Followers

31 Jul 2011

Day 22 - tarikh-tarikh penting dalam hidup anda


Tarikh lahir Mak dan Abah ialah yang terpenting yang memang aku tak penah lagi lupa stakat skang ni. Alhamdulillah. Mak lahir pada 30-05-1959 dan Abah plak 10-06-1960.

10-06-1982 merupakan tarikh menikah Mak dan Abah. Tarikh tu pun takleh lupa.

Kendian, tarikh lahir adik-adik aku.
01-08-1984 ialah tarikh lahir Angah.
02-07-1989 ialah tarikh lahir Alang.
15-09-1991 merupakan tarikh lahir Linda.
28-01-1993 ialah tarikh lahir Kimi.
dan...
01-08-2000 merupakan tarikh lahir Hafizul.


Tarikh yang paling paling penting pastilah yang berkaitan dengan diri aku, kan?

20-08-1983 adalah TARIKH LAHIR AKU.
20-08-2008 merupakan tarikh menikah aku dan Inche Kitchi.
22-08-2009 merupakan tarikh aku bersalinkan Oni sekaligus menjadi tarikh lahir Oni.
21-06-2011 merupakan tarikh aku bersalin buat kedua kalinya. Lahirlah Najwan.

dan 31-12-1982 merupakan tarikh lahir Inche Kitchi...

30 Jul 2011

day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah


  1. wallet - dlm tu musti ado kad TESCO sebab kat sini ada Tesco je. Kalau ada Jusco, aku bawak la kad jusco skali.
  2. henpon
  3. Inhaler - takut sempot di tengah jalan. Tapi , jarang guna pun. Last guna masa peknen kat Najwan 3 bulan.
  4. Eye liner
  5. Bedak pixie
  6. organizer
  7. bawak kepala otak yang bernas. kalau keluar tak bawak otak, camana nak pikir cara-cara menghabihkan duit secara berhemah ye dak? 
  8. kalau bawak oni lak, kena bawak puting dia. wajib!

Day 20 - hari ke 20, apa yang terjadi?


Hari yang ditunggu-tunggu.
Makbed dan anak-anak pulang ke pangkuan Inche Kitchi.
Seronok.... Hepi....
Tak lama gi je nak abih pantan.

Dan pada hari ini juga,
barangan pesanan Makbed sudah tiba.
MAka, projek buleh dilaksanakan.
Kita tunggu lepas 5 hari.
Nanti aku kaborkan.
Ok!

Bai.

29 Jul 2011

Alhamdulillah....

"Ibu... adik nangesh..."

"Ibu...adik aga..."

"Hoh! Adik aga. Na na... tak tawooo.." sambil tunjuk jari telunjuk.

"Ibu, jom akan acik..." (Jom makan nasik)

"Nak kit."  ( Nak sikit)

"Ibu, nak elet..." (Ibu, nak cekelet)

"Alo.... Ayaahh. Ana tu?" (Halo, Ayah. Kat mana tu?)

"Bak, bak. Nak totop.." (Bak, nak tutup.)

"Bak mot.." (Bak remote.)

"Meh..meh... Dodok!" (Meh, duduk.)

"Ibu,..... Adik ana?" (Ibu, adik mana?)

"Ibu..... nak ayang..."  (Ibu...nak sayang..)

"Ibu, nah. Pakai minyak," sambil hulurkan minyak urut.

"Nak pakai koken...Pakai koken kat kaki..." sambil hulurkan stokin kat aku. Yelah..aku dalam pantang kan kena pakai kokain stokin.

Itulah dia antara dialog-dialog comel Oni kat umah. Kurang sebulan dari skang, Oni akan berusia 2 tahun. Dah boleh bercakap dah. Dah banyak perkataan yang dia buleh sebut dan banyak menda-menda di rumah yang dia boleh sebut namanya satu-satu. Cepatnya masa berlalu.

Tapi, dalam banyak-banyak perkataan yang Oni sebut, aku paling suka dengar Oni memanggil Ibu dan Ayah. Suaranya lembut saja bila memanggil orang tuanya. Sama jugak kalau dia panggil Uwan dan Atoknya.

"Uwaaaaaaaannn..... nak kong."

Tokwan yang sakit belakang, malas nak dokong pun buleh cair hati bila dengar suara cucu meminta camtuh. Apatah lagi bila Oni buat muka comel ngan mata berkelip-kelip. Adeh...hati yang tengah marah pun buleh kansel, tak jadi marah dah.

Yang Atok plak, petang-petang nak tulis ringkasan dalam bilik Najwan. Tapi, bila Najwan ada dalam bilik, lagi dia malas nak wat keje. Tengok Najwan tido, dia pun nak tido skali. Bila Najwan bangun, Atok sibuk nak gomol Najwan plak. Ni lah susah kalau ada Tokwan dan Atok yang masih bekerja. Bila cucu datang, suma malas nak pi opis. HAHAHAHAHHAHAHA.....


Alhamdulillah.... aku dikurniakan anak-anak yang sihat dan ceria, lagi menceriakan.

Enpon rosak lak

Lagi berapa hari aje nak abih pantang nih.
Kurusnya tak pun.
LAtely kulit badan ni cepat naik gatal-gatal. Aku mengalami masalah kulit kering. TAk siok nye. Menggaru aje keje haku.

Skang aku sedang melaksanakan lagi satu projek.
Projek ke atas diri sendiri.
Wat permulaan, aku dah pun order barang tersebut.
Tunggu nak sampai aje.
Then, aku buleh la wat testimonial.
Mana la tau, berjaya projek aku ni aku bertukar mencari Scarlett Johanson (betui ke eja ni) ke kan?
Sapa yang untung?
Laki akuuuuuuuu jugak .


Kerana terlalu rindukan isteri dan anak-anak, Inche Kitchi telah bersikap cemerkap dan akhirnya menjatuhkan henpon beliau. Maka.,.,..,,. rosaklah skrin enpon tersebut. Kena la beli enpon baru ye Cayang.

28 Jul 2011

Harimau Malaya Tak Menang, tapi.....





BIarpun tertewas, kau tetap juara di hati semua rakyat Malaysia.



Aku ni macam minat aje bola. Tapi, kena amik tau la jugak kan?
Ni pun sebahagian daripada masa kegemilangan negara. Aku takleh gi stadium , takleh nak meloncat-loncat depan tv memberi sokongan.
Tapi, aku tengok gak. Ake 'menjerit' gak dalam fesbuk bila pasukan kita berjaya menjaringkan gol.
Dan aku turut 'bersorak' kehampaan bila negara jiran turut menyumbat gol. Sedey...

Anyway, aku bangga dengan barisan pemain Harimau Malaya. BArisan pemain negara kita.
Original beb! Original!
Sumanya muda belia.
Biarpun berkulit gelap, sawo matang, takde yang putih melepak (ni suma gara-gara latihan bersungguh-sungguh kat tengah panas la nih!) , tapi yang penting ORIGINAL rakyat Malaysia.
Tak macam pemain lawan - ado yang bukan original lah! Ada pemain import pulak.
Pe kelas???


Dah lama tak rasa bahang bola sepak camni.
Dulu-dulu masa aku darjah-darjah dulu, bola ni satu fenomena besar jugak. Aku ingat lagi pasukan Hijau Kuning. Dan aku ingat lagu tema Hijau Kuning yang hampir setiap jam berkumandang di radio. Oh ye.. aku kan membesar di Kedah. Kendian, fenomena itu senyap dan sunyi untuk jangka masa yang lama.
HAnya datang meriahnya bila muncul Piala Dunia.

Hmm.. skang! Aku tersenyum sendiri.
Sebab aku akhirnya boleh melihat kembali fenomena itu.
Seronok dan teruja tengok penyokong-penyokong berbaju belang kuning hitam bersorak penuh semangat sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Tergelak sendiri melihat kehampaan para peminat bola yang tak dapat beli tiket sebab tiket habih.
Rasa kagum bila melihat stadium yang penuh dengan manusia!
Huh! Dasat ooo....


Tahniah Harimau Malaya.
Tahniah Malaysia.
Tahniah buat kita semua.

No NO No....



Tadi petang Kak Anne telepon haku gtau yang aku nyer receptionist simpanan yang sepatutnya ganti aku sepanjang aku cuti 3 bulan ni nak end kan servis nya pada awal August. Huukkk...                                                                                                                                                                                           Kak Anne kol, cakap...

"Cik Phia suruh tanya bila Liza nak masuk kijo?"


Halamakk.. dah lama aku tak dengar nama Cik Phia. Selama beberapa minggu aku cuti ni, hidup ku tenang tanpa mendengar nama beliau. Eh, kan aku dah gitau Cik Phia ni awal-awal lagi, aku nak cuti 3 bulan? Lagipun, aku cuti tanpa gaji....

Soal pekerja yang sepatutnya ganti aku tu mungkir janji , taknak keje sampai September tapi nak habihkan servis takat bulan Ogos je, tu bukan masalah aku. Aku masih belum buleh masuk kijo lagi. Pantang pun tak abih lagi. Mana buleh masuk awal bulan 8? Aku patut cuti minima 2 bulan kan? Kalau bulan 8 pun nak masuk, aku kena masuk on 21st onwards. Mana leh masuk 1st August? No..No..No...

Alang-alang tu, lajak le cuti sampai bulan 9. Insyaallah, aku akan masuk keje pada 5hb September, lepas raya. Kasi aku kurus dulu.

Day 19 - Jenis manusia yang menarik perhatian anda

S.E.R.O.N.O.K

Teruja!


Sebab besok petang dah nak gerak balik Lumut. Abah antar. Maybe Angah pun nak gi Lumut dari Sik. Kazen aku, Kilah pun nak gi Lumut gak kot esok. Cam nak meriah je rumah aku nih! Hihih..

Hari ni nak start packing. Kalau on vacation lama-lama ni, sure ada baju yang bakal tertinggal punya, kan? 

Lagi seminggu je nak abih pantang. Sonoknye. Leh makan Nando's.



Oh, lupa.
Jenis-jenis manusia yang menarik perhatian Makbed


Yang anaknya menangis meraung-raung kat supomaket
Aku suka usha parents menguruskan anak-anak kecik yang demanding , nangih-nangih golek atas lantai kerana nak kan sesuatu. Saja nak tengok kesabaran diorang. Stakat skang, Oni belum lagi bersikap sedemikian rupa.


Bapok / Lelaki lembut
Aku suka melihat mereka berkomunikasi dan bahasa tubuh diorang. It's entertaining.


Pompuan yang duduk nampak spender
Ko ingat laki je suka tengok? Pompuan cam haku ni pun suka gak. Cuma pompuan-pompuan lain segan nak gitau je. Kang dikatakan pervert lak kan?


Anak-anak kecil yang comel - comel
Keletah mereka sangat menghiburkan. Dan aku suka tengok parents diorang juga, Pastu wat kajian biologi sndiri. Budak ni ikuit mak ke apak dia? HEheheh...


Lelaki beruniform 
Sangat ensem. Lagi kalau dia jalan ramai-ramai ngan kengkawannya yg juga beruniform.


Wanita yang bermotosikal berkuasa tinggi
Hukhukhukhukhuk,...... bila lah moto aku nak berkuasa tinggi ni????


Lelaki yang pendiam
Dalam satu group yang ramai-ramai, ada seorang lelaki aje yang pendiam. muka ketat, senyum pun nak tak nak je. Walaupun dia tak ensem, tapi sikap diam tu biasanya akan menarik perhatian aku untuk MENGACAU HIDUP DIA!!!

Day 18 - benda paling mahal yang anda beli dengan duit sendiri

ISk.. aku pilu bila citer bab nih tau. 


Aku penah beli Honda EX-5 baru kaler hitam semata-mata kerana moto kapchai lama aku rosak dek eksiden dulu. Aku kompol duit belajar, tapi disebabkan aku perlu sangat moto baru, aku beli la moto Ex-5 tu dengan membayar deposit sebanyak RM2k. 

2k masa aku dok blajar sambil bekerja, banyak la kan? Tapi aku musti beli juga sebab kalau takde moto, camne aku nak kijo dan blajar?


Dan pada masa yang sama, pakwe lama aku tu yg desak aku beli moto baru sebab dia kata 'dia malu nak bawak kapchai buruk aku gi keje...' 

HAHAHA.. INILAH PUNCANYA AKU SALU GADO NGAN PAKWE. 
Pakwe yang aku ada asyik nak melenjan harta - meredak aku jek. Beli sniri takmau! 
Dia tau aku ada duit simpan sket, dia soh aku lak beli. 
Yang beh tu, masa gi kedai moto, dia tunjuk moto yang dia suka iaitu LAGENDA , untuk aku beli. 
Wah, skang ni duit aku, bukan duit kawwww! 
Sukati aku la nak beli moto apa pon. 
Niat di hati nak beli EGO tapi, bajet tak cukup laaa. 
So, beli je la Honda EX-5 jerrr. Tak kisah la kan?

Tu pun, pakwe bertuah aku tu melenjan gak moto aku. 
Moto dia dah jahanam hasil gi lumba haram bagai.
 Dah le takde lesen, ada hati nak bawak moto laju-laju cam dia lah pembayar cukai terbesar kat Malaysia nih. Buat-buat la nak hantar aku gi kelas dan gi keje. Tapi, aku tak suka orang kemput-jemput aku al-maklumlah aku ni wanita yang berdikari, ye dak? 
KAlau aku nak dijemput dihantar, bek aku kawan ngan Datuk-Datuk ke, kelas sikit nak berjemput pun kan? Wakpe la aku susah-payah beli moto..... 

Aku  ngan si pakwe tu asek bergado je. Gado berebut kan hak penjagaan moto yang tak hebat mana pun. 
Tapi, lastnya aku menang jugak la. Dan bila aku decide nak putuskan hubungan dengan beliau, tetiba aje moto aku pun hilang sekali. 
Punya la kecewanya haku. 
Moto kesayangan aku tu hilang kat opis aku di Jalan Yap Kwan Seng. MAsa tu aku keje shif malam lak tu! Kena balik kol 12 tengah malam. Bila aku kuar opis tetengah malam, moto aku dah tadek!
 Aku rantai tau moto aku. Megiknye, rantai besi tu pon takdak. 
Aku memang bajet moto aku kene seret nek lori. Mustahil la DBKL nak wat operasi memalam buta lak kan. 

Dan akhirnya, aku tau sapa yang curi moto aku. Tidak lain, tidak bukan, pakwe aku yang bertuah tu la buat semua tu bermotifkan dendam. Kira oke lah aku tak kecoh. Aku tak suruh polis tangkap. 
Tapi, pehtu dia banyak kali minta maap ,  merayu ajak kapel balik. 
Takde..Takde... Ko curi moto aku, aku tanak kawan dengan kawww dah. 

Tu laaa... lain kali jangan kawan dengan mat rempit.
 Aku plak buleh lupa budak tu mat rempit yang berkebolehan mencuri moto. 
Buleh dia balas dendam kat awek dengan mencuri moto awek sendiri.
 Apekah? 
Bodoh tui. 


Akhirnya, aku kembali guna moto buruk....


27 Jul 2011

Mahu kurus secara mudah dan free? BAca ni...




sekadar gambar hiasan



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK





Makbed berkata:
Boleh tak cakap, isteri gemok , tembam , chubby cam haku ni kurang kasih sayang? Nak kurus ye.... Inche Kitchi, peluk lebey sikit okeh. Gugugugugu...

Rindu Oni tak bertepi...



Sudah 11 hari kami 3 beranak di Kuantan. Onilah yang paling dilimpahi perhatian dan kasih sayang. Keletahnya menceriakan Tokwan dan Atoknya. Tiap-tiap hari tak pernah sunyi dengan gelak ketawa Mak Abah melihatkan Oni yang tak brenti-renti melompat dan bercakap. Skang, dah boleh bercakap 3 patah perkataan. Dah boleh berleter dengan jelas. Dan sangat mudah meniru orang lain.


Dan dia sudah pandai memanggil nama adiknya, Dik Wan.

Beberapa hari masih berbaki untuk kami tinggal di sini. Tapi, Oni sudah 2 malam tido menyebut nama Ayah. Sejak tinggal di rumah Tokwan, aku tak penah miss sehari pun membiarkan Oni tido tanpa mendengar ucapan good night dari Apaknya. Biar jauh, tapi Apak tetap di hati.

Tapi, semalam lebih teruk. Mulanya dia merajuk ngan Tokwan sebab Tokwan takmau bawak dia sekali jalan-jalan gi shopping. Meragam sampai la Tokwan dia balik. Semalam, dia tido lewat. Lepas telepon Apak, Oni masih lagi takm mau tido walaupun mata sudah tak larat nak bukak.

"Ibu.... nak nenen..."

Ok...Aku gi buatkan nenen dia.

"Ibu...... Ayah..." sambil tunjuk ke pintu bilik. "Ayah alik....(ayah balik).." ngomel Oni.

Aku diam je.

"Ibu! Dik Wan. Adik aga....(Adik jaga).." sambil tunjuk bilik adiknya. Adik tido di bilik tengah dengan Mak Njangnya.

"Yee.. takpe. Adik dok ngan Anjang..."balas ku.

Oni diam sekejap. Tapi kendian bunyi lagi.

"Ibu..Ayah....." Itulah yang dia ulang banyak-banyak kali. Sekejap-sekajap tunjuk siling. Kejap-kejap tunjuk pintu. Kejap-kejap tunjuk tingkap.

Gitulah keadaannya sampai la akhirnya Oni terlelap sendiri.


Harii ni, hari baru untuk dia. Dia bermain macam biasa. Mengusik Mak Njang , usik Najwan. Tapi, hari ni dia banyak buat muka sedih dan cukup senang sentap. TAk bagi dia gomol Najwan , sentap. Hari-hari dia skang tak lengkap kalau tak tengok Najwan, tak dengar Najwan nangeh.

"Nak ayaanngg (cayang)....." GItulah Oni hari-hari - musti cium adik.

Tetiba pagi ni, dia asyik tengok luar gril pintu je. Nampak orang lalu je, dia cakap "ayah balik." Aku buat tatau je. Baru je lepas masak. Aku berehat-rehat kejap atas kerusi sambil tengok TV.

"Ibu!!!!! Ayah alikkk!!!" jeritnya sambil berlari mendapatkan aku. Tangan comelnya menunjukkan ke arah pintu gate.

Aku jengok keluar. Memang le ada seorang lelaki saiz Apak kat pintu pagar tu, tapi tu jiran sebelah.

"BUkan Ayah le Oni.... Ayah tak de. Kat umah."

Oni tunduk. Kendian dia lari balik ke pintu gril sambil jerit memanggil Ayah. Pehtu, dia gi amik kunci gril yang memang sentiasa diletakkan di atas rak tv. Pilih-pilih kunci , gaya macam nak bukak pintu gril.

"Ayah..... Ibu, Ayah balik tu." kata Oni sungguh.


Aku terus bangun, buatkan susu. Dan bawak dia masuk bilik. Jom tidolah Oni. Kamu rindu Apak macam ni buat Ibu yang memang tengah rindu jadi parah plak. Jumaat ni kita balik ye. Sabar. Berapa hari aje lagi. NAnti kita jumpa Apak.

Apak,
Berpisah masa bercinta-cinta dulu rindunya tak seteruk macam skang ni. Dulu, asik tanya "awak rindu kat saya tak?" Skang, takyah tanya dah. Anak-anak memang of course rindu tak sudah-sudah. Kesian....

Tokwan dah siapkan album gambar keluarga. Oni kenal semua orang dalam gambar tu. TApi, bila dia nampak gambar Apak, dia panggil berulang-kali sambil cium gambo tu. Adehss....

Sebak lak taip entri nih.

26 Jul 2011

INI RAHSIA BESAR


Rahsia besaq nih. Tapi, aku tunjuk gak la kat korang. 




Gambaq ni diambil masa aku Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Rasanya, ni pertama kali aku merevealkan nama sekulah aku kot sejak berkecimpung dalam dunia blog selama 3 tahun nih. 


Cari la aku yang mana 1

Movie Review : KL Gengster







Tahniah kepada SKOP Production dan Samsul. particularly sebab berjaya buat satu movie melayu yang tak buat aku mencebik kemenyampahan.




Dan inilah dia pelakon yang menarik perhatian jiwa pelik aku.




Takde dia ni, memang sunyi je la citernya. Kan? Suka watak Ajib yang mereng-mereng tapi bernas otaknya. Dia patut jadi Shark kot ekceli. Lagi giloh!



  • Gaya lawan-lawannya banyak guna teknik tomoi. Tak caya gi belek citer Ong Bak. 
  • Sampai ke sudah aku tatau Shark ni Cina ke Melayu, Iban or Kadazan Dusun bangsanya. 
  • Pasan tak Jai selalu merokok tapi rokok dia tak penah berasap? 
  • Jai merupakan seorang gengster yang sangat lembut hati walaupun gila duit. Tak kedekut, sayangkan anak-anak buah dan suka bersedekah. Yang penting, dia tak merokok. Gengster yang sehat neh... 
  • Malek plak ex-gengster yang suka merokok. Tak brenti-renti tapi sangat terer lawan-lawan. Respek la orang yang humble neh. Tetibe jek~
  • Aku suka Ajib sebut "sayo....sayo...." Comel sangat suara dia. HAHAHAHAHAHHAA. 
  • Penggunaan istilah Abang Long Dil oleh watak Fadil tu memang menceriakan suasana. 
  • Aku tatau mana gi suma polis yang ado kat Malaysia ni masa depa main gado-gado, tembak-tembak sesama sniri. HUHUH... Tetiba KL jadi bersih dari bayangan Polis Bantuan dalam citer tu la.

mementang ado ketak-ketak, slamber je bukak baju ek. 



Aku bagi 5 bintang!


Kesimpulan dari citer ni, ketua kumpulan gengster memang tak kuat. Lawan pun tak reti. Harap bodigad ngan pestol je. HEHEHEHEHE.... Patut la ada ketua kumpulan gengster yang boncit-boncit. Eh, slamber je aku ... Hahehuhuaihuhshuhaihuh.


Day 17 - gambar bilik idaman anda



Salu kan, orang yang blom kawin ni suka dating kat IKEA. Ceh... konon-konon lepas kawin ni, nak beli barang kat situ la untuk rumah idaman.
 PAdahal..... dwet kawin pun kena mintak ehsan bank. KAn? 
Time bercinta, berangan-angan memang besh. 

Bila dah kawin, memang tak pegi dah IKEA tu.
 Kalau dapat pegi pun, suami tu jalan laju je. 
Tak sempat pun isteri nak testing-testing sofa, nak menghenyakkan bontot di atas tilam empuk apatah lagi nak berangan sambil berkata....

"Bang..... besh kan sofa ni? Bila laa kita nak ada sofa cam ni sebijik kat umah kita?"

Dan si suami pun menjawab, " Awak ni ajak saya gi sini wakpe? Kata nak beli pinggan kan? Pegi la kat tempat pinggan nun. Sini bukan tempat pinggan! Hish!" sambil buat muka sembelit.




Si suami mana reti berangan beli sofa kat IKEA. Tak penah teringin bersofa empuk pun. Sofa kena makan lipas pun dia tak kisah dok kat umah. Paling hebat pun sofa tu buat tido jek. Dia cuma berangan nak kawin lagi satu selepas 20 tahun berumahtangga. Sofa? Ape tu? Kikikikik...... 


BErbalik kepada bilik tido idaman aku... ekceli, ada banyak bila idaman ni. Ni adalah salah satunya...





Aku sangat suka warna brown. Menjelaskan lagi jiwa aku yang sedikit 'tua' ni. Hehheee.... Nampak natural kan? Saiz bilik lak, takyah bebeso. Aku tak reti tido bilik luas-luas. Rasa macam ado orang usha aku tido je. Bilik kecik udah. Perabot takyah banyak-banyak. KAlau buleh perabot nak melekat kat dinding. Jimat ruang. Ekon? Hehhee... boh je lah. Lebih afdhal. 



Jom tengok lagi satu bedroom idaman aku.



HAHAHAHA... ni katil idaman aku masa aku dah berputus asa untuk menaruh harapan untuk kawin.
 Siyes, takde orang nak kat aku. 
So aku dah berangan nak tido atas katil cam ni. 
Tapi, skang pun buleh gak kalau nak berkatil cenggini. Bila gado je, tido dalm bilik yg ada katil ni. 
Inche Kitchi tido atas. Aku tido bawah.
 Buleh kan?



Buleh masuk wishlist kot neh?

Movie Review - SEKALI LAGI



Ini ialah movie yang membuatkan muka si penonton sekejap-sekejap senyum, sekejap-sekejap berkerut sedih.







Tengok via Astro First sude.... 
Beli, pehtu Mak bayo. *Anak solehah niiiihhh!!! 
Nak beli tengok kat umah aku di Lumut nu rasa macam rugi plak sebab aku tengok sengsorang jek. 
TAk berbaloi. 
Sengaja aku tunggu gi KUantan, nak beli dan tengok ngan family. Baru meriyaaahhhh beb! Ari tu nak beli KL Gengster skali, tapi tetengok Kimi dah donlod dlm lektop beliau. 
So, slamat duit Mak. Phew!


Citer ni simple tapi BEST. Mesej nye sampai ke jiwa. 
Tapi idok le nangih sampai buleh tadah baldi tuh. Tahniah pada sekelian team yang menjadikan filem simple ni berjaya. Dan adik Mia sangat kiut. Oni pun suka tengok dia. 


Takde scene letup-letup keta, comolot pun takde. 
Lokasi lakonan pun kat kedai makan corner dalam area bizi sekitar Pudu kalau tak salah aku.
 Pehtu, kat taman permainan dan kat traffic light. Dan aku sangat suka tengok Bront Palare yang sangat cool dalam citer nih. Beshnye dapat pakwe cool.... Kan Kan Kan?
 Bila nak ada pakwe cool ni? *eh?

Korang tengok le. Besh. MAkbed bagi 4 bintang dari 5 bintang. Ok la tu kan?

25 Jul 2011

Day 16 - Guru sekolah yang paling anda suka



Aku suka suma guru sekolah aku. JAdi, tak adil la kalau aku citer pasal sorang je guru sekolah kan? Nanti cikgu-cikgu aku terasa hati plak nama mereka tidak tersebut di sini. 


Aku citer pasal guru yang aku PALING TAK SUKA. LAgi besh....Tapi aku citer dalam bentuk point saja. Senang korang nak baca. 



  1. Cikgu ni boleh ajar macam-macam subjek - BM, Maths and BI.
  2. Cikgu ni lelaki.
  3. Cikgu ni garang gila. 
  4. Cikgu ni mengajar di luar waktu sekolah. 
  5. Cikgu ni bila dia ngajar, dia musti pegang rotan. 
  6. Cikgu ni lah yang buat aku rasa malas nak pergi sekolah.
  7. Cikgu ni duduk serumah ngan aku. Lagi buat aku malas nak balik rumah. 
  8. Cikgu ni kejam. 
  9. Cikgu ni, kalau jawab soalan lambat, dan salah musti dia sebat kat mana-mana yang sempat dia sebat. 
  10. Cikgu ni kuat sungguh membebel. MAcam hari-hari dia makan vitamin yang membuatkan dia boleh berleter secara berterusan tanpa mengenal penat. 
  11. Cikgu ni jugak mengajar aku menjadi budak berdisiplin dan hormat cikgu lain. Bila dia berleter je, aku kena berdiri tegak. Tak buleh senget-senget. 
  12. Cikgu ni suka makan. 
  13. Cikgu ni jugak la yang menyara hidup aku dari kecik sampai ke besarrrrrr....
  14. Walaupun cikgu ni paling aku tak suka, tapi segala apa yang dia ajar aku ingat sampai aku buleh ulang balik apa yang dia cakap dan ajar kat aku walaupun dah nak masuk 30 dah umo aku ni. 
  15. Cikgu tu ialah bapak aku daaa.....

Aku memang tak suka kalau Abah jadi cikgu. Aku rasa kalau Abah jadi cikgu kat sekolah, pejabat kaunseling kat sekulah tu penuh ngan murid-murid kelas dia ja. 
Tekanan wohh! 
HAHAHAHAHAHAA.... ampun bah. 
Garang-garang Abah pun, aku jadi budak cerdik jugak. 
Tapi, aku ni pemalas. Kalau aku rajin sikit, maybe aku dah jadi pengacara TV kot? Kan....?




Jawapan untuk soalan tadi...




KERJA PALING MENGGEMBIRAKAN DI DUNIA?



Jawapannya ialahh.......




PENEBAR ROTI CANAI. 


Sebab..... lepas dia siap tebar roti canai, dia tepuk tangan! 

Kan gembira tu... roti canai dia dah siap. Kan KAn KAn Kan....






HAHHAHAHA... Jangan marah ye.


Tengok gambo ni, musti hilang marah. 










Day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?



Entah bila nak dapat 1 juta ni? TAkpe, layan je angan-angan Makbed ni.



  • Memula, bayar hutang dulu. 
  • Pehtu bagi Mak cket buat dia nak renovate dapur umah kasi besar. Best sikit bila masak anak-beranak sebab kitoang memang suka melepek kat dapur. Anak laki pun lepak dapo gak.
  • Bagi Abah cket... Abah nak bli apa pun takpa. Heheheh..
  • Beli hadiah kepada insan-insan yang memainkan peranan penting kepada aku. 
  • Yang lebih banyak tu, simpan je lah kasi beranak. Senang bila ada orang lain susah, buleh huloq sikit.

Aku cuma berangan jadi kaya sebab nak diri sendiri dan orang lain sekeliling aku hepi jek. Takde la nak beli umah bebeso, keta ferrari suma tu. Kawe tak minat. 

Kerja paling GUMBIRA???




Adik aku tanya.....





PEKERJAAN APAKAH YANG PALING MENGGEMBIRAKAN DI DUNIA NI?

24 Jul 2011

Kisah Siput Babi



Adik aku yang kecik ni memang rajin lawan teka-teki ngan Abah. Mana ntah dapat idea loyar buruk dia tu. Belajar kat skulah kot. 


"Pasepa siput babi jalan lambat?" 


Korang tau pasepa?






^
^
^


^
^

^



^

^
^
^



^
^
^


^
^

^




^

^
^



^
^
Jadi Nini D plak kan? Suka buat menda cam ni....Hehehe...
^
^


^
^




Setelah puas Mak ngan Abah aku memikirkan jawapannya, dan selepas dinyatakan jawapan itu asyik salah aje, maka Adik pun revealkan jawapan sebenarnya.......



^

^
^


^
^
^
^
^






"SEBAB MENATANG TU CONFUSE SAMADA DIA SIPUT KE BABI. Dia dok pikiaq dari mana asal keturunan dia, pasei tu la dia jalan lambat....!"





Mak ngan Abah aku gelak sampai nangeh....~



"Sob sob sob... kesiannya siput tu.... iskk isk iskk...."kata Mak aku sambil mengesat air mata. 




Ada lagi satu teka-teki hampeh beliau. Nanti la aku buat entri khas. 

Beza Wiladah dan Nifas

Ada orang tanya aku perlu kah mandi wiladah sebab sebelum dia ingat mandi wiladah tu sama macam mandi wajib kerana nifas. Aku ada survey tanya kengkawan , tapi ropanya banyak yang taktau mandi wiladah dan mandi nifas tu tak sama, dan kedua-duanya wajib. 

Bagaimanapun, bagi yang taktau pasal mandi wiladah ni, jangan risau. Sebab kita taktau kan. Allah tu Maha Pengampun. Cukup lah asalkan kita sudah mandi nifas, tu dah kira sempurna. AKAN TETAPI, bila dah tau ni, WAJIB kena buat. Sebab kalau tak buat, BERDOSA oke. 

Ni Makbed cari dalam internet je sebab Makbed tak larat nak taip apa yang ada dalam kitab. Kalau sukakan ilmu dan eager to know more, buleh cari dalam internet ataupun belilah buku-buku agama. Nak lagi senang, tanya ustaz atau ustazah ye. 




Mandi kerana wiladah dan nifas

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.
Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.
Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.


Sumber: SINI



NIat mandi sama macam niat mandi hadas besar yek.

Day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini - pencarian pelengat di pasar tani


Semalam, tetiba Mak teringin nak makan Puding Caramel. Dia suruh aku buatkan. MEskipun puding tersebut gulanya terhangit sikit, komen yang diterima dari para juri terpilih begitu memberangsangkan. Abah sempat makan puding tu, dan dia suruh buat lagi sekali. Huuu....

Kesahnya, umah Mak aku ada pelengat tapi pinggan bulat beso nak tunggangkan puding tu takde. Yang ada pun pinggan makan nasik aje - muat-muat mulut pelengat tu. Bila diterbalikkan, abih tumpah suma gula, bercucuran di tepi-tepinya. 
Tak shantek laa....

Maka, hari ni nak buat lagi puding caramel, aku ajak Mak cari pelengat kecik sikit. Kebetulan, Kimi nak kena naik bas jam 10 pagi. So, lepas antar Kimi nek bas, aku, Mak, Alang ngan Oni pi la pasar tani dekat stadium tu.

Misi utama nak gi beli pelengat. Tapi, jalan -jalan lagi sudahnya aku siap beli kasut crocs sepasang kat Oni dan beberapa helai baju baru untuk beliau. Kasut Oni udah kecik dah. Baju-baju pun cemtu. Aku lupa anak aku ni dah nak masuk 2 tahun dah. HAHAHA. Apak, bank in duit lebih sikit buleh baju Oni dan Dik Wan. Baju Ibu takpe. Ibu kena pakai baju kecik-kecik je. HEHEH...

Balik umah, aku terus start masak puding. Semalam, aku bubuh roti. Hari ni, aku letak biskut 4 segi lak. Aku dah nak habih pantang, so biskut 4 segi sudah tak makan dah. Heee.... Awal-awal lagi aku panaskan periuk kukus. Senang, bila dh siap bancuh adunan puding, aku buleh terus masukkan je dalam periuk kukus tuh.

10 minit lepas aku masukkan pelengat yang sudah dimasukkan bancuhan puding, aku duduk depan menyusukan Najwan. Tetiba bau sesuatu menusuk idung. Makin lama, makin menyengat bau nye. Mak aku tanya la apadah jadi ngan puding aku. Ntah-ntah hangit. 
Iskk.tak mongkin, sebab aku baru letak puding tu 10 minit je. Patutnya 1 jam gitu baru la masak betui.

Mak tak pueh hati, maka beliau memerintahkan Alang untuk pegi check. Ropanya, air dalam periuk kukus tu udah kering............

Alang pun tambah la air. Pehtu, Alang datang memberitahu sesuatu kepada Mak...


"Mak, periuk Mak tembuih...."



Alamak, aku sudah menembuskan periuk kukus MAk yang berusia ratusan abad itu!!! Oh tidak!!!! Peiuk antik tu. Walaupun periuk tu kemek-kemek, tapi ia sudah lama berbakti kepada kitorang.

Aku pun konon-kononnya cemas la kan, gi gak tengok sniri tahap ketembusan periuk tu. Oh besar gak lubangnye tau!

"Tadi kita pi pasar tani cari pelengat ja. Tak cari periuk kukus skali.." kata Mak gelak-gelak. Memang la, periuk kukus banyak gak kat pasar tani nun. 

"Ala mak ni..... Mana lah nak tau periuk ni nak tembuih hari ni. Mak puuuunnnnn...... Nanti la beli," kataku, memberikan janji palsu kat Mak. HAHAHAHAHAH...

Bila plak aku nak gi beli periuk kukus tu? Kali ni kalu nak beli kat Mak pun, kena cari yang tak cokia punya la. Nasib baik MAk cool je pasal periuk kukus dia tuh. Kalau dia meratap tangeh, kena gi beli gak la periuk tuh nanti. 

Puding caramel biskut 4 segi tu menjadi sejadi-jadinya despite the incident earlier. Abah makan dengan penuh berselera . 
Err... Abah, Abah takleh makan bebanyak menda ni. 2 hari lepas Doktor dah kasi warning dah....... 

Day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda



  1. resit membeli-belah paling banyak dalam wallet. 
  2. duit, paling tak berapa nak banyak.
  3. IC aku dan anak-anak
  4. Kad bank yang banyak, tapi duit takde pun dalam tuh. *percaya je laa....
  5. Gedik kad
  6. Kad Tesco untuk penjimatan semasa membeli-belah *konon
  7. Lesen memandu

23 Jul 2011

Dah amik ashtray ke belom?

Tibalah tika yang ditunggu bila Mak Leha dan suaminya Pak Jabir mahu menghantar anak kelima mereka, Heykal masuk Politeknik. Segala persiapan telah dibuat. Barang-barang suma sudah diangkut masuk bonet kereta.

Risau bukan kepalang bila memikirkan sapalah yang bakal jadi roomate si Heykal nanti. Bilik asrama Heykal kongsi dengan lagi 3 orang teman. Mak Leha sempat berkenal-kenalan dengan para roomate dan ibu bapa masing-masing.

"BApaknya, camana kalau Heykal dapat roomate yang merokok?"tanya Mak Leha sebaik saja melabuh punggung di kerusi sebelah pemandu.

Pak JAbir diam aja. Dia pun risau jugak Tapi, sebagai bapak, diam-diam suda la....


Pak JAbir baru aje nak start enjin keta, dia nampak roomate Heykal berjalan pergi ke tempat parking. Oh, dia gi jumpa mak dia. Mak dia pun dah start enjin kereta nak bergerak balik. Lepas salam-salam suma, budak lelaki tu pun babai-babai la mak dia....


Tetiba mak budak tu tanya.... "Zaki, ashtray dah amik dah?"

Pak Jabir terkejut.

"Alamak roomate anak aku merokok ke?" pikir Pak Jabir , kemudiannya dia menyuarakan kerunsingan kat Mak Leha pulak.

"Ye ke bapaknya. Tak kot....." Mak Leha cuba brpikir positip.

"Tu, tadi aku dengaq mak dia tanya anak dia, dah amik ashtray ka belum? Punya la baik mak dia, bagi sapot anak nak isap rokok!" beritahu Pak Jabir.

Mak Leha toleh belakang kereta cuba meninjau-ninjau budak lelaki tu dengan mak dia.






"Bukan la Bapaknya. Bukan ashtray lah. X-RAY! Iskk..." beritahu MAk Leha sebaik saja terlihat budak lelaki tu mengeluarkan envelope besar betulih Kementerian Kesihatan.

Sape la yang geram sangat sampai nak ramas telur orang ni?










Aii? Dalam blog aku yang suci ni pun ada cobaan untuk melakukan onar ya? 






 Laki aku sure gelak bahak-bahak tengok menda ni.

Kegunaan Lesung Batu dalam sesebuah rumahtangga









Anda kenal apakah ini?
Yaa... 
Ini adalah gajet paling otai meskipun teknologi dapur telah berevolusi dengan pesatnya. 
Jarang kita pi rumah orang takda menda ni. 
Kenapa ia begitu penting dan perlu ada di rumah?
Sebab menda ni lah yang paling munasabah untuk digunakan bila nak buat sambal belacan. 
Kan?
Cuba la buat sambal belacan pakai blender... kalau mak mentua tak nampak takpe. Kalau dia ada, dia cebik je mulut tu kang. 
"Penyegan!" 


 Berbanding blender. harga syiling sebijik lesung batu tidaklah mencapai ratusan ringgit. Nak lepas RM50 pun payah. Of course harga lesung ni bergantug kepada saiznya. Lagi besar, lagi mahal dan lagi banyak buleh isi. KAlau kecik, payah sikit nak guna. MAcam Mak aku, dia ada 2 lesung - besar dan kecik.
Yang besar gua untuk masak-masak, tumbuk sambal segala.
Yang kecik tu dia wat tumbuk herba, ubatan, inai... 


Berikut aku senaraikan kegunaan lain lesung batu


 Sebagai simbol kewanitaan
Tengok je lesung tu. KAlau putih bersih, siap berbatu-batu serpih tu tanda jarang memasak la tu. Lesung batu yang sering digunakan haruslah licin dan berwarna sedikit gelap di dalamnya. 


Sebagai medium penyampai keinginan dan emosi
Biasanya, emosi si pengguna lesung boleh dikenalpasti daripada kadar kenyaringan dan kekuatan pukulan lesung tu. LAgi kuat kelentung-kelentangnya, makin anda perlu berjaga-jaga. Baik anda ingat balik dosa apakah yang anda buat sampai dia menumbuk sambal belacan tu dengan begitu 'gagah' sekali.


Sebagai medium penyampai maklumat.
Haa..ini selalu berlaku kat rumah 'mangkuk tingkat' atau rumah flet. Sengaja je tak lapik bontot lesung tu supaya bunyi nya jadi nyaring bila menumbuk. Tu sebagai isyarat bahawa "aku sedang memasak wahai jiran-jiranku sekelian..." atau pun untuk memberitahu sekelian alam bahawa anda memang berada di rumah ketika itu. 


 Sebagai hadiah perkahwinan yang indah khabar dari rupa.
Dengan balutan yang cantik, pastikan masukkan dalam kotak dulu akan memerikan impresi kepada pengantin baru bahawa hadiah pembrian anda tu sesuatu yang sangat mahal.


Sebagai pengasah pisau
Takyah beli batu asah tu. Asah je kat anak batu lesung. Grenti tajam. Opss, tidak berhasil untuk asah pensel ye.


 Sebagai alat mempertahankan diri.
Ini memang anda semua dah tahu cara kan....




 Lesung batu ni takleh guna wat oren jus. Sebab tu la kena ada blender gak. 
Tapi, oren jus buleh beli kat kedai. Ada dipek dalam kotak. Sambal belacan ado ke yang pek dalam kotak jenama Marigold?
 

Day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda




  1. lekstik lipstick warna merah beli kat Sinma. Lupa apa brand. 
  2. Black eye liner yang Lelord bagi
  3. Compact powder Pixie
  4. Titis mata untuk mata bercontact lense - mcm da nak expired je. Nak kena beli lain ni. 
  5. Eyeliner hitam jenis pensil Unstoppable, Maybelinne untuk aktiviti yang lebih lasak di tengah terik mentari.

Kalau travel, aku tambah sikit beberapa perkara...

  1. Moisturiser Safi Rania Gold
  2. Getah rambut
  3. Casting contact lense
  4. Loose powder

22 Jul 2011

Kepentingan handphone kepada orang bujang dan orang tak bujang dah

Kenapa orang bercinta takleh berenggang dengan telepon? Sampai ke jamban nak dibawaknya. JAri tu kurus meleding asik picit-picit punat enpon tu kan. HAHAHA.. Ingat tak wahai kengkawan ku yang dah kawin?

Skang aku tengok adik-adik aku plak takleh berenggang ngan enpon. Maka aku dapat simpulkan beza orang bercinta pegang enpon dengan orang kawin pegang enpon.


Orang bercinta takleh berenggang enpon sebab....


Senang nak tanya khabar.
Antara-antara soklan cepumas ialah..

"Awak dah makan?"
"Tak tido lagi ke?"
"Awak kat mana tu?"


Boleh berangan-angan jarak jauh. Kalau dok depan mata , malu nak berangan lebih-lebih.
"Awak, nanti kawen nak anak berapa orang?
"Baby, besok kawin nanti takde la saya bangun lambat je. Baby kan ada nak kejutkan saya bangun."
"Nanti dah kawin, kita gi hanimun kat Paris ye...."


Senang nak wish bila tiba hari kebesaran tertentu.
"Good morning Cayunkkkk!! Dah gosot gigi?"
"Good night Bucuk. Sweet dream...Mimpi saya ye?"
"HAPPY BIRTHDAY dear. Hopefully saya jadi orang pertama wish besday kat awak.."


Henpon penting untuk dijadikan alarm.

Contoh dialog.
Pakwe :Cayunk, sok tlg kejut I bangun ye. I ade meeting kol 8.30 pagi.."
Awek  : Laah, alarm henpon kan ada?
PAkwe: Alah.... dengar suara awak kejut baru laju sikit bangun tido. Semangat nak gi meeting. "



Lepas kawin , fungsi henpon dah berubah sikit dari biasa.


Henpon sebagai alat bertanya kabar, dan juga membebel.
"Abang, bizi tak? Tolong wat susu anak hantaq masuk bilik sat." (selalu terjadi kalau bila dok umah beso-beso, bini lak kena duduk dalam bilik takleh keluar nanti anak tak mo tido..)
"Awak kat ne? Balik rumah terus keluar. Dah le keluar tak cakap..."


Henpon sebagai alat meninggalkan pesan atau order barang dapo.
"Abang, scukup bulan ni jangan lupa boh duit dalam akaun bank Temah ye..."
"Abang, balik keje tolon singgah beli nyoq, teloq seploh bijik, daun sup, bla bla bla.."
"Cayang kat ne? Tolong belikan Abang KFC bila balik keje nanti ye..."


Henpon sebagai satu cara nak wish pasangan bila tiba hari kebesaran tertentu.
"Happy belated besday sayang. Sori lewat wish. Lupa.."


Henpon sebagai alarm bangun tido
Guna alarm suda..... Bini kejut , dari suara lembut cam Mariah Carey sampai bertukar jadi Pah Bedah pun tetap tak bangun-bangun. Henpon kejut ke bangun. Kan?



Henpon sebagai alat melepaskan perasaan
"Malam ni Abang makan kedai. Milah merajuk. Tahun ni Milah nak raya rumah Mak jugak!!!"
"Abang ni suka wat Tijah cam ni. Dari Tijah kawin sampai anak 8, Abang tak penah tanya pun Tijah sihat ke tak. Romantik le sikit bang....."

Ni kes nak cakap depan-depan malu, tapi bila hantar sms pandai lak berjela-jela keluar sampai lenguh tangan nak taip.


Henpon sebagai pengerat kasih sayang
Isteri   : Good night Abang. I lebiu...."
Suami : K.

Isteri : Abang, perut sakit le.
Suami: Pi la spital.

Isteri : Abang takde malam ni. Saya bosan la.
Suami: Huu....  (lagi bagus, dia tak balas lansung)


Untuk sesetengah golongan, henpon diorang hanya perlu huruf K je. Huruf lain tak berfungsi pun takpe.




Amacam? Nampak tak beza? HAhahaaa... Jadi, untuk kawan-kawan yang tak kawin lagi, dapat pakwe ke awek yang malas nak balas sms korang, tak tanya kabar korang lansung ke, jangan la bersedih. Tu latihan pra-perkahwinan tu. Besok-besok dah kawin, lagi teruk. HUHUHAUHAHAHAUHUAHAU...

Day 11 - gadget yang anda ada

Hehehehhe....


Gadget? Aku jenih tak begitu mengamik port soal gajet. Ada sesetengah orang suka gajet. 
Tukar enpon, tukar lektop dan memacam lah. Biasanya henpon la kan. Enpon skang pun dah memurah dah. 

Tapi, sembang pasal gajet cemtuh boring kan?



HAAAA.....

Ni lah dia gajet terkini yang menjadi kesayangan aku dan aku bawak ke mana saja.









HAHHHHHAHAHA.... Tak suma orang buleh beli menda ni tau. Insan-insan terpilih je buleh memilikinya. KEKKKEEKKE... 





marah? tak pueh hati. tunggu gua kat simpang!

Day 10 - hari ke 10, apa yang berlaku?

Daku teringat suamiku yang jauh. 
Bau ketiak dari baju terpakai yang beliau tinggalkan sudah tiada bau lagi. Kesedihan dan kerinduan yang amat telah melanda. 
Kesian kan?
Eh..agak-agak suami-suami ni rindu tak kat isteri kalau ditinggalkan jauh-jauh? 
Kalau rindu, apa dia buat ek? 



Semalam buleh plak mimpi pakwe. AHAHAH... Rindu kat asben, tapi mimpi orang lain. 
Isteri curang!! Nak kena goreng kunyit ke?

Bagaimanapun, aku menikmati juga mimpi yang sempurna itu. HAHAHHA... 
Eh, Inche Kitchi pun tak ketinggalan membintangi cerita mimpi Makbed malam tadi. 

Mari kita ikuti sinopsis citer mimpi Makbed yang berlansung agak lama jugak, dari jam 3 pagi sampai 8.30 pagi. HAHAHAHA... Aku bangun tido perah susu tetengah jalan , sambung tido balik pun mimpi tu boleh bersambung. Lawak tak?





Ehh... tak ingat suma le.Normal la kan mimpi tu kita terlupa lepas bangun? 
Aku cuma ingat, aku merajuk ngan Inche Kitchi sebab dia tak gitau aku dia beli henpon baru. Henpon jenih hape aku tak pasan. 
Dia sorok-sorok tau beli. 
Dia kata dia beli enpon sebab senang nak main twitter.
 Aku majuk lagi. Ntah bila dia ada akaun twitter ntah. 
Adakah dia bermain sorok-sorok dengan haku? OO..pandei ni. BUkak akaun sorok-sorok. 
Pehtu, aku majuk ngan beliau, aku gi ngadu kat Channing Tatum lak.
Aku sembang-sembang kat kedai ape ntah, nampak cam kedai kopi ke cafe ke. Yang peliknya sambil sembang sambil kunyah timun yang dipotong kecik-kecik.
Ape ke makna mimpi cemtu?

Oo..jangan tatau, dalam mimpi aku cakap omputih ok. Sebab tu la payah nak dengar aku mengigau! BLUWEEEKKKKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKKA *muntah sambil gelak. 








Realitinya, aku tatau paswed segala akaun sosial Inche Kitchi. Tak koser nak tau. Tak koser nak check. 
Enpon beliau pun aku tak de wat pemantauan. Even kitoang men fesbuk sebelah-menyebelah selalu, takde timbul lak isu akaun kedua ke , akaun sorok-sorok ke. Eh, dia pun tatau paswed akaun fb aku. Kami mengamalkan sikap, fesbuk aku, aku punya. Fesbuk kau, kau punya. Masing-masing kena paham tentang cara bersosial, limitation, dan bertanggungjawab atas segala sesuatu yang berlaku. Kalau dah status tu "bukan single" pepandai le kan? Takkan kita nak pantau macam guru besar pulokk..Tak besh la cemtuh. 


Harapannya, agak sikap jujur berterusan le sampai bebila. Tak mo la sakit pala. BUkan apa, riso gak sebab ramai pasangan dah kawin ni, rumahtangga berantakan sebab fesbuk, twitter , tagged dan memacam lagi. Ada yang sesetengah tu cakap saja bukak akaun sosial bebanyak sebab nak cari awek tambahan, bini tambahan, suami tambahan, pakwe simpanan...mak datuk. Banyak betol masa depa nih. Aku tak sempat kot. Asal nak men fesbuk je, Oni berak. Pehtu, Najwan plak berak. Camana ? 




..terbebel lak di pagi Jumaat ni....

21 Jul 2011

entri tak abeh...mintak maap ye.

Bersempena dengan musim durian yang tak sudah-sudah, sekali lagi Abah Makbed telah menyediakan props paling penting di dapur untuk dimakan ketika bulan puasa. Aih, bulan tak posa pun ado je menda ni dalam peti es. Kalau takde, tak berseri peti es Makbed tuh. 

Apa lagi....


TEMPOYAK ler...


2 bekas lagi Abah I kasi.......



Alamak... Oni nangeh - nangeh la plakk.....

Pengakhiran Sijundai yang APEKAH??!!!

Alaaaa... frust tau!


Ape la ending Sijundai cam tu. LAst skali Edy mati lemas. 
Apekah? Episod last pun banyak scene Sarah terkapai-kapai , menjerit-jerit kena rasuk je. Yang paling takleh blah, para penonton kat situ buleh siap gigit jari, terketar-ketar. Dah macam Azli Senario pulak gaya nye. Hadoyai. Frust !


Lagi tak paham bila tang diorang mimpi-mimpi je. 
Edy mimpi...kendian kena siram air. 
Sarah mimpi menari-nari dalam kereta, kendian menjerit-jerit sebab tetiba rambut basah kena siram air.
 Lerr... pe kes ni?
 BUleh tak jangan main-mainkan perasaan aku sebagai penonton citer petang-petang? Aku baru je nak berjinak-jinak nih. Jangan wat aku frust...Babap kang!


Last skali, Seri jadi gila. 
Alaaa.... tak bes la. Ending jadi gila ni adalah ending orang malas nak pikir. 
Sama la cam wat karangan "Ceritakan Pengalaman Anda YAng Paling MEnyeronokkan.." Layan punya layan, last skali ending "... tiba-tiba saya terjaga. Oh, mimpi rupanya." 
Tak ke poton stim tuh!


si Lela Sari yang memula cam hebat je gayanya, aku ingat nak jadi Mak Bomoh yang handal la, lawan si Seri. LAst skali, tengok je Edy terjun sungai. Grrrr.... Bek tak payoh join berlakon cenggitu. Wat habih mekap jurumekap je. ISk..Iskkk....


Walaupun aku frust ngan citer ni, aku lagi frust sebab Edy mati. Hukhukhukkk.... 
Takmo tulih dah. Majuk!
 HUH!

Lagi tentang Pil Perancang

Buat yang bertanya pasal pil perancang ari tu, Makbed ada jumpa satu artikel kat SINI. Dia pun copy paste jek. Tapi, harapannya info ni buleh membantu sesapa yang memerlukan.






Pil perancang terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu:

- Pil berhormon tunggal (progestin sahaja) seperti Noriday, (sesuai utk yg breastfeed)

- Pil berkombinasi estrogen dan progestin seperti Marvelon, Nordette, Regividon, Loette, Mercilon, Minulet dan Meliane atau

- Pil yang tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin.

Pil perancang berhormon tunggal tidak mengurangkan penghasilan susu badan, ia lebih bersesuaian untuk ibu yang memilih untuk terus menyusu badan, namun ia mungkin menyebabkan gangguan haid serta memberi kesan sampingan lain seperti penambahan berat badan.



Pil berhormon kombinasi pula mempunyai banyak kelebihan lain. Antaranya:

- Mengurangkan jumlah darah sewaktu haid. Ini akan mengurangkan risiko anaemia, lantas mengurangkan keperluan rawatan penambahan hemoglobin darah misalnya pil zat besi, suntikan zat besi dan pendermaan darah.

- Menjadikan kitaran haid teratur. Pil perancang ada digunakan sebagai rawatan gangguan kitaran haid, satu keadaan yang sering dialami oleh gadis-gadis sewaktu awal didatangi haid.

- Mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 50 peratus.

- Mengurangkan risiko kanser rahim sebanyak 50 peratus.

- Mengurangkan risiko penyakit benign pada payudara

- Mengurangkan risiko penyakit peradangan pelvis (PID)

- Mengurangkan risiko endometriosis

- Mengurangkan senggugut

Namun, pil perancang berkombinasi juga mempunyai kekurangannya. Kandungan hormon estrogennya dikaitkan dengan risiko pembekuan darah dalam saluran vena yang boleh menyebabkan keadaan venousthromboemboli sm yang membahayakan. Risiko ini bagaimanapun kecil sahaja dan jauh lebih rendah jika dibandingkan jika wanita itu hamil.

Ia tidak sesuai untuk wanita yang disyaki mempunyai risiko penyakit jantung. Kandungan hormon progestin pula berkaitan dengan keadaan air tertahan di dalam badan menyebabkan sedikit penambahan berat badan serta masalah jerawat.

Dengan itu kini, ada jenis pil perancang yang didatangkan dalam dos yang lebih rendah (ultra rendah) bagi mengurangkan kesan sampingan di atas seperti penambahan berat badan dan jerawat.

Bagaimanapun, jenis lain yang sudah lama ada di pasaran juga masih dikategorikan sebagai rendah kandungan hormon.

Jenis berkombinasi tetapi tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin pula lebih terkini di pasaran. Ketiadaan hormon progestin juga bermakna ia tidak menyebabkan penahanan air di dalam badan dan penambahan berat badan serta masalah kulit berminyak atau berjerawat.

Namun ia masih mempunyai kesan sampingan hormon estrogen seperti di atas. Selain ketiga-tiga jenis di atas, ada satu lagi jenis tambahan yang mengandungi hormon estrogen bersama-sama anti-androgen seperti Diane-35. Ia mempunyai kesan tambahan khas iaitu merawat masalah jerawat dengan berkesan.

Ada berpuluh jenama pil perancang di Malaysia. Ia lebih berupa sistem kafetaria iaitu pilihan jenis banyak tersedia untuk wanita memilihnya mengikut kesesuaian masing-masing. Anda seeloknya berbincang lebih lanjut dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jika jenis A lebih sesuai untuk seseorang, tidak semestinya ia sesuai untuk semua atau orang lain. Selain itu, tidak semestinya pil yang lebih terkini atau lebih mahal bermakna ia lebih baik untuk semua wanita. Ada wanita yang mudah mengalami penambahan berat badan maka dia lebih mementingkan soal penambahan berat badan, manakala ada wanita sudah serasi dengan jenama pil tertentu sejak anak pertama lagi dan mahu meneruskannya selepas kelahiran berikutnya.

Perbezaan harga yang ketara juga memainkan peranan dalam membuat pilihan. Apapun, ketiga-tiga jenis ini selamat digunakan secara amnya kecuali bagi kes-kes tertentu sahaja.

Wanita yang mahu mengamalkan kaedah pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing terlebih dulu dan mengambilnya mengikut aturan. Jika seseorang itu kerap terlupa mengambilnya, mungkin dia perlu bertukar kepada kaedah lain yang juga selamat.



Makbed berkata:
Memandangkan aku kena merancang jugak, jadi skang aku tengah consider amik pil jugak. Ke ada cara lain yang lebih afdhal? Soklan terbuka ni.. Sesapa yang ada info buleh je bagi jawapan. 

SIJUNDAI nk abih dah







Ni entri penuh rasa taksub. 


Mementangla aku tak keje , jadi banyak le citer petang-petang yg aku buley tengok. Ni adalah salah-satunya. 
oni pun suka tengok gak. Tapi dia tengok lagu je. 

Aku ada survey sinopsis citer ni tapi byk version copy paste. SAMA je sume. Anyway, citer ni memang besh. 

Hari ni last episod dh. Jom layan petang nih!




Dia ensem bila gagap.. tak gagap lagi ensem mooo..


Day 9 - Perasaan anda hari ni


Rindu kat Inche Kitchi la.
Minggu ini tak dapat balik Lumut lagi sebab Abah kena kursus. Insyaallah, minggu depan kot baru buleh balik. 

Hari ni rasa bersyukur sangat.
Najwan dah cukup sebulan. 
Sihat-sihat aja dia.
Oni dah pandai panggil nama adiknya. 
Dia panggi adiknya Juan. 
Tak dapat nak haplod video sebab aku tak bawak lektop aku. 


Rasa hepi, sebab berat turun lagi 2 kg.
Tapi,  tak nampak cam kurus pun? Grrr....
Jauh lagi perjalanan nak sampai 55 kg ni! Ngaaa....


Tengah countdown anniversary Makbed dan birthday Makbed yang tinggal sebulan dari sekarang. 
Hepi lagi.....
Rasa macam baru je kawin. 

Day 8 - pergaduhan paling teruk pernah anda alami


Pergaduhan ni berlaku masa aku kijo kat TGV 1 Utama dulu. Masa tu aku muda. Darah muda. Pantang orang provoke sikit, angin cepat je naik. Aku salu terbegado ngan kastemer. Iskk..kastemer-kastemer kat area tu, kalau baiik, baaaikkk sangat. KAlau kerek, memang stok kerek dan kekwat takleh nak ajar dah. Maklumlah, kawasan orang kaya kan.


Aku gado ngan sorang kastemer pompuan ni sebab dia ni selalu mintak layan VIP time dia nak beli tiket wayang. Orang lain penat-penat berator , dia lak buleh slamber Opah je potong barisan, jalan sampai kat konter pehtu cakap , " Can I see your Manager?"


Plak tu, Cimnema Manager bertugas masa tu memang jenih mangkuk yang suka melayan kastemer secara tak beretika. Kastemer ni kalau ko mula bagi privelege tak sepatutnya, buleh naik lemak. Kalau skali-skala buleh la Manager tolong belikan tiket, tapi nih asal minah ni datang je, dia cari Manager. Datang je cari Manager. Abeh , kitorang yang tercongok kat konter tiket tu kejenya tayang gigi je ke? Yang si kastemer pompuan ni pun, bajet cun lak. Kalau cun tu aku paham le apasal Manager tu layan VIP kan. Nih dah kedut-kedut dah muka. Mulut je harap merah macam baru pas makan sireh. Melayu ni. Datang-datang, salam tak kasi pehtu demand nak jumpa Bos.


Aku dah kenal kastemer ni sebab dia selalu datang. Kebetulan plak hari tu, bos yang dia nak jumpa tu tengah ada audit meeting. Bizi la kan. PAstu, kitoang ni lak bizi clearkan line yang panjang berjela sampai ke eskelator gara-gara citer Day After Tomorrow yang baru ditayangkan. Aku tanya la kastemer tu, nak tgk citer apa. Bos takleh nak layan sebab dia meeting.

"I just want to see your Manager. I only buy tickets from him. " Gitulah katanya....

Aku cakap lagi, Bos tengah meeting, takleh nak jumpa dia. Kalau ada pape, just cakap kat kitoang je la. Lagipun dia nak beli tiket je pun.

Dia ni nak beli tiket kat Bos sebab dia nak seat terbaik. Seat untuk citer yang dia nak tengok tu suma tinggal yang depan-depan jek. So, dia demand nak jumpa bos la.

Dah lama sangat pompuan tu melangut kat konter, aku panggil la Bos tu suruh setelkan. TAkkan nak biar je lelama dia kat konter tu. Ramai lagi orang lain nak kena layan nih. Tapi, Bos tu suruh aku handle seniri. Dia MALAS nak jumpa pompuan yang lorat tu. Hahahhaa... Bos aku pun dah tak koser nak layan.

Tapi, takkan le plak aku nak cakap kat kastermer tu "sori mem, bos saya malas nak layan mem." . TAk baik le plak kan? Jadi, aku cakap elok-elok le. TApi, si dia itu tetap tak mahu berganjak dari tempat dia berdiri. Aku dah malas nak layan. aku soh member aku je layan sementara aku pi minum air Coke kat candy bar.

Tapi, kastemer tu bengang sebab aku taknak layan dia. Pulak! Dia kata aku sombong, tak beretika. Aku gi masuk kat bilik Bos, suruh Bos setel. Pehtu aku marah sikit Bos aku...

"Lain kali jangan nak mengada-ngada bagi layan Vip tak pepasal kat orang. Pehtu, ko bosan ngan kastemer lorat, ko suruh kami staf-staf yang 'bengong' ni handle. We don't have the authority to access this and that and certainly cannot fulfill you 'fussy' customer's needs...."

Malangnya, Bos aku sebenarnya takut nak jumpa kastemer yang angin tu. Ye la, mau tak angin - dia datang nak jumpa Bos, tapi Bos taknak jumpa dia. MAka, kendiannya, pompuan tu melepaskan kemarahan beliau kat sesapa yang dia jumpa lah kan. Tetiba, aku lak happened to be there. Miahahahahha!

Aku wat bodohs je bila dia memarah kat aku , memaki kuat-kuat depan kastemer lain kata staf TGV ni suma kuang ajor. HEHee.. memang pun. Tapi, kira baik le aku tak marah dia. AKu buat derk je. Tapi, diam aku tu membuatkan dia lagi marah. Kemain lagi dia ngate aku, hina pekerjaan aku...mementang le aku ni ada SPM je. Dia cakap aku ni tak setaraf dia. KAlau aku pandai, sure aku tak duduk dalam kandang konter tu. Dengan erti kata lain, kerja aku ni low class la.


Patutnya, aku abaikan aje apa dia kata tu. TApi, yelakan.. Masa tu aku muda. Cepat angin. PAtutnya aku paham la, pompuan tu dah nak menopos, so maybe angin dia lain macam sikit. Aku plak terbaran bila dia membebel macam ayam betina bertelur. Pastu dok ulang menda yang sama banyak kali. Aku rimas, kastemer lain yg dok beratur pun rimas gak. Tetengah dia provoke aku ajak aku gadoh ngan dia tu, aku pun cakap...

"At least, I am not the one who standing outside this counter begging for the best place to sit and watch movies - alone. " 


AHhahaa... nih la ayat kuang asam yang haku bagi. Tetiba je terkeluar dari molot MAkbed nih ha. Hmm..harus diingat, nama Makbed ni muncul masa aku keje kat TGV ni lah. hHEE..

Apa lagi... KAstemer tu dengar aku cakap cemtu, terus jadi histeria.

"You B*TCH!!! ^*&#$54X1*^$#. KAlau you berani you keluar dari situ skang!" Memaki hamun terus dia kat situ soh aku kuar. NAk ajak gado!

Aku tak kuar pun. Aku sengih je cam ungka kat dalam konter. HikHikHIk.

LAst sekali. Bos tu kena kuar jugak settlekan keadaan yang kalut tuh. NGaaaa~

Pehtu, aku kena off duty seminggu.


Pengajaran: JAngan baran tak pasal-pasal apatah lagi kalo ko keje customer service. Kecuali kalau ko buleh handle the upcoming consequence due to your panas baran attitude.




Sebab tu la ada LABEL I am not a bitch kat blog haku. Betapa besarnya impact pergaduhan tu kat aku tau. TApi, stakat skang ni, cuma pompuan tu sorang je la yang panggil aku cenggitu. Takde lain dah. Kalau aku jumpa dia lagi, maybe aku akan bakar bulu kaki dia! Mau gado ye.... TUNGGU AKU KAT SIMPANG!




20 Jul 2011

Wordless Wednesday





Apo kebondo Ngeteh tu?

Pada satu petang yang hening, Mak Leha bersama ahli keluarganya gi minum-minum kat satu warung di pekan Kuantan. Masa suami Mak Leha parking kat bawah sebatang pokok, ada la satu poster kecik saiz A4 tertempek kat batang pokok tersebut.


Poster tu ada gambar Bob Lokman. Ntah tulih pasal apa ntah. Tapi, kat bawahnya ada ditulis:

SESI NGETEH DI SEBELAH PETANG


Mak Leha berpaling pada suaminya dan bertanya...

"Ngeteh tu apa?"


Tapi, masa Mak Leha tanya tu suaminya tak dengar. Sibuk dok main sms. Ye la, suami Mak Leha cam rabun-rabun sikit. Bila ada sms masuk, suaminya amik masa sikit nak baca sms tu. 


LAlu, Makbed yang duduk di seat belakang pun menjawab..

"NGETEH tu Minum Teh.." 



Mak Leha gelak. 



"OOoooOOOooOOO...... Minum teh. Ingat kan MENETEK ...." 



HUHHuahHauuahhaua... Seb bek jahitan perut aku dah baik. Kalau tak, kena jahit balik la luka beranak aku tuh haaaa. Mati cam ni. 

Day 7 - 3 perangai baik anda



Pemalu
Memang sungguh pemalu. Kadang-kadang rasa idung tak selesa, tetiba nak korek. Dah korek , calit je bawah meja. Haaa.. pemalu le tuh. KAlau tak malu, aku calit kat atas meja ke, kat tangan orang lain ke. Kan?



Penyayang
Bila terlebih rasa sayang, aku tetiba nampak orang tu macam makanan. Selalunya, orang tu lebih menyerupai coklat dan bila orang tu wat hal ngan aku, aku rasa nak gigit-gigit jek. Tu tandanya aku ni penyayang. Tak caya? Love bite tu kan salah satu tanda-tanda orang penyayang, KAN? ahaks! 


PeRajin
Rajin tido... Rajin Makan, Rajin Bercakap, Rajin Membebel.... 

TAkyah le kempis kan perut....


"Hang ni dok umah saja-saja cubo bawak-bawak bersenam sikit. TAk kawin lagi badan dah berlemak-lemak sana sini," leter Cik Leha kepada anak dara di depan aku.

Aku sengih je. Anak dara Cik Leha memang malas sikit bab jaga-jaga badan ni. Lagii rela dia tengok tv je, ngadap Mari Menari, drama-drama yang terhidang kat Astro tu. Kalo bab makan, jangan sebut la. Orang lain dah habih makan, dia belum lagi. Padahal, dia yang makan dulu. Kalau ada makanan tak abih, dia la yang akan abihkan.


"Mak ni lain la. Anak dah 6 dah. Padan le perut buncit pun. Makbed ni pon lain lah. Anak dia dah 2. Tapi, perut ang mengalahkan perut orang beranak. Cuba hang tengok?" Cik Leha muncungkan bibir sambil tunjuk perut Tipah dan tangan kanannya pegang perut sendiri.


"Ala, Cik Leha. BUleh je la Cik Leha nak kempiskan sikit perut tu. Boh je losyen Nora Danish tu kasi panas. Boh hari-hari, surut le perut ngan lemak tu. " Gitulah aku usulkan. Masa berpantang, aku tak penah miss sapu losyen pati halia. Tapi aku tak pakai le yang NOra Danish punya tuh. Pakai Atika Beauty punyo. Sedap bila pakai lepas mandi.

"Iskk.. Aku tak payah pakai la nak kempis-kempis. Orang tua macam aku ni kena perut buncit. Baru nampak cam orang tua yang sihat....." balas Cik Leha dengan muka slamber kucing.


"Ekkkk...?"


"Kang kalu aku kempiskan perut, jenuh plak aku nak kena alter suma kain baju kurung aku. Uiihh..banyak kerja nak buat tu. Tak payah la kempis," sambung Cik Leha lagi.


"Whatt?"







nota kuku: Cuba tukar nama Cik Leha itu kepada Mak Makbed.






Oni meracau tetengah malam panggil AYAH. Tak pasal je aku celik tetengah malam buta ni. NGaaaa....~

19 Jul 2011

Rindu nye kat Apak saye......

ini entri khas buat Inche Kitchi tersayang....







Apak, 
Oni rindu Apak tau. 
Apa la Apak ni, pergi tanpa berita. 
Ohh ye Apak.
Ibu pesan, jangan lupa bayar bil tipon.
Tadi nak antar mesej sampai ke sudah tak lepas-lepas. HUHuhuhuh...

Apak,
Ari tu sebelum Apak pegi tinggalkan kitorang, Apak ada tinggal baju terpakai kan?
Ala...baju tu Apak soh bagi kitoang adik-bradik cium kalau rindu kat Apak.
Ada bau badan Apak tu...
Tapi kan,
kitoang takde peluang pun pegang baju tu.
Ibu yang dok pegang baju tu tiap-tiap malam.
MAna aci cemni Apak!
Lain kali sebelum blah tu tinggal baju kepam banyak sikit ek..
Sorang satu lagi bagus.
Nih dah berebut dah ni.... Susah le cemni.


Apak,
Rindu kitoang tak?
Tak rindu ke kebisingan saya?
Musti Apak sunyi tak nampak Oni loncat-loncat atas tilam hak milik kerajaan tu...
Oni tau, Apak musti tido luar kan?
Sebelum tido Apak musti rindu muah muah Oni... ucapan Nanite Oni...huuu...
Rindu la Oni kat Apak... Oni rindu nak usik-usik Ibu depan Apak.
Pehtu Apak gelak-gelak kat Ibu sebab Oni buli Ibu teruk-teruk..
hehee..best kan?



Ibu pesan, kat mana pun kita duduk, jangan lupa Apak. Jadi, Oni ajak Ibu bergambarajah petang ni. Hehee.. Harap Apak suka.


We miss you!


Abaikan aje gigi kapak Ibu kat belakang tu. Gigi tu la yang buat Apak jatuh cinta kat Ibu kan? Kan? Hehehhehehee...... 



Ibu rindu sangat kat Apak. Ibu tak lalu makan tau bila Apak takde. Tengok, idung Ibu dah slim sikit dah. Kan? 






Akhir sekali, terima lah pic terakhir yang Oni rakam khas untuk Apak tersayang


Ini pose gigi luruh. Ok tak? BUleh jadi model tak cenggini? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram