Nama dia Dania Emelda Aqasha. 
    Umurnya 2 tahun lebih.

    Tapi... kenapa posing kat katil spital tu dek?


    Tu gambar dulu...sekitar Feb 2011 rasanya. Maafkan Makbed kalau tersalah.







    Ini adalah gambar adik Dania sekarang





    Mengikut entri terakhir Ibunya semalam, adik Dania sudah critical. Aku copy paste sebahagian entri beliau..




    salam wahai rakan2 alammaya ku......ingat x lagi dgn puteriku, Dania Emelda Aqasha?? 
    dy dalam keadaan tak stabil skrg...
    saya sempat meluangkan masa seketika ini, untuk menulis hanya untuk meminta jasabaik rakan dan taulan, samaada kenal saya atau pun hanya kenal di alam siber ini.....utk sama2 mendoakan kesejahteraan puteriku ini...... 
    she's diagnose leukimia pd 12 feb 2011, dan skrg dah cycle yang ke 3...
    sepatut nye hanya mengambil masa lagi 3 minggu shj untuk menghabiskan cycle ini....
    dan selepas itu..masuklah maintanance di mana pu3 ku ini hanya sebulan sekali shj mendapatkan rawatan....
    tapi, sesungguhnya Tuhan itu maha Penyayang....
    Dia menduga kami sekeluarga dgn ujian yang amat berat utk kami tempuhi...... 
    9hb Ogos, last ASPA (injection Kimo)...dy mendapat diarrhoea..dan dia amat2 kuat untuk tempuhi semua itu....
    11hb Ogos dia dimasukkan ke HSI selepas menjalani kemo....utk menjalani rawatan diarrhoea.. 
    12hb Ogos alhamdulillah dibenarkan balik kerana dah xde buang2 air lagi..... 
    14hb Ogos selepas pulang ke muar pd jumaat tu, dy buang2 air kembali....dan minta dimasukkan ke hospital kerana xtahan dgn sakit perut. kami bawa dia ke HPSF Muar, sbab pd kami diarrhoea mungkin boleh ok setelah 2-3 hari dpt rawatan.... 
    18hb Ogos, kami rasa, kami perlu bawa dy ke HSI..perlu!!! dan tetibe tekanan darahnya merundum jatuh...yang menyebabkan pihak HPSF tidak membenarkan kami mmbawanya ke hsi selagi darahnya xstabil... 
    aku xtdo semalaman walaupun seharian aku sakit gastrik....
    sehingga dirawat di Kecemasan hpsf. 
    semalaman aku menjaga nya....
    ajak dy tengok upin...supaya dia dpt hilangkan rasa sakit perutnya tu..... 
    5.30pagi, akhirnya aku tertewas dgn mataku.......
    aku terlelap......
    dia pun dah tdo masa tu6.30 pg, aku terjaga...... 
    nurse " akak, sy dah bg ubat demamkul 6 tadi....adakat meja.
    nk kejutkan akak xsampai hati sbb akak br tdo..."aku" ha yelah," lantas bangun dan menyediakan ubat2 yang nk disuap kpd dia.... 
    aku"Nia....bangun sayang..mkn ubat nak," sambil mengangkat nya utk didudukkan......nauzubillah.......dy kejang!!!
    aku lantas memanggil dokter..........emergency!!!!!!!
    lebih 30minit dy dipulihkan.....
    olehkerana sawannya lama, maka dokter terpaksa pasang tube utk membantu pernafasan dia.....
    dan dia,terpaksa ditido kan.... 






    Untuk lebih gambar dan detail berkenaan adik Dania ni, please berkunjung ke blog Ibu beliau. Klik je link yang aku dah highlight tu ek. 


    Adik Dania memerlukan doa kita semua. Marilah kita sama-sama doakan agar Adik Dania kuat semangat dan dipanjangkan umur agar dia boleh berhari raya bersama orang-orang yang menyayanginya. 
    Personally, sebak baca entri dalam blog ni. Terbayangkan diri sendiri. 
    Semoga Leen tabah menghadapi ujian Allah. 


    p/s - kesian sangat. Kita sibuk-sibuk excited nak raya tapi ada orang yang bersedih begini. 



    Thanks Momy IMan.




    suma gambar diambil dari blog Leen.

    Aku dah masuk usia senja ke?

    Takleh nak ditahan-tahan kalau peminat nak wish hepi besday ni. Biasanya kengkawan wish dalam FB simple-simple je sebagai tanda ingatan. TApi, ada la sorang Hamba Allah ni terlebih rajin nak mengarang puisi so that ucapan besday utk aku jadi lebih bermakna. 






    Lepas baca mesej fb ni aku terus masuk bilik, sapu Bio Oil kat perut. 
    HAHAHHAHAHAHAHA...

    21 Aug 2011

    Cari gambar spenda? What da tuuuttt!





    Takleh terima hakikat aku ado orang cari gambo spende dalam blog aku? 
    Sapa la makhluk yg sangat kesian ni... 
    Spende pun tak penah tgk ke? 




    Tepuk dahi aku tengok carta blog aku sniri. HAduihh!

    Lulu Caldina attack gua lagi

    Dah menjadi Ibu kepada 2 anak yang kecil-kecil, payah sikit aku nak curi masa berblogging. 
    Maafla kawan-kawan. BUkan aku lansung tak blog-walking. 
    Ada je aku ni cuma tak meninggalkan jejak je. 
    Entri pun sehari satu je. 
    Kalau time keje sampai berbelas entri sehari. Skang, selang 2 hari baru leh siap satu entri.
    Idea takde kerana terlalu letih. 

    And maybe dek kerana terlampau keletihan sebaik saja anak-anak tido di malam hari, aku yang bercadang pada awalnya nak berblog terus terpeleot atas tilam. Najwan bangun selang 3 jam untuk menyusu. 
    Jadi aku perlu manfaatkan masa senggang dengan rileks. 
    Nasib baik Oni dah buleh dikawal. Cuma kena berjaga-jaga agar Najwan tak menangis kuat sampai Oni terbangun. Kang kalu ONi bangun, payah plak nak tidokan dia. Maka, bila Najwan nangih, aku kena cecepat bangun. 

    And maybe kerana keletihan yang amat sangat itulah emosi aku tak stabil sehingga menyebabkan aku jadi macam ni.   
    Kesian tak?


    BUat kawan-kawan fesbuk dan bloggers sekalian, terima kasih di atas ucapan selamat hari lahir dan ucapan selamat ulangtahun untuk kami. Bulan Ogos ni macam bulan 'kebesaran'  bagi aku. HAHAHA.... Thanks buat Iyan Shazlind yang begitu gigih wish besday sampai 2 kali kat shoutbox. Sekali tu salah tarikh daa... HAHAHHA. Tapi tu tak penting. Yang penting, EFFORT kan?


    Sekali lagi budak ni berjaya men'touching'kan aku. Buat Lulu Caldina, Makbed tak sentap pun Lulu wish lambat. Even Lulu nak wish minggu depan pun, Makbed terima dengan senyuman dan gembira. Bagi aku, kita ni lansung tak pernah berjumpa. Hanya kenal dari jauh dan sesekali berbalas email. Dapat ucapan penuh tulus dan ikhlas dari kawan yang camni pun kira besar rahmat dah. Sedangkan orang lain yang dekat-dekat pun belum tentu ingat hari istimewa kita kan? 
    TERIMA KASIH. Terimalah ciuman sayang dariku...
    MySpace



    Thanks jugak buat Nini D yang marah aku tadi. HAHahhaaha.. Ok la..pasni aku jaga makan.
    Ekceli, aku kena keracunan makanan. Cirit birit sampai la tengahri tadi.
    Kesudahan citer bezday suprise aku tu, aku akhirnya makan kek dengan mata bengkak.
    That was the most embarrassing moments yet somehow I kind of expected that. Bonos la for Inche Kitchi sebab aku memang termenangih plak time tu kan. Musti dia bangga kerana berjaya mengkantoikan aku dan memang sampai ke anak cucu le aku kena kutuk besok-besok. Grrrrrr..... 


    Menjawab pertanya terakhir Lulu - jadi ke nak naik pangkat jadi ibu sepenuh masa?




    Jawapannya ialah.....








     Insyaallah.... Makbed akan bagi folo up dalam blog nanti. Semestinya saat hand over surat resign adalah saat yang penuh cerita. Hehehe..





    Rasa puas hati sangat menjaga anak-anak sendiri sampai jadi tembam camni. 
    Najwan dah bijak memberi senyuman. Dan sudah buleh diajak berborak. 
    Geram tak? 
    Sapa nak cubit pipi dia sila lah datang umah....

    Kisah seorang Makbed yang sentap

    Hari lahir yang di'jadual'kan pada hari semalam iaitu 20 Ogos merupakan hari yang paling tak besh buat aku. Aku sentap. 
    Tak wish lansung. 
    Kalau tak wish hepi besday utk aku pun, at least wish le happy anniversary ke  kan? 
    Dah hilang value ke aku ni? 
    Bukannya susah aku ni. Takde pun aku mintak keta ferrari ke, peti es baru ke..Keta lembu pun aku tak mintak. 
    Tapi tu la.

    Terasa cam segala pengorbanan dan segala kesakitan yang aku harungi sengsorang tu tak de sapa hargai. Kalau dah takde ucapan kasih sayang dari si dia, orang lain yang bagi aku ucapan selamat tu aku rasa tak de makna. Kenapa musti orang yang paling dekat di hati aku mengambil tindakan taknak menghargai diri aku dan institusi perkahwinan yang kami tubuhkan ni? Nak tunggu hari-hari biasa disayangi berlebihan, dilayan penuh mesra, memang la takda kan? Hari-hari sama je.
    Di hari spesel aku ni, takde pun dia nak bagi layanan spesel. 
    Spesel camne?
    Kasi la aku mc buat keje rumah ke.... Tolong handle anak-anak ke.
    Ni tak, Najwan punya pampes basah pun usaha kejut aku soh salin. 
    Salin sniri, tak bley?

    Hali ini besday gua maaaa~

    AHHAHAHA.. buleh ke cam tu?

    Pulak tu, kesehatan aku tidak memuaskan sejak hari sebelumya. 
    TAk pepasal aku kena semput beserta pakej percuma selsema. Perut ni pun berdenyut-denyut je. Nak piyed dah kot? 
    Pil dah tinggal 2 bijik je lagi. Tunggu masa je la sebaik saja pil tu habih nanti. Aku dah lupa simptom PMS. Seingat aku, bila cikbulan nak datang, aku musti selsema nak mati. Sampai kena amik ubat untuk menenangkan idung aku. Pehtu, mesti kena tido. Takleh berajin-rajin sangat. Kalau tak, lambat le baik selsema bulanan aku nih. Ni dah 9 bulan lebih tak menerima ketibaan cik bulan, so aku jadi bodo le kejap.

    Taknak le bersentap-sentap ngan suami.
    Tak baik kan?
    Ekceli, dia bagi ape aku cuti masak sebab malam tu kitorang berbuka dengan rakan-rakan Honda Accord di Orchard Inn. Heee... layan gak la makan ketam goreng tepung tu. 
    Tak dapat menikmati juadah dengan girangnya sebab Najwan tak moh dok diam-diam. Meragam je.
    Perut masuk angin agaknya. 
    Aku hepi..Dah lama tak makan spageti. Sedap rasanyaa... Dan tidak dilupakan air bandung dan laichikang. Suma tu lama tak rasa.

     2 jam selepas berbuka, perut aku mula bergelodak. Kepala terasa pening. Takkan le aku 'bentan' plak sebab makan ketam? Aku da abih pantang pon. Aku dok depan pc tengah cari idea nak berblog, tapi takde mood. Dengan emosi tak stabil, kesihatan pun tak berapa nak dipastikan ok ke tak, mood untuk apa-apa je pun TAKDAK.

     Kendian aku terpandang Inche Kitchi yang sedang bergurau-senda ngan Oni. Eh, macam takde pape yang berlaku plak. Dah masuk Isyak pun taknak wish hepi sebeday kat aku?
    Hah..mulalah sentap lagi skali. 
    PEhtu, mamat ni asyik dok men fesbuk, pehtu dok sms sambil tersenyum-senyum plak. 
    Aku tak dulik la dia sms sapa pun. Dia yang bayar bil kan?
    Mustahil dia lupa hari ni hari spesel aku sebab dalam fesbuk kan ade memberi reminder.
    Jangan tatau, dalam fesbuk pun takde wish hepi besday utk aku.
    Huh! Sakit tak hati?

    "Awak nak kuar ke malam ni?" tanya ku sebab biasanya hari Sabtu dia akan keluar malam. Aku harap sangat dia tak kuar malam ni.

    Tapi, dia kata "Ha'ah. Kang nak kuar.."

    WHATTTT da fooott??
    Takkan nak kuar?
    Tadikan dah berbuka sesama ngan kengkawan tuh? Malam ni tak gi takleh? 
    Suma soklan tu aku tanya dalam hati je. Kang tanya kuat-kuat dah kata aku ni keta queen control plak. Tapi, makin lama tengok dia dok tekan-tekan henpon, makin menyampah pulak aku tengok.

    Rasa nak terberak lak. Dengan rasa menyampah kat laki sniri, aku berjalan masuk bilik , tutup pintu dan gi berak. Tapi, 5 menet menunggu , takde pe pun. Lain plak yang jadi.

    "BLUWEEKKK!!!!" perut aku memuntahkan segala hapa yang aku makan tadi. Toksah citer la apa kandungannye kan.

    Habih aku cuci mulut, aku gi duduk kat katil. Perut aku sakit yg amat sangat. 
    Keracunan makanan ke aku ni? 
    Dah duduk sengsorang dalam bilik, dalam gelap tu, aku tetiba teringat nak sentap balik.
    Heee.. Mulalah bertanyakan soklan bukan-bukan. 
    Aku pun tatau apasal aku sentap over sangat ni. 
    Aku cuba cari jalan cemana nak maafkan Inche Kitchi kerana lupa nak wish hepi eniberseri kat aku... 
    Tapi, kendian aku teringat..

    Eh, aku punn tak wish hepi eniberseri kat beliau. So?

    Gitulah aku bermonolog dalam hati. Tapi, hati aku ni tak mau ngaku kalah. 
    Kalau dia tak wish apa-apa kat aku, of course la tak jadi efek pape kat jiwa dia kalau aku tak wish pape kat dia kan? Hahaha.. kejam tak? 
    TApi, hati aku nak kejam camana...Kalau dengan Inche Kitchi, aku takleh nak marah lama-lama.
    BUat penat aku je.

    Tetiba, terasa nak muntah lagi. Gi lari-lari masuk jamban.
    BLUWEKKK!!! 
    Payau terasa tekak. 
    Muntah dah tukar kaler pink sikit-sikit. Tu penangan air bandung la tu.
    Dan tetiba, aku menangis kat tepi jamban tu. 
    Tak pepasal je kan? 
    Menangis sebab awalnya aku meneran nak muntah sampai berair mata dan nak terkencing-kencing. Keduanya, sebab aku memang terasa nak menangis akibat tahap emo aku yang tak stabil nih.

    Nangeh...nangeh... dan nangeh ....... 
    selama 10 menet kot.  
    Then brenti sebab idung dah bersin-bersin dan selsema datang kembali. 
    Tu la...sapa soh nangeh?
    Kamon la Makbed, takkan pasal orang tak wish hepi besday ko nak nangeh plak? 
    Mana jiwa kental ko?

    Tapi... ini bukan orang biasa-biasa. Orang ini ialah LAKI AKU. Mestilah kena sentap okeee.

    Dah penat dah muntah ngan nangeh, aku gi baring kat tilam balik. Sebelum tu aku capai minyak angin sikit sapu kat idung. RAsa nak nangeh lagi...

    Tetiba...





    -_-






    "Oi, Ida ngan Kurau mai ni..." panggil Inche Kitchi sambil bukak suis lampu bilik.

    Alamak... kantoi lak nangeh. Cecepat tutup muka ngan tuala.
    Lupa kunci pintu la. 
    Tapi, apsal plak jiran aku tetiba mai umah memalam ni. 
    Tak pi terawih ka?

    Nak muntah plak dah!
    GI muntah dulu. 
    Sambil muntah , sambil nangeh. 
    Tapi, masa tu tak nangeh sebab emo dah. Nangeh sebab dah tak larat nak muntah. 
    Berapa kali aku kuar masuk jamban tu.
    Sampai dah takde isi perut lagi yang bileh dimuntahkan. Tapi, perut aku masih lagi bergelodak.

    Sebelum kuar menyambut ketibaan tetamu tu, aku gi gosok gigi dulu. 
    Ya Rabbi, mata bengkak dah!
    Tu la..aku bukan buleh nangeh. MAta musti sepet punyo. 
    Iskk..malu la nak kuar camni. 
    Tapi, tak baik la orang datang umah kan? 
    Ida plak tu. 
    Aisey... kang musti Ida tau aku gado ngan Inche Kitchi. 
    HAHAHA.. gado ke?

     Ni apsal lak perut aku ni?
    Nak terberak tapi tak berak-berak pun. 
    Aku kena keracunan makanan ke?
    Otak aku cuma ingat balik apa aku makan, tapi sebab emosi aku sedikit tak ok pikir pasal hal besday tu, jadi tak ingat lak. Hampeh.

    Aku sapu minyak sikit kat perut. Sapu kat idung. Pastu aku kuar. 
    Lantak le nak mata bengkak ke, idung senget ke. Tak dulik dah. 
    Eh, comel ape mata sepet merah-merah nih, kan?

    Sebaik je aku kuar, tetiba aku melihat ONI SEDANG POSING BAEK PUNYO DEPAN KEK CHOCOLATE INDULGE YANG SANGAT BESAR. Apak dia sedang menyalakan lilin.
    Ida tengok aku sambil sesengih...

    "Awat mata merah? Touching ke??" tanya nya....


    Habeh dah citer aku......


    Best tak?






    18 Aug 2011

    Auni, buleh ke tak buleh?


    Duhai Oni,

    • Boleh tak kalu kamu tak dengki ngan adik kamu? Buaian tu Ibu beli untuk kamu, tapi dulu kamu taknak tido dlm tuh. Skang , sibuk-sibuk la nak 'nayek' itu buai. 
    • Boleh tak kamu jangan cilok IBu punya pen? Kan Ibu dah beli pensel kaler untuk kamu? Mana pensel kaler tu??? Sibukkkk je. Orang nak tulis , dia pun sibuk merengek "nak tulisshhh....nak tulishhh..."
    • Boleh tak kamu cakap dengan jelas bila nak kan pape? Ni tak, ntah hape ntah dia bebel sorang-sorang. Pehtu orang tak paham, nangeh cam kena rotan. Menci~
    • Boleh tak jangan sibuk-sibuk bukak peti es bila Ibu sibuk kat dapo?

    • Boleh tak lepas minum susu tak payah nak panggil Ibu semata-mata nak soh Ibu amik botol susu kamu yang dah habih tu? Letak aje la atas meja ke lantai ke.... Ni tak. Lagi Ibu tak amik, lagi tu la dok panggil. Ibu banyak keje lain lagi lah. 

    • Boleh tak jangan korek betri remote tv? Punya la banyak menan, remote tv jugak ko nak kelebek. 

    • Boleh tak jangan conteng lantai, meja, kabinet dapo? Ini bukan rumah kita. Dah le umah ni sepah, lagi huduh sudahnya umah ni. Silalah bekerjasama.
    • Boleh tak jangan dok berdrama swasta ngan Ibu? Kentut sniri pun nak buat-buat tekejut. Buat-buat heran. Yang kentut tu kamu. Ibu tau la sebab Ibu yang riba kamu masa kamu kentut tu. Eiiii... budak ni kan!
    • Boleh tak kalau Ibu panggil tu kamu bagi respon. Ini wat tuli je. Tensen Ibu taw! Kalu Ibu wat dono je kat kamu masa kamu mintak susu, tau plak nak sedey. Wat u give, u get back u know....
    • Paham tak kalau Ibu ngan Ayah cakap 'JANGAN' tu maknanya brentilah daripada melakukan perbuatan yang sedang kamu lakukan tu. BUkan suruh buat lagi. Sebab yang nak menanggung kesan akibat perbuatan kamu tu adalah kita semua. Bukan awak sorang je. Okeh.\
    • Boleh tak jangan memekak di dalam rumah ketika adik tido? Kamu ni time adik tido je musti wel-wel kat tepi katil adik. Hapekah?
    • Berenti menangeh buleh? Adik kamu yang kecik halus tu pun tak nangeh teruk macam kamu. 



    Persiapan Aidilfitri Yang Tak Sederhana

    Selasa lepas gi Tesco plak dengan modus operandi pencarian baju raya cantik untuk anak-anak. 
    Hehe.. 
    Maafle. Ibu ni tak rajin shopping.
    Bukan tak suka shopping tau. Cuma, takde skill. Bila sampai je shopping kompleks, jadi beruk masuk town. Habeh terberancai suma baju orang lipat cecantik. Baju sangkut-sangkut tu tercabut segala hanger. HAHAHAHAHEAHA. 
    Tu la pasai aku lebeih suka shopping online jek.
    Pilih-pilih kemudian bayar.
    Takde la aku berhadapan dengan situasi promoter menjeling penuh ghairah amarah setiap kali aku menjahanamkan susunan baju diorang tuh!

    Tabiat tak reti shopping ini terjadi kerana Abah aku lebih terer shopping daripada Mak aku. 
    Tetiap kali Abah ngan Mak aku gi shopping kat supomaket besar, aku salu kena tinggal kat umah jaga adik-adik aku.
    Camana la nak develop skill shopping?  Salahkan Abah aku lak kan? Selama aku berada di bawah bumbung rumah beliau, baju dalam haku pun dia yang pilih dan beli.
    Skang dah bercucu pun, dia lagi terer pilih kasut dan baju cucu dia.
    Last skali, aku pun kate....."ABah aje lah pi beli baju Oni.." Tetttt!~


    Bertuah sapa dapat bini cam haku ni tawwwwww~ Tak gilo shopping.

    Mana nak?

    Nak bini suka makan ke bini suka shopping?

    HAa... bek korang pikir bebaik. 


    Raya kali ni aku berniat nak seragamkan baju raya untuk sesi penggambaran keluarga.
    Photographer nya sudah tentulah Abah kan? 

    Tahun ni beraya dengan keluarga aku plak.
    Tahun ni, dah 4 kali aku dan Inche Kitchi beraya bersama. 
    Kali pertama raya, kami baraaaaaru sangat kawen. Tak silap haku, kitorang raya kat Lumut masa tu sebab Inche Kitchi tak buleh cuti raya.
    Raya kali kedua, umah parents aku, sebab aku dalam pantang. 
    Raya ketiga, dah ada Oni - beraya rumah mertua di Kelantan. 
    Hmm.. Raya bersama kali keempat?
    Alhamdulillah... skang kami sudah berempat. Tambah lagi sorang rakyat. 
    Meriah nyaaa.....! 

    Maka, anak-anaklah yang bermewah dapat baju raya. 
    Takde la beria sangat beli baju. Ekceli, baju anak-anak banyak yang dah kecik jadi, camana pun kena gi beli baju juga. Najwan lagi la kesian. Hanya pakai baju kakak aje sejak lahir. So, berkat dapat bonos ni, aku request Inche Kitchi belikan baju untuk si kecik tu lebih sikit. Najwan takde baju raya pun takpe. Dia bukan paham ponnnnnn baju raya tu hape. Ye dak? 

    Untuk Kak Oni, aku carikan baju jalan yang baru dua tiga helai. Dapat sehelai seluar jeans. 
    Hee.. comel.
    Baju budak kecik lagi mahal dari baju orang tua.
    Haih!
    Memang kalau kita ni dah berniat nak guna duit untuk beli baju anak-anak , jangan mimpilah kita yang tua ni buleh tumpang sehelai dua. 
    Spender 3 helai seploh hengget maybe buleh... 

    Untuk Inche Kitchi?
    Err..patut tak aku kata aku bersyukur sebab dia lansung tak kisah nak beli baju raya unuk diri sendiri? Normal ke camtuh? Aku rasa normal kot sebab lelaki kan? Takde kisah sangat bab diri sniri ni. 
    Abah aku pun cemtu.
    Nak suruh beli seluar sendiri pun, kena buat surat rayuan dulu rasanya. PAdahal, seluar yang kita suruh beli tu SELUAR DIA nak pakai. 
    Balik-balik , seluar tu.
    Balik-balik, baju t-shirt tu je dia pakai. 
    Sampai Mak aku buleh hapal dah berapa helai baju nagn seluar dia bawak balik setiap kali balik kampung. Kalau tido umah sehari semalam, dia cuma berjalan sehelai sepinggang je. Tak yah beg pun. 

    Elok le cemtu kan? Nanti pakai hensem-hensem kang, ado orang ngorat pulakkk.. Aku lak susah nanti. Ahaks!


    Untuk aku?
    Cukup la baju raya untuk hari pertama yang sedondon ngan Inche Kichi dan Oni. 
    Ada sehelai jubah pemberian adik ipar aku tempoh hari. Kira banyak dah la tu. 
    Selagi aku tak kurus, takdelah baju raya untuk aku. 
    Tudung?
    Tahun ni raya simple je. Takde pakai shawl-shawl kot. Pakai tudung bawal aje. 
    Banyak giloh dalam laci. Yang tak pakai lagi pun ada. Tu pun tak lilit-lilit dah. Sebab, raya kali ni aku berbaby kecik . Kang beria sangat bersiap, rosak gak tudung aku sudahnya sebab kena tarik ngan Najwan. Lagipun, taruk pin kat bahu adalah sangat merbahaya kepada baby seperti Najwan. 

    Kasut baru pun tadak. Tak sampai seru lagi nak beli kasut baru buat masa skang ni. AKu cuma masih mencari kasut raya untuk Oni je.

    Kuih raya suma aku tak buat. Beli jelah kot. Selalunya, aku rembat kuih raya umah Mak je. Hehehe.. Mak musti wat lebih punyo. Rumah pun takde siap-siap sangat. Tak payah tukar-tukar langsir nih. Tahun ni last aku nak dok sini. Dah pindah sok baru beria siap umah ye.

    Gitulah serba-sikit citer persiapan raya aku.



    Cuma, terpikir dalam kepala hotak aku...

    Andai Aidifitri ini adalah yang terakhir untuk kita, bagaimana ya?

    17 Aug 2011

    Tomyam Campur Dengan Perencah Tomyam Mak Nyonya

    Ngidam pulak aku ni nak makan tomyam. Hehee.. Dengan tak malunya aku kaborkan kat korang, aku tak reti masak tomyam dan seingat aku ,  aku belum penah lagi masak tomyam. Evem dalam buku resepi pun takde resepi tomyam. Bila teringin nak makan tomyam, aku gi order je kat kedai. Lagi sedap kot?

    Tomyam bukan makanan faveret aku anyway. Aku lebih suka makan sup ekor! Lebih bermakna setiap hirupan. Sluurrrpppp... [sebab tu ko banyak lemak wahai Makbed!]




    Skang aku nak share resepi Tom YAm aku tadi. Aku pakai perencah tomyam Mak Nyonya je.


    Bahan-bahan:
    Sikit Udang
    Sikit daging yang dipotong kecik
    Sikit ayam
    Sotong (kalau suka) potong la iikut suka janji buleh masuk mulut.
    Sepeket perencah Tomyam 100gm
    sayo-sayo seperti brokoli, cauliflower, baby jagung, carrot atau tomato. Potong kecil mengikut kesesuaian.
    Sedikit air limau nipis.
    2 keping daun limau purut
    1 batang serai - diketuk
    Bawang besar - potong 4
    stok udang / satu sudu sos ikan bagi menambah perasaan.



     Cara-cara

    1. Tumis pes tomyam Mak Nyonya tu sampai naik wangi kendian masukkan 1 cawan stok udang. Lebih pun takpe. 
    2. PAstu, masukkan air. Untuk pes 100 gm, masukkan 350ml air. Biarkan mendidih sikit. Masukkan serai.
    3. Kendian, masukkan ayam, daging, udang atau sotong. Kacau dan biarkan menggelegak sikit.
    4. Masukkan sayo-sayo lain. 
    5. Last skali masukkan bawang, daun limau purut dan masukkan air limau nipis. Perasakan dengan garam.

    15 Aug 2011

    Kisah budak yang sangat suka melihat Apaknya memegang rotan (tajuk cam hampes)



    Udah sampai rumah dah. Legaaa.... Nak masak untuk berbuka?
    Emmph.. malas!
    Kepsi sudah. Besok baru ada semangat nak masak.
    Hari ni semangat nak try baju raya je. 


    Tatkala Inche Kitchi mengumumkan bahawasanya bonoih beliau dah masuk, aku terus claim duit beli baju raya. HEEE....
    Sampai-sampai umah dari Penang tadi, aku terus ajak Oni gi butik.
    Apak , tinggal jaga baby. HUAHAHAHUHAUA... *Bini kejam.


    Balik rumah lepas beli baju raya, dedua beranak dah letih.
    Tapi si Ibu bersemangat nak try baju raya lagi sekali.
    Si Oni lak, dah keriau , ngantuk la tu. Dia sibuk-sibuk pegang buaian , nak tido dalam tu.

    "Nak nayekk..Nak nayeekk... " maksudnye 'nak naik' la. 

    Tapi, takde sapa pun layan dia.
    Aku sibuk menguruskan Najwan yang merengek sebab pampes dia dah basah.
    Apak la cam biasa la.. Rengekan Oni tu macam lagu sedap yang dia request dalam PILIHAN BERSAMA RADIO MUZIK. Dia layaaaaannn je.

    "Jangan panjat-panjat besi tu Oni. Nanti jatuh...." kataku dari kejauhan.
    Oni memang suka beradventur di sekeliling besi buaian tu. LAgi dilarang. lagi menjadi-jadi dibuatnya. Kadang tu, Apak sampai pegang rotan la punya menyampah nak ulang perkataan 'JANGAN' banyak kali. Kalu cam haku ni takpe la, mulut tu ringan je nak menegur.
    Tapi, Oni macam makin suka je dengar kitoang larang-larang dia cemtuh.
    Selalu tu dia loncat-loncat keliling buaian sambil mengerling Apak. Kalau Apak wat dono je, dia akan meneruskan aktiviti wel-wel beliau di sekeliling buaian ibarat seorang red indian menari-nari keliling ayam panggang.
    Bila Apak bangun pegang rotan, Oni cecepat buat muka cencorot sambil menyorok di belakang bontot ibu yang berdiameter besar ni.


    Tetiba...







    KELETANGG!!!!!






    Buaian besi itu tumbang perlahan-lahan ke atas tilam yang memang dah terbaring atas lantai ruang tamu.
    Oni tersepit di celahan kain batik yang menjadi kain buaian tu.
    Apa lagi, menjerit la. 


    "Ibuuuuu!!!!!! Ibuuuu!!!!" Oni memanggil dengan wajah panik.


    Isk ..iskk..Bukan tak kesian. Kesian. Tapi kan...... Kelakar plak aku tengok.
    Haaa.. tu la Oni. Kalau degil , tak dengar cakap Ibu, memang kesudahan nya membuatkan Ibu ngan Ayah gelak terbahak-bahak. Ada je menda kantoi yang ko buat.


    NAsib baik la menda tu jatuh atas tilam. Kalau jatuh timpa kepala camne? HAdehh... NAsib baik gak la, Najwan tak tido dalam tu. Tapi, cuak gak la muka si Oni. Lepas nangeh-nangeh sebab terkejut yg amat sangat tu, Oni tido terus. Huuu...


    Maka, berakhirlah aktiviti wel-wel Oni pada hari ini......

    Sekian.





    14 Aug 2011

    Jenjalan di Pasar Ramadhan Kampung Melayu Air Hitam, Penang

    Makbed balik Lumut esok pagi. HAri ni berbuka dengan Umie lagi.
    Besh gak berbuka kat Penang nih. 
    Semalam, Nando's. 
    Hari ni, aku amik kesempatan jenjalan cari pasar ramadhan plak. 
    Pasar Ramadhan pilihan kali ni ialah kat Kampung Melayu Air Hitam.

    Stended la kan kalu dah gi param tu, parking memang la sangat terfaking gayanya. Keta banyak woh! Biarpun seploh kali round cari paking, tapi ia tidak melunturkan semangat aku nak gi jengok pasar ramadhan gaya orang Penang. Hehhehe.. Ekceli, aku nak pi cari pasemboq. 


    PAsemboq tersedap aku makan adalah pasemboq kodiang. 
    Tapi, dah banyak tahun tak makan. Jejak Kodiang pun lama tak buat. Hukhukhuk~

    Akhirnya, berkat kesabaran kami jumpa gak parking.
    Umie pesan kebab ngan ikan pari bakar.
    Aku , cuma nak cari pasemboq. Tak beli banyak pun sebab Umie masak kat rumah. 
    Papepun, nasik air tangan mak adalah penting dan musti dijamah sementelah dah balik kampung kan? 
    Umie siap buat kuih seri muka lagi tau. Habeh laa... cemana aku nak makan ni. Aku dah le 'pantang' pulut! Umie memang selalu wat menu yang menguji keimanan aku


    MAsa nak balik tu, aku nampak ada kedai roti tepi jalan. 
    Wahh... ada sesuatu yang menarik kat gerai tu walaupun dia cuma jual roti-roti termasuk roti gardenia. 


     Ini lahh diaaa menda tuuuuu!!!



    credits to google

    Ini bukan roti sebarang roti tau. 
    Ini roti yang paling otai dalam keturunan segala roti.
    Taiko besar pun suka roti ni tau. BUleh tak aku kata ni roti kegemaran seluruh rakyat Malaysia tak mengira bangsa? Heee.... 

    Inilah diaa...
    Roti Bang Ali!!!!
    eh
    BUKAN!

    ROTI BANGGALI


    Roti ni payah le nak jumpa kat Lumut. Kat Penang banyak la. Aku beli 2 potong je. Kalau nak besok aku beli lagi. Kebetulan, masa aku sampai umah, aku terbau kari. Umie masak kari ikan bawal daaa... Huuh, hebat instinct aku kan? Sayang Umie... 

    Dah nak dekat waktu berbuka dah ni. Nak pi ready-ready.
    MAlam ni, aku nak dating ngan Inche Kitchi kat Padang Kota plak.
    Sambil layan minum stabak ke, kan? Bawak Oni jenjalan. Bila lagi.......
    Dulu nak jalan, ngandung. Tak larat! 
    Skang, kena banyak jalan. Kasi kurus.

    KAlau ikut hati, aku nak berbuka makan nasik kandaq lagi tau!



    p/s - MAkbed nak dapat anak buah baru tau. Adik ipar ku sudah peknen! 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Instagram

    Instagram