Followers

30 Apr 2011

Saya rindu Inche Kitchi.

TInggallah aku sendiri.......

~sob sob sob~


Inche Kitchi suda pergi tinggalkan aku dan Oni petang tadi. AKu lak lupa nak suruh dia tinggalkan duit. Haiyaahhh! Tak pasal je kalau nak pakai duit lebey kena gi kuar pangkalan, gi jolok kad. Hmm..nyampah sungguh.. Seb bek la dia ngan Kurau gi naik Bibah Viva, tak bawak Bambam Bee. 

Sayangnya laki aku kat aku, dia tak anggap kereta dia mcm bini yang WAJIB dibawak ke sana kemari untuk dibangga-banggakan. Sesetengah orang, nak je bawak keta (yelahh..Bambam Bee kan macho dan anggun) tayang sana sini, tunjuk dan rasa diri hebat dengan kereta. 
Kereta adalah kereta..Digunakan untuk memudahkan semua orang bergerak.
TAk kisah la itu Bambam Bee, ataupun Datsun sekalipun. 


Aku baca status fesbuk Angah, katenya dia eksiden. Keta wira dia jahanam teruk jugak. Haih..camno ni pengantin? 


Skang jam 2 pagi. LAst sms aku terima, dia dah sampai RnR Sungai BUloh. Aku tidokan Oni jam 10 malam ni. Aku terlelap sekali. MAlangnya, 3 jam pastu aku terjaga. Dan.... NAH. Siap sepinggan spagetti carbonara express pakai PREGO jek. Tetiba lapar nak mkn spageti, padahal nasik ado je tak bersentuh dalam periuk tu. Sambal ikan kak ropi pun ada. 
Dah perut mintak spagetti kan? Layankan je dari lansung tak lalu makan.
  NAseb bek SEDAP weh! 
Terus datang idea nak blogging.


Dah lama sangat tak kena tinggal. Jadi manja plak.
Huuu... rindu kamu la Bucuk! Mana buleh tido kalau takde bau ketiak. 
Ceh, selalu ado je kat sebelah, takleh tido jugak. Alasan~


Teringat masa lalu waktu hamilkan Oni, gini jugaklah keadaan aku.
Takleh tido. 
Beza sekarang dan waktu itu, aku berjauhan dengan Inche Kitchi.
Dia di Lumut , aku di KL. Sakit dan rengsanya juga sama.
Bila malam, aku bangun. Kelaparan dan berseorangan. 
Bila terjaga dari tido , kendian takleh lelap dah, aku pandang je henpon. 
Kendian, mengongoi sendirian.
Bila terasa tendangan Oni, aku nangeh lagi teruk. 
UNtuk taknak bagi orang dengar aku nangih teresak-esak sebab umah aku umah flet, aku tutup muka ngan bantal.
EMosi aku bebetul teruji ketika itu. YAng aku mahukan hanya Inche Kitchi...taknak yang lain. 


Betapa terasanya hati aku bila aku sms dia tak balas.
Sapo nak balas tetengah malam buta jam 4 pagi? Tido la kan? 
Aku sms cakap AKU TAKLEH TIDO dan rindu dia. Then aku ceritakan pasal baby.
Panjang ooo aku taip. 
TApi senyap..takde reply. 
Haa..tu pun buleh wat nangeh. 
Sabo je la. 
Teruk gak keaadaan masa tu. Semuanya tanggung sendiri. 
Boleh baca entri lama-lama sekitar 2009 , korang akan paham bagaiamana emosi seorang mak buyung yang duduk jauh-jauh dari suami dia. 

Things are a lot better now. Baby kedua lebih bernasib baik. 
Skang aku dah dok bawah ketiak Inche Kitchi. TAkdo dah nangeh-nangeh cam budak kecik tetengah malam. Aku ada kawan-kawan dah. Bila tak sihat je, ado orang yang mengambil tahu. 





Kamaruzzaman Haida (Ida Kurau)dan Misses Bunk Seman ( Illa) adalah jiran yang baik. 
Sebaik saja suami-suami bepergian suami Illa tak pi kot, Ida dah kasi signal. 
I have nothing to worry. 
Kot aku nak beranak ke, aku guling-guling komando je turun tangga gi umah dia. HAHAHHAHAHAHAH. 
Kalau dok KL, kejiranan sana tak sebesh sini. 
MAsing-masing layan diri sendiri. Ado pun jiran sebolah tu, bangsa Cina yang amik tau pasal aku. Dorang je. Tu pun diorang ingat aku bini number dua sape ntah yang ngandung, suami datang melawat 2 minggu sekali. Grrr.... Laki aku navy lah! Aku bermadu ngan IBU PERTIWI.


Besok nak masak laksa. Weee...~  

Dah kot takat ni. Aku nak check resepi laksa. Spageti aku pun dah habih dah ni. Jom tido.

29 Apr 2011

dah mula bengis dah ni

waahh, tajuk !!




Tetiba hari ni aku berwajah ketat pulak. Ni kes tak leh tido beberapa hari ni lah kan. Buleh bagi aku mood swing. Datang lak si Yuri tanya soklan berulang-ulang. Rasa nak seligi je dagu dia.



" Nampak Wak?"

"Wak ada lalu?"

"Wak pi smayang Jumaat tak?"

"Wak takde datang konter ke?


Eii..nyampah tau dak. BIla pulak aku sign kontrak jaga Wak ni ?  
Rimas aku la. 
Dengan perut aku yang turun naik- turun naik , dengan kepala pening, mata ngantuk tapi takmo tido.
Aku rasa cukup la kot sebab-musabab untuk aku gilis kaki ko ngan Hilux. 

Sekali lagi tanyo pasal Wak, aku WAX bulu kaki sama bulu dada ko. PAHAM!!


*****

Abeh dah entri marah. HAAHHAHHA..


Kimi dah naik bas dah tengahri tadi. Dia gi Ipoh. 
Nanti Number Three [Alang] akan jumpa dia kat Ipoh untuk sesi berjimba bersama kazen-kazen.
Katanya, diorang suma nak gi umah Arif kat Putrajaya untuk sesi 'lompat-lompat'.
Abah ngan Mak aku pun nak join. 
Iskk.. sedey tui la takleh ikut.
Diorang nak gi Nilai untuk beli barang kawin Number Two [Angah]. 
So, aku rasa lebih bagus kalu aku tak menyebok sebab kang diorang kena jaga aku pulak kan. Nyusahkan orang ajo. 

Abeh da... takde la tukang masak lagi kat umah. Tu pun semalam Kimi dah prepare kat aku 2 loyang kek batik. Cayang adik aku kat akak dia yang cute nih , kan? Sob Sob.. Sedey....


Malam ni Inche Kitchi akan meninggalkan aku. Dia memilih untuk bersama kengkawannya ke Johor Bharu bagi memenuhi jemputan kahwin skot dema.
Katanya tak cukup korum nak silang pedang. 
Semalam baru siap dobi baju Number 1 (pakaian istiadat). AKu tak nampak lak mana pedang siber dia. Harap suma barang ado la..Segala butang, sarung tangan, medal , spender, topi, stokin, kasut. 
Kang ado yang tertinggal lak. 
Yang lain-lain pegi pun tak bawak bini. Bini kena tinggal. HAUAHUHUHAUa... 
Termasuklah Ida Kurau. 
Ekceli, suma tak koser nak pegi kot. Jauhhh maa. Aku ni lagi la tak daya nak jalan. Mau kaki aku jadi muffin kang dalam keta tu. Oni lagi. Dok umah je la nok!

Maka, besok aku siapkan plan baik punya demi mengisi masa lapang dan mengurangkan rasa rindu kepada suami memasing. Besok, aku nak wat laksa. weeehhuu!! Semut Merah yang nak makan. Aku nak masak sorang tak daya kot. Tak larat diri dah. So, sapa nak makan, kena tolong masak skali. Aku pun nak makan laksa gak. Nanti pas bersalin takleh makan laksa setahun. Huuu.. takleh..TAKLEHH. Kena makan cepat nih. 



Aku start cuti bersalin pada 1 Jun 2011. Cuti awal. 
Bos kata, silalah cuti pada awal bulan. Kalau nak lajak pun tak pa. Tapi, jangan gatal nak cuti bersalin bila tiba hari bersalin. Sebab, tempat kijo aku ni jawohhh!!! 32 kilometer dari rumah. Takut jadi pape tengah jalan. BEsides, aku pun nampaknya dah macam tak leh nak jalan dah. Memang pun boss. Montot berat. 
Muka pun dah bengis dah. 

Baik awak dok umah. Rehat. Fokus kepada anak dan hari bersalin besok-besok. Nanti dah ada 2 anak, tak merasa rehat dah. 

Hoke lah boss. Aku menurut perintah aje. Cuti 3 bulan weh! Sampai 1 Sept. Maybe lajak gak la seminggu sebab masa tu kan raya. Weeeehu! 


Aku dah bayar Sendayu Tinggi tu semalam. Selasa ni Insyaallah sampai. Tak saba nak tengok kandungannya. Tak sabo nak kurus neh. Ciwi dah nih.


Chow. Nak gi makan mi goreng jap.

Nak Bayar Fidyah pulak

Antara perkara yang perlu aku selesaikan sebelum aku bersalin adalah Qada dan Fidyah puasa aku. Rasa tak sedap pulak nak bersalin dalam keadaan berhutang. MAsa bersalinkan Oni, aku tak puasa sebulan direct. Ganti pun tinggal beberapa hari tak habih. Puasa yang lepas, aku uzur beberapa hari, dan tak sempat ganti jugak sebab aku pregnant.

Gila banyak gak la hari aku nak kena qada puasa.

Kali ni aku akan tidak berpuasa lagi selama beberapa hari sebab insyallah akan 'termakan' sikit hari puasa tu dengan tempoh berpantang. Nak wat camno kan? Jadi, aku kena settle fidyah dulu sebelum masuk Ramadhan baru. Kalau tak, bergandalah fidyah aku nanti. 

Bila aku bertanyakan orang tentang qada puasa, banyak yg cakap, kalau tinggal puasa sehari contohnya, tak qada sampai 2 tahun, puasa ko jadi double. Fidyah pun double jugak. Aku selalu dengar macam ni tau. Korang sure ade kan?

Sebelum ni aku penah buat entri pasal Qada puasa. Aku penah jelaskan pada rakan-rakan yang berpendapat seperti di atas tapi, ada yang mengatakan bahawa aku silap. Maklumat yang diorang dapat adalah dari UStaz kat masjid dekat kampung dorang. Bla bla bla..

Aku berpegang kepada Islam itu mudah. Camana lah pulak kalau si ibu tu memang tak dapat nak ganti puasa untuk beberapa tahun disebabkan dia menyusukan anak, atau hamil dengan kekerapa 2 tahun sekali hamil? Hmm.. Tak ke banyak bilangan hari nak kena puasa tu?

Aku copy sikit maklumat dari entri lama dahulu.




selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.



Untuk artikel penuh buleh klik  sini  > QADA DAN FIDYAH


Ingat: Hukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.


MEREKA YANG DIBENARKAN MENINGGALKAN PUASA

  1.  Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambah keuzurannya.
  2. Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat.
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.
  4. orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat baginya. (Orang kerja berat , kat tengah panas...)
  5. Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.

 GOLONGAN YANG WAJIB QADA PUASA

  1.  Orang sakit yang ada harapan uuntuk sembuh.
  2. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi 2 marhalah.
  3. Orang yang kedatngan haid dan nifas
  4. Orang yang meninggalkan niat puasa.
  5. Orang yang sengaja melakukan perkara yang membatalkan puasa.
  6. Orang yang pitam / mabuk di bulan Ramadhan.
  7. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkan dia berpuasa di bulan Ramadhan.

Kalau nak tengok jumlah fidyah yang nak kena bayar buleh klik sini > TAKSIR FIDYAH. 

28 Apr 2011

20 Fizikal Lelaki yang dikatakan menggoda

1)Berambut Panjang
nampak macam rockers tapi dalam hati ado taman.

2)Beramput pendek ala askar
Tegas, kemas, berkeyakinan... macho. 


3)Botak
nampak ganas.jahat.tapi hati baik.orang kata. Sapa berani kata Jason Statham tak hensem?


4)berkumis
tau x kumis tu apa? bila laki shave misai/janggut.kan still nmpk liang-liang kan.
itulah kumis.
orang macam ni manja.
Kumis tau, bukan kudis!


5)bermisai
Lagi lentik , lagi macho. 


6)kurus
Orang kurus biasanya berdaya seksual tinggi. Sila komen..


7)Gemuk/boroi
Seorang yang penuh kasih sayang. Dan lelaki tu pun tak kan susah-susah suruh anda kuruskan badan.


8)tegap/sasa
Seksi, macho dan bergaya. Wanita rasa selamat berada di sampingnya setelah melihat lengannya yang berketak-ketak tu. Sekali dia takut lipas daaa...


9)Berwajah baby face
Ramai mengidamkan lelaki KOrea kerana wajah mereka yang baby face tu. Aih! Bahaya jugak. BUkan wanita aje yg suka tawwww~


10)Wajah antagonis(muka ala samseng)
ganas,nakal tapi macho,hensem uols. Wajah antagonis ni macam wajah Nasir Bilal Khan. Ensem?


11)wajah tampan
siapa tak nak.cool.ramai orang minat.


12)tinggi lampai
Sesuai bila nak suruh cuci sawang kat siling, tukar bulb lampu bilik air dan pakukan dinding habuan nak gantung frame gambo. Kalau tinggi sangat, nak comolot susah lak. Kena panjat kusi. KEKEKEKEKE..


13)rendah/kecil molek
orang tua kata.laki lagi rendah dari isteri.murah rezeki.
Betui..betui.. Makbed setuju.


14)berbulu dada
seksi.memukau.
buat jantung berdegup. Definately bukan pilihan aku.


15)berwajah biasa
senang nak jaga.tak de orang lain nak rampas.


16)kulit cerah
Cam mat saleh. Nampak seperti tejaga penampilannya, kemas dan suci gitu....


17)kulit gelap
Macho.tahan lasak.maskulin gila. I likeee~


18)berkaca mata
bijak.matang.berkarisma, cute. 


19)mata kuyu
Josh HArtnett matanya kuyu. Hensem kann? Rasa nak tido je bila tengok mata dia.


20)bibir mungil /nipis
Lagi seksi kalau bibir dia tak kaler hitam dek rokok.




dicilok dari Pakcik Biola dan diolah dengan penuh perasaan oleh Makbed




Makbed berkata:
Aku suka lelaki putih, tapi yang putih-putih taknak kat aku.
Dapat yang 'separa putih' pun kira ok la kan.
Alhamdulillah...

27 Apr 2011

Leganya rasa...

Kimi still ado kat umah aku lagi. Heavennya dunia bila dia ada. Buleh la aku rehat sikit. Tak de terkejar-kejar sampai berpeluh ketiak.

FYI, kaki aku dah membengkak! Bontot dah melebar dan muka pun dah comel. 
Tu tanda-tanda besar nak bersalin la tuh. AHAHHAHAHAHAha - gelak ketakutan!


Berikutan entri pasal Kimi baru-baru ni, ramailah pulak yang bertanyakan kisah adik aku. Ramai memuji. Bertuah aku dapat adik rajin-rajin - dah le laki-laki pulak kan? Mana le nak ada lelaki yang rajin nak masak, buat kerja rumah bagai. Heee.... yang nak pinang wat adik ipar pun ada gak. Iskk.. Bangga Mak aku baco nih. 


Kek batik dia memang sodap nyah!!! Aku bagi Illa dan Ida Kurau. Yang tak menahannya, Ida makan dengan penuh rasa jimat-cermat, takut habih. HAHA.. Aku pun cemtu. Skang, satu talam dah habih. Kang jap gi aku nak beli lagi bebarang, nak soh Kimi buatkan lagi 2 loyang. Sebab, dia nak balik dah Jumaat ni. Nanti takde dah kek batik. Kimi ni kalau suruh ke dapo, memang dia siok la. Jangan ko suruh dia cat umah, tebas rumput, korek serai..memang takmau nye. Dia suka wat kerja-kerja dalam rumah je. Mak aku kata, dia pandai wat popia. Ari tu aku penah makan. Sedappp.... Jernih betui hati ang ye Kimi. Mak ajaq skali je masak ang terus pandai. 

Ari Ahad ari tu dia tgh Junior Masterchef. HEHE.. cam haku la. Suka masak-memasak nih. Tapi, kalu laki memasak memang aku kagum la. Bertuahla sampai bersuamikan adik-adik aku nak-nak si Alang ngan Kimi. Patutla Mak tak bagi dorang gi jejauh. Kalau adik-adik aku takde, hilanglah tonggak kekuatan rumah. Tukang gi kedai, gi pasar takde. Tukang cuci rumah takde. Tukang masak takde. 


Makbed ado 4 adik laki. 2 je pompuan. Tapi, Abah memang dah latih anak yang laki-laki ni buat kerja perempuan. Tetamu datang, dema yang jamukan air. HEHEH.. Masa aku kena pinang ngan Inche Kitchi dulu, yang datang hidang air kat bakal mak mentua aku ialah Alang, dan yang bawak kuihnya ialah Kimi. HAHAHAHAHAH... Aku? Aku duduk bersimpuh aje kat depan. Siot tak? Alasan... aku takleh bawak talam. Nervous. Pecah cawan tu nanti. HIKkkkkks~ Alang lak kalao bab pi market, memang tereris. Pandai pilih ikan. Aku pun tak reti pilih ikan macam dia. Mak pun tak terer. Yang bab tu, memang matapelajaran yang diajar Abah. Mak cakap je beli barang nak masak gulai, tahulah Abah bahan-bahannya. Senangkan? So, adik-adik laki aku, stakat soh beli bawang, kacang buncis, cabai hidup, belacan ke... daun kunyit menda segala tu, celah gigi jek. Setengah orang tu siap kena google , tunjuk gambo lagi. Bunga kantan tatau camne rupa, gi google. Seb bek ada google! 


Semalam, gumbiranya balik ke rumah bila lantai suma dah dimop. Sampai ke dapo. 
Pagi tu aku tak sempat basuh pinggan. Penuh periuk belanga atas kabinet. Balik tu, dah clear dah.
Syukur sangat. Mekasih bebanyak Kimi. Botol susu Oni pun dia cuci skali. Siap letak atas tempat pinggan. Malam tu, dia masak nasik siap-siap sebelum aku balik. Aku siapkan segala rencah nak masak nasik goreng. Pehtu, dia lah yang goreng nasik tu. Sampai siap. Aku lak sibuk dok gayut ngan Mak kat telepon. KEKEKEKKEKE... Kakak yang kejam kan?

Oni pun takde bising-bising dah sebab Ateh dia ada layan dia setiap hari. AKu buleh mandi dan solat dengan tenang.


Hari ni aku mintak tolong dia cuci kipas siling lak. 
Sebab, dia tinggi. 
Kedua, sebab internet rumah aku takde jadi dia bosan. BUleh le suruh wat kijo. 




Semua orang nak parking dekat-dekat dengan pintu masuk kan?

Sedih betoi aku bila gi Tesco Manjung. Aku rasa dulu kat Giant Manjung, takde la teruk bebenor nampaknye sikap malas rakyat Manjung-Lumut-Sitiawan tapi bila Tesco ni bukak je, segalanya terserlah. 

Apa lagi yg kita nak? 

Parking berbumbung. Besar. Teratur.
Dekat dengan pintu utama. even parking yang kat luar pun, berbumbung jugak. 
Aku rasa Tesco Manjung ni direkacipta dengan konsep mesra pelanggan tak kira apa kategori pelanggan sekalipun. 

Tapi, masalahnya skang ialah, asal aku pegi je Tesco, aku mesti nampak akan ada satu dua tiga bijik kereta yang parking di tempat yang tak selayaknya parking. 
Contoh , depan pintu masuk ataupun kat tempat letak troli. 
Contoh kedua, kat tepi dinding di laluan utama pintu masuk. Pekejadahnya?

Kalau situasi cam tu ada kat Mid Valley ke , Jusco One Utama atau Jusco Kinta City, tu buleh dimaapkan la kan. Pengunjung ramai sampai parking pun penuh. Yang kat Tesco ni, korang nak main futsal pun buleh. NAk jugak pakat-pakat parking paling dekat dengan pintu masuk. BErat telor ke hape ntah?  
Kalau buleh tu , nak je paking keta betul-betul dekat ngan pintu - bukak pintu je kaki dah jejak dalam Tesco. HAa, camtu skali sikap orang kite. 
Baloq liat ~

 Taknak la cakap pasal troli ditinggal bersepah la kan. Tu memang biasalah. Kot ye malas nak letak kat tempat troli balik, letak le troli tu elok-elok kat tempat yang sesuai. Jangan le letak belakang kereta orang lain. Hmm..

 Yang paling mengecewakan, pihak pengurusan Tesco sudah sediakan parking spot untuk pengunjung berkeluarga siap letak sign cam gambo kat bawah ni: 




Tengok gambo tu pun pastinya kita paham apa maksudnya.
Biasanya parking spot untuk family ni lah yang paling dekat dengan pintu masuk Tesco selain dari parking untuk OKU.  Tapi, aku tengok parking istimewa macam nilah yang selalu penuh terlebih dahulu, berbanding parking awam lain. 
Ramai jugak orang OKU kat Manjung ni ek?

Jangan komplen orang lain tidak amanah jika diri sendiri pun taktau camana nak beramanah. 

Kecewa aku bila aku tengok orang yang parking kat tempat family ni adalah mereka yang datang berdua-duaan , tak kisah le dah kawin ke belum kawin ke, baik punya sengih-sengih jalan lenggang-kangkung masuk dalam Tesco. 
Tak de rasa bersalah ke? 
Yang datang solo pun,  nak gak parking kat situ. Konon nak cepat. 
YAng berkeluarga , beranak-pinak terpaksa lah parking kat parking awam , dan turun bawak anak yang berderet-deret dan ada yg bawak stroller baby lagi. 
Kesian tak?


Tahukah korang apa tujuan parking family tu diletakkan berdekatan dengan pintu masuk?

Tak reti nak pikir?  

Kalau bawak budak kecik, susah tau nak kawal bebudak berjalan. 
Jap gi dia lari sana-sini-sinun. 
So, dengan mendekatkan jarak pintu masuk dengan parking kereta, bebudak lebih senang diurus.
Family ni selalu beli banyak barang bila shopping. Takkan sebanyak orang bujang shopping beb!
Ce bayangkan la kalau dia shopping banyak dengan troli, pehtu dengan anak lagi nak diuruskan , nak kena jalan jejauh... Tak ke letih? 
Tak bertimbang rasa betui la. 

Yang mana bujang-bujang, jalan ngan awek tu, paking le kat tempat yang selayaknya untuk kamu. LAmbat lagi kot kamu nak beranak-pinak. Bagi la paking tu pada yang layak. 
Buleh tak amanah dengan menda yang sesimple gini? 






Aku emo. 
Sebab, aku ni jenis ibu berdikari. 
Pegi shopping sendiri , bawak perut ngan Oni lagi. 
Patutnya aku buleh le parking kat situ kan. Aku dalam kategori OKU campur family. HAHAH.. 
Tapi, leh lak kapel baru nak naik, bawak KANCIL pulak pi parking kat tempat tu. 
Wah, turun kereta dengan girangnya sambil si awek cium pipi pakwe nye tanda sayang dan bangga - "tahniah, awak dah berjaya curi family parking spot dan mak buyung tu kena jalan terkedek-kedek dari pakingnya yang jauh!" 

RAsa nak je aku waccchhhaaa organ pembiakan drebar kereta tu taw!

SELAMAT HARI TENTERA LAUT DI RAJA MALAYSIA YANG KE- 77

SELAMAT HARI TENTERA LAUT BUAT SUAMIKU

Lt. Noraizam bin Idris 








SEDIA BERKORBAN!!! 
MySpace


Saya sedang mencari gambo beliau yang sesuai untuk ditepek di dalam entri ini. Tapi, semuanya gambo tersenyum riang. Tak de yang serius. Tak ganazzz... 

Baru pasan, sweet juga laki aku ni. IHihhihihi...~
padan la ngan aku. aku pun sweet jugak!

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG

BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI . BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!



Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan
dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun
2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan
kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak
munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan:  Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat,
apalagi satu kampung..........!!!







amekk ko...! kekekkekekeke..

Bagaimana nak handle penasihat-penasihat tak berbayar..

Sebagai bakal Ibu terutama sekali Ibu baru, sepanjang tempoh pregnant kita akan dengar macam-macam nasihat dan petua daripada sedara-mara dan teman sekeliling. Standard la..yang ado pengalaman nak tunjuk hebat ngan pengalaman memasing. Yang tak de pengalaman pun, nak jugak bagi nasihat. KAdang-kadang, naik rimas jugak kita dibuatnya. Rimas sebab pe tau? Sebab nasihat tu dalam pelbagai version. Sampai nak ikut yang mana satu pun tatau. 


Kat bawah ni adalah cara-cara nak handle unwanted parenting advice. Maybe berguna kepada bakal-bakal Ibu yang seangkatan dengan aku. 


Jangan terasa hati. Semua bakal ibu dan bapa memang 'terpaksa' dengar free advice dari orang ramai. Kena biasakan diri. 


Percaya dengan instinct / gerak hati sendiri. Lain orang lain cara handle anak masing-masing. TAkda orang yang memahami anak kita melainkan kita sendiri. Kena yakin!


Bersedia dengan respon dan skema jawapan. Kalau ada orang bagi tips-tips segala tu, angguk-angguk je sambil senyum.. dan cakap le terima kasih.


Pertimbangkan juga dari mana sumber nasihat tu. KAlau ia datang datang dari orang yang benar-benar berpengalaman , contohnya dari mak, nenek, mak sedara kita , kawan-kawan yg ado anak sampai 10 orang tu, maybe kita leh dengar. Lagipun, sebagai ibu baru kita perlukan segala pengalaman orang untuk menjadikan diri lebih bersedia. Jangan bodoh sombong ok. 

26 Apr 2011

Ketensenan yg tiada penghujungnya

Macam nak ngelat masak aje hari ni. Aku ada konflik diri lah!


Pengasuh aku ni jam 12.01 menet tengahmalam sms aku cakap susu Oni habeh. STRESS aku! Dah tu, terpaksa aku bagi susu Oni boh dalam tapawe. Ni kang nak kena singgah TESCo beli susu Oni.

Sebelum tu, kena gi bank dulu. Semoga dah gaji la. Kalau tak gaji, aku nak ngorat Inche Kithci..takpun guna je gedik kan. Isk~

Masalahnya....

Tu brapa round aku nak kena turun naik kereta tu. Dah le sengsorang. Malas nye.. Apsal la aku jadi pemalas skang ni?? Sapo lak nak teman aku ? AKu tak larat nak angkut suma barang sniri.
Dah gi bank, nak ke TESCO plak. 
Pehtu.. balik..nak amik Oni. Turun nek keta lagi. 
PEhtu, drive balik umah. Turu keta. BAwak Oni.. 
Bawak barang naik tingkat 2. Pehtu, nak masak laakk... WAA!!!! 

Berapa kerap aku akan rasa nak kencing, wallahualam. Tu kang tak masuk kaki krem lagi. Dah le jalan berayun je macamnaik jambatan gantung gitewww! 


Kang jap lagi aku rasa cam nak hangkut suma anak-beranak sekali adik aku si KIMI tu teman haku gi TESCO. Makan kat luar sudah la malam ni!!! GIYAHHH!....





info terkini:

Gaji tak masuk lagi. 
Dan Inche Kitchi kena keja sampai jam 7.

WAAAAHHHHAA.. Dia soh amik duit dalam poket suar. Tu tandanya, dia bizi la tu. Kena ajak kimi la jenjalan. 



entri taip laju-laju sambil menahan kencing. dah jam 5.30. Taip semua laju-laju sebab.... Streamyx kat umah jahanam. Kena fire ngan otromen kot?

Aduih laa.. Uniknya Manusia.

Aku tak paham..



Aku dapat parcel atau bungkusan yang dibalut kertas minyak.
Ada consignment note kat atas nya.
Udah..kecoh! 

"Sapa hantar?"


"Kenapa dia hantar?"


Kalau kat consignment tu tertera nama lelaki, lagi sakan dia tanya. Huuuu.... 


****

Aku beli tudung online. Bila aku beli, sure la aku pakai. Selalu aku beli lebih. 
Then aku tanya kat kawan-kawan kot ada sesapa yg nak beli jugak. 
Owh, ada yg nak tumpang beli online. So, aku sejes order sekali la ngan aku. Jimat sikit kos penghantaran. 


Selalunya aku beli inner. Inner ni kan banyak kaler. Bila orang tu cakap dia nak kaler purple, aku tanya la dia nak purple camner. Purple kan ada banyak jenis. 

"Alah.. purple la. Purple teranng."

Ok, aku beli ikut kaler purple terang. Ikut terang mata aku la. Mata aku ngan mata ko tak sama. Tapi, aku dah tanya kan? Kalau ko jawab sambil lewa, sambil lewa la yg ko dapat besok. 


Bila order sampai, dia komplen. 


"Bukan purple camni...." 

Tapi, disebabkan muka aku garang, dia amik gak la inner tu. HAHAHAHHA. 
Tapi, tak lama pastu dia tanya aku nak order lagi tak inner. 

Aku cakap ada. Aku mmg salu beli inner. Dia nak tumpang. OK. 
KAli ni aku dia bukak sniri website si penjual inner. Tapi, dia kata kat umah dia takde internet. 
Ok FINE. Aku bukak website , tunjuk kat orang tu. 

"Nah, pilih sniri nak kaler ape..."


"Ala... tak nampak sangat la kaler nya. Kalau tengok lektop kot kiri nampak kaler lain. Kalau tengok dari atas, kaler lain. Tengok depan-depan, kaler lain pulak."

Aku suruh dia pi tengok kat pc orang lain. 
Dah dia datang balik, kat pc si anu tu nampak kaler hijau tu terang sikit pulak.
Ha pulak.... 


Aku cakap... memang le. 
Setiap mata tak sama. 
Setiap komputer, screen resolutionnya tak sama. 
Kalau nak senang, gi beli sniri kat pasar malam.


"Pasar malam takde kaler cun-cun camnehh..." katenye. 

Ok.. aku order kan. 

Bila sampai order dia cakap pulak... 
"Alaa.. dalam pc gambo dia kaler lain. BIla sampai kaler dia terang sikit dari yg dalam tu..." 


Pehtu, komplen-komplen, bebel-bebel sikit.
Kain tak sama panjang la. Kualiti kain kale biru tak sama ngan kualiti kain kaler hitam la.
Aahh.. aku biarkan je. Aku tak de charge delivery pun. Aku tak de heboh-heboh kat sapa pun yang aku bagi harga pun ikut harga biasa jek. Camana ko beli kat pasa malam, camtu la aku bagi. 
Jadi, jangan le suruh aku bebel-bebel  pastu aku terpaksa mendedahkan betapa baiknya aku kepada semua orang kat sini. 
Kecuali kalau inner yg ko beli tu ketat. 
Yang tu aku take note. Tolong tukarkan untuk dia.


Walaupun dia amik jugak apa yg dia order, tapi dia tak abih-abih gi bebel. Dah memang style kot kan? HAIH! 
Seb bek aku ni ado kuasa "pekakkan telinga". 


Pehtu, dia komplen lagi masa dia nak wat order. Bla bla bla... 
Pehtu....... mulalah terkeluar ayat gini..

"Nak order, bak sini kain contoh atau warna menda sama macam inner yg ko nak order tu. 
Banyak songeh sungguh.."


HAHHAAHA.. Tu pasal aku malas nak bercakap. Aku banyak senyum. Sebab bila aku cakap, aku takde filter. Kang sentap.Ko ingat aku rajin nak pujuk? 


Lupa ke, aku bukan peniaga. AKu tolong beli jek! KAng aku tepuk gak muka ngan penampo lalat ni. Ngade betui.

********

Tadi, aku bukak lagi satu parcel. Ada blogger baik hati nak kasi hadiah sesuka hati kat aku. Mekasih ye..!
Aku bukak kotak. Oh, makanan rupanya. Besh ni! Buleh wat kunyah-kunyah sambil baca blog. HEHE.. 

Ada 4 peket. Aku bagi satu peket kat orang tu
Sharing is caring. Aku kan baik hati. 

Kalau aku dah bagi tu, buleh tak cakap tima kasih then blah je. Tapi, dia leh lak tanya....


"Sapa hantar?"


"Kenapa dia hantar menda ni kat ko?"


Ok la ..soklan camtu aku leh la jawab lagi. Tapi kuar sepatah-sepatah aje.
Kalau aku tengah kosentret blogwalking, aku memang tak pedulikan orang lain yang lalu-lalu kat sebelah aku. Aku just jawab talipon je. 
Tu bagus ada blog ni. BUleh mengelakkan kita dari terjebak dalam kancah mengumpat. TET!!!


Yang tak menahannya, orang tu tanya soklan gini..


"Apsal plastik kopok ni koyak? Aku nak tengok kertas bahan-bahan (ingredients) tu. Sedap pulak."

Yang aku pun pi jadi bodoh , tanya lagi.


"KO nak tengok hape? Kopok ikan je pun... "


Dia jawab... 

"Ado la ni dia tulih telur, gula , garam, serbuk perasa...  Tapi ketas depan tu terkoyak. Aku nak tau dia pakai tepung apa.. Dia pakai tepung tak?" sambil mata pandang aku.


Dalam hati aku dah menyumpah seranah dah. 


"Taktau la .." aku jawab, mata layan tengok pc. 


 "Takkan tak pakai tepung kot?"  Mulut dia tak habih lagi berkata-kata. 



Dey, tanggechi!

KALAU ORANG DAH BAGI TU, AMIK JE LA. MAKAN DIAM-DIAM!

25 Apr 2011

Lagi-lagi pasal preparation berpantang

Berikut adalah bahan-bahan tambahan lain yang diperlukan ketika proses berpantang aku besok-besok.

  • Stokin bola 3 pasang. MAsuk wishlist la kan sebab laki aku tak main bola la pulak. Kalau tak leh pinjam je stokin dia.
  • Minyak panas. Pati halia tu aci tak? Nak sapu kat betis ngan kaki then sarung stokin lepas tu. 
  • Bengkung - pinjam Semut Merah punya.
  • Barut ubat herba - Kak Kiah ada bagi dalam Jamu Afiat tu. Pakai masa berbengkung. 
  • Limau nipis - sapu perut sebelum berbengkung
  • Kapur - sapu kat perut masa berbengkung
  • Daun sirih - Banyak kegunaan. Salah satunya , guna basuh luka jahitan. Rebus bersama manjakani dan asam keping.
  • Manjakani - selain rebus untuk buat air cebokkan, aku makan menda ni. Pahit ko!!
  • Asam keping - kena beli banyak lagi. 
  • Pilis  dan param - ni kena tanya Ida Kurau. Dia expert. Sebelum ni tak penah pakai.
  • Kunyit hidup - rebus ngan manjakani pehtu minum. Kasi kecut segala yang patut. Ari tu Abah aku kasi aku makan Ibu Kunyit. Ngaaa~
  • Spirulina - untuk menjayakan mission diet tanpa kekurangan zat-zat penting untuk badan. 
  • Bidadari - yang ni makan lepas habih pantang. Besh..besh... Dah try dah. Ada lagi ke menda ni di pasaran? Cam takde dah jek! Sapa taw?
  • Rotan - dah ado dah kot Inche Kitchi nak rotan aku sebab tak pantang bebetul. WAKAKAKAKAKAKAK!



Ada pape lagi tak nak kena prepare? 



Penjagaan Selepas Bersalin - Bagi Kelahiran Normal

Masa kelahiran pertama, aku tak berapa study sangat bab post natal. HAnya sibuk pasal sakit bersalin dan barang baby sampai jamu aku nak bersalin pun aku tak berapa amik kisah sangat. Kali ni, aku dah ada pengalaman biarpun sikit, tapi bagi aku bersedia dengan ilmu pengetahuan adalah lebih bagus dari pegi je spital menonong tatau pape.


Entri ni aku dapat dari SINI dan aku copy paste kat blog aku untuk tatapan aku dan rakan-rakan. Pada kengkawan yang tak pregnant tu, minta maaf le. Kome sure nyampah kan baca. Hehe.. Dekat-dekat nak bersalin ni banyak le sikit entri bertemakan 'BERSALIN'. Harap sori maaf ye.




Sejurus selepas bersalin :

* Suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil, terutamanya jika wujudnya masalah sebelum ini, seperti pra-eklampsia (darah tinggi semasa mengandung) atau pendarahan yang banyak.
* Jika ibu melalui pembedahan Episiotomi, atau kelahiran tersebut telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj, maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital.
* Nasihat mengenai senaman dasar pelvis dan mengempiskan perut mungkin akan diajar kepada ibu bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga.

Setelah keluar dari hospital :

* Pemeriksaan akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi.
* Ibu juga akan ditanya mengenai lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih.

Enam minggu selepas bersalin :

* Ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir.
* Berat badan ibu akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian.
* Pada masa yang sama, bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat.
* Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing.
* Payudara, abdomen dan jahitan jika ada, akan diperiksa.
* Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda
* PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya.
* Ibu boleh berbincang dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.



Senaman selepas bersalin

Selepas bersalin perut ibu akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen. Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj.

Senaman juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas.

Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah antara senaman-senaman penting yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu. Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum. Oleh yang demikian, adalah mustahak kedudukan organ-organ ini dipulihkan kembali setelah mengalami kelasakan bersalin.


Lelehan dari faraj

Berikutan kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang dipanggil lokia. Ianya kelihatan seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti dalam seminggu dua.

Gunakan lampin bersalin atau tuala lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin.


Pengecutan Rahim

Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.


Kesakitan

Jika perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan kesakitan.

Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencurahkannya dengan air suam.

Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapkannya. Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit.

Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air. Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.


Diet

Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman.

Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.


Kemurungan selepas bersalin (Meroyan)

Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang berlaku di dalam badan.

Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan.

Gejalanya:
• Terasa sedih dan sugul.
• Kerengsaan dan keletihan.
• Tidak boleh tidur.
• Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.


Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain.

Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan. Jangan menidakkan keadaan ini. Anda memerlukan pertolongan. Semakin cepat anda mendapat pertolongan semakin cepatlah anda terlepas dari seksaan ini dan mampu mengembalikan kehidupan anda seperti biasa.

Hospital oh Hospital

Pesakit dijangka perlu bayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyemak semula caj profesional untuk pengamal perubatan, doktor dan pakar perubatan dengan menetapkan kadar bayaran siling bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta di seluruh negara.


Difahamkan, langkah itu bertujuan memantapkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan negara melalui penetapan kadar siling bagi bayaran profesional pengamal perubatan, doktor dan pakar, yang dikenakan kepada pesakit di klinik dan hospital swasta.

Jika diluluskan, orang ramai dijangka perlu membayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada caj sekarang selepas kadar itu tidak dikaji selama kira-kira 10 tahun.

Penetapan bayaran siling baru itu akan dilaksanakan menerusi pindaan Jadual Ke-13 mengenai Bayaran Profesional, Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) Peraturan 2006 dan jika diluluskan, seramai kira-kira 7,000 pengamal perubatan swasta akan menikmati bayaran baru untuk perkhidmatan mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengesahkan cadangan semakan semula bayaran itu, berkata pindaan berkaitan sudah siap dan menunggu masa untuk dibentang ke Kabinet dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kadar semakan semula bayaran profesional dicadangkan Kementerian Kesihatan, sebaliknya memberi jaminan tidak membebankan rakyat.
Namun, difahamkan kadar kenaikan dua hingga tiga peratus setahun itu seperti dicadangkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang turut menyumbang input kepada cadangan semakan semula bayaran itu.

“Pindaan atau semakan semula itu dibuat selepas kementerian mengambil kira bayaran kepada doktor yang sudah lama tidak dikaji hampir 10 tahun. Memang ada permohonan untuk meningkatkan kadar yuran profesional terutama di kalangan pengamal perubatan swasta.

“Yuran pakar juga akan dipertimbangkan. Namun, kelulusannya tertakluk persetujuan Kabinet kerana kita tidak mahu ia membebankan rakyat, sebaliknya menguntungkan semua pihak dengan kualiti khidmat kesihatan lebih baik,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas cadangan semakan semula bayaran profesional bakal dilaksanakan tidak lama lagi selepas kali terakhir kerajaan mengkaji bayaran itu pada 2002.


Sumber : SINI




Makbed berkata:

Aku dok baca berkali-kali kot salah tulih ke hape.
Ingatkan penetapan harga syiling tu nak kasi rendah sikit la. 
Sementara tak de pindaan pun charge hospital swasta naaallllaaa punya mahai. 
Spital kerajaan plak, tak mahai mana tapi sebis dah cam malas-nak-describe-dah
Ini nak tetapkan harga syiling baru, pehtu cakap pesakit perllu bayar 20 - 30 persen lebih mahal, then cakap pulak "dijamin tak membebankan rakyat."

Tak membebankan rakyat Abah DIA!!!


Jika diluluskan, orang ramai dijangka perlu membayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada caj sekarang selepas kadar itu tidak dikaji selama kira-kira 10 tahun. - ada kami kisah ke? charge dok ada selama ni pun dah cukup membebankan. Lagi mo naik ka?


Iye paham.. Malaysia kekurangan doktor.
Tapi, tu bukan alasan untuk menaikkan kadar charge di spital swasta (atau spital kerajaan sekalipun), dan menggunakan alasan yang sama setiap kali pesakit komplen servis doktor di spital kerajaan umpama melepaskan kentut di tempat awam aje. Komplen le camne pun, takde perubahan gak. HAiH! Asyik bagi alasan je, pehtu janji nak ubah. 
Maybe ada la kot perubahan, kita yang tak perasan gamaknya. 


Dah muak dengar orang cakap "standard la servis spital kerajaan. Padan le ngan harga pun..." atau pun ayat camni.. "kalo nak jumpa doktor yg bebetul terer, gi la hospital swasta. Tapi siap duit laa..." 


Takleh ke kalau time sakit je, jumpa la sapa-sapa pun asal doktor, tapi doktor tu kasi charge yang patut-patut je. Ini charge consultation lagi mahal dari charge ubat. Camne...?? Nak guna air liur pun kena bancuh dulu ka?

Kini setiap malam adalah MALAM PERTAMA!

Poyo je aku ni kan. Blog tak feymes pun nak letak LIKE button. 
Tak kira! Nak letak jugak. KAsi meriah sikit. 

Klik laa..Klik laaa LIKE tu.



****


Masa korang kawin dulu kan, ada tak korang buat BUNTING beso punya taruk gambo korang cecantik, pastu gantung kat jalan masuk kampung korang ataupun kat depan jalan masuk umah korang?

BUNTING macam ni..









Lepas habih majlis kenduri korang tu, apa jadi ngan BUNTING nih?

KOrang buat tikar?
Buat langsir?
Buat bumbung reban ayam?
Recycle? Kalau buleh la...
Simpan wat kenangan? Tapi nak simpan kat ne?


Kalau setakat nak gulung je boh dalam store, tak ke membazir namanya tu. 
Buat berabuk bersawang aje. Aku ni plak jenis tak berapa gemor simpan barang-barang tak pakai. 
Tapi, takkan nak buang pulak benda ni? Ada muka aku tu....  Isk..Isskk... Dilema sungguh!



Aku ada idea besh. Korang buleh tiru kalau suka.










Korang buat la langsir!!!MySpace




Al-kisahnya, umah kerajaan ni banyak sungguh tingkap. Dari aku pindah, kendian aku bersalinkan Oni, aku tak sempat nak peruntukkan masa buat langsir. Tingkap umah ni banyak sungguh! Besar-besar. 
Masa berpantangkan Oni, Mak Bidan bising cakap bilik aku terang sangat. Tak elok untuk baby. 
Number Five [KIMI] tolong lekatkan kertas minyak kat cermin-cermin tingkap tu since cermin tu je yg takde railing. Nak pasang, MALAS! Lagipun bukan rumah sendiri, ye dak. KEDEKUT!


Ada sesetengan umah kerajaan cam aku ni (aku perati umah jenjiran) buat langsir untuk tingkap tu. 
Tapi tak ramai. Yang lain just biarkan bogel je. 
Masalahnya, kalau biar bogel, cahaya mentari masuk terus ke bilik menyuluh mata.
Kebaikannya ialah, ko sihat sebab dapat vitamin D lebih dan ko bangun seawal jam 7 pagi terutama pada hari minggu. 
Keburukkannya ialah, ko takleh bangun lewat dan time tengahari ko takleh tido dalam bilik sebab terang sangat.


Disebabkan tingkap yang tak bertutup langsir tu la yang membuatkan aku malas nak tido dalam bilik.
Tido luar je. Luar lagi gelap dari dalam bilik since suma tingkap luar ada langsir. 


Skang, aku da ada 'langsir' terbaek. AHHAHA... 
Kimi yang pasang. SENANG.
Takyah pakai tali, takyah railing... Cuma pakai paku je. Lubangnya dah ada.
BAru le romantik sikit bilik aku di tengahari yang rembang. 


Mak aku sure bangga dengan anak dia yang sangat inovatif ni.
Semalam baru dok bincang nak wat bunting cam aku punya untuk majlis Angah nanti. 
Tapi aku cakap "tak perlu pun takpa" since kegunaannya hanya pada hari itu sahaja. Membazir.


Tapi, lepas aku buat camni, maybe tak de la membazir sangat wat bunting majlis kawin korang kan? 
Ada guna ape.......  Buleh merapatkan hubungan suami isteri.
Bila rasa nak gado je, tengok bunting tu. Terasa macam baru je kawin semalam. 
HEHe.. tak caya kome cuba la. 



Kini, setiap malam adalah malam pertama!!!




Bunting ni Ayah mertua yang buatkan tawww. 
Touching aku...




24 Apr 2011

Bakal Suami Bukan Islam - buleh kah?

Soalan:

SAYA berusia 21 tahun dan sedang menuntut di sebuah IPTA tempatan. Baru-baru ini, sepupu saya melangsungkan perkahwinan dengan seorang doktor.

Ibu berasa begitu tercabar dan meminta saya mencari calon suami yang mempunyai kedudukan. Namun, mungkin kerana kuatnya doa seorang ibu, tahun lalu saya dipertemukan dengan seorang doktor.

Untuk pengetahuan Dr, lelaki itu seorang warga asing penganut agama kristian yang kuat. Pada mulanya ibu menentang hubungan berkenaan kerana faktor agama, namun melihat kesungguhan kami, ibu mula merestui asalkan dia memeluk Islam.
Saya sebenarnya masih merahsiakan identitinya yang bukan warganegara Malaysia. Jika ibu mengetahui hal berkenaan pasti dia menolak sama sekali.

Sebelum ini, sudah dua kali saya memiliki teman lelaki, tetapi kerana tidak mendapat restu ibu, saya terpaksa memutuskannya. Untuk kali ketiga ini, saya harapkan hubungan kami akan kekal berpanjangan.


Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memperkenal­kan Islam kepada teman lelaki saya seterusnya menambat hatinya memeluk Islam?




Jawapan:


ISLAM adalah agama yang benar dan berbentuk dakwah. Islam meletakkan tanggungjawab dakwah kepada umatnya. Ini penting dalam menyebarkan kebenaran dan memandu kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

Hasrat anda untuk memperkenalkan Islam kepada orang lain sangat bertepatan dengan ajaran Islam. Bagaimanapun, Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam.

Apa yang penting ialah memperkenalkan dasar pokok Islam, iaitu sistem kepercayaan dan syariah. Penerimaan kepada syahadah sangat penting dalam Islam.

Memandangkan tujuan anda berdakwah supaya calon suami tertambat hati kepada Islam ia tentu lebih sukar kecuali dia sendiri mempunyai minda yang terbuka sehingga dapat menerima Islam.

Anda perlu menerangkan kepadanya bahawa syariah Islam tidak membenarkan perkahwinan campur antara agama lebih-lebih lagi antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam.

Ini bertepatan dengan intipati ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman itu lebih baik daripada wanita musyrik, sekalipun ia menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan wanita Islam) dengan lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Dan sesungguhnya sese­orang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (Surah al-Baqarah ayat 221)

Anda tidak boleh mengharapkan perkara berkenaan berjalan dengan mudah. Ini kerana anda sendiri menyatakan calon suami itu penganut Kristian yang kuat.

Sememangnya Kristian agama dakwah (missionary). Tentu akan ada usaha dakwah dalam soal berkenaan. Sekiranya pegangan Islam tidak kuat, anda mungkin dipengaruhi atas sebab cinta atau pangkat dan sebagainya.

Adalah baik jika anda tidak mengharapkan sepenuhnya dia sebagai calon suami. Letakkan prinsip agama yang paling utama dalam memilih jodoh.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain itu, faktor umur anda yang masih muda tentu mempunyai banyak lagi pilihan dan kesempatan yang lain. Mohon doa kepada Allah s.w.t supaya mendapat jodoh yang baik.




makbed berkata:

Kesian kat si tukang tanya ni. Patutnya Ibu tu bagi nasihat yang baik-baik bab cari jodoh ni. Nak pulak bakal menantu yang berkedudukan. Apa yang Ibu hajatkan, terpaksa anak tunaikan. Dan sekarang ni, si anak nak kahwin atas sebab apa?


Sesuatu perkara yang mulia didahului dengan NIAT yang serong, kesudahannya tidak membawa ke arah kebaikan. Itu yang aku belajar dan TENGOK SECARA LIVE selama aku hidup ni. 
Jadi, biar sekecil mana pun perkara baik yang kita nak buat, pasakkan dengan niat yang betul. 

Contoh niat tak betul (aku amik bab kawin la ye)..

  •  Nak kawin sebab nak lari dari kongkongan mak bapak. 
  •  Nak kahwin sebab kawan-kawan lain suma dah kahwin dan dia jeles.  Jadi takut dikatakan tak laku,  dia pun main sebat je sapa yang lalu, dan terus kawin. 
  • Nak kawin sebab nak bolot harta pusaka, atau harta pasangan sendiri. 
  • Nak kawin sebab nak buktikan kat ex-pakwe atau ex-gf anda actually dah LUPAKAN kisah silam anda dan sebagai signal yg anda tu masih laku walaupun tak jadi KAWIN ngan ex anda tu. 
  • Kawin sebab nak MENGANIAYA orang lain. Hmm.. yg ni kena pikir sniri la camne contoh nye.




Tu sebahagian je. 
Dan kesemua contoh tu pernah terjadi kat depan mata aku. 
Dan kesudahannya, takde satu pun berlansung dengan baik. 
Ada yang dah kawin pehtu finally tahu yang suami ada gepren lain. Yang ni TERLALU BANYAK! 
Yang kawin, pehtu dilanda masalah kewangan tak berenti-renti. 
Yang dah kawin pehtu tau yang suami sendiri pun kawin sekadar nak lepaskan syarat mak je.
Yang lagi sedih, dah kahwin, pehtu suami tinggal camtuh je. Nak tuntut fasakh , suami lak tak datang-datang ke mahkamah. Tak setel-setel sampai skang. 

Bagi rakan-rakan Makbed yang belum berkahwin, niatkan bebetul. Kita berkahwin kerana mahukan redha Allah. Kita mengikut sunah Nabi. KAhwin ini adalah fitrah. Semua orang MAHU kahwin. JAdi, jangan rosakkan keindahan perkahwinan tu dengan niat yang tak baik. Walaupun orang sekeliling tak tahu, yang menerima bala akibatnya adalah diri sendiri.


Dengan adanya niat betul, sekurang-kurangnya bila kita dilanda musibah dalam perkahwinan, kita akan kembali ingat NIAT asal kita mendirikan rumahtangga.

Dan itulah yang kekal sampai bila-bila.


Tolong jangan berbangga-bangga dengan diri kita yang sudah punya jodoh. 
Jangan berkata nista kepada mereka yang masih tidak berjodoh. Hormatilah mereka. 
Tak keluar peluh pun kalau kita doakan mereka even hanya dalam hati. 
TAkyah gitau orang tu pun "weh, aku tengah doa kat hang ni!" 
TAK PAYAH
Islam tu kan mudah.
Kita yang dah berjodoh, even aku skali pun, bila-bila je buleh berakhir.
Dan bagi yang belum bertemu jodoh tu, teruskan berdoa ye. Bersikap positif adalah yang terbaik. 
Buat masa skang, sediakan diri dulu.



Kalau suka entri aku ni sila angguk-angguk. HEE...
Terbebel plak!

Bakal Suami Bukan Islam - buleh kah?

Soalan:

SAYA berusia 21 tahun dan sedang menuntut di sebuah IPTA tempatan. Baru-baru ini, sepupu saya melangsungkan perkahwinan dengan seorang doktor.

Ibu berasa begitu tercabar dan meminta saya mencari calon suami yang mempunyai kedudukan. Namun, mungkin kerana kuatnya doa seorang ibu, tahun lalu saya dipertemukan dengan seorang doktor.

Untuk pengetahuan Dr, lelaki itu seorang warga asing penganut agama kristian yang kuat. Pada mulanya ibu menentang hubungan berkenaan kerana faktor agama, namun melihat kesungguhan kami, ibu mula merestui asalkan dia memeluk Islam.
Saya sebenarnya masih merahsiakan identitinya yang bukan warganegara Malaysia. Jika ibu mengetahui hal berkenaan pasti dia menolak sama sekali.

Sebelum ini, sudah dua kali saya memiliki teman lelaki, tetapi kerana tidak mendapat restu ibu, saya terpaksa memutuskannya. Untuk kali ketiga ini, saya harapkan hubungan kami akan kekal berpanjangan.


Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memperkenal­kan Islam kepada teman lelaki saya seterusnya menambat hatinya memeluk Islam?




Jawapan:


ISLAM adalah agama yang benar dan berbentuk dakwah. Islam meletakkan tanggungjawab dakwah kepada umatnya. Ini penting dalam menyebarkan kebenaran dan memandu kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

Hasrat anda untuk memperkenalkan Islam kepada orang lain sangat bertepatan dengan ajaran Islam. Bagaimanapun, Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam.

Apa yang penting ialah memperkenalkan dasar pokok Islam, iaitu sistem kepercayaan dan syariah. Penerimaan kepada syahadah sangat penting dalam Islam.

Memandangkan tujuan anda berdakwah supaya calon suami tertambat hati kepada Islam ia tentu lebih sukar kecuali dia sendiri mempunyai minda yang terbuka sehingga dapat menerima Islam.

Anda perlu menerangkan kepadanya bahawa syariah Islam tidak membenarkan perkahwinan campur antara agama lebih-lebih lagi antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam.

Ini bertepatan dengan intipati ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman itu lebih baik daripada wanita musyrik, sekalipun ia menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan wanita Islam) dengan lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Dan sesungguhnya sese­orang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (Surah al-Baqarah ayat 221)

Anda tidak boleh mengharapkan perkara berkenaan berjalan dengan mudah. Ini kerana anda sendiri menyatakan calon suami itu penganut Kristian yang kuat.

Sememangnya Kristian agama dakwah (missionary). Tentu akan ada usaha dakwah dalam soal berkenaan. Sekiranya pegangan Islam tidak kuat, anda mungkin dipengaruhi atas sebab cinta atau pangkat dan sebagainya.

Adalah baik jika anda tidak mengharapkan sepenuhnya dia sebagai calon suami. Letakkan prinsip agama yang paling utama dalam memilih jodoh.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain itu, faktor umur anda yang masih muda tentu mempunyai banyak lagi pilihan dan kesempatan yang lain. Mohon doa kepada Allah s.w.t supaya mendapat jodoh yang baik.




makbed berkata:

Kesian kat si tukang tanya ni. Patutnya Ibu tu bagi nasihat yang baik-baik bab cari jodoh ni. Nak pulak bakal menantu yang berkedudukan. Apa yang Ibu hajatkan, terpaksa anak tunaikan. Dan sekarang ni, si anak nak kahwin atas sebab apa?


Sesuatu perkara yang mulia didahului dengan NIAT yang serong, kesudahannya tidak membawa ke arah kebaikan. Itu yang aku belajar dan TENGOK SECARA LIVE selama aku hidup ni. 
Jadi, biar sekecil mana pun perkara baik yang kita nak buat, pasakkan dengan niat yang betul. 

Contoh niat tak betul (aku amik bab kawin la ye)..

  •  Nak kawin sebab nak lari dari kongkongan mak bapak. 
  •  Nak kahwin sebab kawan-kawan lain suma dah kahwin dan dia jeles.  Jadi takut dikatakan tak laku,  dia pun main sebat je sapa yang lalu, dan terus kawin. 
  • Nak kawin sebab nak bolot harta pusaka, atau harta pasangan sendiri. 
  • Nak kawin sebab nak buktikan kat ex-pakwe atau ex-gf anda actually dah LUPAKAN kisah silam anda dan sebagai signal yg anda tu masih laku walaupun tak jadi KAWIN ngan ex anda tu. 
  • Kawin sebab nak MENGANIAYA orang lain. Hmm.. yg ni kena pikir sniri la camne contoh nye.




Tu sebahagian je. 
Dan kesemua contoh tu pernah terjadi kat depan mata aku. 
Dan kesudahannya, takde satu pun berlansung dengan baik. 
Ada yang dah kawin pehtu finally tahu yang suami ada gepren lain. Yang ni TERLALU BANYAK! 
Yang kawin, pehtu dilanda masalah kewangan tak berenti-renti. 
Yang dah kawin pehtu tau yang suami sendiri pun kawin sekadar nak lepaskan syarat mak je.
Yang lagi sedih, dah kahwin, pehtu suami tinggal camtuh je. Nak tuntut fasakh , suami lak tak datang-datang ke mahkamah. Tak setel-setel sampai skang. 

Bagi rakan-rakan Makbed yang belum berkahwin, niatkan bebetul. Kita berkahwin kerana mahukan redha Allah. Kita mengikut sunah Nabi. KAhwin ini adalah fitrah. Semua orang MAHU kahwin. JAdi, jangan rosakkan keindahan perkahwinan tu dengan niat yang tak baik. Walaupun orang sekeliling tak tahu, yang menerima bala akibatnya adalah diri sendiri.


Dengan adanya niat betul, sekurang-kurangnya bila kita dilanda musibah dalam perkahwinan, kita akan kembali ingat NIAT asal kita mendirikan rumahtangga.

Dan itulah yang kekal sampai bila-bila.


Tolong jangan berbangga-bangga dengan diri kita yang sudah punya jodoh. 
Jangan berkata nista kepada mereka yang masih tidak berjodoh. Hormatilah mereka. 
Tak keluar peluh pun kalau kita doakan mereka even hanya dalam hati. 
TAkyah gitau orang tu pun "weh, aku tengah doa kat hang ni!" 
TAK PAYAH
Islam tu kan mudah.
Kita yang dah berjodoh, even aku skali pun, bila-bila je buleh berakhir.
Dan bagi yang belum bertemu jodoh tu, teruskan berdoa ye. Bersikap positif adalah yang terbaik. 
Buat masa skang, sediakan diri dulu.



Kalau suka entri aku ni sila angguk-angguk. HEE...
Terbebel plak!

Suami U tak marah ke U chatting ni?

Setiap kesakitan, kerengsaan dan ketidakselesaan itu adalah hadiah berbentuk ujian dari Allah. Aku terima dengan sobar. 

Siyes memang keadaan aku ketika ini agak annoying. BUkan sahaja aku yg rasa annoying, orang sekleiling aku pun rasa cemtu gak kot. Kalau korang rasa annoying jugak bila membaca ngomelan dan ngongoian aku ni, aku mintak maaf ye korang.


Ari Sabtu malam memang biaso Inche Kitchi kuar gi dating. Selalunya time dia kuar adalah waktu sesuai untuk berblogging dan berBW laju-laju. Tadi sempat gak la buat entri sekeping dua. Pehtu ado la satu orang kat fesbuk ajak chatting. 

Heee... aku ingat lagi zaman chatting kira-kira 12 tahun dulu, time tu chat kan bebaru lagi. Suma org sibuk nak chat. Aku ciwi la skejap.. Tapi, aku jenih manusia yang cepat jemu ngan menda yang sama dibuat berulang kali.

Contoh ayat yang paling menyampah nak kena jawab..

Hi...
A/S/L (age/sex/location)
Dah makan?
KAt mana?


So sapa yang idup sezaman ngan aku sure paham apa yg aku cakap ni. Oh siyes, aku tak suka dan cukup menyampah. Sebab tu la aku payah nak ada boyfriend kot. 

I have waited for a guy who can impress me with a different kind of approach. Finally, I found him. 
Or maybe, he found me!

Haaa..da nak masuk dua dah anak. 

NAnti kita citer la bab tu.


TAdi, aku ditegur oleh sape ntah dalam fesbuk. AKu rasa aku nak kena dilit sebahagian frenlist dalam fesbuk aku since ada banyak gak yang aku tak kenal. Aku pun tak sure ngape aku add diorang.
Takleh la nak nafikan yang aku ada stalker tapi so far stalker tu takde le gatal-gatal nak provoke, cari gado or nak merosakkan hari aku. Mungkin pembaca blog kot, kan? 

TApi, yg sorang ni tadi.. tanya-tanya soklan bagai... 
LAst skali dia tanya soklan yg paling menyampah aku nak jawab. 


 Suami u tak marah ke u chat ni?



Wadehel? 
Aku cakap ngan dia pun pakai chat jek. 
Soklan yang dia tanya pun stakat kat mana, keje ke, duduk mana, asal mana... 
Apsal pulak tetiba laki aku nak marah aku chat?
I am not the one who 'tegur' him at the first place. LAgipun, apa lah sangat chat tu.
Kalau ia ada unsur-unsur zina, maybe la KOT Inche Kitchi bercekak pinggang sambil pegang kerambit. 


Maybe dia nak dengar jawapan berbunyi begini:


MEstilah marah. Suami saya bukan buleh napak saya chat ngan lelaki. Dia jeles!


MAybe dia menunggu respon cenggitu. Pastu, conversation tu akan berlanjutan dan dialog seterusnya akan jadi camni plak...



Ohh..suami u jeles ye. Dah tu, kenapa awak chat? Suami awak mesti takda kat situ kan?


Dan masa tu mulalah kuar dialog rintihan seorang isteri..


Suami saya kuar malam je. Bosan. Tu pasal la chat bla bla bla. Nasib baik awak ada. TAkde la boring bla bla bla bla....



See.....?



Tapi, mamat yang chat ngan aku tu mungkin agak kuciwa sedikit bila respon aku pada soalan beliau tadi adalah seperti berikut:



Iskk..kenapa pulak nak jeles. Kalau saya mengorat awak maybe la dia jeles. 


Then, the guy suddenly mati akal taktau nak respon pe. He just said...

MAna lah tau......

Then, the conversation ends right there!



 KAlau tanya Inche Kitchi secara live - 
"Awak tak jeles ke saya chat ngan laki-laki dalam fesbuk?" 


 Kome nak tau dia akan jawab pe?





NI la jawapan dia...



 "Ala.... chat je. BUkannya awak raba bontot dia pon , kan?"



 AKu dah penah tanya dah. ......
Tu pasai la aku malas nak tanya soklan bodoh-bodoh kat Inche Kitchi. 
 Sebab jawapan dia walaupun bunyi cam selenga, tapi memang logik. 





TApi, dia tau sangat dah bini dia ni bukan jenis melayan. HEEE.... So, selamat la kan.




Inche Kitchi balik dari dating bawak balik GInger Beer. 
Wah, leganya. Terus sendawa bruaakk..bruaakkkk!
KAlau tak tu terasa nak cucuk je ulu hati ni ngan paku ke jarum ke. Angin tersangkut! TAkleh sendawa. Seksa tau!
Ni yang cayang ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram