Followers

30 Jun 2011

Entri buat Kimi

Apsal aku blues semacam je ni?

Kimi takde. Sunyi nya rasa. Dia yang dok meneman aku especially di saat-saat penting. Yang mengasuh anak-anak aku masa aku tak berapa nak berdaya. Dia yang layan Oni menangeh, mandi dan basuh berak Oni. Teringat-ingat dia sapukan vicks kat kaki Oni lepas setiap kali mandi. 

Tadi, Oni balik dari umah pengasuh, dia tercari-cari Atehnya. 


Alamak.... Aku dah macam warga emas lak kan? Terkenang-kenang kan anak, adik dan ahli keluarga yang lain. 

Last kerja kebajikan yang dia buat untuk aku ialah tanggalkan suma sarung kusyen dan hantar gi dobi. Sepatutnya aku gi amik hari ni, tapi terlupa la plak. 


Teringat masa lalu, dia pernah kecik macam Oni dan Najwan. Aku jaga dia, suap makan, bagi mandi, cuci berak kencing..masa tu takde istilah pampers lagi dalam kamus hidup kitorang. Aku yang meriba dia setiap kali  keluar gi jenjalan. 

Teringat masa lalu, aku cukup excited bila dia lahir. Balik rumah dalam keadaan yang sangat kecik dan merah. Kimi lahir tak cukup bulan, czer jugak. Teringat Abah cakap kat aku ngan Angah. "Mak kena belah perut. Jadi hangpa semua kena jaga rumah.." 

Masa Mak bersalinkan Kimi lah, aku belajar siang ikan. Heee.... Sebab masa tu aku dah darjah 5. Masa Mak beranakkan Kimi lah, aku belajar resepi pertama aku - Sayur Sawi Masak Air. 


Skang, Kimi plak yang menjaga anak-anak aku. Malah, lebih baik dari aku menjaga adik-adik aku dulu. Bukan setakat jaga anak-anak aku je, dia boleh jaga aku dengan laki aku skali. Lawak lak! 


Buat Kimi, Kak Liza sekeluarga ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab berkorban masa untuk kami. Akak doakan Kimi berjaya dalam hidup. Semoga dipermudahkan segala urusan pengajian dan senang beroleh ilmu. Oni rindu kat Atehnye ni... Dah merengek-rengeh dah. 
 

 

Makanan Penambah Susu Badan

Meh kita kongsi sedikit ilmu bab penyusuan badan.
Even aku takleh bf Najwan, aku tetap perah susu sekerap mungkin. Asal ada rasa cucuk-cucuk je kat breast, aku segera gi amik pam. Sambil tengok tv pun leh pam ape...kan? Sambil berblogging ? Belum try lagi. HAHAH..
Apa pun, aku bersyukur sebab Najwan masih buleh of menikmati susu Ibu instead of susu formula.


Camana nak tambahkan susu badan? Skang ni, sekali perah aku buleh dapat 2oz ke 3oz. Aku pernah tengok ibu-ibu menyusu yang lain perah beroz-oz... sampai penuh botol. Yang aku perasan di peringkat awal ni, asal Najwan nangeh lapar, breast aku pun turut sama rasa perit, dan 'mengajak' aku turut menangis sama. Tu petanda kena pam la tu.

Info ni aku dapat masa surf dari Google. Well, Google is the best teacher, right?


Ibu menyusu buleh cuba menambah susu melalui pemakanan. Antara contoh-contoh makanannya ialah:


1) HALBA
Halba ni orang salu guna buat masak kari. Ini milk booster terbaik dan tersenang untuk didapatkan di pasaran. Ada juga yang dijual dalam bentuk pil.


 2) JINTAN
 Ni pun digunakan untuk masa kari. Aihh..senang-senang makan je la kari bebanyak. HAHAHA... Senang susu melimpah!

3) KURMA
Yang ni aku amalkan. Asalnya aku makan sebab kurma ni boleh buat luka pembedahan cepat baik. Tapi, sebenarnya kurma ni memang boleh tambah susu dalam badan sebab ada extra kalori. Sebagai ibu yang menyusukan anak, kalori adalah penting. Kalau tak, ibu cepat letih.


4) SUSU
Untuk menghasilkan susu badan kepada bayi, si ibu juga memerlukan susu. Susu diperlukan untuk membekalkan segala vitamin dalam badan. Kalau tak cukup kalsium, kang rongak lak gigi ibu nanti. Ada yang anak dah 3, gigi dah tanggal.


5) CHEESE
Sedap neh! Makan jela ngan roti. GErenti banyak susu. Susu pun sedap jek rasa.


6)TEMPE
 Boleh memekatkan susu. Bayi kenyang, ibu riang.


7) SAYURAN HIJAU
 Untuk yang dalam pantang, sayur sawi dan kailan buleh membantu. Yang dah lepas pantang, bedal ajelah sayur apa yang awak suka.


 8) LOBAK PUTIH
 Memang tak sedap. Setengah orang tak suka sebab baunya. Tapi ,sayur ni kalau buat masak air, boh lada hitam dan makan dengan nasik panas, hasilnya memang tak mengecewakan. Bukan soh makan hari-hari pon. Cuba lah!


Apapun, Ibu perlu banyak minum air dan makan secara kerap untuk maintain jumlah penghasilan susu. Sila jadikan budaya pam susu selang 3 jam sekali sebagai hobi, tak kiralah di mana anda berada.




Bila BERSIH itu HARAM

Pemakaian dianggap ada kaitan dengan perhimpunan haram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mereka yang memakai baju-T tertera perkataan BERSIH ditahan kerana ada kaitan dengan perancangan mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini yang tidak mendapat permit polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia selaras tanggungjawab polis untuk menjaga ketenteraman awam dan tidak memilih bulu sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

“Baju-T BERSIH ini ada kaitan dengan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai. Maka apa yang mereka pakai adalah haram. Tangkapan dilakukan bukan kerana baju yang dipakai tetapi kerana kesan akibat mereka memakainya,” katanya di sini semalam.

Tindakan polis menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai baju-T berwarna kuning yang tertera perkataan BERSIH sejak minggu lalu, dipertikaikan pihak tertentu yang mendakwa tiada jenayah dilakukan dengan hanya memakainya.

Hishammuddin juga menafikan tindakan polis terhadap mereka yang menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya bermotifkan politik.

“Bermotifkan politik ikut perspektif siapa. Saya boleh mengatakan perkara yang sama (bermotifkan politik) kepada mereka,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa sesiapa saja yang melanggar undang-undang tidak terkecuali daripada tindakan, termasuk ahli Pemuda UMNO yang didakwa mengepung dan mengancam mahu membakar ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Isnin lalu.

“Saya memberitahu polis supaya melayan mereka (Pemuda UMNO ) macam BERSIH. Tiada sesiapa pun bebas atau mengatasi undang-undang,” katanya.



Makbed berkata:
Hmmm.... susah nak cakap nih. Tengokla besok-besok makin ramai tukang print t-shirt pilih perkataan BERSIH sebagai design terbaru. Dah memang manusia ni, bila dicakap JANGAN atau HARAM , yang tu yang paling sioookkk sekali nak buat. 

Tapi, kesian gak la kat team-team pemBERSIHan yang kena pakai uniform ada perkataan BERSIH. Hee.. 

Kira ok gak la kalau diharamkan pakai t-shirt ada nama BERSIH. Kalau diharamkan sebut BERSIH, atau pape je perkataan yang ada BERSIH, tak ke naya? 

Pasni jawatan Ketua Kebersihan kat bilik darjah bertukar jadi Ketua Pembasmi Kekotoron plak. Dah takleh guna 'BERSIH' (?)

Tolong le pihak yang bertanggungjawab, tak boleh ka duduk diam-diam je 9hb Julai ni? KAwan aku nak menikah hari tu lah! Korang sibuk dok BERSIH wakpe? Pi BERSIH kubur ke, masjid ke, rumah jiran ke kan lebih berpahala cenggitu.


Aku cuma cintakan keamanan, tak suka kekacauan. 



Umie ni dok masak apalah kat dapo tu sedap kemain baunya. Nak lari dari rumah le camni! UWaaaaaa....~

Gigitan Cinta atau Gigitan Marah?

KUANTAN: “Saya tidak cederakan dia,” reaksi spontan seorang penoreh getah selepas pertuduhan mencederakan isteri dengan menggigit kemaluan mangsa dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Shakri Ismail, 28, dari FELDA Bukit Goh, dekat sini terdiam selepas Hakim Noradidah Ahmad bertanya mengapa ada kesan gigitan pada mangsa jika dia tidak melakukan perbuatan itu.
Mohd Shakri kemudian membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah.

Noradidah mengarahkan Mohd Shakri dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu dia tidak boleh menghubungi dan pulang ke rumah mangsa selain tidak dibenarkan berada berdekatan wanita berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan di sebuah rumah di FELDA Bukit Goh 21 April lalu antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun.

Difahamkan, pada 21 April lalu tertuduh dikatakan mengejut isterinya, 23, yang sedang tidur untuk melakukan hubungan seks tetapi ditolak wanita itu dengan alasan tidak sihat.
Pada keesokan harinya, tertuduh menghantar isterinya ke rumah ibu mentua dan mangsa yang mengalami kesakitan akibat perbuatan lelaki itu membuat laporan polis.

Selepas kejadian itu, tertuduh melarikan diri tetapi berjaya ditahan di Kota Bharu, Kelantan Isnin lalu.

Pasangan terbabit yang berkahwin dua tahun lalu tidak mempunyai cahaya mata bercerai Khamis lalu.

Mohd Shakri gagal membayar wang jaminan yang ditawarkan mahkamah dan dihantar ke Penjara Penor sementara menunggu kesnya disebut semula pada 25 Julai ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

sumber: SINI



Makbed berkata:

Pas ni korang takleh sesuka hati gigit suami/isteri memasing tau. Buleh wat kes nih! HAHAHAHAHA...  Dah cam monyet lak gigit-gigit orang sampai cedera. Gilo ! Gigitan geram ka?

Hari ke-9: Tali pusat sudah gugur...

Kimi udah balik dah pagi tadi. Oni ngan Apak antar dia gi stesen bas. 





Ini bukan aksi Najwan mengeliat. 
Ini memang style Najwan tido. 




Baru lepas susukan dia pagi-pagi. Najwan memang akan sentiasa tido bila perutnya kenyang. Tapi, aku tengah dok siap nak mandikan beliau sebenarnya. Dia wat derk je... Janji buleh tido. Lumut pulak agak windy sejak kebelakangan ni. Besh nyeee.....


Tali pusatnya sudah gugur hari ini.

GATAL

Masalah berpantang seperti ini memang selalu terjadi.
Inilah yang dikatakan ujian. 
Kalau time pantang memang kena senantiasa pastikan tubuh badan panas. KAlau berpeluh selalu lebih bagus. 
Masalah aku ialah, bila badan aku berpeluh, jadi gatal-gatal. 
Kendian, naik bintik-bintik.
Takde la naik bintik seluruh badan. Cuma di bahagian berlemak degil seperti bawah lengan, peha, pinggang, perut (nih yg paling tensen sebab takleh garu) dan belakang tengkuk. 
I am aware that those itchiness and discomfort as such are part of menghilangkan lemak, but is there anything I can do to melupakan kegatalan yang sangat tak besh ni?


Now, this is where Calamine Lotion comes in handy. 
Walaupun menda ni biasanya guna untuk nappy rash, tapi besh plak sapu kat atas tempat yg gatal.
Kurang le perasaan nak menggaru tu.
Tapi, ada tak ubat tahan gatal?
Jenuh le camni.....
Aku makan jamu pun gatal.
TAk makan jamu pun gatal.
Memang asal dalam pantang je camni le kekdahnye.
Even kalu aku tido dalam ekon sekalipun.


Soklan kedua...
Camana nak kurangkan kesan strecthmark yang bermaharajalela kat perut ngan belakang pinggang haku ni? 
Aci tak sental ngan berus dawai? *heeeee.....
Ada petua? Silalah tinggalkan komen seperti biasa.


Susu keluar aje ni.
Aku kejutkan NAjwan nak nyusukan beliau.
Tapi dia tak mau bangun.
Sua puting pun mulut terkatup rapat.
MAta lansung tak mo bukak.
Memang bebetul ikut perangai Apak. 
Jangan Oni.
Bunyi orang kentut pun dia leh bangun. 
Haa..yang tu ikut Ibu.

29 Jun 2011

Kimi dah nak balik esok

Hari Ke-8 berpantang.


Tamat sudah sesi mengurut 3 hari berturut-turut. Badan aku terasa kuat. Dah boleh bangun tanpa rasa perit di tempat jahit. Belakang especially tempat epidural tu dah tak lenguh. Susu keluar regularly, setiap 3 jam aku pam. Rasa seronok pulak dapat mengepam susu dan bagi Najwan minum. Walaupun tak dapat breasfeed beliau, aku dah bersyukur sangat dah sebab Najwan dapat manfaat susu dari badan aku sendiri. Kuning dia pun dah takde.

Cuma aku rasa penat sikit bila selesai sesi urut hari ni. Ntah kenapa belakang aku tadi rasa berat, pehtu hari ni malas gila. Asyik mengantuk je. Selalu tu aku tido lepas Zohor. Sekali je. Ini aku tido lepas Zohor, pehtu bangun kejap susukan cuci berak Najwan, then aku tido lagi sampai jam 7 petang. Pelik....

Tapi, aku memang perlukan rehat pun. Nasib baik Umie (MIL)dah sampai. Umie nak dok lama katanya. Besh..besh... At least aku tak risau tentang makan minum Inche Kitchi lagi dah. Yang aku risau skang, bila Umie ada ialah makan minum aku. Sebab Umie masak sedap. Banyak jenis lak tuh. AHHAHAHAHa... jenuh la camni.

Memalam Najwan akan tido dengan Umie kat luar, dengan Inche Kitchi. Oni tido dalam bilik dengan aku. Payah sikit Oni nak berenggang ngan aku jadi aku kena lebihkan si kakak. Nanti dia terasa. Bukan tak mahu tidokan diorang ni sama-sama, tapi leceh. NAjwan memang bangun setiap 3 jam dan bila bangun dia menangis. Oni akan bangun bila terdengar adiknya nangih. Susah plak aku nak susukan NAjwan dan tenangkan Oni dalam masa yang sama. Kalau aku ni sihat dan kuat takpelah nak multitasking cenggitu. Ini aku pun tak sehat lagi.

Besok pagi Kimi dah nak balik Kuantan. Naik bas. Sedih ni........ Kalau ada dia takde la sunyi sangat kami. Dia dah tolong banyak sangat. Entah apa nak buat kalu tak ada bantuan dia. Oni plak cemana lah ye kalau Atehnya takde. Tapi, dia kena pergi jugak sebab nak siapkan diri untuk masuk Politeknik bulan depan.


ROTAN!

Tertido awal la plak. Ni pasal sibuk tidokan Oni la, ngan aku-aku skali hanyut. Ingat nak tengok Ana Lulu Caldina. 

Oni memang salu masuk tido jam 9pm atau 10pm. Tadi dia mengamuk tak pasal sambil tenyeh mata. So, aku terus ajak dia masuk bilik. Borak-borak ngan dia, pehtu ntah sapa ntah tido dulu. AKu ke dia... ?

JAm 11.30pm aku bangun, cari henpon. Inche Kitchi ngan Kimi udah sampai panggung wayang di Sitiawan. Waa..semangat neh! Sampai setengah jam awal. KEKEKEKK... 

Golek-golek jap. Aku pandang Oni yang tido nyenyak. Kesian dia. Seminggu ni dia macam kurang kasih sayang. TAdi aku baru je 'rotan' dia sebab dia sesaja minum susu dutch lady kotak aku, pehtu luah balik sebagai tanda protes aku taknak kasi dia pegang kotak tu. BUkan taknak kasi, tapi kang dia picit. Susu tu banyak lagi. Kang tak pasal aku lak nak kena gi mop lantai. 

Aih, dia bantai gi luah pulak apa yang ado dalam mulut dio........................

Ibu pun rotan pakai kayu penampo lalat. HAHAHAHA.. Tu je senjata kehormat aku. 
Biasa ni!
Belum pape lagi dah nak protes-protes ye... 
Mak lain buleh la tak pukul. AKu ni MAKBED, version zaman Leftenan Adnan. Method of teaching, ROTAN. Okeh!
HAHAHAH... garangnye.....


Takde rotan kuat pun. Saje je rotan kasi terkejut - kasi iblis lari. 
Aku bukan nak bagi kesakitan, aku just nak bagi ingatan je.
Nangih la si Oni. Tapi, dia terus lari peluk aku pastu. Peluk mintak maap. 
Tips: Lepas pukul atau marah anak, silalah peluk dia segera especially bila dia menangis. Amalkan sejak kecik-kecik. Sebab setengah orang suka pukul anak, pehtu dia biar je si anak tu nangih sampai ke sudah. Kononnnya kalau pujuk balik anak tu, jatuh ego dia sebagai Mak Bapak. 
Tak baik camtu ok!


Aku cuma nak bagi anak tu takut ngan rotan sebagai hukuman kesalahan, bukan soh takut kat aku.





HUh! 
Di mana janji-janji maneh mu?
Di saat ko perlu memilih, ko memilih dia!
Tinggalkan aku.
Lepas ko puas berseronok dengan dia, kau kembali kepada ku.
Jantan apakah kau ini?
Dah.
PAsni, jangan ko tarik-tarik selimut aku lagi.







Pi la tido ngan Encik Transformers tu.
HUh!


Ada ka patut pilih transformers daripada memilih aku.




-heheheheee..-

28 Jun 2011

Bangga la tu dapat tengok Transformers tanpa aku... cis!

Inche Kitci udah abih kuarantin. Dah buleh balik rumah. Hepinya aku bila tengok keadaan rumahtangga aku dah kembali normal. Sonoknya bila dapat tengok Inche Kitchi tersenyum riang gelakkan Oni. 




Eh, Oni ni makin ngade la. 

Dia memang sangat excited dengan hadirnya Najwan dalam kehidupan. Dia dah paham yang perut Ibu dia dah takde 'baby' lagi walaupun perut Ibu tak hilang-hilang pun buncitnya. Skang, dia macam agak jeles sebab aku asyik peluk Najwan, tapi tak peluk dia macam selalu.
Ye la..aku mana lah buleh dukung beliau lagi, kan? 

Bila Najwan nak susu, Oni pun mintak susu. 
Tengah malam, Najwan terjaga, Oni pun turut terjaga sama. 
Pehtu, Najwan nak tido, Oni pun sibuk-sibuk nak tido satu bantal dengan adik. 
Nasib baik Najwan cool je. Agaknya dia dah biasa dah kot dengan kakak dia sejak dari dalam perut lagi. 
Bila Najwan dah tido, dah jadi satu cobaan plak aku nak kena tidokan Oni semula. Huu...

Tambah plak masa tu Inche Kithci takde... Rasa cam nak gila la jugak. 


Semalam, hampir 15 kali gak la Oni dok sebut sambil tunjuk gambar Apaknya kat banner yang tergantung kat tingkap bilik aku tu. Sebak aku. Tetiap malam sebelum dia tido, aku akan call Inche Kitchi, so that Oni leh dengar suara Apak. Tapi lepas tu, dia akan mengongoi sendirian, sebut-sebut nama Apak lagi. Sampai la tido. Even dalam tido pun dia ngigau sebut "AYAH". 

Hari ni, Apak dah balik umah, memang dia membodek Apak aje la. Ingat ilangla manja tu tapi lain lak jadinya. Ngade. 

NAk pakai pampers macam Najwan pakai.
Kimi ngan Apak la layan.
Lapik plastik atas tilam dulu...
Boh minyak angin dengan vicks kat dada dan perut...
Sebijik la macam Najwan bila nak bersiap lepas mandi!
Tinggal tak de taruk barut je. 
Hangenn je aku nengok. 


Pehtu , bukan buleh marah sikit. 
Mula la tarik muka nak nangih. 


Yang si Apak lak, mementang kuarantin dah habeh, menonong je dia bersekongkol ngan Kimi gi tengok Transformers tengah malam ni. 

Tu tak pe lagi..

Tapi, nama nak meng'ayam-ayam' kan aku supaya aku jeles , dia siap TAG lagi GAMBO TIKET WAYANG tu dalam fesbuk.
Kimi pun sama gak. 

Nasib baik kome gi tengok tengah malam. Jadi, aku buleh tido je. HAHAHA...
TAkpelah, gi la berseronok-ronok ye. Aku dah seronok dah.
Dapat tengok laki depan mata pun dah cukup besh.

27 Jun 2011

Dah dapat pam susu! Yey~



Hepi! Sangat bersyukur dan...... HAPPY!

Alhamdulillah. 


Member satu skot Inche Kitchi pinjamkan menda nih kat aku. Baru je hantar tadi.














Source: Google Images


Terima kasih banyak-banyak, tak terkira banyaknya buat Puan Shakila yang gojes muka cam arab-arab gitew.... sebab pinjamkan Makbed pam susu beliau. Dia kata, dia pencen pam susu dah buat sementara waktu. Ihihi.. Pastu, dia tak kedekut dan segan nak share experience dan pengetahuan dia bab pam-pam susu ni, dan siyes betul kata dia - PAM NI TAK MENYAKITKAN! 

Sebelum ni Makbed pakai pam guna betri, jenama Pureen. Tapi, pam tu sakit. Dah tu , rosak lak menatang tu masa Makbed test semalam. Frust gak la. Sapa pulak nak keluar beli pam susu? Dah le Inche Kitchi takleh kuar umah. NAsib baik Shakila offer nak pinjamkan masa chatting kat fesbuk. *Senyum lebar-lebar sambil tutup muka. 

Walaupun pam manual, tak de letrik-letrik, menda ni praktikal la untuk travel sebab leh pam dalam kereta. Eh, buleh tak pam masa dok kat tempat receptionist tu ek? AHAHAHAHAHAHA... *nak kena terajang?! 
So, buleh guna jugak masa letrik takde.

Tadi, terus testing pakai. Seperti yang haku cakap tadi, tak sakit. Sakit lagi perah pakai tangan. Kalau pakai tangan ni, membazir gak la sebab ada meleleh-leleh. Yang ni, jimat masa. Pastu kan, sekali pam tak sampai 10 minit dah 2 oz - baru pam sebelah aje. Perasaan masa pam tadi? YA Allah, macam nak menangih. Banyak susu. Rezeki Najwan la kali ni. 

Terima kasih Shakila kerana anda sungguh murah hati.


dan



Terima kasih Ida sebab ang tolong urut susu sampai banyak!
Allah aje boleh balas budi baik korang neh.


Berpantang dengan Ammy 60 Days

Masuk hari ke-6 berpantang. Aku dah memulakan sesi makan jamu Ammy 60 Days yang hari 1 ke 10 tu sejak hari ketiga lagi. Tapi, memula aku makan 1 biji , 3 kali sehari. Saja nak test daya ketahanan diri dulu.




Nampaknya, berlansung ok je. Takde komplikasi.
6 hari penggunaan, badan aku tak lemau-lemau. Mak kata aku kuat jugak sebab 3 hari aku dah buleh jalan keliling umah walaupun terbongkok-bongkok.
Badan tak rasa bisa-bisa.


Meh aku citer bab berpantang plak.


Since aku berpantang sendiri, aku tak de la pressure diri aku untuk bangun awal-awal sangat. Takde sapa nak marah ye dak? 
Bangun-bangun je dari tido aku akan basuh tangan dan start perah susu dulu. Perah pakai tangan okeh! Belum ada pam susu lagi. Sapa nak kasi hadiah adalah amat dialu-alukan. HAHAHA..  Janji perah. Kalau tak, menitik-nitik susu tu masa mandi. Kan ke membazir tuh.

Lepas dah perah, aku pun taruk dalam botol susu Najwan. Najwan biasanya tido je time ni. 
Yang bangun hanyalah Oni. Untuk mengelakkan Oni mencucuk idung Najwan ketika ketiadaan aku, dia akan dijaga oleh Kimi. 
Kalau macam hari ni, hari  bekerja, pepagi lagi Kimi antar Oni gi umah pengasuh. Jadi waktu siang aku berlalu dengan tenang dan aku ada banyak masa untuk diri sendiri.


Mandi mesti dengan air suam-suam panas. Bukan suam-suam kuku ye. 
Tujuannya, nak legakan urat-urat yang tegang. Aku takde pengalaman bersalin bedah sebelum ni tapi honestly berpantang lepas czer memang leceh dan tidak selesa. Maybe rasa lega sikit la sebab aku tak kena jahit di perineum so, aku tak payah risau pasal bab yang 'sulit'. 
Tapi, kalau jahit perineum tu cuma beberapa jarum je , jahit kat perut ni berinci-inci. Sakitnya lama. Penjagaan lebih rumit dari bersalin biasa. 
Untuk bersalin secara pembedahan ni, aku kena terlbih dahulu mengutamakan bahagian jahitan di perut. Kena bagi baik dulu, baru buleh jaga bahagian lain. Lupakan dulu lah bab menguruskan badan, urut ke hapa..selagi jahitan ko tak elok, jangan le buat papa. 


Masa mandi, aku tutup ngan kain, dan balut lak plastik keliling pinggang. Ini untuk memastikan air tak kena kat jahitan tu. Actually buleh je nak kena air sebab doc ada taruk dressing kat atas luka jahitan tu, tapi menda tu lama-lama nanti reput. Kalau kena air, lagi la cepat reput. So, aku balut je dulu awal-awal. Masuk hari ke 5, aku buleh mandi cam biasa dah. Takyah tutup-tutup. Tapi, kena make sure lap bebetul kawasan jahit tu sampai kering. Kalau tak , nanti kena infection. 
Nak lagi sedap, ko keringkan dengan hair dryer. Jangan panas sangat. Nanti rentung pulak isi perut ko..ngee...


Aku dah pakai Body Tone, Ammy Massage dan Ammy Heat  dan kesemuanya sangat besh! 
Ini suma aku pakai lepas mandi. Badan panas je, Body tone tu bau nya macam param, sedap sangat. Boleh tanggal la daki-daki suma. Buleh taruk kat dahi. Cuma campur air je. BUleh gak nak campur ngan air mawar, kasi wangi. Jangan campur ngan air sirap atau teh tarik je la ye. Bersemut lak badan ko kang!


Kendian, sapu Ammy Massage kat seluruh badan plak. Sapu la kat bahu, bawah ketiak yang ada kepak-kepak ayam serama tu, lebih-lebih lemak segala tu sapu je. Insyallah kurang sikit lemak tu nanti. Sapu kat tengkuk, belakang. Kalau sampai semua bahagian belakang, sapu ajelah. Kalau tak sampai jangan le pulak ko tuang minyak tu atas lantai, then golek-golek atas minyak tu. Huduh bebenor gayanya.
Soh le sesapa bubuhkan. Buat mana yang termampu. Aku just sapu pada bahagian penting. Peha dan pinggul pun sapu. Kat perut je tak letak sebab aku tak berani. 

Ammy Heat plak sifatnya lebih tahan lama, cuma agak berminyak. Yang tu aku sapu kat betis ngan tapak kaki, sebelum pakai stokin. Kalau suka, sapu je kat tempat yang banyak lemak degil. Kalau aku, lemak degil memang banyak. Pastu aku lak kembang air. Ngandungkan Najwan ni badan bengkak-bengkak dek water retention. So, I have to keep myself warm. Heat is essential. Memang berpeluh sentiasa la kalau selalu taruk minyak. Malam pun kena minyak gak. 


Tummy Tone aku belum pakai sebab yang tu kena sapu kat perut sebelum berbengkung. Since aku belom layak untuk disarungkan bengkung, aku pun tak bubuh la. Kalau dah sampai masa nanti aku tulih plak masa Tummy Tone okeh. 


Kerja-kerja camni kalau ada Inche Kitchi jadi senang sikit. Tapi sebab Inche Kitchi kena chicken PORK pox, so, aku takleh la suruh. Kang aku jadi chicken cam dio. GAAAGAGAGAGa...


Ok..dah habih suma sesi boh minyak angin, pakai stokin, baru le pakai baju. Kalau siang, aku pakai kain batik ngan t-shirt. Malam, aku lebih suka pakai seluar. Sebab, kalau pakai kain kang terselak pulak. Kalau bersalin biasa, kena jahit kat 'bawah' tu maybe la aku tido sopan sikit kan. Terkepit je. Tapi, ni sebab tak kena jahit kat situ, so aku buleh tido penuh perasaan. HAHAHAHA.... Jadi, keselamatan adalah penting. Kang angin masuk lak. Pakai je la seluar. 

Untuk luka jahitan, aku minum pati ika haruan. Ida belikan untuk aku 3 botol. Tapi dia kasi sebotol dulu. Aku pun tatau apasal dia beli sampai 3, tapi maybe dia leh rasa aku nak kena czer kot. Mak dah siap siangkan ikan haruan, dan Ida masak buat sup. Number Three [Alang] plak ari tu datang belikan ikan haruan kering dari kampung. Jadi, goreng ajelah. Aku tak makan beria. Nasik putih saja pun aku leh makan. Lauk aku cuma berkisarkan ikan haruan, ikan kerisi, taburkan lada hitam je. Tu dah sedap dah le tuh. Syaratnya, nasik kena masak kasi lembik-lembik sikit. 


Buat masa skang, aku tak minum lagi air rebusan manjakani. Mak aku soh gak minum untuk mengetatkan apa yang patut since aku ada kena 'selukan' beberapa kali sebelum dibedah. Kan? Itu pun kira pencerobohan tanpa rela, yang buleh membuatkan angin masuk dalam badan, dan melonggarkan sendi-sendi. 
Korang pepaham sendiri la. Kang ado budak laki bace blog aku, jenuh dia pikir sampai bersambung kening dia dua-dua. Dah tak pasal aku kena jawab soklan memacam besok! 


Weh, manjakani tu sangat tak sedap. Buleh pitam kalau minum. So, aku tunggu perut aku sihat sikit, dah buleh menahan tekanan, baru aku minum air tuh. Aku kan pantang 100 hari. Lambat lagi.... KEKEKEKEKKE..


Hari ni, aku dah start urut badan. Ida urutkan. Aku tatau le nak bayar dia harga bidan urut ke, atau harga bidan campur tukang masak dan jururawat keluarga. 
Sebab, dia dah le urut aku , 
pehtu masak makan untuk aku, 
masak makan untuk orang yang kena chicken pox tu skali,
kendian, tumpang kan orang chicken pox tu duduk umah dia,
uruskan NAjwan... haaadeh. 
Nak bayar ikut rate kengkawan or jiran pun tak patut. Nilai persahabatan tu tak ternilai dengan wang ringgit. 


Apa yang dia buat aku hargai. Dia cuma tak urut bahagian jahitan aje. Kaki, badan, belakang, kepala sampai tarik-tarik rambut tu, suma dia buat. Rahim aku masih tinggi. Disebabkan aku czer, urutan untuk rahim tak boleh dijalankan lagi untuk beberapa minggu akan datang. Tapi kan... urut kaki aje pun aku dah mengaduh sakan dah. Memang sakit. Bayangkan la 9 bulan menanggung berat berlebihan. Urat tegang kot. Ingat senang ke nak menukar gaya berjalan lepas mengandung - dari penguin walk ke cat walk? 
Susaah........


Paling tak besh bila dia tarik rambut aku untuk ikat ketat-ketat.
Rasa cam nak cecepuk je dia.

MySpace

Kalau tak ikat ketat, kepala masuk angin dan mulalah nak pening.
Sakit la kejap. Maybe sakit sebab memang dah ada angin dalam kepala kan.

Papepun, Makbed enjoy berpantang.
Doakan lah aku kurus ye. HEHEE...
Tau tak berat last sebelum bersalin hari tu ialah 78.0 kg?
Berat terkini lepas bersalin aku tak sempat lak nak timbang.
Mungkin esok lusa kot.


Since aku takleh bertungku macam biasa, aku gunakan tungku moden. Ala..yang rupanya cam bantal tu.
Aku selalu panaskan tungku sebelum tido. Masa nak tunggu panas, aku gi sapu param dulu seluruh badan. Boh Ammy Massage dan Ammy Heat.
Pehtu, letakkan tungku tu pada tapak kaki, betis, perlahan-lahan naik ke atas, dan kendian lastnya aku letak kat belakang pinggang. Sebab kat pinggang tu yang sakit lebih.
Lepas czer memang takleh bertungku perut. Tapi, kalau ada tungku moden tu dah banyak membantu dah. Letak jelah kat belakang sampai lelap.



Photobucket
Najwan di usia 6 hari





Gambo Ibu Najwan tak payah le. Kalau nak tengok buleh gi blog BELIAU nih.
Kemain teruja lagi citer pasal lawaan kemasyarakatan dia. SIAP 2 episod lagi tau!
HEee... malu lak tengok umah bersepah. Tapi memang siyes bersepah masa dia datang tu. Tak sempat kemas. Sesapa yang nak datang tu, harap pepaham ajelah ye.

Mekasih kepada yang mengucapkan tahniah kepada Makbed , yang mendoakan.
Kepada Cik Lulu, anak saya putih melepak mungkin kerana saya makan sushi banyak kot.
Makbed memang tak mengamalkan minum soya masa peknen.
Pertama, sebab manis.
Kedua, kulit baby lebih sensetif kalau terlalu banyak minum soya.
Masa pregnant Najwan, memang gila makan seafood.
Suka air kelapa sampai ke saat nak bersalin sempat lagi minum sebijik. Air kelapa mustilah yang ori, tanpa ais batu dan takde gula. Kalau buleh, nak yang pakcik jual tu belah sniri depan mata.
Kendian, aku minum susu kambing banyak giloh. Susu kambing ni berkalsium lebih. Sesuai la untuk aku yang bergigi reput ni. KAtanya, susu kambing baik untuk elakkan bayi kena kuning jadi aku amalkan sejak dari awal.
Alhamdulillah, Najwan ada gak kuning tapi sket je... tak perlu pergi ke hospital sampai ke hari ni.


Makbed sihat..
Kalau tak sihat, aku tak hapdet blog ni.



Tengok aje lah dulu.... Belom buleh peluk lagi. Kesian Apak...


^_^

26 Jun 2011

AKU KAH YANG BERSALAH?


Aku ke yang salah?


Ida tadinya hantar sup ayam lauk si Inche Kitchi yang lebih semalam. 
Memula dia taruk peti ais. 
Bila dah petang, dia naik. Konon nak kasi Oni makan.
Dia masukkan dalam periuk
kendian pasang api.
Dah panas, Kimi cedok sup tu makan dengan nasi goreng yang Mak masak pagi tadi
Kimi kata ..
"nasi goreng ni macam dah nak basi. Dah tak leh simpan. Kimi makan ngan sup.."
Aku pon OK kan je la.
Aku bukan leh makan pon.
Sebab lauk tu kira masak 2 kali la kan. Dipanaskan semula. 
TAkpe... kang aku nak suap Oni makan nasik ngan sup tu. Dia suka sup. 


Pehtu... aku beborak ngan Ida kat kerusi.
Sembang pasal nak antar Oni belajar kat sekolah cina, suatu hari nanti.
HEHEHEHE.. berangan jauh ni!
Tetengah sembang tu, aku teringat sup. 
Aku panggil Kimi , mintak tolong tutup sup tu...

"Kimi, tolong Kak LIza sat. Tutup sup atas dapoq tu." 



 Pehtu, aku makan ubat.
Then , aku pi mandi. 
Standard la dalam pantang , lepas siap mandi , nak kena sapu minyak angin dan memacam lagi.
Ado la dekat sejam nak settle suma. 
Oni teman aku dalam bilik, jadi tukang kutip kain baju busuk. 


Bila aku gi dapo, ada bau tak bes tak bes.
Bau sedap, tapi cam nak hangus.
Aku toleh belakang..
Nampak api sup ayam tu BELUM BERTUTUP...
WAAHAAHHAHAAA!!!


"KIMI, PASEPA HANG TAK TUTUP API SUP TU!!?"



Kimi lari-lari datang kat aku.


"Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tadi Kak Liza suruh Kimi tutup sup. Kimi tutup laaa!"






Haaaa.. memang la hang tutup. Hang tutup periuk sup saja. Api tak tutup! 







...grrrrr.....

Mak Abah dah balik dah... sob sob sob

Tengah sedih ni. Mak Abah dah balik dah. Sob..Sob..Sob.. Beshnye ado Mak. BUleh la borak-borak. Tapi, lagi lama Mak kat sini rasa cam dera Mak lak. MAk tak brenti-brenti buat keja. Mak jaga Najwan. Mak mandikan. Mak masakkan makan. Dah le datang jejauh dari Kuantan. Dik Lin plak demam campak. Habeh la .... Penolong Kanan 1 dia kena demam campak, capik le segala perjalanan kerja rumah. 

Tadi MAk sental bilik air. Sebab dia tau kalau dia tak buat, kang aku yang gi buat. Dalam pantang ni kan asyik dok umah je. Bukan buleh tengok umah sepah. Mulalah nak membebel!


Ni kang balik Kuantan, sure Mak kena mengemas lagi. Biasalah kalau dah balik berjalan jauh, nak cuci kain bagai. Lipat-lipat, susun sumer... Kesian Mak. 


Abah tak berapa sihat tu. Risau aku. Tulang rusuk dia bengkak masa jaga Auni tempoh hari, masa aku dok spital. Tokwan ngan Oni main camana ntah, terjatuh. Dada dia terlanggar tangga ke hape ntah. Tu le yang Mak citer. Tapi, Mak kata awal-awal tu Abah takleh cakap gak la. Sesak napas kot. Aku tengok lebam kat dada tu ado lagi. Iskk..risau nehhh. Rasa bersalah pun ada jugak. 


Skang sendiri dah rasa pengalaman jadi ibu bapa, memang tak leh nak mendabik dada cakap kita tak perlukan pertolongan mak bapak walaupun kita dah besar panjang, beranak-pinak dan berkeluarga sendiri. Yes, kita memang buleh berdikari, tapi ada satu masa tu kita memang sangat-sangat memerlukan kedua orang tua kita, sama macam zaman kita kekecik dulu. Inilah yang aku rasa skang. Dah bebeso panjang camni, anak dah dua pun, aku masih mengharapkan bantuan MAk Abah. Hah, dalam situasi cam aku hadapi skang, nak harap sapa lagi selain family? 


Bertuah aku... adik-adik aku suma jenih yang tak kedekut tenaga. Tu yang Mak Abah ajar kami adik-beradik. Gado..GAdo la jugak. Tapi, bila sapa-sapa susah, tak dapat hulur duit ringgit, hulur tenaga itu adalah pasti dan mesti. None of us were left unattended. Setiap seorang antara kami ado tanggungjawab masing-masing kepada keluarga biarpun sudah berkahwin. 


Dan aku masih lagi LOUD SPEAKER kat dalam family aku. Sebab, adik-adik aku ni bila Mak panggil diorang selalu tak menyahut. Aku lak pantang kalau Mak Abah cakap buat donno je. Mak panggil 3 kali dah, aku yang dok sebatu dengar, diorang ni dok sebelah ketiak Mak pulak tak dengar. Kalau suruh tu, 5 minit baru nak jalan. Haaa... aku lak tak bleh. Dah dibiasa Abah aku torture aku kalau tak menyahut aje bila dia panggil, dia libas ngan rotan. Jadi terbawak-bawak le kat aku bila adik buat camtuh!!! Maka, kalau diorang buat taktau je Mak cakap, aku lak yang tolong ulang apa Mak suruh sekali lagi, dengan gaya tersendiri la ye... AHHAHAHHA.. Salu Mak wat taktau je bila aku melolong tu. Senang keje dia kot. Mak memang tak suka jerit - TAPI AKU SUKA. Release tension! 


Tadi aku dah start membebel, maknanya aku dah semakin pulih la kan?


HAAHHAHA.. cis cis..





Pesanan aku pada adik-adik yang baru nak menikah, jangan sesekali beranggapan bila udah kahwin, ada bini, ada laki sendiri, anda buleh campak Mak Bapak anda ketepi. Anda dah cukup matang dan tak perlukan bimbingan nasihat mereka. SALAH! 

Mak Bapak punya bonding takkan putus sampai bebila tau. Itu pertalian yang kita tak nampak terang-terang tapi sentiasa ada je dalam hati kita. Anak perempuan lagi la. Itu la pentingnya memilih suami yang buleh terima kehadiran MAk Bapak kita. Sebab, suami buleh la nak give and take dan tak terlalu menggunakan kuasa veto beliau sahaja sampai kita nak berbakti kat Mak Abah kita sendiri pun tak leh.


It's ok kalau Mak atau Bapak kita layan kita macam budak kecik walaupun kita dah kahwin. Diorang ni risau. Dulu, aku rimas gak. Suma nak tanya. Tapi, skang aku dah paham dah kenapa jadi camtuh. Bila ada anak ni, kadang-kadang kita lupa yang anak kita tu membesar , dan bakal jadi macam kita. Skang ni, aku pun tak leh nak bayangkan keadaan diri aku camana bila Oni dah ready nak kawin, dan jadi Mak macam aku sok. Dan , aku pulak yang menjaga dia, cuci jamban rumah dia, tengok luka jahit dia segala , masak makan, jaga cucu....sama macam apa yang Mak aku buat kat aku skang. Begitulah masa berputar, kan? 


Abah aku tak berubah-ubah dari dulu. Suka sangat ngan budak kecik. Dia cukup suka baby yang berbau minyak angin, vicks... Tak sudah-sudah dok cium. Dan Abah memang sangat pakar bab jaga baby. Jaga mak baby pun pandai. Masa pantang Oni dulu, Abah yang siapkan tungku. HAHAHAA... So, tak mustahil gak la nanti dia memperturunkan ilmu bertungku kat adik-adik lelaki aku. Lagi satu kan, Abah ni memang terer bedung baby. Kalau dia bedung memang KETAT, dah jadi lurus anak aku. BUkan bedung pakai lampin tau. ini bedung pakai tuala nipis. Tuala belang-belang tuh. Kalau dia datang je, aku selalu kena sound sebab tak bedung anak bebetul. Even ado bedung moden, tapi harganya kan mahal. Abah aku punya bedung harganya RM2 je. Buleh beli seploh!


Kimi masih ada di rumah untuk beberapa hari lagi. Inche Kitchi dah beransur baik. Dah kering dah bijik-bijik campak tuh. Insyallah 2 hari lagi dia dah buleh dok umah. Sian aku tengok laki aku. Rindu nak peluk cium anak-anak *eh...dah anak-anak dah ye??. Dia hanya buleh balik umah bila Oni tido atau gi jenjalan je. Tadi, dia balik nak mandi, dia dok belek Oni yang tengah tido kat depan. Touching lak aku tengok gayanya. Selalu dia cium anak dara dia sebelum tido. Skang, terpaksa la aku telepon si Apak, so that Oni buleh muah muah Apak dalam telepon aje. 

Oni pun rindu Ayah dia. Tadi, ABah kuarkan gambo kahwin kitorang, Oni nampak. Dia tunjuk-tunjuk gambar Apak dia... sebut "ayah...ayah..!" Bila Tok Wan alihkan page ke lain, dia marah Tok Wan. "JANGAN KACAU!" pehtu dia bukak balik page yang ada gambo Apak ngan Ibu dia. Oni budak cerdik. Selipar Apak dia pun dia tau yang mana. JAdi pesanan untuk Apak, kalau nak menyorok dari Oni, silalah sorokkan slipar sekali. Sebab tadi dia dah panggil "ayah" sambil tunjuk kat slipar dan pintu umah Kurau sekali. NGAAAAA~



Letih jaga adik...

25 Jun 2011

Ado orang datang!



Sepermegian 'beliau' meninggalkan perkarangan rumah aku tadi, aku cecepat bukak blog, log in , edit gambo dan OK!!! Dah ready nak upload entri baru.




Ado orang datang melawat MAKBED okeh. Kira orang pertama datang melawat lepas aku balik dari sepital la kan. 










HOHOHOHO... kenal?










Terima Kasih bebanyak kepada Tuan Doktor dan isteri, Nini D yang susah-susah cari rumah aku dan menjengok aku dan Najwan. Akhirnya, ko sampei jugak umah aku ye!


Nantikan ajelah entri dari beliau sebab beliau aje yang snap banyok gambo tadi. HAHAHAHa...



p/s - gambo gigi di atas tu Cik Mat yang snap. Terer tak??

Perkara-Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Selepas Bersalin Pembedahan atau Cesarean



  1. Bangun laju-laju
  2. Gelak
  3. Batuk
  4. Bersin
  5. Lari atau jogging - lari setempat pun tak boleh!
  6. Naik mesin goyang-goyang lemak
  7. Dukung anak sendiri atau anak orang yang beratnya lebih dari berat anak yang baru dilahirkan tu. 
  8. Makan sebarang ikan tanpa pengawasan yang ketat. 
  9. Makan udang, sotong dan siput sedut.
  10. Tido meniarap
  11. Urut perut tang kawasan bedah tu. Tang lain buleh je.
  12. Buat sit up! Push up! Atau senaman berbasikal. 
  13. Menjerit sesuka hati seperti pontianak harum sundal malam.
  14. GAru kat kawasan jahitan dengan penuh perasaan.
  15. Jalan kaki jauh-jauh
  16. Komplen kata jahitan ko tak cantik, benang tak matching ngan kaler kulit ko, pehtu ko bantai tetas jahit tu dan jahit silang pangkah pulak kasi cun.

Teka-Tuki Makbed: Kenapa Pelakon Hindustan Kerap Tukar Baju Masa Menyanyi?


KENAPA ASAL CITER HINDUSTAN, NYANYI-NYANYI AJE MACAM-MACAM BAJU DIORANG TUKAR? SATU LAGU MAU LA 9 KALI TUKAR. 
APSAL? 



Ce jawab..ce jawab.















Jawapannya ialah:








*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*














^^^^^^^^^*****^^^^^^^^^^^^^^^





 Diorang tak pakai penyembur ketiak DASHING. 
Dah le memang jenis dema badan cepat berpeluh sebab kari merupakan makanan ruji. 
Ketiak basah aje. 
Jadi kena la tukar baju selalu. 
Kang masuk lak dalam scene menari ngan ketiak basah, tak ke geli nak tengok?

Kalau scene main air hujan takde plak tukar baju banyak kali. 
GHaaaaaa..pasan? 





-gurauan terjal aje ni-





*pasan tak iklan DASHING yang sape ke nama mamat yg belakon NUR kASIH tu beria lari nak hantar purse awek , lari-lari naik turun keta, loncat , lipat terbang sumeee, tapi ketiak dia sikit pun tak berpeluh? 
Badan pun tak basah. 
Lendik je baju yang dipakai. 



Haaaa... pakailah penyembur ketiak DASHING. 
Dijamin ketiak anda tak 'menangis' tak ketahuan hala.

Oni kena cucuk antivirus kaspersky... kakakaka


Number Three [Alang] sampai semalam, diikuti Mak, Abah, Dik Lin dan Adik. Hepinyaaa.... 2 hari leh rilek daripada mengejar Oni sebab Tok Wan buleh in-charge. Rehat time!


Apak cam biasa kena check-in rumah bawah. Semalam aku berborak-borak ngan Mak. Mak check bekas jahit kat perut. Lega dapat sembang-sembang. Mak ajak aku balik Kuantan sebab takde orang nak jaga aku. Bawak skali ngan Oni dan Najwan. Sekejap je, sementara Inche Kitchi nak baik demam tu. Kesian kat aku la suma nak kena buat sniri. Harap kat Kimi ja. 


 AKu tak bagi jawapan pun. Tapi dalam hati ni rasa ada best gak la cadangan tu. Memang kalau buleh aku takmo tinggal umah. Nak pantang kat Lumut ja. Aku ni kalu buleh suma nak tengok. Apa menda pun jadi biaq semua jadi depan batang idung aku. Senang nak monitor. Especially bab sakit-makit nih. Biarpun badan aku sniri sakit, still lagi nak kepochi pasal orang lain yang sakit - padahal laki aku tu ok je gayanya. 

Status chicken pox Inche Kitchi : Bijik-bijik air tu menggelembong makin besau. Buleh pecah bebila masa. Merening berkilat-kilat je. Geram lak nengok! HAHAHA *buleh? Ada yang dah tukar kaler itam, berkuping. 

Alang sampai semalam bawak air penawar dari Sik. Pak Ngah Pian amikkan. Sama gak la masa Kimi kena campak dulu, Pak Ngah Pian yang datang bawak air penawar dan bedak sejuk. Chicken pox Inche Kitchi dah turun sampai kaki - maka bulehla bagi dia minum air kelapa pas ni. 

As for Najwan yang tak pernah merasa mandi sejak balik hospital, hari ni Mak Tok mandikan beliau. Semalam, Najwan tido dengan Mak Tok. Aku tido ngan Oni dalam bilik. Najwan tak banyak karenah. Tido je sepanjang malam. Sekali je bangun nak susu. 


Hari ni aku , bangun-bangun tido aku pikir balik plan nak balik Kuantan ngan Mak. Pehtu, Linda masuk bilik. Mak kata dia demam. Linda cakap bijik-bijik gatai naik kat badan. Aku soh dia tunjuk. Hmmm... Nampak cam demam campak gak. Ada berair-air , samo cam Inche Kitchi. Mak habaq, Linda cakap dia rasa nak demam sejak aku masuk spital 18hb ari tu lagi. Maknanya, Inche Kitchi ngan Linda demam sama-sama, cuma Linda punya campak kuar lambat. 

Maka..... Aku takleh la balik Kuantan berpantang ngan Mak. Bek aku dok Sik ja. Lagipun Inche Kitchi dah nak baik demamnya. Sabo jela seminggu lagi.

Akan tetapii.. demi keselamatan sejagat, aku heret Linda, Oni dengan Najwan gi Klinik Saadiah. Aku pun nak gi jumpa Dr. Saadiah bagi mengkhabarkan tentang kelahiran Najwan. Kalau perlu aku amik antivirus kaspersky untuk demam campak, maka aku amik je lah. Papepun, aku nak soh dia check si Oni ni. Kang kena jangkitan lak. 


Linda disahkan kena chicken pox. Maka, dia kena restraining order la kan! Takleh dekat-dekat ngan Oni. Kena jarakkan diri. Yang lelain ni takpo sebab suma dha kena demam campak - kecuali Adik.

Jahitan di perut aku elok. Rahim masih tinggi so ada rasa cam keras-keras dan ngilu sikit. Kalau bersailn normal, buleh urut taruk minyak kasi lega. Tapi yang ni takleh lagi. Kendian, check Najwan. Najwan Ok. Ada kuning sikit tapi itu adalah biasa. Lagipun Najwan kuat menyusu , kencing berak suma ok. So, takde pape nak dirisaukan. 

Then, masuk bab Oni plak. Oni diberikan suntikan antivirus demam campak. Kat Najwan takleh bagi sebab dia bawah setahun. So, Oni aje lah yang kena cucuk. Masa nak dicucuk tu, aku suruh Alang pegang. Aku takleh nak pegang takut dia meronta. BAjet dia nak meronta la. Rupanya, masa Dr. Saadiah nak cucuk bahu, slamber je dia usha jarum tu landing kat bahu dia. Doc cucuk - tapi dia tak nangih. Aku tunggu gak la respon nangeh namun gagal. Doc kasi la gula-gula sebagai ganjaran sebab tak nangih. 

Tapi, 5 saat lepas tu baru Oni nangeh!!!

"Ibuuu....SAKIT!!!!!" 

LAmbat bebeno respon sakitnye..... Gelak-gelak suma orang dalam bilik doktor tu. 


Lega sikit dah sebab Oni dah kena cucuk. Besok Mak dah nak balik. Huuu..tak beshnye...







Mekasih pada si pengomen ini




Komen anda membuatkan sayaa tersedar betapa saya sedang diuji Allah ketika ini.

24 Jun 2011

Sakit ne


Mode: SAKIT!



Bengkak susu sudah melanda.

Tika ini nasihat pakar-pakar diperlukan.

Camana nak susukan anak kalau puting pun cam nak taknak je kuar neh? Susu dok kuar je.... Tapi bila perah cam tak membuak pulak. Sakit lagi ado.

Sila bagi tips kengkawan kuuuuuu.....

Auni yang paling banyak berkorban walau tak mengerti apa-apa

Aduhai Oni..



Dia yang paling banyak berkorban walau dia tatau pape pun.

Sejak aku di hospital, dia terpaksa jauh dengan aku.

Aku tahan diri aku walau aku rindu sangat kat dia masa di hospital.

Pengasuh dok update - time makan pun Oni sebut nama Ibu.

Time tido dia ngigau, nangis panggil Ibu.

Aku mintak Oni bersabar sampai la habih momen aku di hospital.

Setiap kali aku teringatkan pengorbanan Oni gitu, aku jadi marah kat hospital tempat aku duduk. Aku nekad nak lari pun sebab dia la.


Dengan Apak pulak demam campak.

Kali ni teruji sungguh kekuatan diri dan kesabaran aku.

Manyak dosa aku nih. Sebab tu la Allah uji aku...

Atau pun Allah nak bagi sesuatu yang lebih besar untuk aku sekeluarga lepas ni. Mana kita tau kan?

Aku bersalin sendiri... dah macam ibu tunggal dah. Sememangnya aku nak suami aku di sisi. Kalau dia takleh wat pape pun, dia tungu je kat sebelah tu pun dah jadi dah.

Tapi, aku boleh cakap apa yang AKU NAK.

Yang Inche Kitchi nak kita taktau.

Ntah dalam hati menangih.

TAkleh duduk dekat dengan anak.

Anak ada kat depan pun takleh pegang.

Tengok aje si Najwan nangeh.

Aku rasa tu lagi berat ujiannya.





Sebaik je Najwan lahir, Oni datang melawat aku di spital.

Excitednya Oni bila nampak adik.

Dipanggil "Adik..Baby...Adik BAby.."

riuh satu hospital.

Tapi, bila sampai masa dia kena pergi, dia nangeh.

Pilu sungguh hati aku.

"Ibu..! Ibu,,! Tak nakk!!" Jerit Oni sambil meronta taknak duduk ngan pengasuh. Nasib baik suami pengasuh ada. Kalau tak cemana la pengasuh aku yang peknen tu nak handle Oni.


Masa tido kat spital lepas pembedahan, aku dok pikir camana uruskan proses berpantang di rumah. Oni nak balik, tapi APak demam campak. Oni yang kena jaga dulu sebab dia ni jenih lari-lari punya orang. Mana dengar kata suruh diam. Bila nampak Apak dia sure dia terus peluk punya. Dia bukan tau sakit jangkit ke hape. Tapi, Oni MESTI balik rumah. Takleh duduk lama lagi umah pengasuh. Nanti dia merajuk.


Masa tu aku rasa aku lah Ibu yang paling tak guna sekali, buat anak cam tu. Tapi, aku tak de jalan lain dah.


Balik dari hospital aku bincang ngan Ida Kurau. Malam tu Oni nak balik, maka Apak Oni kena tumpang tido umah Kurau. Oni takleh jumpa lansung Apak. Sabo je la seminggu lagi. Waa..seminggu tu lama kan?

Nasib aku baik sebab Ida dan Kurau tak kisah. Syukur sangat.




Malam semalam, Oni balik. Pengasuh hantar lepas Maghrib. Menjerit kesukaaan dia bila nampak aku. Terus lari-lari masuk umah..loncat-loncat atas tilam dia. Then dia tengok Najwan. Dia panggil-pangginya si Adik soh bangun. NAjwan tengah tido.


Then pengasuh nak balik. Bila dia tengok pengasuh siap-siap nak gerak, Oni dah panik.


"Taknak..! Taknak!!" Oni terus lari peluk aku.


"Ibu...........Ibu... Taknak!!!" rayu Oni dengan air mata bergenang. Jelas nampak dia susah hati -ingat pengasuh nak amik dia balik.


Bila pengasuh dah tak de, dia dah bertenang. Maka mulalah dia bernakal-nakal kembali. Aku plak jadi sakit pinggang. Apak Oni dah lari ke umah bawah. Bawak segala bantal selimut sume. HAHAHA...


"Ayah takdak??" tanya Oni.


Aku senyum. "Takda sayang. Ayah sakit. Nanti kita jumpa Ayah ok..."


Oni diam. Sambung baik balik.



Masa Kimi gi bilik air, Oni ikut. Aku tak tau dia wat pe, tapi bila dia kuar dari pintu bilik, dia panggil 'AYAH!' banyak kali sambil tunjuk pintu bilik kat aku,


"Ayah anddi.... (AYAH MANDI)" katanya.


Sedihhh.....Dalam hati doa, cepat lah Inche Kitchi baik. Anak ni rindu sangat dah ni.




Yang Ida Kurau lak membebel aku tak duduk bebetul. Patutnya aku kena baring, tapi aku risau sebab kang aku baring Oni wat smack down atas perut aku lak. Tak lama je aku duduk atas katil, Oni gi baling zirafah menan dalam baby cot Najwan. Terkejut Najwan - terus nangeh. Seb bek time tu Ida ada dekat dengan Najwan. 

Then aku masuk bilik. Bawak Najwan. Tinggalkan Oni dengan Kimi. Oni nangeh... Panggil aku. Pedih hati aku dengar. Nak je aku dukung dia, tapi aku tak daya. 

Ida tenangkan aku dalam bilik. Aku cuba tido , Ida urut kepala aku. Tapi air mata ni tak berenti-berenti mengalir. Najwan dah tido balik. Aku takleh gak tido wapau kejap pun sebab hati aku ni dok sebak kenangkan Oni. 

Apak...cepat le baik. 


Pastu aku panggil Kimi. Soh bawak masuk Oni. Tutup pintu. Jam baru pukul 9 malam.
Aku duduk tepi katil dan aku tepuk bontot Oni soh tido. Walaupun pinggang aku sakit bagai nak gila, aku duduk jugak tepuk bontot Oni sampai la tido.
Pas Oni tido, aku susukan Najwan plak. Susu badan aku tak berapa banyak.
Aku kena bagi susu tepung jugak. Sebab kalau tak bagi susu , Najwan nangih dan aku lagi bertambah tensen. 

Tengah malam Najwan bangun nak susu. Dengan perut sakit-sakit aku bangun jugak. Oni pun bangun sebab terkejut dengar suara Najwan. Dia pun nangih skali. Haadohh... Apak..cepat le baik. Sian Ibu...


Kol 2 pagi, aku dah leh tido. Aku tengok sorang-sorang anak aku. Aku usap-usap kepala Oni.
Kesian dia.
Entah cemana la pulak besoknya. Tokwan nak mai lagi. Takyah le pi umah Pengasuh. Tapi, Apak lak kena dok umah  bawah je satu hari. HEHEHE.. 

Pagi tadi , aku tepaksa gak soh Kimi hantar Oni gi umah pengasuh. Kalau tak aku takleh rehat lansung.
Minggu ni biarlah aku jadi Ibu yang kejam. Aku kena cepat sihat sebab Oni.

Tu pun, dia takmau ikut Kimi. Bila dia nampak Kimi pegang kunci keta je, dia terus lari peluk kaki aku.
Susu pun tak mau minum.
Trauma dah la tu! Anak aku ingat apa aku buat.
Dia panggil nama aku, sambil buat muka kesian. 

Tapi, aku suruh Kimi bawak gak dia jenjalan gi taman. Setengah jam pastu Kimi balik.
Oni dah pi umah pengasuh. Kimi kata Oni nangeh, tapi kejap je. 

Takpe Oni, petang Ibu amik. Ibu tak tinggal dah. Harap bila Oni besar dan Oni terbaca ni, Oni paham apa yang Ibu buat. Bukannya Ibu tak sayang Oni. 

So.. buat sesapa yang nak bersalin dan ada anak kecik, prepare siap-siap for the unexpected.
Even aku yang dah prepare ni pun terkantoi. Sapa sangka Apak nak sakit lak last-last minit.
Kimi la naya. Patut datang Lumut untuk jaga Oni, tapi last sekali kena jaga aku, Inche Kitchi ngan Oni skali. Kesian dia.
Naseb bek laaaaaa ada Kimi. Kalau tak, mati keras haku. 

Mekasih gak kat Ida yang menjaga aku, siapkan makan minum untuk aku dan Inche Kitchi. Makanan orang sakit. Dia lah yang banyak support. Tak terbayar dengan wang ringgit da ni. Mekasih Ida sebab kasi tumpangkan rumah ko. 

Ida dah urut susu semalam. Hari ni dah bengkak plak. Susu ado tapi tak kuar banyak-banyak lagi. Mau besok kot baru ok. Tapi, aku tetap bagi jugak Najwan minum. 


Entri ni memang sedih.... 

TApi harap-harap aku tak sedih dah le pas ni. skang aku takleh gelak pun. sebab perut sakit! gelak tak ikhlas buleh la...







Kisah Bersalin Aku: Akhirnya Najwan Lahir juga..

Boleh baca episod sebelumya di Entri 1, Entri 2, Entri 3 dan Entri 4




ini sambungannya...


Aku taktau kemana aku disorong. Yang aku rasakan ketika tu cuma contraction yang tak henti-henti. Aku tak nampak. Suma kabur je - rabun! Tapi, aku sedar diri ketika ditolak memasuki lif. dan kemudiannya lalu ke lobi utama tempat orang dok tunggu giliran nak jumpa doktor, kendian sampai ke satu tempat yang sunyi...macam ruang bawah tanah je gayanya. Sunyi  betul. Tak macam operation room yang selalu aku nengok kat tv tuh. Memang lain dari apa yang aku imagine sebelum ni. 

Semua orang pakai topeng idung. Aku cuma dengar suara je. Kemain lagi diorang ni bergurau-senda kat telinga aku. Sesekali aku tersengih. Tapi bila muncul contraction kembali, aku suruh diorang cepat sket jalan. Jangan sampai aku meneran suda....


Setibanya kat bilik bedah, aku dipersiapkan. Punya la laju diorang nih. Aku memang dah tak mampu gerak dah. Aku terkejung je atas katil troli tu. Diorang nak londeh pun londeh lah. Tapi, aku dipakaikan baju kaler hijau, pastu ada selimut warna cokelet kat atas. Diorang pakaikan aku cap, macam shower cap tu. Tapi sebab diorang bubuh salah, asek tanggal je, last skali aku boh sendiri cap tu bebetul. Hehhee..lambat sangat. 

Diorang membebel-bebel, order memacam macam order makanan kat warung - except menda yang diorang order tu bukan menda makan la. Aku dengar je. Then salah seorang daripada para-pada jemaah yang nak bedah aku tu tanya aku ..

"sapa sign ni?" sambil tunjuk satu borang.

"Saya..." kataku. Walaupun aku rabun, aku nampak gak la sesikit. 

Aku ditanya samada sudah makan. Bila kali terakhir aku makan... Aku cakap aku makan mihun goreng je last jam 7pagi tadi. Pastu, satu kuih cincin jam 12 tengahri. 

"ohh.. Kuih cincin tu tak kira..." kata sorang pompuan yang idungnya pun turut bertutup. 

Aku sengih.... Cam lawak laakk. Akak ni cam tau je aku makan kuih cincin. Ntah-ntah dia pun join makan sama tadi dalam labour room. 


Contraction makin rapat. Perut aku makin sakit. Aku mintak diorang segerakan. Aku ni dah pegang tangan sape ntah. Laki, aku rasa kulit dia gelap. Maybe India, tapi cakap melayu punya la faseh. Dia yang dok kat kepala aku. Aku rasa mau sakit tangan dia kena picit ngan aku sebab aku da tak daya nak cakap sakit. Sakit wooi!!!! Cepat sikit!!

"Ok Puan. Saya nak masukkan ubat ni. Kita cucuk sikit Puan punya spine..." 


Aku ok kan je. Bajet cucuk cam biasa la. Oh, bukan ropanya. Aku kena duduk, bongkokkan badan serapat mungkin sambil peluk bantal, leher ditekan kebawah sikit. Tujuan : nak menyerlahkan tulang-tulang belakang aku tu so senang dia nak cucuk. Dia kata cucuk tu sakit. Tapi maybe aku dah tak rasa sakit dek ubat tahan sakit awal tu, aku tak rasa pape. Bonos di situ.  Tetau je doktor tu cakap, DAH!


Tak sampai semenet lepas cucuk, aku dah tak rasa kaki dah. Takleh gerak. Oo... aku dibius separuh badan. Memang tak berdaya. Kalau time tu ada resakse datang menyerang, diorang lari tinggal aku je dalam bilik tu hepless sebab tak le lari. Mati la aku. Tu yang aku pikir masa dok telentang atas katil bedah. Yang aku tak pueh hati, apsal katil bedah tu tak macam katil? Kecik kemain. Ke aku yang beso? Tangan aku kena letak kat tempat lain plak. Terkedang gitu. Lenguh ketiak.


Aku tak nampak apa yang berlaku. Cuma rasa je bleh. Ada la rasa orang picit-picit perut aku, tapi aku tatau tang mana exactly dia picit. Ntah bila dia belah perut, aku siyes taktau. Aku rasa macam ada orang main lukih-lukih je atas perut nih. TApi, diorang ni tak brenti bercakap. Aku malas nak dengar. Aku pejam mata jekk... 

Tak lama je .. aku dengar bunyi...


"Ohhh..ohh....." cam cemas je. suara macam Dr. Sharipah. 

"Ok..cepat. Baby dah nak berak dah ni. Nasib baik la decide nak czer ..." sambung suara tu lagi.

Aku da risau dah. Apsal lak? Ada pape tak kena ke?


TApi, aku tak tanya dah bila aku dengar suara baby kemudiannya. 3 kali anak aku nangeh. Suara dia tersekat-sekat. Aku senyum. Alhamdulillah... AHHAHA.. Nasib baik mulut aku tak kebas, soh buleh la aku senyum dan cakap terima kasih kat suma orang. Ni perut belum habih jahit lagi ni!

Nampak mcm suma orang dalam bilik bedah tu happy. Diorang start sembang dan ngutuk sesama sendiri. AHHHAA.. Aku ngantuk. Nak tido. Tetiba rasa nak muntah. 


"Akak, saya nak muntah le rasa..." cakap ku perlahan.

"Hah, ok ok.. Jap... " akak misi tu bagi aku bekas, pastu menda sedut air liur. Aku try muntah tapi takleh. Perut aku cam keras je. Takde pressure. Tapi aku memang nak muntah! 

 "Oih... korang ni kasi la mak dia tengok baby dia.. Mana baby?" Jerit Dr. Sharipah. Pastu dia jengok aku yang tertutup penglihatan dari perut. 

 "Haliza, tahniah. Baby awak selamat. Tali pusat dia terbelit 2 kali. Tu pasal la tak engage.." beritahunya. 


Syukur sangat. Nasib kami memang baik. Aku berterima kasih sangat kat Dr. Sharipah walau bizi pun dia perform jugak operation untuk aku. Aku ingat doktor lain yang nak operate. Dia sambut kelahiran anak aku. PAsni, aku takleh kata dia garang lagi dah. HAHAHHAHA..mintak mahap ye. Buleh tak rasa cam nak kasi bunga kat beliau? Kalau dia takde, tatau la berapa lama lagi nak tunggu dalam wad bersalin tu. Sebab dia je buleh wat decision. 

"Puan, ni anak Puan. Ce tengok.... Laki ke pompuan?" sapa seorang mamat di sebelah telinga aku. Aku pun toleh. Oo.. nampak bebird cinonet. 

"Laki...."

Pehtu dia tunjuk muka baby lak.

"AAaa?? Putihnyaaaaa.... "kata ku dalam kekaguman. Tembun pipi, labuh. Tapi, memang putih. Lagi putih dari Oni. Camana leh jadi putih ni? 


 Pehtu aku teringat Oni. Yeyy!! Oni dah ada adik. Tak sabar nya nak tunjuk Adik kat Oni. Tapi dalam hati sedih sebab suami takde di sisi tunggu aku balik dari bilik bedah. Dia takleh azankan anak lelaki kami. Touching lagi...


 Dalam jam 4 gitu, aku ditolak masuk recovery room. Serta merta tubuh badan aku rasa sejukkkkkkkkkkk sangat. Apsal ek? Menggigil macam hape ntah. Nak mati da ke? Pehtu, mamat India yang aku suka sangat dok pegang tangan dia tu (dah dia je ado kat situ salu..) kasi aku sellimut panas, taruk satu lampu, ala-ala cam heater gitu. AHAHHA.. tetiba rasa aku adalah seekor ayam golek. Takpe janji aku tak gigil-gigil. Lama gak la aku tunggu situ. Ado sorang lagi patient kena bedah dari wad wanita, siap berdengkur lagi. Jenuh lak misi yang jaga dia tu kejut..

"KAK, OPERATION DAH HABEEHHH!!!!" 

tapi akak tu bantai berdengkur sampai aku naik susah hati takut dia mati tercekik. 

Sambil-sambil tu orang dari wad maternity datang jemput, aku borak-borak tanpa tujuan ngan si mamat India ni. Dia cakap besday aku sama bulan ngan besday bini dia. Pehtu, dia tanya pasal Oni... tanya pasal laki aku. Maybe dia taknak kasi aku tido kot. 

Tak lama pastu, ada akak dari maternity datang, so aku direlease dari bilik bedah. MAka disorongla aku pulang ke wad. Bila sampai, aku dah dengar suara anak aku nangeh. Punyolah deras! 

Aku dok keras atas katil , diorang angkat transfer katil sume. Aku sedar, cuma takleh gerak je. Ada gak try gerak ibujari.. konon-konon nak melawan gak la ubat bius tu kan, hahahahaha.. Takleh ! Memang tak gerak. Hu.. kagum jap. Maklumla, takpenah kena operate. Ciwi di situ. 


Da tu tetiba Kimi datang. Kimi kata tak de sapa pun tau aku kena operate. LAst skali diorang tau aku nak lari spital je. Kimi telepon Inche Kitchi gitau suma dah ok. Baby dah kuar. PAstu Kimi la jugak gitau Mak Abah aku yang dok tunggu kat Kuantan. Tak lama pastu, Kimi balik. Then datang pulak bawak Ayah Mertua aku. 

Kalau nak tau....


Kimi la yang azankan Najwan. Dia dia je yang ado. Kalau takde, aku memang nak suruh sapa-sapa tolong azankan je. Ayah mertua aku lak tolong tahnik kan Najwan dengan madu. 

Malam tu aku tido je. Aku rasa lama betul aku tido. Najwan aku tak pegang lansung. Masa lambat berlalu. Kaki aku tetap takleh gerak. Akak misi teruskan ubat penahan sakit, neobin. Cucuk kat peha. Aku disuruh rehat dan tido. Kepala pening....

Jam 6 pagi besoknya, baru aku jaga. Kaki aku dah buleh gerak sikit-sikit. 

Jam 8 pagi, aku mencuba sedaya upaya untuk bangun sebab Najwan dah ada kat sebelah. Ida Kurau datang kasi urut susu. Dia picit-picit sikit urat yang keras. Dah tak pasal Ida feymes kejap kat wad bersalin tuh.

Jam 10 pagi, aku dah bangun, duduk atas katil dengan rasa peritnya. Namun kugagahkan jugaaa... Misi kata kena gerak jugak, kalau tak sampai 3 hari dok sakit lagi. 

JAm 2 petang, tiub kencing dah cabut. Aku dah leh jalan gi jamban, tebongkok-bongkok. Tu pun aku tanya dulu tips nak bangun jalan lepas czer dari misi-misi yang ada experience.

Jam 5 petang, aku dah transfer masuk private room. Yeyy!! BUleh main remote katil balik. AHAHAHHAHA... 


Lepas czer memang menyakitkan. Tak besh lansung. Tapi, at least aku tak takut nak kencing. Bila darah bersalin tu nak turun, sakitnye memang meruntun jiwa. 



23 Jun 2011...

Aku dah buleh balik. Dr. Fazli check luka czer dan mendapati ia ok saja. Najwan pun takde kuning. Kol 10 pagi, Kimi dan Ayah Mertua aku datang jemput. Kimi signkan suma surat-surat yang perlu disign. Bagus lee.. Besok sapa jadi bini ko senang dah.. Adik aku dah well-trained ok. Pegang baby umo 1 hari pun dia terrer...


Bila aku sampai.....


Inilah yang terjadi kepada suami kesayangan aku...













Sabo aje lah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram