Followers

31 May 2011

Baru beraksi ringan-ringan dah berpeluh.




KEjadian ini tidak berlaku di taman-taman awam, pusat rekreasi atau air terjun. Baca boleh, risiko tanggung sendiri.



Pepagi ni aku bangun dalam keadaan tak berapa nak keruan. Tapi, aku aku bangun jugak. Oni perlu diberi makan dulu sebelum diberikan ubat. Kang tak baik la idung dia.


Apa je aku wat pagi-pagi?
MAsak bubur nasik Oni. Oni makan bubur nasik je kalu bekfes. Tengahari pun bubur nasik. Disebabkan idung dia luka-luka, aku just buat plain bubur ngan ubi kentang. TAkde tambah ayam or ikan bilis. Kang gatal lagi. Sambil tunggu nasik dia masak, aku rebus telur setengah masak untuk diri sendiri.

Inche Kitchi berdikari saja. Dia siap-siap gi keje, pakai helmet dan cam biasa dia cium pipi dua-dua awek comel kesayangan. Hih, dedua belum mandi. Gosot gigi pon belum! Inche Kitchi tak bekfes. Salu dia makan kol 10 pagi kat tempat keje dia. Sebab tu la badan dia remain cam tu je sejak sekolah. Anak dua pun cam budak skolah. So , korang paham tak kenapa aku perlu kelihatan awet muda selalu? Payah bersuamikan vampire yang never gets old ni........ YAKDISH!!


Sebenarnya, aku teringin nak makan steak lagi la. Errmm... Kalau Inche Kitchi terbaca entri ni, jom kite candle light dinner nak? Nak makan tenderloin steak, dengan black pepper sauce. Nyumyy... Kena cari steak house. Kalau lah aku ni kat KL, senang je. Gi cari kat Victoria Steak HOuse ka, chilli's ka... Tapi, kat jajahan ni mana nak cari???

Oni dah aku mandikan. Dah makan ubat. Ringan je pon aksi-aksi tu - tapi berpeluh macam hape ntah. Haih!

30 May 2011

[GEMPAR] Gambar Makbed terkini.




Dengat berat hati dan segala-galanya berat aku publish gak la gambo nih untuk tatapan korang sebagai membuktikan yang aku telus dalam segala aktiviti penulisan aku. KEKEKE..




















 SUPRISE?




GAmbo terkini. taken yesterday masa gi kenuri Pak Hamid kat Manjung Fasa 2C. Yang dukung Oni tu Kak Noky, member masa Makbed kijo kat Malakoff HQ, KL dulu. Dia rindu sangat nak peluk Oni. So, aku pun bawak le Oni jumpa dia jap lepas knuri tu. 


YE... AKU DEBAB kan? TAkpe, korang diberi kebenaran untuk kritik secara terbuka. HAHA.. Aku tak kisah. Insyaallah, mana tau kot leh jadi pembakar semangat nak kurus, ye dak? 


Gambar ni akan jadi secebis kenangan manis untuk diingat oleh semua, termasuk aku.






Maafkanlah saya ...



Maafkan saya seisi rumahtangga.

Saya sangat tak berdaya.

Saya mau lipat kain. Tapi saya perlu tidokan Oni dulu sebelum lipat kain. Bila ONi sudah tido, saya suda letih dan turut sama nak tido di sebelah beliau.

Saya mau kemas rumah dan mop lantai dan mulakan dengan mengutip suma barang menan dan baju-baju yang bersepahan sekitar rumah. Kemudian, pinggang saya sakit. Lalu saya pun duduk saja sampai sakit pinggang saya lega. Terus tak jadi kemas rumah.

Saya mau masak sedap-sedap. NAsi berlauk-lauk. TApi, saya tak mampu berdiri lama. Kaki gigil. Peluh membasahi pipi,dahi, leher, badan sampai lubang telinga pun peluh leh masuk OK. JAdi, jangan marah kalau lauk saya masak tu sejenis aje, pastu masin plak tu. KAKAKAKAKAKKA....!

Saya nak buat macam-macam tapi saya sangat susah nak bangun setelah duduk. TAdi, saya nak tengok citer Vampire Diaries 2 lagi, tapi saya malas nak bangun dan tukar plug and wayar (sebab tak reti sama) jadi saya memilih untuk duduk kat pc sambil berblogging dan makan buah kiwi.




Maafkanlah saya....


KEjap gi nak bawak ONi gi klinik. BAwah hidungnya luka. Dah 3 hari berair je. TAkut kena kudis plak. Nak tak cun dah anak aku. Camana nak jadi flower girl ni?

Maafkanlah saya ...



Maafkan saya seisi rumahtangga.

Saya sangat tak berdaya.

Saya mau lipat kain. Tapi saya perlu tidokan Oni dulu sebelum lipat kain. Bila ONi sudah tido, saya suda letih dan turut sama nak tido di sebelah beliau.

Saya mau kemas rumah dan mop lantai dan mulakan dengan mengutip suma barang menan dan baju-baju yang bersepahan sekitar rumah. Kemudian, pinggang saya sakit. Lalu saya pun duduk saja sampai sakit pinggang saya lega. Terus tak jadi kemas rumah.

Saya mau masak sedap-sedap. NAsi berlauk-lauk. TApi, saya tak mampu berdiri lama. Kaki gigil. Peluh membasahi pipi,dahi, leher, badan sampai lubang telinga pun peluh leh masuk OK. JAdi, jangan marah kalau lauk saya masak tu sejenis aje, pastu masin plak tu. KAKAKAKAKAKKA....!

Saya nak buat macam-macam tapi saya sangat susah nak bangun setelah duduk. TAdi, saya nak tengok citer Vampire Diaries 2 lagi, tapi saya malas nak bangun dan tukar plug and wayar (sebab tak reti sama) jadi saya memilih untuk duduk kat pc sambil berblogging dan makan buah kiwi.




Maafkanlah saya....


KEjap gi nak bawak ONi gi klinik. BAwah hidungnya luka. Dah 3 hari berair je. TAkut kena kudis plak. Nak tak cun dah anak aku. Camana nak jadi flower girl ni?

Hari Ini Hari Lahir Mak



Hari ni Makbed nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk Mak kepada Makbed.

~HAPPY BIRTHDAY MAK~

Sori Mak, tak dapat balik nak selebret. RAsa macam nak pos hadiah, tapi tak lama je nak balik kampung pun. NAnti I bagi by hand je la Mak ye. HEHEHE..

Musti Mak sonok, sebab Mak nak dapat menantu perempuan yang pertama!
Dan MAk bakal dapat cucu lelaki yang pertama.
Dan cucu Perempuan Mak sorang ni, nak balik buat bising dan tarik ekor kucing bernama Che' Mong kat umah.

Ermm..baby tak mau keluar lagi. Kalau keluar hari ni musti sama tarikh lahir ngan Mak kan? 

Sambutan besday semalam tema GOTHIC ke? HAHHAHAHA






Aku je takde dalam gambo. KAlau ada, memang PENOH sendat.. Cameraman kena duduk jauh lagi. untuk snap pic nih. 


Ce cari mana satu bakal pengantin?




Woit, lagi 4 hari je lagi nak jadi bujang! HAHAHAHAA.. Pasni takleh main game teruk-teruk dah.






aku nak menyapu sampah , kemas rumah tapi tidak berdaya.

29 May 2011

kaki dah surut....



Nak kabor ni..


Kaki aku dah tak bengkak dah. Tetiba jadi surut plak hari ni. Apsal ek? Ada sesapa leh tolong explain?


Tengah pulun tengok Vampire Diaries Season 2. 
Gila besh!

28 May 2011

[PENGUMUMAN] Keputusan Pemenang 2nd GA Makbed's Journal

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Makbed's Journal. 
Terlebih dahulu aku nak ucapkan berbanyak terima kasih sebab datang singgah blog aku walaupun aku mendapati sejak dua tiga hari ni kurang blog walking dari kengkawan yang kerap datang. 
Korang gi mana? BErcuti ekk?
KAlau Lulu tu aku tau la dia tengah bercuti.


Setelah meneliti kesemua penyertaan sukarela 2nd GA MAkbed's Journal, hari ni aku bersedia mengumumkan pemenangnya. 
Aku harap korang tak kuciwa dengan pilihan aku ni, sebab aku tak pilih korang. BUkan bermakna entri korang tak menarik. KOrang tatau camana muka aku bila baca entri kome suma...
Bagaimanapun, aku rasa BELIAU ini yang kisahnya paling layak untuk aku kongsikan bersama korang sebab terlampau banyak pengajaran yang aku dapat dari kisah peribadi beliau.



TAHNIAH dan ucapan TERIMA KASIH tidak terhingga buat


kerana sudi share kisah kehamilan awak.


Sini Makbed paste kan sikit kisahnya dan selebihnya korang baca sniri kat blog dia ekk....



Aku ambil dari entri beliau. Pinjam ek?



...Pada ketika itu sememangnya tiada lagi harapan untuk saya dan baby dimana ketika itu saya hidup hanya kerana bantuan mesin hayat (intubation). Dan akhirnya demi menyelamatkan nyawa saya yang cukup kritikal saat itu, akhirnya doktor memutuskan untuk menggugurkan baby dalam kandungan saya demi menyelamatkan nyawa saya ketika itu.... ikuti sambungannya di SINI




PAda si pemenang GA tersebut, emailkan MAkbed nama penuh, alamat penghantaran, nombor telepon dan saiz baju anda ketika ini di lizajalil1@gmail.com. Makbed akan hantar hadiah minggu depan. HAdiah dah ado cuma nak tunggu masa gi pejabat pos je. HEHEHE...


Yang lelain tu jangan sesedih ek. 
Cuba baca entri Fasya kat atas tu. 
This is the reason why I love blogging so much. 
Kadang-kadang bila kita rasa diri kita susah, hakikatnya ada lagi orang yang diuji lebih hebat dari kita. Beza diri kita bukan pada wang ringgit dan harta benda, tapi tahap kesabaran dan sejauh mana mampunya kita bersangka baik dengan Allah yang adakala nya memberi ujian ketahanan. Personally, kisah si pemenang ni buat aku jadi lebih positif menjalani kehidupan. 

You inspired me, dear.
Thank you so much.








Lepas pantang la kot aku wat GA lagi.

Catatan di waktu-waktu terakhir...

Adesss...

Tetiba lapar la pulak tetengah malam ni. Adakah sebab aku berpeluh berlebihan menyebabkan aku menjadi cepat lapar?

Baby gerak sakan gak ni. Sabo le nak oi. Tak lama je pun. Pinggang ni rasa cam nak gesel-gesel je kat memana agar sengalnya hilang. Papepun, jangan kuar lagi sebab besok baru muffin dan kek choc moist sampai depan umah. Kasi Ibu chance makan dulu ye.

Oni ngan Apak Oni baru je tido. Kesian tengok Apak Oni. Ntah camanalah dia nak handle Oni bila aku bersalin sok. Aku pun masih tak dapat nak bayangkan keadaan aku dengan berbaby baru yang kecik halus , dalam masa yang sama melayan karenah Oni yang pelbagai tu. But I am looking forward to see how Oni will react once she sees her newborn Adik. Musti dia suka!

Tadi Inche Kitchi kuar jenjalan , gi cucuk duit, beli rokok. Salu-salu dia pegi sendiri. Mana pegi pun tak penah dia bawak Oni. Ye la, sebab Oni ni payah nak berenggang ngan aku. Mana pegi pun, aku kena ada. Tapi, tadi Oni nampak Apak dia dok bersiap nak kuar, dia sibuk-sibuk nak ikut. Siap hulurkan kasut lagi soh pakaikan. Saja soh Apak bawak kuar tengok. Testing... KAlau Oni buleh kuar ngan Apak tanpa Ibu di sisi, maknanya Oni sudah makin matang. Kalau dia boleh bonding ngan Apak , aku lebih bertambah lega.

Mungkin latihan selama seminggu gi umah pengasuh dihantar Apak tu membantu banyak dalam merapatkan hubungan Apak dengan anak daranya itu. Heeee... ALHAMDULILLAH,

Thanks Bucuk sebab memahami keadaan B yang serba termengah-mengah ni. Cayangku memang seorang yang penyabar.

HAdoh.. peluh teruk ni. Buleh tak nak mandi? Kena air panas kat tempat sengal-sengal ni lega sikit. Tapi memang dalam info ngandung cakap mandi air suam buleh mengurangkan rasa sakit pinggang masa mengandung. Huuummm..... Tapi, kalau mandi air suam time tengah rasa panas peluh-peluh gini, bukan ke sudahnya jadi panas balik? Haih!



 p/s - Ado orang cakap aku tak macam ada anak pun. HAHAHAHAH... MAcam bebudak skulah je lagi. Itulah hikmahnya tangkap gambo separuh badan aje. PAdahal, perut dah maju ke depan sampai jalan pun tak nampak mana kaki tu pegi.

27 May 2011

Senarai Movie Best berderet-deret bulan ni. Tengok la sampai lebam.



26 May - Kung Fu Panda 2
2 June - X Men First Class
16 june - The Green Lantern
30 June - Transformer 3



Hakikatnya, aku sedang dalam keadaan berbulu-bulu kerana aku sudah melihat
the jaw-dropping trailer of Transformers 3. 
Takleh tengok!!!
Takleh tengok citer tu kat panggung. 

Sebab aku tengah dalam pantang masa tu.

Tengah mengumpulkan kekuatan untuk menerima hakikat neh. Sob sob sob.. Jeless...



"HAHAHHA.. Bulehlah saya tengok Transformer ngan awek lain nanti!" kata partner-in-crime aku. Sapa lagi kalu bukan Inche Kitchi.


Eleh..gi la tengok ngan sapa pun, takkan sama macam tengok wayang ngan saya. Dijamin masa tengok citer tu , muka Megatron pun nampak iras-iras macam aku nanti. Kuang kuang kuangg.... 




 Buat pertama kalinya, Inche Kitchi kuar malam bawak Oni. Keluar berdua je. Semoga Oni baik-baik saja bersama Apak. Kalau berjaya ni, tandanya Oni sudah bonding dengan Apak which is good. Ringan sikit rasa sakit bahu aku ni.

Kais Pagi Makan Megi , Kais Petang Makan KFC



Akhirnya aku dapat inner peace aku. AHHAHA.. Tukang urut janji nak datang kol 10 pagi, terlajak datang kol 10.30am. Aku dah sediakan siap-siap wang upah 25 sen atas meja. Mana la tau kot-kot lepas dia urut aku tertido ke kan.... 


Memang skang ni belakang aku sekejap sakit-sakit. Ini bukan sakit belakang lenguh. 
Honestly, aku pun dah lupa camana sakit bersalin. Tapi, sakit gini datang sekejap-sekejap aje. Misalan, terasa pukul 8 pagi, kang pukul 6 petang pulak baru terasa. KAlau time berasa tu aku tengah berjalan, memang rasa cam nak tonggeng kat situ jugak! Kadang tu aku terpegang 'menda' tak sepatutnya tetengah dok jalan tu. Heee... Depan orang kot. 
TApi, kalau dah perut giant cam haku ni, buat apa pun suma orang concern.Aku gi pasar pun orang kat pasar tu marah. Aku cuma nak gi beli teh ais je... HEHE.. Kena marah gak, sebab diorang takut aku jatuh tergelincir. Perut beso, tak nampak kaki. Camana nak langkah longkang?


Bahu aku yang lenguh macam nak jatuh tu dah ok lepas kena 'wachaaa' ngan Ida. Lepas selesai sesi, cam biasa la dia lepak jap. 

"Ayaq horlicks hang ada lagi?" tanya nya.

"Adaa.... Aku dah refill dah sesiap. Memang beli untuk hang minum pun," jawab aku sambil tergelak. Ida sengih kambing. Musti dia ingat aku perli dia. Tapi, memang aku dah sedia maklum, kalau dia mai umah aku dia musti pi buat air sendiri kat dapur. 

Aku duduk je atas tilam. Nak bangun tak larat la. BAjet nak tido terus tapi tengok Ida dah dok masak air plak. Kang sapa nak teman dia minum-minum?

"Weh, aku amik megi hang sebungkus no." 

"Aik, pepagi nak makan megi?" tanya aku dengan herannya. Selalu time camtu aku dah dengar bunyi lesung baru dari umah dia, sibuk menyiapkan lunch untuk suami. 

"Malas la nak makan nasik..." balasnya. 

Maka, dia pun makan la megi kari tu dengan berseleranya. Dah lama aku tak beli megi kari. Cuma beberapa hari lepas, tetiba aku teringin nak jamah megi kari tu, so aku pun beli la. Lepas dah makan sekali tu, ilang dah keteringinan kat megi. Hari ni, aku nak makan kfc chicken chop dan teh ais. 

Dah kenyang isi perut, Ida pun balik dengan membawa sebungkus santan kelapa dan ikan pekasam yang dia simpan dalam peti es aku. 

Tapi duit 25 sen yang aku letak atas meja tu dia TAK AMIK plak!

Aku SMS dia .. Tak putus ubat ni. Kang tak pasal lak dia sakit bahu , ganti aku. 

Ida kata..." tak pa. Aku dah makan megi. Kira charge 25 sen la tu..." 

AAHAHAHAAHAHHA... BUleh camtu eh? 



Tengahari tu aku rasa dah sihat dan kuat. Aku masak sambal tumis soton kering ngan ikan goreng. Sebelum Inche Kitchi balik, aku pesan soh tapaukan teh ais kat aku. Teringin sangat nak minum teh ais kaler oren terang kat pasa. Alhamdulillah, dia belikan. 

Sekali sedut je, abih air tuh. AHAHAHAHHa. Dia sedut sekali je. KEKEKE.. Takpe la, kasi chance kat bini kesayangan. 

Aku baru balik dari KFC Lumut, jamah kfc chicken chop. Dah lega dah sebab dapat apa yang aku nak tu. Beshnye dapat dating-dating. Oni? Tinggal umah pengasuh.

Hari ni last Oni duduk umah pengasuh.
Start next week, Oni duduk umah jaga aku plak, sampai aku bersalin. Jika perlu , aku akan hantar dia kat pengasuh bila aku dalam pantang minggu pertama dan kedua nanti. Kalau Kimi buleh jaga, aku tak yah la hantar. So, gaji pengasuh leh la bagi kat dia. Kimi nak masuk poli bulan Julai ni, musti nak pakai duit. Dia cakap dia nak 'kerja' ngan aku. HAHAHAHAH... Buleh..buleh... I likeeee!

ada orang cilok nama Makbed wat nama group Black Metal laahh!


Pada suatu hari, sahabat aku, Aishah Shah google nama Makbed dalam google search. Korang penah cuba google nama Makbed? HAHAHA.. cube la try. 

Tapi, Aishah kendian kasi aku satu link. Terkejut aku bila tetiba aku nampak ado orang menggunakan nama MAKBED untuk tujuan komersial. Hoh? Sedihh....  Tak cukup dengan bagi link, Aishah siap save gambo tu , boh dalam fesbuk dia, then tag aku skali. 

Korang nak tengok?


Feymesss wooooo.... Makbed dah ada poster sendiri!!


*

*

*

*

*

*

*






caya tak?


Kalau korang terer, cuba translate apa yang ditulis atas poster kat atas ni.









klik untuk tumbesaran

Muffin kecintaan Makbed dan Oni is on the way... weehu!




Pertama kali merasai muffin buatan beliau, aku terus jatuh cintah!!!!
Heee..jatuh cinta terhadap muffin la .. bukan kat tukang wat muffin tuh. 

Memula dia kasi aku sample je..beberapa bijik. 
Besok tu, aku terus order lagi 30 bijik. Comel sungguh la makanan ni. 




Oni kemain lagi suka. Lepas habih stok muffin tu, dia ada sebut-sebut lagi pasal 'kek' ni. Dia panggil muffin ni 'kek'. Maka aku nak order lagi la kat si pembuat tu.

Malangnya, tokeh muffin tu kata, order ditutup sementara sebab oven dia meletup! Kena tunggu gaji kuar baru leh start wat muffin balik. Tu pun lepas dia beli oven baru. Ngeh..Ngeh...Ngeh...

TAkpe, aku sanggup menunggu. Tak kisah! Demi muffin sedap beliau. 

Nama nak wat sendiri memang TAK la, kan? Tunggu lepas Oni dah pandai pegang senduk la baru aku belajar. Ada la assistant untuk kacau tepung besok-besok.



Harga untuk mini muffin sama macam gambo kat atas tu

Aku suka mufin dengan inti cadbury. Matching dengan muffin perasa vanilla, atau coco ataupun coco + pinat butter, NYUMMY! Inche Kitchi pun ngap tanpa segan silu. Hehhe.. So, muffin beliau ni memang pengerat kasih-sayang keluarga bagi aku. 

Kalau nak tahu lagi pasal muffin buatan tangan Faz Kinchi (nama glamer jugak ni..) buleh gi kat personal blog dia - FAZ KINCHI


Dia ada wat chocolate moist cake jugak tapi aku belum rasa lagi. Katanya besok dia buatkan aku nye muffin and deliberikan sekali sample choc moist kek tu. Alhamdulillah.... murah rezeki Makbed.

Dengar khabar Semut Merah pun order muffin gak dari beliau. HEhehheee... Dah takmo diet la tu kot? Oppss!

ADAB BERSAHABAT



Terdapat hadith yang diriwayatkan daripada Rasulallah SAW yang bermaksud:

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan"


Al-Qamah, seorang ulama yang masyhur dahulu memberikan beberapa tips kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:


  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
  • Jika engkau berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu. 

Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat 2 sifat berikut ada pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:

  1.  Orang yang mudah berurusan dalan kehidupan sehariannya.
  2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Di samping itu, hak seseorang individu dengan sahabat itu meliputi beberapa bidang seperti hak di bidang harta, hak memberi bantuan rohani dan jasmani, hak memelihara lisan, hak mendoakan, hak memberi salam, hak menepati janji dan lain-lain.



Makbed berkata:
Carilah sahabat yang boleh mendoakan kita bila kita mati kelak.
Dan tinggalkan sahabat yang sangat suka berbuat zalim pada orang lain. 
Let's correct ourselves. Today is Friday ! 
Jom beribadah...

INNER PEACE


HOH!

Semalam Oni bangun kol 4 pagi tau. Tak tido-tido sampai la dia pegi umah pengasuh tadi ni. MAta celik je. Sakit nye pinggang aku menepok bontot dia selama tu dengan harapan dia tido. Udah le panas malam tu. Berpeluh-peluh.

Skang, aku dah pening balik dah. Gigil kaki aku bila berdiri. Belakang ni macam ado orang putar-putar lak tulangnya. Belikat aku pun sakit, denyut-denyut. Tu natijahnya akibat duduk lama sangat. Maunye tak, aku sampai tersengguk-sengguk tertido sambil menidokan Oni.


Nak pi cari INNER PEACE jap. Saat-saat ni, ketenangan dalaman adalah perlu. Ida Kurau nak mai bagi iiner peace kat aku jap gi. HUHHKHUKHUKHUKH.

Edema Semasa Hamil



Mengandungkan Oni , aku dah kena swollen feet masa masuk 6 bulan. Minggu ke-28 atau 7 bulan, aku terpaksa solat duduk atas kerusi. 10 minggu pas tu, kaki aku memang lansung tak seksi.

Kali ni, kaki aku bengkak bila masuk 8 bulan. Tapi aku masih boleh solat seperti biasa. Cuma, bezanya kali ni kaki aku bengkak teruk sebelah kiri. Kaki kiri lagi beso dari kanan. Pelik tak? Perut aku yang besar ni menyukarkan aku berjalan, di tambah lak dengan kaki yang bengkak. Dalam umah pun aku pakai slipar skang ni. Tak tahan, tapak kaki sejuk.

Edema terjadi bila wujud lebih cecair dalam tisu badan dan ia memang normal masa pregnant sebab time ni badan menyerap lebih air. Tambah lak ada uterus kita yang besar tu memberi tekanan pada salur darah especially kat kawasan pelvis. JAdi, darah tak buleh mengalir dengan lancar menyebabkan berlaku edema di sekitar kaki. Biasanya edema ni berlaku bila kandungan masuk trimester ketiga dan akan hilang sebaik saja bersalin.

Bagaimanapun, jika suddenly ada bengkak di tangan atau muka particularly sekitar mata, ataupun bengkak yang melampau di kaki silalah berjumpa doktor secepat mungkin kerana itu mungkin preeclampsia, dan ia sangat berbahaya. 


Cara-cara kurangkan bengkak kaki masa mengandung;

  • Tinggikan kaki sepanjang masa. Jangan gantung kaki. Lapik kaki ngan kotak bila duduk di pejabat. 
  • Jangan silang kaki masa duduk. Biar je nak terkangkang pun... 
  • Stretch your legs whenever possible when sitting. Kasi darah jalan.
  • Bangun sekali sekali kalau dah lama duduk. Gi jalan-jalan kejap.
  • Pakai kasut yang selesa dan boleh ikut bentuk kaki yang bengkak tu.
  • Jangan pakai stokin yang ketat getahnya.
  • Minum banyak air. It helps your body to retain less water... 
  • Bersenam sikit. 
  • Jaga pemakanan.Elakkan jajan.


Adik Angkat Aku dah pandai tattoo badan skang!








Ni sapa yang mempengaruhi adik angkat kesayangan Makbed ni? Memandai je tatto badan. Aiyo... Dik Justin ni, tak cantik la badan kalau ada tattoo. Ni musti anak Pakcik Gomez mempengaruhi ko kann...?


Terus cancel nak wat menantu! Hee... ada keinginan gak tu..




Perhaps having adjusted to the idea of Justin Bieber dating Selena Gomez, Bieber obsessives have found something new to fixate on while Bieber vacations in Hawaii with Gomez.

Some paparazzi shots of a shirtless Bieber have revealed that the 17-year-old pop star is sporting what appear to be two tattoos: one on his waist -- a tiny bird's head -- and one on his ribcage -- the word "Yeshua," or Jesus, written in Hebrew, according to The Daily.

While we don't know the intentions behind Bieber's tattoo, he did visit Israel in April, where he ranted on Twitter about how the paparazzi wouldn't give him the time or space to properly engage with the holy sites.

He has also led a backstage Hebrew prayer before a concert recently, as seen in this video.

Though Bieber is not yet 18, in several U.S. states minors can receive tattoos as long as they have parental consent. Let's hope, though, that Bieber pal Willow Smith doesn't get any ideas.


Sumber: SINI  (leh tengok gambo skali...)

26 May 2011

[PENGUMUMAN] 2nd GA Makbed's Journal sudah ditutup




Uit korang,

2nd Giveaway Makbed's Journal udah tamat tau. Sebarang penyertaan lewat tidak akan dilayan. sekarang Makbed tengah meneliti kesemua entri satu persatu. Belum decide sapa yang menang lagi. Insyaallah kalau takda aral hari Sabtu aku umumkan pemenangnya.


Sila rujuk LINK ni untuk memastikan penyertaan anda wujud dalam rekod Makbed. Kalau ada yang tertinggal, gitau aku kat shoutbox or tinggalkan pesan kat ruangan komen.

Harap bersabar ye...



Pengumuman pemenang akan dibuat melalui entri dan aku akan maklumkan sendiri kat pemenang tu dalam shoutbox atau ruang komen dia. 
So, tak kisah la kalau tak FOLLOW Makbed's JOurnal pun.
Anda masih layak menang.

KUNG FU PANDA 2 - inspiring in a funny way







Oh My!

Masa decide nak tengok citer ni , I really didn't expect anything. 
Saje je pi sebab nak dating-dating ngan pakwe ensem I yang susah senyum tu. 
But, suma orang tau Kung Fu Panda 1 memang best. Kan?
So, let's hold on to that.


Mula aje citer tu dah gelak beso dah!

Muahahahhaa.. Gi lah tengok weh. Nak buat review pun aku tak mampu sebab orang kata kalau gelak terlampau banyak buleh menyebabkan LUPA.
So, skang aku terlupa apa menda yang kelakar sangat daam citer tu. 
Tapi memang siyes kelakar habeh.

Sapa yang dapat pakwe bajet siyes, atau baru aje nak bersuai kenal dengan pakwe baru, buleh test ajak dia tengok citer ni. 
Tengok rupa dia gelak camana. 
Kalau dia gelak sopan-sopan sambil tutup mulut, tandanya korang harus CARI PAKWE LAIN.
Pakwe tu TIDAK NORMAL okeh.


p/s - yang mana ada masalah bladder tu sila pakai POISE sebelum gi tengok movie ni. Macih!

Lelaki kurang senyum lebih seksi.




VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.

Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.
Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.


Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.
“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters




MAkbed berkata:

Wow, Inche Kitchi pastinya tersenyum bangga dengan artikel ni!

Kalau depan orang , memang dia payah sungguh nak senyum. Orang kata, "biasalah...Askar! Memang serius.." 

Masa memula dulu camtuh gak. Siyes... MMS gambo pun muka siyes. HUAHAUHUAHAUHAUHUA. Tapi, lama mana leh siyes kalau dah beisterikan orang macam haku ni. Pastu dapat lak anak riang-ria cornflakes macam Oni. Memang payah la nak serius. 

Sesapa yang tak kenal Inche Kitchi, memang cakap dia serius. 

Kalau time dia keja, dia WAJIB serius. Time aku tengok dia serius tu aku tahan jela...Tak berani nak wat lawak bodoh ke hape. KAng ado gak makan slipar jamban jap gi. Aku pun kena siyes skali ..takleh senyum. Kuikuikuikui.... 

Honestly, aku memang suka lelaki yang kurang 'peramah'. Termasuklah jugak dengan lelaki yang kurang senyum. Senyum sesekali baru nampak ikhlas... Dan senyuman yang dia bagi tu terang-terang untuk aku je. HAA..paham ke?

Lelaki manyak senyum cam ada la sorang kawan aku ni. Asyik sengeh tayang gigi kapak dia. BAnyak sangat senyum cam dia tu buat aku rasa nak lempang laju-laju. Ntah hape yg besh sangat dia pikir sampai nak senyum semedang. Pervert ke? Tak pasal je.... HUHuhUHAUHUahuahuahua.

Auni terkini di usia 21 bulan


4th day on PERCHOBAAN PEGI UMAH PENGASUH DENGAN APAK, Oni  behaved well. 
Inche Kitchi pun memberi kerjasama yang jitu dan memberi peluang aku berehat-rehat.
Actually, aku da tak larat nak panjat tangga apatah lagi dengan mendukung Oni.

Thanks Bucuk.

Saje nak kasi Apak bonding dengan Oni. Nampak perubahan besar sangat pada Oni walaupun still ada manja-manja. Dia dah kurang merengek, and lebih berdikari. Maybe Apak dia ada cakap-cakap dengan dia kot masa dalam kereta on the way gi umah pengasuh tu. Kalau dulu tu, tak mau lansung ngan Apak. Aku nak gi jamban pun kena bukak pintu kasi dia masuk. Kalau tak bantai nangeh sampai sudah! 
Skang dah ok dah. Dia nangeh le kejap, tapi bertenang sikit bila Apak datang pujuk.


Lepas kes jatuh kerusi tu, Oni dah buat tarian singa atas kerusi lagi dah. HAHAHAHAHAHAH!


Sebagai Ibu yang melahirkan, aku nampak beberapa sifat Oni yang terkadang buat aku terdiam lama.....kemudian bersyukur sangat sebab mempunyai anak sepertinya.
Op kos laa...mulut dia sangat becok ok! Inche Kitchi kata mulut dia sama macam aku. Pok pek pok pek.Celik-celik mata je terus bercakap! Tapi, Oni ceria selalu. Dan dia menceriakan kami berdua.



menolong orang tua yang dalam kesusahan


Oni ni ada satu sifat yang aku rasa ada kat orang dewasa je. Sifat TIMBANG RASA. Dia ni mudah sungguh kesian kat aku. Bukan kat aku je lah. 
Kalau dia dengar budak lain nangis, Oni akan kepochi, sibuk-sibuk nak tengok siapa yang nangeh, kenapa budak tu nangeh. And she will offer anything in her hands for the person. 
Kalau time tu dia pegang menan, menan la dia bagi kat budak tu. 
Kalau dia pegang makanan, makanan la dia bagi. 
Kalau dia tak pegang pape, dia gi tepuk-tepuk lutut ke, tangan ke... konon nak pujuk-pujuk kasi diam. 
KAt kawasan kejiranan umah pengasuh, Oni memang terkenal dengan keramahan. Pantang nampak baby je, pantas dia menyapa baby tu sekali ngan mak-mak baby tu skali. 
Apsal aku tak camtu pun? 


Dalam ilustrasi 'kanak-kanak riang' di atas, Oni memang tak pernah GAGAL untuk tampil membantu Ibunya yang mengalamai kesukaran untuk bangun dari pembaringan atau pun nak bangun dari lantai.
Selalunya, kalau dia suruh aku buatkan nenen, dia akan tunggu kat situ sampai aku berdiri. 
Aku minta tolong... Just cakap.."Oni..ibu nak bangun.." 
Bila dia dengar ayat tu, she will stop doing whatever she's doing, and gives her hands. 
Ala.. bukannya dia larat nak tarik aku pun.
Tapi, dia punya effort nak juugak menolong tu buat aku speechless kekadang.
All I can do is pray for her. Syukur sangat.


Yang tak menahan tu tang bunyi "YAH YAH YAH.." tu la. 
Kelakar sangat. HAHAHa. 
Lagi kelakar kot kalau korang tengok aku bangun. Dah macam dinosor terbalik je. 




mencuci pakaian

 

Ini rutin jugak ni.
Aku biasakan bila dia bukak baju je terus masukkan dalam laundry bag. 
Tak kisah le dia londeh baju kat mana pun. Laundry bag tu ada je kat dalam bilik. So boh je dalam tu. Kadang tu dia ingat dia boh la. Kalau dia lupa pun takpe. BUdak kecik kan. 

Bila perut dah makin besar ni, sengsara jugak la nak ngutip baju atas simen. Tonggeng-tonggeng nak kutip. Nak kemas. Makin kerap lak aku 'memerintah' Oni soh tolong kutipkan baju atas lantai. Oni menurut perintah! HAHHA... Dengan riang rianya dia kutip semua baju seperti yang disuruh. 

Rupanya budak kecik  memang suka diberikan satu tanggungjawab kecik untuk dia buat. Sebab, dia nak tiru parents dia. So, bila kita suruh dia wat pape pun secara lembut tapi kerap, dia akan terbiasa. Cam memula dulu, soh amikkan remote. Skang dah tau beza mana satu remote nak diambil. 

Skang, bila dia nampak je baju-baju ke, spentot  ke, baju dia bersepah atas lantai, dia akan kutip satu-satu dan bubuh dalam laundry basket, sambil menyanyi ..ke membebel aku tak sure.  
Waaaahhh, aku sungguh touching melihat keadaan tu. 
Semestinya lah aku puji-puji dia sambil ucap "thank you". 
She likes it. 


sayang adiiiikk...!


Rutin wajib , tak pernah dia tinggal ialah.......

Cium Ibu ngan Apak.
Yang ni memang disiplin betul. 
Penting memupuk rasa kasih sayang kepada ibu bapa. even dah besar pun. 
Apak dia sampai dah beranak-pinak pun cium pipi Tok Wan ngan Umie lagi. 
As for Oni, dia akan muah sesapa je yang dia rasa patut di muah... 
Tapi yang paling selalu kena muah ngan dia adalah ADIK dalam perut Ibu. 
Bangun pagi, dia muah. 
Balik umah pengasuh dia muah gak. 
Malam nak tido dia pegang-pegang perut , kekadang tu over acting sikit, dia tepuk-tepuk nye perut aku. Wahahaha.. Adik tu dah biasa gamaknya dengan Kakak dia yang ganas. 

But when there's a moment when my tummy hurts so much, tak selesa especially time cam skang ni - sekejap keras...sekejap ok, Oni selalu ada kat perut, tolong usap pastu ntah hape-hape ntah dia cakap kat perut tu
. Dia kan banyak bercakap. 
Lepas dia prok prek prok prek kat perut , dia muah lak. 
Then dia cakap..."babai Adik..." pastu sambung gi main. 

Kadang tu nak marah gak la sebab dia main usap-usap, pastu tepuk kuat-kuat. Kadang-kadang dia sesaja je sentuh perut aku ngan kaki dia masa aku nak salin lampin dia.. tapi lepas dia wat camtu, dia musti pujuk aku then cium perut. Haaa..camtulah keje dia hari-hari.

Kalau aku merajuk ngan dia , dia menangih. Bangun cepat-cepat dan terus kasi big hug. 
Suka peluk orang dia ni.... 
Nak marah pun tak jadi. 



Ibu tak kisah sakit dan letih sepanjang tempoh berpantang nanti, tapi Oni takleh dok jauh ngan Ibu.


sekian saja cerita mengenai Oni hari ini. rindu kat oni sebenarnya. huumm... dia ada kat umah pengasuh.

25 May 2011

Be careful on what you wished for..











Aku suka sungguh tengok keletah Boo yang sungguh cute ni. Really love seeing her running here and there with the monster. Hape ntah nama si biru tu.. Sully? Suara Boo pun sangat cute. 

Dah lama sangat kan citer ni. Tak silap aku sekolah menengah pe kan masa citer ni kuar. Dan actually, aku memang selalu tersenyum sengsorang bila tengok gambo Boo di kat memana. Toncet dia comel lah!





Oni pun macam Boo taw. Eiiii...lari..larii..larii... 
Dan aku lak macam monster biru tu. Kejar..kejarr..kejarr...

Tukar Jantina sudah.. Tukar Nama aje belum.




Keputusan lelaki tukar nama wanita 18 Julai


2011/05/25
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana.

Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen sudah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu selepas mendakwa cenderung kepada perwatakan sebagai wanita sejak kecil.


Makbed berkata:
Kalao dia ni berjaya tukar nama, pasni LAGI RAMAI laa orang pakat tukar jantina dan namanya. Hey, kat mahkamah dunia buleh la ko tuntut. Ko lupa ke dengan Mahkamah Allah nanti? 

Camana pun, jangan lah kita membenci golongan cenggini. Sebab, diorang pun manusia gak. Bab hukum-menghukum, keji-mengeji ni tolak tepi. Hanya Allah yang layak menghakimi. Kita sendiri pun tak baik mana. Kan?

Ya Allah, lindungilah anak cucuku serta keturunan ku....

American Idol Season 10 Finale! Sapo nak menang?





hehe..kecik la gambo ni.




I am watching them now. Sapa nak menang neh?

Scotty ke Lauren?

Dedua Makbed suka.

Both are so young and talented. 

Sorang suara cam Elvis. Tak padan lansung ngan muka dia yang cute jambu tuh. Suara dia sangat MACHO!!! Muka suci sungguh. Apsal ko asik pakai baju petak-petak je ni? Ce tuko baju Pikachu ke, Domokun ke... HEHE... Nampak sgt tak layak jadi image consultant. 


Lauren plak muka mature. First time aku dengar dia nyanyi aku suka terus.
Aku panggil dia Budak Bontot Besar. HAHAHA.. Sebab, kalau pakai suar, nampak bulat je montot nye. Pervert ke aku ni? 
Tapi walaupun dia tembam, dia nampak cun sangat. Ramping lak. 
Ada ke si tembam yang ramping? 
Ke dia pakai BEAUTIFUL? 









Aku suka Scott tapi rerasanya Lauren yang akan menang. 

Taki kisah la sapa menang, aku tak dapat pe pun. 
Yang penting, I am entertained. 
Tak macam tengok AF okeh. Terus megren!



Baru pas masak nasik goreng cili api.
Kang nak makan ngan kerabu dan begedil yang Ida KUrau kasi tadi. 
Nyum..Nyum...
Masak sikit je , peluh sampai  buleh perah baju aku ni.
HAdoi... !

VAMPIRE DIARIES SEASON 2



Pasni aku akan duduk mengadap citer ni sambil air liur menitik... kekekeekek... 


Ni yang sayang kat Inche Kitchi ni!
Semalam aku minta tolong dia check kan Vampire Diaries Season 2 dah kuar ke belum.



Sekali tadi dia cakap.................

"DAH KUAR DAH. HABIH DAH PUN SEASON 2..."



Owh..aku terliwatlewat di situ!
Cepat-cepat donlod. Buleh le distract aku dari asyik berpikir tentang isi keberanakkan aje.











TAK SABO WEH!!!

Tak Boleh Merokok Di Taman Awam - hamek ko!



Perokok makin tersepit di New York


2011/05/25
NEW YORK: Bandar raya New York mengeluarkan perintah larangan merokok mulai kelmarin di kawasan luar bangunan termasuk di taman awam dan pantai sebagai sebahagian daripada kempen gaya hidup sihat yang dipromosikan Datuk Bandar, Michael Bloomberg.

Larangan itu, secara rasmi diharap dapat mengelakkan masalah yang disebabkan oleh perokok kedua, sebagai tambahan kepada larangan merokok di bar dan restoran sejak 2003.
Peraturan baru ini tidak dikuat kuasa pihak polis tetapi sebahagian daripada 200 pegawai taman yang akan memantau kawasan taman dan pantai seluas 12,000 hektar.

Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan denda AS$50 (RM152) tetapi pihak berkuasa berkata larangan itu hanya untuk mendisiplinkan diri.

“Kami tidak fikir yang orang ramai perlu terdedah dengan bahan kimia itu apabila kita ke taman untuk menikmati udara segar,” kata Pesuruhjaya Kesihatan bandaraya itu, Thomas Farley. – Reuters

Tiada Kenaikan Harga Petrol Ron 95



PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tiada kenaikan harga petrol RON 95, diesel dan gas LPG.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Mohd Ismail Sabri, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini kerana mengambil kira kepentingan rakyat. 



Makbed berkata:
Heeee...heee.. hiyaaahhh!!!! 


Tapi nak tengok gak la berapa lama nak tahan tu.

Dentuman di kejiranan Makbed



Tu la.. 

Panjat-panjat lagi. Cuba la feminin sikit. 
Pantang nampak menda buleh panjat, nak paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannjat je!



 

Aku baru nak makan. 
Memang tabiat dah si Oni ni. Asal aku nak makan je, dia pun mula tarik kerusi , usik itu ini atas meja makan. Padahal aku suap makan nasik. takmo.
Tapi saja suka-suka nak 'teman' aku... Kalau duduk diam-diam tak po la. 
Ni tak. 
Ada je la menda dia request. 
Mulut tu tak berenti bercakap. Dah macam bertih jagung dah. 








Dia nak air. Iskk.. dia ni memang salu camtu. 
Kalau tak air, dia sebut "Nak ayam.."
Suma lauk dia panggil ayam. 
Ikan pun 'ayam. 
Daging pun 'ayam'.
Ikan masin pun 'ayam'. 
Sayur pun dia sebut 'ayam'. 
Aku dah habih makan dah. 
Maka aku pun angkat pinggan nak pi dapur. 
Pesan kat Oni , suruh turun. Meh amik air kat dapo ni. 
Wat derk je minah ni. 
Dia dok wat tarian singa la atas kusi makan tu.
Aku gi dapo jap. Basuh tangan ....


 

Tetibaa.... seperti dalam ilustrasi gambo di atas.
Bunyi kuat kemain jatuhan Oni dari kerusi. 
Berlari aku dari dapo ke tempat makan. NAsib baik la dekat je. 
Aku tengok ONi dah terbaring atas lantai, bawah meja. Nangeh terus! 


Aku cecepat angkat. Kuat gak dia nangeh.
Dia peluk aku kuat-kuat. Tu tanda tengah dalam ketakutan la tu. 
Aku usap-usap belakang dia.


"Sakit... Sakitt makkk..." kata Oni dalam tangisan.


"Mana sakit?" tanyaku. Saja nak tengok dia buleh jawab lagi ke tak. 
Dia nangeh sampai batuk-batuk. Aku doa je jangan la dia muntah.


"Ni..............." dia tunjuk kaki kanan dia sakit. 
Aku pegang-pegang sikit. Then, aku jampi. Cara jampinya ialah... baca lah Bismillah, kendian tiup tempat yang dia kata sakit tu kuat-kuat. Gerenti, hilang sakit si Oni. Siap ketawa lagi. 


Aku tanya kepala sakit tak. 
Dia still tunjuk kaki dia ..

Alhamdulillah... Oni dah ketawa pastu. Tak sampai 5 menet pun nangeh nye....






 Pastu dia sambung balik lari-lari keliling umah. Berbulu je aku nengoknye. Bila nak insap ni Oni oiiii!!!?




Tak lama pastu aku bukak fesbuk, ado lak jiran prihatin bertanya...





Haa...Dentuman tau tak?
Maknanya kuat la bunyi dia jatuh tadi sampai satu kejiranan buleh dengor. 
Hape la Oni ni. 
Wat suma orang gelabah je!

24 May 2011

Auni ku sayang... Tak lama saja lagi.



Sabar adalah separuh dari iman.


Apsal lately ni asik ngantuk di siang hari je ek? Adakah kerana aku GAGAL tido di waktu malam? Asal kol 10 jek, aku dah start mode lelap. Tadi camtu gak. Kol 10, ngantuk. Tapi, sebab Ida Kurau ngan Illa Seman datang bergosip kat umah, sampai kol 12 plak aku berjaga. 

Lepas lunch, Inche Kitchi dok layan Bleach kat PC since Streamyx wat hal lagi. Menonong aje aku tinggalkan dia kat hall tu, jalan masuk bilik bersama bantal busuk Oni. BAring atas katil. Bilik aku tu dah redup sikit since aku letak banner kawin aku kat tingkap ari tu. EHHEHHE.. Aku baring. Bantal aku tinggikan. Dah serupa macam duduk je. Tak macam baring pun. Pehtu lelap.

......


Lelap sampai kol 5.00 petang!!!! 


Posisi yang sama gak, baring, Tak gerak-gerak.


Aku ada try tido mengiring. Tak kisah le mengiring kiri ke , kanan ke. Tapi sudahnya, bila lama sangat tido macam tu, bila aku nak bangun, nak angkat kaki aku yang beso ni, terasa perit sangat kat celah peha , yakni dekat-dekat dengan anu tu. Siap leh denyut-denyut lagi. Tapi, kalau aku tido baring, tak de rasa sakit camtuh bila bangun. Jadi, aku amat cuak nak tido mengiring. 

Sekali-sekali aku rasa 'pintu' di bawah sana tu cam meremut je. Sakit gak. Cuak gak nih. Nak kencing pun sakit. Bila rasa nak kencing tu datang, rasa cam dah penuh je tangki. Tapi, bila gi kencing kuar ciput je. Yang ni memang salu berlaku la time-time gini. Selalunya malam. Camno nak tido? 

Time cenggini la aku memerlukan kasih sayang berlebihan. Huaaa.. peluk lah daku. Asal aku nak ngendeng sebelah Inche Kitchi je, Oni datang tengah. Camneeee.... HUkhUkhUkkk...~ Payah tol berebut lelaki ni kan. Eh, op kos la kena berebut ye dak? Kadang nak tergelak la bila aku sesaja gi mengendeng bawah ketiak Apak dia, Oni terkedek-kedek lari gi kat Apak dengan muka jeles. Dia plak ngendeng kat ketiak Apak yang satu lagi. Bahagia tak laki aku?


Perchobaan hari kedua Oni gi umah pengasuh ngan Apak berjalan OK. Dia tak nangih. Tapi, aku cam tersebak sikit pagi tadi. Dia bangun, cium pipi aku. Takde nangeh macam semalam. Aku suruh dia pakai kasut. Dia ikut je. Tapi, cara dia berkomunikasi ngan aku tu macam DIA INGAT AKU NAK IKUT SEKALI HANTAR DIA. Lepas habih pakai kasut, Apak pun dah ready nak kuar, Oni gi amik tudung aku, soh aku pakai. Huuuukk!!! Hati aku ni tetiba tersentuh. Alahai..anak. Aku pakai gak tudung tu. Pastu aku antar dia depan pintu. 

Aku babai.....

Tapi dia tak balas.Mata dia memandang je aku penuh tanda tanya dan harapan, agar aku turun sekali ngan dia gi ke parking kereta kat bawah. Sedih.... 

Tengahari tu.. aku tanya Inche Kitchi, Oni nangeh lagi ke gi umah pengasuh?

Dia jawab.....


TAK. TAPI DIA TUNGGU AWAK KELUAR DARI PINTU TU.....



uwaaaaaaa!!!! Nangeh dalam hati aje....


Tak lama je lagi Kakak. Bila Adik dah kuar, Ibu sihat, kita balik macam dulu-dulu Ok. 
Sabar ye Sayang Ibu....

Cute Baby Contest by Domokun



Nak join gak kontes ni yang bakal berakhir .... BESOK!



Ni banner contest



Nak join? KLIK



Gambo cute baby Makbed




Ini anak sulung saya. Nama beliau Auni Alwani. Sekarang dia berumur 1 tahun 10 bulan. Lagi 3 minggu dia nak dapat adik. YEyy!!!!
Nama glamer beliau : ONI

Slamat Berkenalan!

Kita dan topi keledar

MELAKA: Umpama undang-undang koboi. Itu ungkapan bagi menggambarkan suasana setiap kali tamat waktu sekolah di Jalan Paya Dalam/Bukit Lintang apabila kebanyakan pelajar sekolah di kawasan itu menunggang motosikal dengan memecut laju tanpa memakai topi keledar.

Tinjauan Metroplus mendapati, bukan hanya pelajar, ada juga ibu bapa mengambil sikap sambil lewa dengan melanggar peraturan dan membahayakan nyawa kerana menunggang tanpa topi keledar.


Segelintir pelajar lelaki juga dilihat menunjukkan aksi berani ala mat rempit di sekitar laluan berkenaan. Bahkan dengan selamba ada di antara mereka yang masih berbaju sekolah menunggang sambil menghisap rokok.

Tinjauan mendapati, tidak hanya keselamatan pelajar terutama yang berjalan kaki dan menaiki bas terancam dengan aksi penunggang motosikal, malah mereka juga gerun dengan tindakan pengguna jalan raya lain kerana memandu laju di kawasan berkenaan.


Difahamkan, lokasi terletak di kawasan kampung itu menjadi faktor mengapa pengguna jalan raya berani bertindak demikian hingga ada segelintir penunggang motosikal membonceng dua penumpang dalam satu-satu masa. Pelajar, Ayu Rohaina Mohd Khir, 13, berkata, biarpun suasana 'pesta' itu sudah menjadi kebiasaan bagi penunggang dan pemandu kenderaan apabila tamat sesi persekolahan, namun ia menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar lain khususnya mereka yang menggunakan laluan berkenaan.


Katanya, lebih menyukarkan keadaan sesak di hadapan pintu pagar sekolah dengan pelbagai kenderaan menyebabkan pandangan mereka terhad apatah lagi lokasi sekolah berada di selekoh menyebabkan pelajar sukar melintas jalan.

“Memang ada lintasan pejalan kaki dan pengawal keselamatan mengawal lalu lintas setiap kali waktu pulang, tetapi bagi mereka yang keluar lambat perlu melintas sendiri dan ia berbahaya kerana sikap pemandu di sini yang tidak mematuhi had laju.


“Kebiasaannya yang tidak menggunakan topi keledar adalah pelajar lelaki, malah pernah satu ketika pihak berkuasa menjalankan operasi lalu lintas di sini dan ramai dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Tinjauan juga mendapati, ramai pembonceng tidak menggunakan topi keledar dan ada di antara motosikal dinaiki lebih daripada dua orang sehingga membahayakan nyawa mereka.


Sementara itu, pengguna jalan raya dikenali sebagai Mai, 42, berkata, apa yang lebih dibimbangkan adalah keselamatan pelajar sekolah rendah berhampiran yang turut menggunakan laluan berkenaan.


Menurutnya, pemantauan berterusan daripada pihak berkuasa perlu dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut peraturan dan keselamatan pelajar terjamin.


“Memang tamat waktu persekolahan mereka tidak sama tetapi kebiasaannya pada hari Jumaat pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah ini hampir sama.


“Dengan kenderaan yang dipandu laju dan sikap penunggang motosikal pastinya ia berbahaya kepada kanak-kanak yang berjalan kaki dan menunggang basikal,” katanya.




Makbed berkata:
Sok bila anak diorang ni mati kena lenyek , kepala pecah, salahkan JKR la, kerajaan la... Jalan tak rata. Lori manyak... Blrrhhhff! 

Daftarkan mereka yang malas bertopi keledar ni masuk army, antar gi Libya. Jimat. Takyah pakai helmet.

Shortform bahasa omputih yang perlu anda tau




Dah lama aku cari shortform omputih ni tau. Some of my 'educated' friends sangat gemor chatting guna bahasa shorform. Ye la.. aku ngaji takat SPM je. Mana la pandai nak guna shortform omputih. Nih aku bagi sikit laaa... ada satu aku tambah.


LOL   laughs of loud
OMG  oh my god
OIC   oh i see
BTW   by the way
ASAP   as soon as possible
OTW   on the way
TQ/TY  thank you
TQVM   thank you very much
FYI   for your information
HTH   hope that
IMO   in my opinion
IAC   in any case
AFAIK   as far as i know
LTNC  long time no see
CMIIW   correct me if i’m wrong

Kadang-kadang dapat sms yang perkataanya di ringkaskan sampai tak tahu nak baca. tak paham langsung pun ada.

Ada satu gi perkataan
ROTF  Ha... korang tau? HAHA... Aku kalau dapat perkataan ni aku ingat maybe ni bunyi anjing menyalak ke.  Woff woff! Camtuh ahh. Tapi kan... rupanya ia adalah shorform bagi ayat ini.... Roll On The Floor. Kira sama maksud dengan gelak golek-golek la...


Shortform serupa gini adalah sangat TIDAK DIGALAKKAN digunakan dalam membuat entri blog. Dengar la cakap aku, itu pun kalau korang nak orang baca blog korang. It is strongly unrecommended for texting as well. Sebab, buleh menimbulkan salah paham lak. 


Kalau cam TQVM, FYI , BTW tu memang slalu gak la guna. 

Kesimpulan...

If u really love to use short form with reason to 'jimatkan masa'. better don't write at all. Don't bother... Cakap je la senang!




dicilok dari SINI





SEKALI LAGI TM NET STREAMYX WAT HAL. KOL 10 DAH OFFLINE. CEREMPET!

Comey?





Omai aiii... cumeyy nye. Anak sapa la ni?

Ni la anak Pak Gomez..marka si Justin Bibir Bieber. Pepandai la ko Justin. Jaga awek elok-elok. Bukan senang nak dapa awek tua tapi nampak cam kekanak riang nih...

Agak-agak la kalu nak beromen pun~



eeii...yek!











Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat jadi medan berahi

KOTA BHARU: Pengunjung Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat di sini, kesal apabila taman awam yang dibina Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk beriadah dan menghabiskan cuti hujung minggu dengan keluarga, dicemari perbuatan segelintir pasangan remaja yang melakukan adegan tidak senonoh.

Malah, remaja itu sanggup bersembunyi di kawasan terpencil taman awam berkenaan sebagai tempat memadu kasih bersama pasangan masing-masing walaupun kemudahan awam itu dikhaskan bagi kegiatan beriadah penduduk bandar Kota Bharu.
Tinjauan Berita Harian ke taman itu mendapati ramai pengunjung datang berjoging, selain ibu bapa membawa anak masing-masing bermain papan gelongsor, buaian serta kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak dibina MPKB.
Namun, segelintir pasangan remaja sengaja mengambil peluang menyalahgunakan tempat awam itu untuk melakukan perbuatan tidak sopan seperti bercumbuan tanpa segan silu dilihat pengunjung lain yang sedang berjoging di sepanjang laluan kira-kira tiga kilometer trek pejalan kaki.

Malah, ada di antara pasangan sedang asyik bercumbu itu tidak menyedari perbuatan mereka dirakamkan anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam (JPI) MPKB yang kerap menjalankan rondaan.

Seorang pelajar Politeknik Kuala Terengganu, Nor Aznie Effatin Azid, 21, berkata dia kerap berkunjung ke taman itu bersama ahli keluarga untuk beriadah terutama pada waktu petang sambil membawa adiknya yang kecil berenang di kolam.

"Namun, amat memalukan apabila segelintir remaja datang memadu asmara dengan pasangan masing-masing dan mereka duduk di tempat tersembunyi berhampiran kandang rusa di belakang taman ini," katanya.
Nor Aznie Edffatin, berkata perbuatan pasangan remaja sengaja melakukan perbuatan tidak sopan itu boleh menjadi ikutan kepada pengunjung remaja lain, selain pengaruh tidak baik kepada kanak-kanak yang mungkin terlihat kelakuan serong itu.

Pendapat itu turut disokong Pakar Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Rozita Hassan, 42, yang meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) MPKB lebih kerap memantau persekitaran taman itu.

"Taman Perbandaran Tengku Anis ini satu-satunya tempat beriadah penduduk bandar bersama keluarga kerana mempunyai pelbagai kemudahan lengkap sama ada untuk golongan dewasa atau kanak-kanak.

"Namun, saya kesal kerana masih ramai golongan remaja menyalahgunakan kemudahan awam ini untuk melakukan maksiat seperti berasmara yang pastinya memberi imej negatif kepada pengunjung lain," katanya.

Beliau berkata, orang awam tidak boleh 100 peratus menyalahkan MPKB kerana remaja yang terbabit perbuatan sumbang di tempat awam itu disebabkan kurangnya didikan agama dan kegagalan ibu bapa mendidik mereka.

Sementara itu, Setiausaha MPKB, Mohd Anis Hussein, berkata sejak Januari hingga Mac lalu, pihaknya mengambil tindakan mengkompaun 127 remaja di bandar ini dengan kutipan RM29,490.

Katanya, mereka ditahan di taman awam, pasar raya, lorong gelap sekitar bandar, selain di sepanjang hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini antara jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam menerusi Operasi Bersepadu dengan kerjasama Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK), polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan.

Mohd Anis berkata, pihaknya akan melipatgandakan usaha bagi membanteras kegiatan sumbang itu supaya imej MPKB sebagai Bandaraya Islam tidak tercemar kerana tindakan segelintir remaja.




Makbed berkata:
Pe kata, bila jumpa je scene macam gini, tangkap gambo, tangkap diorang, pehtu kasi kawin terus. Then bawak berarak naik keta lembu.

2nd GA Makbed's Journal - Besok nak tutup dah...



Terima kasih buat semua yang sudi join 2nd GA Makbed's Journal. Tak sangka ramai yang tak lokek pengalaman dan pengalaman masing-masing memang extra ordinary. Yang belum pernah pregnant pun kongsi gak. Actually, sonok bila kita baca entri org belum pregnant berkenaan pregnancy sebab dulu aku pun camtu gak masa tak mengandung. Masa budak-budak, kita interpret mengandung tu macam lain. Betui tak? Saje je aku mengimbau kenangan silam.


Makbed masih menunggu penyertaan dari kaum bapa. Alamak, takkan ego nak kongsi pengalaman menguruskan isteri yang hamil? Takkan segan nak citer camana perasaan kalian bila menanti isteri yang sedang bertarung melahirkan zuriat kalian? Camana perasaan mengiqamat atau mengazankan darah daging sendiri... made with love tau! So far, blom ada. 


GA ni akan tamat tengah malam esok. MAsih sempat lagi nak wat entri. Pemilihan pemenang akan dibuat sendiri oleh Makbed. Dan hadiah akan dihantar secepat mungkin sebelum aku bersalin. Weee...~


NAk tengok senarai peserta dan entri diorang?

Silalah klik SINI SANA SITU



Bagi yang nak join, boleh klik Banner GA Makbed yang cute kat side bar tu ha.... OKeehh. Lep u. Muah..muah..

23 May 2011

Penjualan Nasi Lemak di Sekolah Punca Murid Obes : Haruskah Kantin Dipersalahkan?

Punca sebenar masalah obesiti di kalangan murid-murid sekolah


Aku dah wat kaji-kajian dah pasal isu nasik lemak dan obes ni. Jawapannya, korang tafsirka sendiri.



Penjualan jajan yang tidak dipantau
Sebut pasal jajan ni, sedangkan orang dewasa makan pun buleh obes, budak kecik lagi la. Kandungan garamnya memang sangat tinggi. Takde pun dalam piramid makanan Malaysia soh kita makan jajan sebagai pelengkap zat-zat dalam badan. Jajan ni banyak jual kat luar paga sekolah. Kalau tak bebetul tepi pagar, ada la jalan selangkah dua ke tepi jalan , tepi parit. Bebudak boleh je gi beli sementara tunggu omak apak dia datang amik. Kalau yang balik jalan kaki tu, lagi la. Kedai runcit berapa banyak berbaris kat tepi tu sementara nak sampai?

Jajan ni dari zaman aku skolah dah ada. Tapi, kopok-kopok ni tak kenan nak masuk ke perut aku. Salu ada buah-buah, rojak paling cikai pun sate ikan. Tu je la yg menambat selera pun. 

Solusi : Kurangkan duit sekolah diorang. Jangan bagi chance beli jajan.




Mak kat umah pun jamu jajan jugak
Mak sibuk keje. Nak sajikan makanan berzat untuk anak yang sedang membesar ni bukan senang. Nak istiqamah? Susah. Kalau ada orang gaji, buleh la kot. Tapi, kebiasaanya Mak lebih suka anak makan siap-siap kat sekolah sebelum balik. Kalau Mak nak sediakan pun biasanya nasik goreng, nasik ngan lauk-lauk simple yang hari-hari macam sama je menu dia. Mana la budak nak makan?

Last sekali, Mak gi mekdi ngan kepsi, drive-thru sudey. Janji anak cakap "kenyang".

Solusi: Rotan sikit MAk tu kasi rajin masak makanan berzat.


Anak lansung tak bersukan
Dengan wujudnya menda-menda seperti PS 3 dan PSP atau xbox bagai tu, mak bapak dah tak berapa nak encourage anak-anak bersukan. Kat iklan aje tunjuk main bola guling-guling sampai penuh selut satu badan tapi tu cumalah iklan sabun basuh baju. Budak skang mana ada main camtu. Diorang sangat bersih ok. Balik umah lepas sekolah, duduk main game je. Main game pun bersukan hape kan? Budak-budak sehingga remaja ni wajib diajar dan dibiasakan beriadah bagi mengeluarkan peluh. Ape ko ingat MAK je ke kena kuar peluh gi shopping? Kalau dah anak tu keje makan je, tak bersenam, memang le obesiti!

Solusi: Naikkan harga minyak supaya suma orang kena naik basikal gi memanapun.



Anak yang badan tembun-tembun ni biasanya dok bandar
Alasan 1 - kat bandar dok kondo, aparment dan flet. Takde space nak main bola gamaknya.
Alasan 2 - kat bandar ramai penculik. Lagi selamat biar anak dok umah je, main GAME.
Alasan 3 - banyak kedai fast-food. Jalan kaki pun buleh gi beli.
Alasan 4 - tak reti makan ulam ngan sayur. Sebab biasa makan chicken chop je.
Alasan 5 - lepas makan, tido depan tv!

Takde penah merasa panjat pokok dalam kebun, tepi rumah. Tak merasa mandi sungai dengan kengkawan. Tak merasa mengail ikan di bendang. Tak penah merasa lari satu kampung tak pakai kasut. Hmmm...


Solusi: Musnahkan GAME.. tetiba!


Sistem pendidikan negara kita yang semakin mencabar
Budak-budak ni stress kot. JAdi diorang asyik makan je. Kat skolah makan. Balik umah makan. Pas makan tido. Adik aku camtu la. Dah buncit dah perut. Badan pun naik lemak-lemak sama macam aku yang ngandung ni. Sistem pendidikan negara dah up-to-date tapi tidak seiring dengan gaya pemakanan kita.

Solusi : Lebihkan channel pasal food edukesyen... ihihiihi..





Wujud lebih banyak makanan dalam tin dengan tujuan untuk import dan eksport.
Semakin maju negara kita dalam industri inport export ni kan, semakin banyak lak tin kat dalam gobok dapur umah kita. HAHAHA.. Caye? Paling feymes, SADIN cap ayam. Even sadin tu skang dah sama harga dengan 34 ekor ikan sadin kat pasar, lebih kurang macam makana exotic gak la sebab dah mahal kan, orang still lagi simpan sadin bertin-tin buat stok. Tak masuk lagi dengan kacang panggang, tuna mayonis, Prego pelbagai rasa dan sebagainya.

Solusi : Jangan beli .. haaha..Leh ke??



Kedai mamak 24 jam bersepah
Takyah salahkan kantin jual nasik lemak. Kat kedai mamak pun buleh makan nasik lemak. Lagi beso pinggannya. Roti canai pun leh menyebabkan obesiti kepada kanak-kanak DAN JUGA orang bukan kanak-kanak. Kalau duduk kat kedai makan tu takkan nak order makan aje kan. Apak musti tanya "adik nak minum air ape....?" HAHHHA... Ada tak budak yang akan order "air kosong je lah Pa...." ?????


Solusi : MArah mamak tu sebab masak nasik lemak memalam. Pehni kerajaan mansuhkan penjualan nasik lemak kat kedai mamak pulak.





Kesimpulannya..

Penjualan nasi lemak di kantin sekolah lansung tak de kena mengena dengan keobesitian anak-anak murid kita ni. Sikap kita sebagai parents yang perlu dipersalahkan. Jangan sebab diri kita yang tak berapa reti pasal pemakanan sihat, then kita menyalahkan MAKANAN pulak. Apatah lagi si penjual makanan tu. NAsi lemak jual kat skulah tu beso tapak tangan je portion nya. Tak memberahikan pun kalau tengok tapi bebudak ni makan gak sebab dalam banyak-banyak menu, tu je yg besh. Tapi bukan hari-hari kantin hidang nasi lemak maaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram