Followers

31 Mar 2011

Tips Mengidam Yang Patut Diamalkan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.

“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.

“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Iskk..Iskk...

Meh nak pesan. Khas buat wanita-wanita mengandung.

Sebolehnya, jangan diikutkan sangat mengidam tu apatah lagi ngidam menda pelik-pelik ni. Tapi, bagi aku mengidam lempuk durian tu, kira okeh lagi la kan. Jangan dia ngidam nak makan kulit durian sudah! Yang aku geleng kepala tak sudah tu, kenapalah ko gi mintak lempuk durian dan segala menda yang ko nak tu lepas laki ko balik keje? Tak boleh ke bersabo sikit nak oi......

Kesian kat suami tu. Dah le balik lewat. Pehtu, kena paksa suruh cari makanan plak. Kalau stakat burger Ramly tu buleh le cari. Eskrim paddle pop ke... Buleh la. Buah kelur? Aku pun tatau amende buah kelur tu. LAgi , lempuk durian? Memang kena hempuk le sudahnya. Tak kena timing.

Ni tips mengidam yang patut diamalkan ek. Sila take note:

  • Seeloknya, bagi je notis awal seminggu paling elok kalau nak makan pape pun. Especially menda ganjil-ganjil. So, senang le suami nak cari. Kalau takde, dia buleh le tanya orang, mintak tolong carikan. 

  • Jangan le cakap 'kalau tak dapat makan menda yg diidamkan tu , takleh tido'. Kesian suami. Buatnya dia keluar cari jugak makanan idaman kita, tetiba dia mati eksiden, camno? Haaa... tak nyesal? Bertenang beb! Bertenang!

  • Jangan guna alasan 'mengandung' sebagai access VIP agar kita dapat layanan first class dan cepat tanpa bantahan. Tak baik menyusahkan orang apatah lagi suami sendiri. 

  • Jangan disebabkan kita mengandung, kita boleh sesuka hati je gado-gado , hentak-hentak kaki dan merajuk pabila keinginan kita tidak ditunaikan. Mengandung bukan lesen untuk wat segala menda gitu ek. 

  • Hamil sangat sinonim dengan kesabaran. Sabarlah menanti apa yang anda idamkan tu tiba di pangkuan. Kalau rasa lambat sgt, pi la cari sendiri. SENANG!

  • Nak lagi senang, iklankan la kat fesbuk ke, blog sendiri ke tentang kemengidaman tu. Semoga ada la insan-insan mulia yang sudi tolong dapatkan untuk kita. TEringat lak kat Nini D wat kat puding roti untuk aku ari tu. Iskk... tacing Makbed!

  • Kata orang, sikap kita masa handle moment mengidam ni jadi penentu perangai baby dalam kandungan. Haa.. jadi pepandai la nak idup ek. Jangan cengeng sangat. Dapat suami penyabor takpe. Dapat suami yang tak sabo, naseb la!

  • Yang si suami pun.... kot ye pun kan, jangan le sampai naik sepak terajang kat bini tu. Kalau dia tak ngandung pun, sah-sah dia bukan lawan kamu. BUatnye ko sepak-sepak dia, terburai isi perut kawan tu kang, nak wakpe?? Tak pasal je masuk penjara. Tau la penat. Tapi, takleh ke cakap elok-elok. Takpun, agak si bini tu tak dengar kata, asik menjerit je, keluar je dari rumah. Jangan le pukul! Dosa tau! Iskk.. hapelah nak jadi ngan lelaki zaman skang ni. Tak suka je pukul. Marah je terajang. Dulu kekecik soh belajar tomoi tak mo! Sebok men guli je. Haa..kan aku dah bebel!

    makbed berkata
    Ado tak pompuan mengidam nak bini baru untuk laki dia? Ada tak ? Ada?  Takde kan!  Salu ngidam makanan je. Apsal ek? Ngidam beg tangan COACH? Ada?

        30 Mar 2011

        Panasssss

        Semalam panas betolll! 

        Balik umah aku terima 2 bungkus nasi ayam berempah dari jiran depan. Gud, tak payah masak dinner. Boleh terus masak puding caramel je. Dua hari lepas jiran rumah atas pulak kasi Chocolate MOist Cake. Ehh...dah berjangkit gamaknya sindrom bagi-bagi pinggan di kalangan jiran-jiran terdekat ek? 

        HAha.. sonok la. Sebab sebelum ni takde. Jiran takde yang ngam. Ado pun jiran, bini dema lak takde. Tinggal suami-suami jek. MAsa bersalinkan Oni dulu, sengsorang je haku. MAk nak tinggalkan aku berpantang kat umah pun seriau. Sebab memang sunyi. Skang, dah tak pe dah... Semua rumah ada orang, kecuali satu pintu tu yang masih kosong. RIndunya kat suri rumah tu dengan anak dia. Diorang dah pindah balik Labuan daa awal tahun ari tu. KAlau tak, sure meriah blok ni!

        Aku dah beli pelengat yang kecik sikit. So, satu adunan puding boleh masak dua bekas. Cute le sikit nak taruk atas pinggan untuk diberi orang ye dak? Comey gitu. RAsa tetap sama. Harap, AJA (nama jiran yang kasi cekelet moist tu) suka menda manis-manis ni. Ihiii.. TApi, kek ko sedap woo! Macey....

        Ketika masak puding tu, walaupun sikit je kederat nak diguna, peluh bercerau sampai basah baju bahagian belakang. Waa... menitik-nitik beb! Bila masuk waktu tido, aku rasa berbahang. TAk habih-habih aku mengomel kat Inche Kitchi pasal temperature yang agak tidak besh tu. KAt luar angin sepoi-sepoi, dingin macam mahu hujan, tapi kenapa dalam rumah panas? 

        Memang boleh tido tak berbaju. Sejuk... TApi, tak bagus untuk kesihatan ibu mengandung. Seboleh-bolehnya, aku kena elak badan dimasuki angin. PAkai baju pun angin leh masuk , apatah lagi kalu bogel je? Idung aku dah start selsema. Ketat rasa lubang idung. Tekak gatal dan sakit. Semalam, aku memang tak boleh tido!

         Jam 5, baru aku lelap. Sebab masa tu dah sejuk. Pukul 6 aku bangun Subuh dan tido balik. Sedar-sedar sudah jam 7 pagi. Kepala aku dah sakit. Aku bangun juga sebab 'tangki' dah penuh. Nak jalan pun tak daya. TArik selimut tido.... 

        "Ayah..kang tolong antar Auni gi pengasuh ye.." aku berbisik kat telinga Inche Kitchi.

        "Yolaahh...." 

         ZZZZZ...ZZZZZz.ZZz

         -aku dah berjaya wat telur separuh masak! selalu buat telur tu tak masak, atau terlebih masak-

        28 Mar 2011

        RAMAS TELUR?

        Macam lama je aku buat kenduri. Tak lama lagi adik aku lak na kenduri. Adik laki, so kenduri pun tak beria sangat nak disediakan segala bebarangnya. 

        Nak bagi bunga teloq ka tamau?

        Perlu ka?

        Ke nak bagi gedik goodie bag je? 
        Dalam tu isi le kerepek ke, kuih gunting ke... papadom ke kan? 
        Pehtu boh choki-choki, gegula sikit.

        Tapi.. takpe ke tak kasi bunga teloq?
        Aku tanya pakcik ni .. Sesaja je borak ngan dia walaupun aku ni maleh sbenonye nak bukak mulut tanya pape pun. Dah dia ado kat depan aku kan. apa salah beramat-tamah sekejap. 

         "Iskkk.. tak payah la bunga teloq bagai tu. Baziaq ja. Teloq orang ramas je malam-malam. Biaq pengantin ja yang ramas..."

        Perlu ke cakap camtu ngan aku??

        Tu la pasai aku malas nak cakap ngan orang tua ni. 

        FAKTA KEBENARAN !

        BERSALIN Memang Menyakitkan

        Sapa cakap tak sakit, memang tipu. Sakit woo.. Yang membezakan kadar kesakitan dialami seseorang individu tu cumalah cara dia menahan kesakitan tu. Bagaimanapun, kesakitan bersalin itu membantu para ibu dalam proses melahirkan. Adalah penting bagi si ibu untuk mempersiapkan emosi, minda, jiwa yang kental agar dapat mengharungi saat kesakitan dengan tenang. Ingat, tak de siapa pun suka dengan orang yang cengeng, suka menjerit-jerit ketika berada di hospital. KAlau anda baby, boleh le nangeh sekuat hati. Nampak comel je. Jika anda boleh mengharungi kesakitan dengan senyuman, maka mudahlah proses bersalin anda kerana anda akan didoakan oleh semua orang yang ada kat spital tu, termasuklah oleh para jururawat dan doktor. Sakit itu pasti. Kalau tak nak sakit, jangan le kawin.. Ye dak? TET!

        Kehidupan berubah secara total selepas bersalin.

        Dengan adanya anak kecil, kehidupan semestinya tak sama seperti masa lepas. Dulu berdua lebih baik. Skang, bertiga memang terbaekk!! Pehtu, berempat, berlima, berenam...  Pastinya kita mengidamkan zaman bujang-bujang yang mana tidur tak terganggu, segalanya aman damai je. Skang, buleh nak membuta? Jangan haraplah. Tanggungjawab menjadi lebih besar selepas menjadi Ibu, ditambah dengan tanggungjawab sedia ada sebagai isteri. Bila anak yang kita baru lahirkan tu berada dalam dakapan, barulah tersedar bahawa kita bukan bersendirian lagi.

        Menyusukan anak tidak mudah dan MENYAKITKAN!

        Yaaa.. memang sakit tau. Jangan sesekali ingat semua ibu yang baru melahirkan boleh terus menyusukan anaknya. Bab menyusukan anak ni kadang boleh jadi sensetif bagi si ibu baru. Boleh jadi tensen sebab semua Ibu biasanya mahu menyusukan anaknya dengan susu badan, tapi kerana kurang bersedia dan kurang ilmu, maka proses penyusuan jadi sukar. Emosi si ibu pulak tak berapa nak stabil maka kesannya lebih teruk. Di awal peringkat penyusuan, si ibu akan berhadapan dengan situasi ngeri sikit, tapi normal antaranya luka-luka di bahagian puting susu akibat hisapan kuat dari bayi yang lapar. Errm... tapi korang buleh imagine tak kadar kesakitannya bila puting susu yang sangat sensetif itu luka, then kena sedut then kena pulak air atas luka tu? Buleh tak bayangkan? Haaa...tu dah sepet dah mata korang dok bayangkan ye..? Memang pedisssss..... ssss

        Naluri keibuan tidak datang secara otometik

        Ada sesetengah Ibu yang sepanjang tempoh mengandung sampai ke bersalin, rilek je. Bila anak dalam tangan dia, dia mula panik. Anak nangeh, dia pun nangeh sama. Dia tak dapat berfikir. Anak dia lapar ke, berak ke... dia takleh bertindak. Kaku. Kalau ada yang berhadapan masalah macam ni, silalah bercakap dengan somebody. Jangan segan memohon bantuan. Naluri keibuan memang tak datang sendiri, tapi ia boleh dipelajari.

        Hubungan suami isteri terganggu

        Bukan kerana perubahan tubuh isteri sahaja membuatkan hubungan boleh terganggu, tapi kehadiran orang baru dalam keluarga juga turut menyumbangkan ke arah kerenggangan hubungan. Isteri menjadi letih kerana menguruskan rumahtangga dan anak. Lagi bertambah letih kalau si isteri tu bekerja.  Rumah yang dahulunya sepi dan sunyi kini diisi dengan tangisan si kecil. Rumah yang dahulunya terurus, jadi agak tak terurus. Maka, haruslah suami bekerjasama dengan isteri menguruskan rumahtangga serba sikit. Tu pun kalau anda tak mahu isteri anda tido terbongkang di malamnya kerana terlampau letih. Bertimbang-rasalah.

        Perubahan bentuk tubuh yang ketara

        Ini memang pastinya berlaku selepas melahirkan.  Ada yang berubah jadi lebih baik. Ada yang berubah ke arah yang tidak baik. Jadi, kenalah bersedia dengan perubahan yang bakal melanda, dan persiapkan segala peralatan dan bahan-bahan untuk kembali kepada bentuk asal sewaktu tempoh kehamilan. Jangan masa dah bersalin baru nak survey produk kurus dan segala jamu. Siapkan semua. Cari tukang urut yang sesuai dgn anda. Tidak rugi berbelanja lebih untuk kesihatan sendiri dan keharmonian rumahtangga kan?

        Ju ONI yang nakal

        Thousand of apologies to my readers and blog-walkers due to unexplainable situations resulting to the malfunction of Makbed's Journal yesterday. 

        Yeah, domain problem lagik!

        Just to remind you guys if the same problem happens again, please be a bit rajin to look for http://makbed.blogspot.com.

        At the mean time, let us hope that things like this would never happened again.

        Photobucket
        Ju-On kat umah Makbed

        Kepada yang mencari dan tercari, mekasih bebanyak. Aku terperasan gak ada orang search aku pakai google. Gilo kentang kome ye. Mekasih ye..Mekasih.... 

        Kome suka tengok citer Ju-On? Aku ada dah sorang Ju-On. Panggil dia Ju-ONI. Antara karakteristik Ju-Oni ialah...

        • boleh bunyi cam kucing.
        • boleh panggil kucing
        • buleh habihkan bedak kat umah ko dalam masa setengah hari
        • suka meracau bila tido malam. 
        • tido siang pun meracau gak.
        • tak paham beza skateboard ngan perut Inche Kitchi
        • suka mintak AIR walaupun dah minum banyak air.
        • suka jalan kengkang
        • suka merajuk, tapi tak tak suka orang merajuk ngan dia
        • suka cium pipi orang lain
        • tak takut dengan warga emas
        • suka nangeh 
        • suka kaco Makbed mekap
        • suka kaco PC Inche Kitchi
        • suka baby
        • boleh bercakap 3 bahasa setakat ni Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Elf
        • suka sepahkan mainan, tapi tak suka main mainan tersebut. 
        • Sukakan periuk belanga dan kuali di dapur. 
        • jujur budaknya. Bila kentut dia mengaku. Haa..jujur la kan?
        • Mudah tersentuh hati bila orang cakap 'taknak kawan' dengan dia. 
        • Makanan kegemaran : Fish
        • Perkataan kegemaran : KONG! (dukung)
        • Perkataan terkelakar yang penah dia sebut: AMMMMbbOi!!

        sweet little angle

        Ini le permata hati Ibu Ayah. Anak ni pengerat kasih sayang suami dan isteri. Kadang, kitorang bermasam-muka, gegado, taknak cakap , merajuk , tapi habih takat kat henpon je. Balik rumah, bila ada Oni, terus tak jadi merajuk. HHeehe.. Nampak anak terus baik dari segala penyakit. 

        Hari tu, aku suruh Oni cari botol susu sendiri. Dia ni suka campak-campak sukati je botol nenen dia. Biasanya, dia ingat kat mana botol tu dia letak, tapi ari tu dia cam terlupa agaknya. Aku suruh gak dia cari sampai jumpa. Sambil-sambil tu, aku ngan Inche KItchi pun cari juga.

        Oni jengok bawah kerusi. Tadak. 
        BAwak sofa. Tadak.
        Dalam beg lektop Ibu, Tadak gak.

        "Hah, mana nye botoi kamu Oni?"

        Oni gi selak tikar buluh kat ruang tamu, jengok kot bawah tu plak. 

        Aihh!! 
        Aku lak konpius. Buleh ke botol susu gemok dia tu dok tersorok bawah tikar ?

        27 Mar 2011

        MAkbed jatuh .

        Tadi kan... Aku on the way dari Lumut ke Pokok Sena. Nak pi knuri. Kitorang (kami 3 branak) brenti kejap kat R&R Gurun sbb Inche Kitchi ngidam kuih pau dan Oni lak berry. Malangnya, kuih pau takde. So, lepas habih mempersiapkan Oni, kitorang pun bergerak nak sambung perjalanan ke Pokok Sena. Jauh gi nih.

        Kat ruang legar R&R tu ado orang jual kerepek-kerepek, kuih siput, kuih meneram bla bla bla. Inche Kitchi kasi signal kat aku...

        "Tu, kuih siput!"

        MAklumle, kuih tu adalah faveret aku. So aku singgah sat gi beli. AKu dukung ONi guna lengan kiri. Lepas serah duit seploh hengget (dapat 3 jenih kuih) , aku pun bagi beg plastik berisi barang-barang tu kat laki aku.

        Then aku pun nak jalan.

        Tetiba......

        AKu tersepak sesuatu. MAlang sikit nasib, lantai tu tinggi dalam 15 cm la jugak dari tempat aku berpijak. AKu terjelepok jatuh. Yang beshnya, aku tau dah aku sure jatuh punyo. Kaki aku tersadung, dan aku tau kaki aku sudah pun tergeliat. Aku siap leh sebut 'Astaghfirullahalazim' lak tu sepanjang 'kejatuhan' aku yang mengamik masa kira-kira 2 saat setengah saat je untuk aku sampai ke bawah.

        Oni ?

        Oni selamat dalam dukungan aku. Dia memang selalu selamat dalam apa jua situasi ketika aku jatuh. Dah 3 kali dah so far aku jatuh macam gitu. Tapi, kali ni 'unik' sikit sebab aku jatuh bersama perut aku yang beso. Alhamdulillah, aku jatuh bersimpuh ke kanan. Means, buku lali aku dan sekitar pergelangan kaki kanan aku yang menampung sakit.

        Takde bunyi BEDEBAB ! Aku jatuh bunyi PEK . HAHAHAHAHA.. sebab, aku jatuh pelan - tapi sakit gak la. Perut aku take efek gegeran pun sebab peha aku kan ado absorber lebih, boleh menyerap hentakan. Bagus jugak ada kaki beso ni kan?

        Oni nangeh tetiba macam dia pulak yg jatuh. Tak leh lupa aku memandang muka dia yg cemas. Dia pandang tepat muka aku dengan concernnya. Nangeh-nangeh, peluk aku kuat-kuat walaupun Apak dia nak dukung amik. Aku tau, dia takut jadi pape kat aku. Sian anak Ibu ni.

        Ketika kejadian, Inche Kitchi jalan 3 steps ahead of me. Tu pun dia tak pasan aku jatuh. Dia memang tatau la camana aku jatuh. Tapi, nasib baik dia teringat nak toleh belakang. KAlau tak, memang aku tak bangun sampai dia sampai ke kereta la kot. KAn Kan Kan?

        Hari tu, aku glamer la. Ramai kot orang tengok aku tadi. Ye la.. cemas gak la kan, tgk pompuan ngandung  jatuh tepi longkang. NAsib baik takde pape. Kalu tak, takde nye korang leh baca blog aku dah.

        Dah sampai Penang dah. TAdi, makan banyak gila kat umah knuri. Sampai uumah Umie, aku makan nasik kandar pulak. HAHAHAA...

        Ok dah. aku nak pi bancuh ayaq. Daaaa~

        26 Mar 2011

        Satgi nak pi makan kenduri kat Jabi

        Minta mahap banyak-banyak kat Semut Merah sebab hari ni dia buat Majlis Cukoq Jambui baby Amni, tapi aku takleh nak pi. 
        Aku ada kenduri kat kampung Inche Kitchi di Jabi nun.... 
        Dah lama tak tengok Tok Nek. Tok Nek pun dah tanya bila cicit nak datang umah lagi. 

        Anyway, kalau ado lauk tak abih tu , besok malam leh le pas kat umah aku yek! 
        BUSUK PUNYA OLANG!

        Aku baru sudah melipat kain. NAk basuh baju tapi hujan lebat pulak. 
        Besok lepas balik umah le basuh. 
        Dah iron sikit baju. Kurang nampaknya timbunan baju tu. 
        Lega sikit. 
        Jap gi nak mandi, siap-siap pehtu nak pack beg lak. 

        Beshnye kang nak jumpa Umie. Malam ni pas knuri balik Penang. 

        Apa lagiii????

        NAsik KAndahar Kandar laaa. 

        Weehu!

        25 Mar 2011

        LEGAAAAAAAA>......................

        YEY!!!

        L.E.G.A 
        Nampaknya itu bukan calar. Bambam Bee tak cedera. Tadi Inche Kitchi belek. Dia kata........

         "Tu maybe kena singgam kot chewing gum . Tadi saya lap hilang dah sikit."

        Nasib baikk!!!!!

        Sila baca NI sebagai rujukan.

        CARA-CARA NAK TAG ORANG KAT ENTRI KITA

        Soalan dari Nadh neh.

        Senang jer dik. 

        Memola.... kita taip entri bagai nak rak. Lepas tu....

        Highlightkan nama atau perkataan atau sentence yang kita nak tag tu. Macam ni..

        Pehtu.... pergi dekat blog yang kita nak tag tu dan dapatkan url nya. Seperti ini...

        Klik gambo untuk penglihatan lebih jelas

        Then, klik LINK yang ado dekat atas ni...

        Paste kan link yang awak copy tadi ke dalam petak TO WHAT URL SHOULD THIS LINK GO

        Then, klik OK.

        Dah siap. Nanti awak akan nampak kalernye bertukar!!

        Ha..pehtu...

        Gi kat shoutbox orang yang anda tag tu, then inform dia yang dia dah kena tag. Awak copy link entri awak tu, then awak paste dalam shoutbox dia.

        Camni...

        Pehtu, klik SHOUT. Nanti ia bertukar menjadi  [link]

        Adakah entri ini membantu?

        Inche Kitchi.... Makbed telah mencalarkan Bambam Bee mu...

        Agak-agak ni calar ke atau berketang sebab tak basuh? 

        Kalau ianya adalah sebuah calar, agak-agak Inche Kitchi maafkan aku tak?

        Aku taktau le bila menda ni ada. Siyes tatau. 

        Tu pun pasan sebab tadi aku terlanggar lubang masa drive. Tak nampak lubang tu sebab ada lopak air. Maklumlah, tengah hujan. Masa terlanggar tu aku dgr bunyi scratch tapi bunyi tu cam kat bawah keta je. BUkan kat tepi. But, just to be sure, aku check je la belah kiri tu. Skali ternampak lak menda ni. 

        Abeh la.. pasni aku kena gi keje nek KBM je la.

        Maaflah, Bambam Bee memang kereta trek. 
        Tak payah basuh pun takpe.

        Cakap tak serupa bikin? Bagaimana dengan anda..

        Jangan mengata kat orang 'cakap tak serupa bikin'. Kita pun sama je. 
        Tahu?

        Bila dengar berita kawan cerai-berai slamber je dia cakap "oo.. tu bini dia tak reti jaga diri la tu. Suami dia cari lain." Padahal, dia sniri pun taktahu pokok pangkal cerita. Mana lah tau diorang bercerai sebab masalah kesihatan ke hape. Skali, orang yang mulut celupar tu pulak ditinggalkan suami dia. Hah, nak cakap ape? Ko tak reti jaga diri jugak ke?

        Kita nasihat orang pasal kuruskan badan atau kita jual produk kurus. Bercakap pasal produk kemain lagi macam berkesan sungguh. Tapi si tukang cakap tu kalau timbang berat pun penimbang tu suruh " SILA TURUN SKANG!" Ape kessss??

        Sama gak la macam jual produk kecantikan muka pun. Beria rekemen kat kita produk ni bagus , awet muda, pipi licin lepas pakai, kulit jadi putih gebu tapi yang tukang rekemen tu muka dia lagi banyak jerawat batu dari kita. Ataupun muka dia putih melepak tak sama kaler ngan leher dia. Gila takut kot nak beli produk tu.

        Beria jadi penasihat rumahtangga kat kita bila kita ni gegado ngan pasangan. Tapi, bila time dia gado, habih pinggan, pintu, cermin pecah. Laki dia pulak mai ketuk pintu  umah kita mintak tumpang tido. 

        Kita bercerita bagai nak rak pasal kepentingan menjaga kesihatan. Jangan makan menda manis, bergaram lebih. Kena bersenam selalu. Tapi, kita smoking buss...busss.... sembur kat muka anak bini kita. 

        Awak jual insurans kesihatan tapi awak takde beli insurans untuk diri dan keluarga sendiri. 

        Kita kutuk anak orang lain tak belajar tinggi, kawin awal, beranak ramai, keja ntah pape ntah, takde masa depan. Tapi awak tu belajar tinggi-tinggi, tak kawin-kawin , pehtu asyik keje brenti. Keje brenti..keje brenti. Tu la kejenye. 

        Bila bencana alam seperti banjir , gempa bumi, tsunami berlaku, kita menyalahkan dunia yang terlampau maju sehingga merosakkan alam sekitar. Pehtu salahkan kerajaan pulak sebab bina kilang banyak , lepaskan asap tebal. Yang kita tu gi supomaket bawak beg plastik berbondong-bondong balik umah tu tak de plak pencemarannya. Tak masuk pampers kita ngan anak lagi tu. Pehtu, bila soh participate Earth Hour, tutup lampu suma untuk sejam, mengadu panas ketiak bagai. Caner? 

        Mahu anak berjaya dalam hidup tapi bila soh wat saving plus investment plus insurans untuk si anak dia tanya pulak "berapa paling sikit boleh boh?"  

        Marahkan orang bawak bas laju sampai eksiden mati ramai-ramai, tapi kita tu bawak keta macam kena rasuk iblis. 

        Beria suggest kat kerajaan suruh bekukan lesen  drebar bas yang tak berdisiplin bila bawak bas tu, tapi kita tu bawak kereta takde lesen siap takde roadtax lagi.

        Beria cakap kat suami, takpelah nanti kita share le bayar Astro lepas awak boh Cartoon Network untuk anak, tapi sampai ke sudah tak nampak duit share nye. Lagi banyak mintak ado la. HAHAHAHAHAHAHAHA..... tett!

        Cerita kami pagi-pagi

        • Kami 3 beranak tido di hall sebab lebih sejuk dan ada tilam besa. 
        • Ibu bangun jam 6.15 pagi, senyap-senyap je bangun. Tak boleh bunyi 'adeh' atau bagi menda apa lain berbunyi gak sebab nanti Oni bangun. Kalau rasa nak kentut pun, simpan dulu. Kentut bila dah masuk bilik.  
        • Ibu cepat-cepat mandi dan solat Subuh. 
        • Biasanya Oni akan terjaga bila aku selesai solat. Dia akan nangeh kalu didapati aku tiada kat sebelah. 
        • Buat susu Oni. Kasi minum dulu. Kalau dia tido balik itu adalah satu BONOS. Tapi biasanya dia tak tido dah. 
        • Aku bersiap sambil diganggu Oni. Aku mekap, Oni nak mekap. Aku pakai tudung, dia pun nak tudung. Aku pakai celak, dia pun sibuk tolak-tolak bontot aku nak pakai celak. 
        • Bila aku tak layan dia pi punggah kain baju kotor dalam laudry basket. 
        • Tetiba je dia duduk bertinggung sambil wat muka ketat. Ce teka dia wat pe?
        • Pehtu kan, bau busuk satu kawasan jajahan dia. 
        • Aku yang dah cantik-cantik ni, gi siapkan beg tangan, taruk depan siap-siap. Lektop boh kat kusi. 
        • Gi basuh berry Oni dulu.
        • Main kejar-kejar ngan Oni sebab Oni lepas basuh berak sure lari tanak pakai pampers. 
        • Apak bangun sebab dengar bunyi bising.
        • Dapat tangkap Oni, pakaikan pampers.
        • Ok dah siap. Kena suruh Oni muah Apak pehtu cium tangan Apak sebelum kuar umah. Ni memang rutin hari-hari. Tujuannya adalah untuk kasi Apak terus bangun tido. Kang dia lewat gi keje. Aktiviti ni kadang-kadang amik masa sampai 10 menet tau.
        • Ibu pakaikan kasut Oni.
        • Ibu bawak henbeg, galas beg lektop. Bukak pintu, Oni kuar. Tutup pintu. Ibu cakap..."Oni, tunggu Ibu dulu." KAlau tak cakap cemtu, Oni akan turun tangga sendiri. Bahaya!
        • Pegang tangan Oni sambil turun tangga satu-satu dan kira 'one two three' atau 'satu, dua , tiga.." 
        • Kalau dia malas, dia akan hulur tangan sambil cakap "KONG!!!" Nak dukung la plak. Maka ibu dukung la. Berat bebanan semasa turun tangga op kos melebihi 10kg ketika itu. 
        • Sampai kereta. Masukkan Oni dalam kereta, start enjin. Susun beg kat seat belakang. Then, drive gi umah Pengasuh. 
        • Sampai pengasuh, jalan lak gi nek lif. Sementara nak turun dari keta tu, gado gi ngan Oni. "Nanak...Nanakk...." tak nak turun keta. Tapi last skali turun gak sambil sengih tayang gigi. 
        • Dalam lif dia loncat-loncat cam budak terlebih gula sambil sepak-sepak pintu lif. Serius aku taktau mana dia blajar wat camtuh. 
        • Bila pintu lif bukak, dia hulur tangan sambil cakap "KONGGG!" Suruh dukung lagi padahal umah pengasuh tu cuma 5 tapak je kot dari lif. Ngade tak?
        • Kalau tak ikut cakap dia, dia merajuk. Yela..aku pikir anak ni nak manja-manja ngan aku kan. Tak lama lagi dia nak ada adik lak. Taknak le dia terasa. So, aku layankan jeeeee..........
        • Sampai umah pengasuh, ketuk pintu then Oni pun masuk. Sebelum aku tinggal dia akan muah muah dulu. 
        • Baru gi keje ngan aman.

        Sonok ooo kena muah ngan Oni. Siap ade bunyi lagi!

        -entri takde motip-

        24 Mar 2011

        Camana nak handle perasaan bila tahu suami anda curang?

        Umum mengetahui cara-cara mengesan pasangan yang curang. TAk kiralah yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin. Pendek kata, kalau orang menipu ni tidak lama, lambat-laun diketahui juga.

        Bagi yang belum berkahwin tatkala mengetahui pasangan curang, jalan paling selamat ialah BLAH JE. Jangan tunggu lama-lama. Soal peluang kedua, ketiga dan kelapan tidak timbul. TApi, jika jodohnya siapa mampu menghalang kan?  Tetapi, bagaimana pula dengan yang sudah berkahwin? APakah boleh slambe je mengambil jalan akhir iaitu PUTUS tanpa sebarang peluang diberikan?

        1. Tarik napas dalam-dalam. Rilek je.
        2. Bincang ngan suami. Tanya dia bebetul. Soklan patut ditanya ialah...
        • siapa orang tu?
        • anak sapa?
        • berapa lama dah kenal?
        • sejauh mana hubungan dia dengan orang tu.
             3.  Tak payah tanya dia "kenapa awak curang?" atau soklan yang sama jenis dengannya. Sebab jawapannya buleh buat korang kecewa habih. Kita memang tak paham kerja orang laki. Suami anda tidak akan sesekali jelaskan kat anda secara detail kenapa dia curang dengan anda kerana dia seboleh-bolehnya cuba nak jaga hati anda lagi. And, laki tak suka kena beri penjelasan banyak-banyak. Diorang kadang buat menda tanpa reason. Sama gak la cam kita pun.

            4.   TAnya dia kemudiannya apa kesudahan relationship dia. Adakah dia nak terus curang, atau pun dia nak putuskan. Ataupun dia nak kawin ngan orang tu. Takyah nak nangeh-nangeh bagai depan dia. Buang masa. LAki tak kan kesian ngan drama ayaq mata cam tu. Kalau dia ada belas kesian, takkan dia curang lak kan?

            5.  Kalau tak mengaku? Cakap le camni... " Oo..betul ke awak tak skandal ni? Saya baru plan nak izinkan awak kawin lagi satu. Rugi la awak. Kalau tak skandal, tak pela. Lega saya...." Ce tengok apa respon dia selepas itu. HEHEHEHE...

           6.  Kena terima hakikat yang lelaki zaman skang ni dah makin kurang dan diri kita sendiri pun tak de kekal lawa macam zaman anak dara dulu. Kita takleh ajar orang lain erti harga-menghargai ni. Kita sniri pun adakalanya terlepas pandang dari menghargai suami kita. Jika boleh dibawa berbincang secara baik , hati ke hati maka silalah berbuat demikian. Elakkan dari marah-marah kerana kalau marah, daripada kesudahannya elok akan jadi lebih buruk.

           7.   Lelaki cuak dengan prempuan yang cool dan rilek. Lagi bagus kalau anda tak menunjukkan sebarang ledakan emosi. Lagi dia pelik kalau anda siap leh buat lawak lagi dengan situasi tersebut. Tapi, lawak-lawak jugak. Tindakan kena betul. Gi la jumpa kaunselor perkahwinan. Kecurangan tak semestinya berakhir dengan penceraian.

            8.  Jika suami anda memang berkelayakan untuk memadukan anda, semestinya anda kena redha. Tapi, lelaki ni berskandal kekadang tak de pun dia nak kawin ngan orang tu. Saja siok-siok je. Ni yang jenis lupa diri dan landasan agama la ni. Mintak le dia kawin. Dari dia terus buat dosa, anda pun tumpang skaki gak kan. Kita kawin ni bukak takat dunia je nak idup. At least kalau dia tak buat dosa banyak-banyak, kita nak beribadat pun senang.

           9.  Jangan sesekali buat scene gi attack si wanita yang berskandal dengan anda. Jangan serang-menyerang dalam fesbuk apatah lagi membuat serangan bersama pihak bersekutu. Adegan tari-menarik rambut dan tudung adalah sangat hodoh dan memalukan kaum hawa. Orang gelak je beb. Kalau nak gado, gadoh bebetul secara berhemah. Skali pukulan padu sahaja. Selalu, perempuan yang ada ilmu persilatan dan mempertahankan diri tidak memilih untuk gado version tarik rambut ni. Dia pakai talam je.

        "Ko geli-geli ngan laki aku ye?"

        TANG!!!!! Sekali je dia bagi. Pehtu dia blah. Cenggitu le caranya. JAngan cakap banyak. Kalau masuk fesbuk pun, orang akan salute anda banyak kali.

            10.   Jangan memaki hamun dan memalukan si perempuan yang skandal ngan suami anda. Anda kena tunjuk satu sikap mahmudah, biarpun hati sakit. Jangan kutuk-kutuk sampai keluar hal-hal dalam kain semua ye. Bukan apa...kejap lagi si skandal cakap menda bukan-bukan, sampai ke bab "ko tu yg tak reti jaga laki sniri" haaa... yg tu memang sapa-sapa dengar pun marah. So, better jangan mulakan.

             11.  Kalau si skandal tu call sniri gitau bahawa dia sedang skandal ngan suami anda, ajaklah bersua 6 mata dengan suami skali. Senang begitu. Tengok masing-masing punya reaksi camana. Kadang-kadang, boleh jadi tu suma fitnah je.

           12.   Jangan maki hamun suami walaupun betul dia curang. Puji dia. "Bagusss tindakan abang tu. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia isteri Abang." Version Lan Petpet dalam citer Senario The Movie. TAkyah wat muka masam ke hape. Senyum je. HEHEHE... bleh ke?

           13.   Berdoa agak Allah kuatkan diri anda dan selamatkan lah anda dari melakukan dosa besar. Dosa suami anda? Takyah risau-risau. Dia dah beso. Mak abah dia dah ajar bab dosa pahala ni. Biar dia tanggung sendiri. Anda kena jaga bahagian anda iaitu SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI.

        Ok tak tips ni?

        Mengesan Pasangan Yang Curang

        Curang? Stended!
        Jangan expect sangat manusia akan kekal setia sampai mati.
        Tapi, takleh gak nak bersangka-buruk ngan orang kan.
        Lain hati, lain rasa.
        Curang ni memang sejak zaman-berzaman lagi. Ia berevolusi mengikut peredaran masa. Zaman skang ni kita kena lebih tough sebab terlampau banyak punca menjadikan kita curang, mencurangi dan dicurangi.

        Meh kita tengok sebahagian tips yang Makbed peroleh bagi mengesan pasangan yang curang.

        Resah bila dating bersama.
        Pasangan anda sering-kali melihat jam tangan. Kalau dia tak pakai jam tangan, dia asyik pandang henpon. Seolah-olah dia ada hal yang penting dan adakala sanggup meninggalkan kita keseorangan kononnya dia nak menyelesaikan masalah pentingnya tu.

        Time dating dengan anda je dia tetiba sakit.
        Awal tadi dia cam hoke je. Tetengah dating tetiba dia cakap sakit perut la, nak demam la. Then dia mintak excuse nak balik. Bila kita nak hantar dia gi klinik ke, dia mati-mati takmo. Samada dia kena sihir yang jenis takleh dok dekat ngan anda, ataupun dia memang sedang cuba mengelakkan diri dari keluar dating ngan anda. Heh, jaga-jaga!

        Sering mencari alasan untuk TIDAK KELUAR DENGAN ANDA
        Dulu, pantang diajak kuar tengok wayang , laju je ikut. Bebila masa ajak jalan-jalan, mahu je dia ikut. Tapi, jika kebelakangan ni dia lebih benyak memberi alasan atau pun anda kena pujuk rayu dulu dia baru dia nak keluar (dengan muka terpaksa lak tu!) , maybe pasangan anda tu sedang berlaku curang dengan anda.

        Baran tetiba. 
        Takleh tanya soklan sikit. Salah tanya soklan pun nak mengamuk. Salah sikit je, kena marah. Pasangan anda sudah tidak segan silu lagi memaki hamun anda atas kesalahan yang tidak disengajakan. Walau anda cuba untuk tak buat kesilapan, dia tetap cuba cari silap anda. Ni nama dia, SAJA NAK CARI PASAL bagi anda benci kat dia.

        Tak bagi pegang henpon apatah lagi membelek henpon tersebut.
        Takut kantoi la tu. Kalau dia tak curang, satu hari henpon dia dok kat kita pun dia tak port.

        Kurang menelefon atau bertanya khabar
        Dulu rajin je telepon. Setiap sejam, call. Dah makan, minum? Makan pe hari ni..? Pakai baju ape...? Satu hari tak telepon jiwa resah , katenye. Tapi, kalau dah sampai 3 hari tak telepon lansung, tanpa sebab yang logik, bersiap-sedialah. Anda mungkin telah dicurangi.

        Perubahan sikap yang ketara.
        Kalau dulu dia romantik dengan anda, skang dia dah tak romantik. Dia wat tatau je bila tiba hari-hari tertentu. Ada jugak yang kalau dulu dia memang tak romantik, busuk, selekeh, kucing pun tak nak deka, tetiba hari tu dia smart, wangi, dan romantik. Tetiba bagi hadiah kat ko. HAaahh, mana-mana perubahan drastik gitu menunjukkan yg ada kemungkinan pasangan anda sedang curang.

        Tak cakap telepon depan anda.
        Tetengah makan , telepon bunyi. Dia terus off henpon. Ataupun dia jawab telepon tu tapi dia jawab kat luar. Asalkan anda ta dengar conversation nya. Pehtu, cakap bisik-bisik pulak. Kalau dia dapat SMS, dia cepat-cepat baca dan padam. Takut kang anda baca. Setiap kali telepon berbunyi dan anda ada kat situ, dia musti resah-gelisah punyo.

         Asyik tak boleh dihubungi aje.
        Bila telepon, engage. Ada masa tak dapat lansung. Maybe, dia tutup henpon dia bila dia gi dating ngan awek lain.

        Asyik 'tershahsul' je sebut nama kiteee....
        Punya le ramai awek, nama kita pun dia sebut nama lain. Bila dia tersebut tu kan, kita tanya balik, dia cecepat tuko topik. TAkpun dia jawab tu nama makcik dia atau kazen sebelah mak tiri dia. HAaa..camtu la. Bek korang check.

        Sepi tanpa berita bila berjauahan.
        Selalu tu pandai je send email, atau sms. Sesekali call. Kalau cam yang isteri-isteri suami di laut ni, maybe susah sikit nak kerap-kerap bertanya khabar. Tapi, susah camana pun, paling tidak seminggu skali pasti ada kiriman berita mengenai keadaannya di sana. Dalam surat atau email diceritakan perihal aktiviti menariknya sepanjang minggu tu. Tapi, kalau tetiba senyap je , and bila dia call tu pun nak taknak je layanan nye, maka jaga-jaga lah.

        Tetiba ado kesan gincu kat baju.
        Haaaa.... Nak cakap pe lagi? (pada yg lelaki kalo nak curang jangan cari awek yg pakai gincu. mekasey!)

        Awak ingat awak saja boleh CURANG?

        Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

        Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu 'bersurai'.

        Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting tu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

        "oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

        Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

        Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

        23 Mar 2011

        Adakah anda suka berbogel di dalam rumah? Ada yang tertarik dengan anda.....

         ENtri berunsur mistik lak hari ni.

        Aku rasa aku ada lebih dari seorang kawan yang 'dikenalpasti' mempunya tarikan jin ni. Ada yang tau yang diri tu macam tak kena je, ada gak yang tak perasan. Ye la..menda jin-jin ni kan kita tak nampak. Sumber ni aku dapat dari internet. Buleh le dijadikan panduan serba-sikit...kot-kot le baru nak perasan kan?

        Pesan aku, setiap penyakit ada ubatnya. Cuma , kena rajin dan bersungguh je.

        Fakta tentang Jin Asyik

        1.jin asyik secara ringkasnya ialah jin yg jatuh cinta dgn manusia.
        2.antara yg paling bahaya: susah dikeluarkan dan ganas.
        3.biasanya jatuh hati kat org baik
        4.bukan hanya berlaku kpd org bujang, tapi yg dah kawen pun ada yg kena.
        5.mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada yg kena.
        6.kemungkinan jin yg mmg berada di rumah mangsa, jin yg lalu dan ternampak, atau jin yg mmg dihantar utk menyihir mangsa, atau jin yg dihantar utk menyihir mangsa tapi berubah tujuan kerana jatuh cinta.

        Antara sebab jin asyik boleh jatuh cinta

        1.bertelanjang wlpn bseorangan dlm rumah
        2.jin ternampak masa berada dlm bilik air
        3.tak baca doa sblm bersama isteri
        4.selalu tidur berseorangan. Contoh org bujang tinggal seorg diri di rumah. (Takde housemate)

        Antara tanda2 kehadiran jin asyik

        1.isteri mengamuk tetiba bila tengok perempuan mendekati suami
        2.ada kala jin asyik hanya berada di rumah, mangsa di luar baik, bila di rumah ada saja tak kena.
        3.sering mimpi bersama dgn suami/isteri/org yg tak kenal.
        4.mendengar nafas di tempat tidur, terasa ada seseorang tidur bersama.
        5.badan selalu lesu, sebab selalu didakap jin asyik.
        6.jadi tak suka cakap byk.
        7.mimpi slalu naik pelamin / hamil.
        8.selesa duduk menyendiri.
        9.tarasa alat kelamin disentuh semasa tidur.

        Antara kesan gangguan Jin Asyik

        1.boleh sbbkan tak kawen, atau kawen tp anak jadi degil
        2.dipinang tp org tak jadi sbb ada sihir gagal nikah mghodohkan perempuan yg ingin dipinang, buat tak senonoh dpn rombongan etc, atau perempuan nampak peminang mcm org tua, hodoh etc
        3.ada saja halangan bila mangsa merancang utk kawen. Jin asyik cuba gagalkan perkahwinan.

         Sumber dari SINI

        BERAPA KALI DAH CAKAP, NAK MASUK BUAT APPOINMENT DULU!! pekak ke tuli ni?

         Hari ni ada entri khas berkenaan kerja Makbed. Panjang le sikit. Tapi, harap korang sudi le baca. MAna le tau boleh belajar something dari kisah ni.

        Ado 2 orang pemuda datang bawak buku bacaan Islamik banyak-banyak dan tebal-tebal belaka. Oh.. sebelum ni dia penah datang jual buku-buku serupa di sini. Kali ni dia cuma datang dengan kawannya seorang.

        Dia masuk. BAgi salam. Then tanya soalan...

        "Hai kak. Kenal saya?"

        Op kos aku kenal ko. Budak yang datang sesuka hati tak pandai-pandai buat appointment sampai ke sudah sampai la hari ini. Nak marah dah beso panjang. Badan dia beso, tapi aku nampak dia cam kecikkkkk je. Iskk.. KAlau datang tu dgr kata takpe. Ini tak, terus slamber je SURUH aku panggil bos. Sebab aku kata kat dia:

        "TAk boleh jual buku pape kat sini selagi takde kebenaran dari bos.."

        So, dia suruh la aku panggil bos.

        Aku tanya dia.. "APSAL KAMU TAK CALL AWAL-AWAL SEBELUM DATANG SINI?"

        "Nombor yang akak bagi ari tu saya dah hilangkan. Tak tau mana letak," gitu aje jawapannya. Simple dan mudah, bukan?

        Dalam hati aku cakap, budak ni kejap je lagi kena skolah jugak ngan aku ni.

        "Ala...takkan tak boleh masuk kak? Nak jual buku je..." Budak yang bernama Ahmad ni mendesak. AKu tau dah dia memang akan desak sebab tengok muka pun dah buleh nampak. Muka tensen. Badan berpeluh-peluh. Ye ahh.. sebab kena jalan dari gate sampai ke tempat aku. Sebab tu la aku soh wat appointment dulu sebelum datang supaya peluh dia tak terbazir begitu sahaja.

        "Takleh. Jap ye.. Akak call Bos 1 dulu. HAri tu awak jumpa Bos 1 kan?"tanya aku.

         Dia angguk.

        Tapi, malangnya Bos yang dimaksudkan itu MC pulak hari ni. NAsib tak baik la ko Ahmad. Then, aku punya nak tolong, aku call pulak Bos 2. TApi, Bos 2 pun tadak hari ni. Gi KL kot.

        Maka, aku cakap kat dia yang dia kena balik. KAlau ada pon bos cuma Bos Beso je. But, skali lagi KENA WAT APPOINTMENT DULU LA sebab nak jumpa BOS BESO kan. Mana leh barge-in pastu buat muka bajet bagus je nak jumpa bos cam ko ni Perdana Menteri. Lagipun, Bos Beso ni berbangsa Cina . Ini bukan entri racist tau. Memandangkan buku-buku yang dijual itu adalah buku Islamik dan kebiasaanya Bos 1 yang akan assist diorng ni untuk setup booth ke tempat duduk untuk menjual , so adalah lebih baik berurusan dengan Bos 1. Memang bahagian dia.

        Tu pun, si Ahmad ni tak puas hati. Berkali-kali aku jelaskan yang dia takleh slamber je approach orang  atau staff2 sini untuk buat jualan. Kang tak pasal aku kena marah. In fact, nak masuk dalam plant ni pun takleh kalau dia tak de appointment. Yang aku heran, apsal guard slamber je bagi masuk. Ni kang aku nak sekeh Cik GUard lak. Sebab bagi budak-budak degil masuk opis sesuka hati. Aku bukan tak suka bebudak jual buku, tapi aku tak suka depa ni masuk sesuka hati then suruh aku wat macam-macam kat diorang. Panggil orang tu, orang ni. BOs tu, bos ni... Hoh!

        Aku bagi dia skali lagi number telepon opis. SIap skali ngan company chop, nombor extension Bos 1 dan Bos 2. HAah, ape lagi mau? Camana pun, ko kena jugak balik dan call untuk set up appointment. Dia mengeluh.. Takkan sebegitu susah nak jual buku Islamik gini?

        Aku cakap....

        Tak kisah le jual buku Islamik ke , buku masak memasak ke.. Jual apa pun, setiap proses jualan dalam premis pekerjaan kenalah ada kebenaran pihak atasan. Tambahan pulak la loji beso cam tempat aku ni, kena la somebody authorize kehadiran dan aktviti korang. Aku sebagai receptionist takleh bagi auhorization. Kang menanah telinga aku kena bebel kang! Kena ikut prosedur le dik oi.

        Dia senyap je. Tengah pikir la kot. Kendian tanya lagi..

        "Akak, tahu tak kat mana lagi saya leh jual buku-buku camni? Kitorang target kawasan pedalaman. Ada lagi ke loji macam ni kat tempat lain?"

        Dah tanya soklan gini pulak. TAk pasal aku jadi Yellow Pages. Kesian pulak. Bebudak baru nak naik kann. Depa ni nak jual kat loji-loji ke atau nak masuk semua premis pekerjaan kerajaan ke.... tu la aku tanya. AKu cadangkan diorang pegi skolah-skolah... Kalau kat area Pantai Remis ni mana le nak ada pejabat kerajaan banyak. BAlai Polis Segari ado la! Ha.pi la situ. BUT, still ko kena wat appointment gak kalau nak masuk. Ko berani ke nak barge-in jual buku kat balai polis tu? Haaaaa?

        Nampak cam si Ahmad ni dah paham maksud yang aku cuba sampaikan.

        "Penat saya datang kak. HAri ni saya belum ada sale lagi.." keluhnya.

        "Hah, tu la. Kamu nak buat bisnes, tapi kamu tak plan bebetul. Orang bisnes kena BIJAK MERANCANG... ." Haaa..tu...Dah terkeluar sebijik bebelan Makbed.

        "Akak dok mana? TAkde kawan-kawan  yang nak beli buku-buku cam ni ke? Promot le kak.."

        Ok..masuk ayat camni dah kira bermaksud conversation ni jadi tak professional lagi. So, aku buleh le bahan dia kaw-kaw. TET!!

        "Akak dok dalam base kat Lumut. Dah try jual dalam base navy tu ?" tanyaku.
        Pehtukan, budak ni diam lama la jugak. Lepas 35 seconds , baru jawap. HAHAAH.. aku kira beb berapa saat.

        Nak tau apa jawapannya.....

        "Saya dah try dah jual kat situ. Skang saya dah kena blacklist."

        Aku sengih. Memang aku tak terkejut ngan jawapan beliau,

        "Hah, kalau dah begini cara kamu buat kerja, memang kamu patut le kena bleklis!" Aku gelak di penghujung ayat. Bengang je muka adik tu. Tapi pastu dia buat muka insaf lak. 

        "Nak masuk tempat-tempat yang ada 'pengawal keselamatan' dan booth pengawal keselamatan, awak kena ikut prosedur. Kena hormati prosedur tu. Tak boleh la nak buat menda ikut suka hati awak je. Awak belajar kat UiTM kan? Tak kira amik course apa pun, tapi courtesy kena jaga. KAt U tak ajar ke etika wat appointment ngan client?"

        Muka keinsafan terbit lagi.

        "Apa yg akak buat la ni untuk awak adalah untuk menyelamatkan awak dari kena bleklist. Nanti awak lansung takleh masuk plant ni. Sepatutnya, awak memang kena bleklist dah. Akak dah banyak kali cakap, CALL DULU ,  SET APPOINTMENT. Tak kiralah sesimple mana pun urusannya. Itu tanda awak menghargai tugas awak dan menghormati masa orang lain, dan jugak masa awak seniri. Skang ni ce tengok? Apa awak dapat? Apa awak ingat jual buku ni remeh sangat, takyah buat appointment? Orang jual baja pun pandai wat appoinment tahu?"

        "Yelaa.. tapi nombor tu ilang. Nak wat camno....." bidas si Ahmad ni. Nak defend diri lagi tu.

        "Ohh... Bukan masalah akak. Tapi, akak buleh bagi tips. Kalau awak nak, seribu daya dik. Kalau buat menda sambil-lewa, ginilah hasilnya. Awak tak penah try call 103, TELEKOM tu ke???? "

         Pehtu, adik tu gegaru sikit pala dia. Habih kuar kelemumur jatuh atas konter aku. Chait! MAsa tu baru dia cam tersengih sendiri. 

        "Camana ko leh kena bleklis kat Navy base tu? Ko masuk main-main kat dalam ke?" Aku lak main teka-teki. Nampak cam si Ahmad ni dah buleh cool down walaupun kena bebel ngan aku. HAHAHAHA.. Pelik tak?

        "Saya hari tu masuk nak jual buku la. Saya cakap nak gi Sekolah Rendah kat dalam tu. Tapi, lepas habih jual-jual kat sekolah tu, saya gi jalan lak kat bangunan lain (unit lain). Sampai ntah memana ntah. Punya la excited masuk pangkalan tentera, beso! Skali, ada orang ngadu la kot. PROTELA datang bawak gi pejabat tu. Kitoang kena tangkap gambo macam penjenayah. Siap kena pegang nombor pesalah mcm banduan tu. Pehtu, kena urine test. Henpon kena check. Macam kami ni musuh negara la pulak!"

        Aku gelak terkekek-kekek kat konter. Haa... Tu la.. Terlampau 'bijak' kan? Sepatutnya dia belajar la dari kesilapan. 

         "Last-last gambo kitorang ado terlekat kat gate tu. WANTED. Dilarang masuk." Cerita Ahmad lagi.

         Huh, kalau dah sapai cemtu memang mamat ni ada masalah la ni. Sure dia ada cakap menda kuar ajo kat orang Protela tu sampai kena bleklis teruk tu. Habeh laaa.....

        "Memang kena ikut prosedur. sama jugak macam kat sini dik..."

         Pehtu dia tanya lagi..

        "Kak, kad yang kami pakai ni untuk apa?" tanya dia sambil tunjuk Pas Masuk ala-ala cam kad metrik tu. Memang suma visitor diberi kad camtu. 

        "Kad tu untuk visitor. Senang Guard nak detact ke mana awak nak pegi. So, kalau awak gi tempat yang tak sepatutnya pegi dorang tau la..." Ceh, slamber je jawab. AKu pun tak sure betul ke tak. 

        "Ohh.. KAD NI ADA CIP la kak?! Boleh detact mana kitoang pegi?" si Ahmad tetiba wajahnya bertukar terkejut.

        Aku angguk. Dan diorang pecaya la pulak!

        Hahahahahahaha.. kena kencing pulak bebudak ni ngan aku. HAHAHAH. AKu tak sengaja sebnonye.

         Pehtu.....

        Aku dah malas nak layan diorang. Aku pesan skali lagi soh call and buat appointment sebelum datang. Sebab next time, aku memang takkan jadi sebaik hati seperti hari ini.

        Lepas sejam, aku yakin diorang dah takde. Aku call Guard House. Then aku tanya pasal 2 orang budak yang masuk jual buku tadi. Rupa-rupanya, Cik GUard pun kena kencing ngan bebudak ni. Patutla dema bagi je masuk. BEBUDAK NI KATA DIORANG DAH BUAT APPOINMENT. Siap kasi nama bos lagi. Waaahhh! Terer kome ni.

        Terus aku cakap kat Cik Guard yang diorang MENIPU. Takde wat appointment. Siap citer pasal kat NAvy skali aku kuarkan. Ye la.... Kalau dah gitu attitudenya, memang aku kena selamatkan diri aku ngan diri CIk GUard la. Nanti, tak pasal kitoang kena kang. Iskk~ So, next time kalau bebudak ni datang lagi, cakap kata ada appoinment, telepon aku dulu sebelum kasi masuk. Aku nak check! Sebab ..BILA DEPA MASUK MEMANG SUSAH SANGAT NAK SURUH KELUAR!

        Aku rasa terkilan sangat dengan sikap adik tu. Sebab, dia jual buku berunsur Islam, tapi MENIPU pulak demi mencapai matlamat jualan. Kan ke tak baik macam tu? Pastu, suka desak-desak orang pulak. Kalao lah aku ni jenis baran, mau aku halau je ngan payung kot. Menyusahkan haku. Dah masuk-masuk opis orang, buat cam kita ni sedara-mara dia pulak. BOleh slamber-slamber je panggil orang tu orang ni. Aku yang nengok ni pulak rasa segan dan takut. Takut kang, staff kat sini bagi pelempang pulak kat muka dia sebab dia cara dia yang tak berapa reti nak beza BOS ngan TAK BOS. Hadehhh... Dan, ada masa buat aku rasa cam aku ni bodo pun ada gak. 

        Korang paham ke ngan entri panjang ni?

        Terima kasih sebab baca. HEHEHEHEH.

        22 Mar 2011

        Ibu, AYAHHHH!!!

        Pagi tadi aku bawak Oni singgah gi pasar sebelum hantar beliau ke rumah pengasuh beliau. Aku nak tapau nasik kerabu. Sesuatu telah berlaku di pasar tersebut. Mari kita ikuti perbualan ini...

        Oni: Ibuu...Buu!! (sambil tepuk-tepuk peha.)
        Ibu: Apo nye cayang,?
        Oni: Ayahhh....
        Ibu: Mana ado Ayah. Ayah work.
        Oni: Ayyaaahhhh!!! (ton suara manja-manja macam panggil Ayah selalu-selalu.)
        Ibu: Mana Ayah?
        Oni: Ayyyyaahhh~ (sambil tunjuk kat tokeh kedai runcit India tempat aku beli bawang selalu.)
        Ibu: (dalam hati) manyak la tu ayah kau!

        Kesian rakyat-rakyat seperti kita ni

        Berikutan perang di Libya ni, minyak sure akan naik lagi. Boleh ke nak salahkan rakyat Libya yang awalnya buat pemberontakan gara-gara nak jatuhkan pemimpin diorang, yang mendorong campur tangan kuasa asing sudahnya?

        Atau kita patut menyalahkan pimpinan Gaddhaffi yang kejam pada rakyatnya sendiri sehingga tercetusnya segala bala macam gini?

        Sama la jugak macam pemberontakan di Mesir dan Bahrain. Cuma, maybe bernasib baik sebab tak de campur tangan kuasa luar. Segalanya dalam kawalan. Yang kat Libya ni? Rakyat buat bantahan nak turunkan pemimpin yang ganas kendian diancam oleh pemimpin itu sendiri. Kendian, kuasa besar kononnya nak tolong rakyat Libya dari terus ditindas, end up hantar Tomahawk yang mengorbankan berpuluh rakyat Libya tu sendiri.

        Sudahnya, yang jadi mangsa ialah RAKYAT jugak!

        Semoga kita belajar dari apa yang berlaku. Dan semoga pemimpin kita pun belajar jugak.

        Boleh baca lagi untuk pengetahuan am : KENAPA PEMIMPIN ARAB TIDAK KISAH NASIB PALESTIN?

        Catatan 26 Minggu. Emosi ku agak sedang pasang ketika ini.

        Di ketika ini, tido malam ku tidak mungkin selesa lagi. 
        Serba tak kena. 
        Rasa cam nak duduk atas kerusi yang boleh ekjas tu, tido duduk je Baby aktif di tengah malam. 
        Tendangannya saja buleh buat aku terjaga. Tapi, camana pun aku kena usahakan tido yang cukup sebab lepas baby ni lahir, lagi tak cukup tido aku! 
        Giyaaahhhh!!

        Aku masih lagi tercari nama sesuai untuk baby no. 2
         MAsih mengenal-pasti karakter beliau di dalam perut. 
        Hehee..
        Masa Auni dulu..
        Aku tau dia la sumber ketenangan aku ketika berjauhan dengan Inche Kitchi.
        Aku sendirian bersamanya dalam perut aku yang makin besar saban bulan.
        TAtkala aku nangeh rindu, sakit atau runsing, Auni akan gerak pelan-pelan..
        Like she was reminding me that I was not alone.
        "Mom, I'm here. Don't be sad."
         Auni Alwani,
        Ibu namakan kamu dengan maksud yang Ibu rasa paling sesuai dengan diri kamu.
        Warna-Warna Ketenangan.
         tapi , kamu pulak tak reti bertenang ye...
        Buas betol! 
        Memang elok le nama tu untuk kamu.
        Ibu panggil kamu Auni bererti TENANG
        dah jadi doa dah. 
        Supaya kamu bertenang sikit. 
        Heee...

        Camana lah kamu bila adik dah lahir nanti?

        Skang ni memacam persoalan kat kepala ni. Boleh tak nak tulih je suma soalan kat sini. Tak suruh sapo jawab pun, tapi saja je nak luahkan perasaan. 

        • Bila orang tanya aku nak salin kat mana aku seriusly taktau nak jawab. Aku tak plan pun mana nak bersalin. KAt mana aku rasa sakit nak bersalin, aku akan cari hospital terdekat la. Ntah napa aku rasa aku bakal rasa sakit bersalin kat opis kali ni. Musti sangat adventure kan masa tu?
        • Hospital Manjung ke nak salin? Spital ni takde kelas 1. Waktu melawat kejap je. Layanan? Tak sure la. Ikut nasib kot. Masa Oni dulu, baik-baik je layanannya. Takde lak kena marah ke hape. Org nak melawat pun senang.
        • Hospital Tentera Laut Lumut kah kali ni nak bersalin? Saja nak try. Tapi, situ takde wad kanak-kanak. Buatnya baby lahir ada komplikasi (kita taktau kan..) even kuning ke, HATL akan bawak nek ambulans, hantar gi Hospital Manjung jugak. Layanan? TAk sure. Tapi situ ada bilik kelas 1. Buleh la Oni duduk tido dalam bilik tu. Inche Kitchi nak melawat pun dekat. Depan umah je. Tapi, orang luar susah nak masuk melawat. Pastinya yang datang tu geng navy-navy je. PEminat-peminat lain takleh masuk. Waahha~
        • Normal atau C-section kali ni? Hopefully normal laa. And kalau normal pun, harap takde la koyak-jahit kendiannya. Ehh.. ado sapo terer kasi tips camana nak bersalin normal version tak kena jahit punyo? Ari tu Makbed kena jahit gak sikit. BUkan pe... Aku takut dema ni jahit salah. Satu ketakutan yang maha ngeri bila jahit salah then kena jahit semula tanpa bius. Ohh.... Ya Allah. Jauhkan lah aku dari menda cam tu. Aku dah dengar dari banyak orang dah ni. GULPS!
        • Penjagaan diri ketika pantang. Dah cukup segala ke? Mampu ke aku nak berpantang sendiri. Oni camana? Alhamdulillah, bila aku pikir camni tetiap kali , aku tau ada jiran-jiran yang boleh tolong bila aku perlukan diorang. Tapi, sapo lak nak jaga Inche Kitchi ni? Nampaknya cam jiran aku kena masak lebih la untuk beliau. HAHAHAHA.. LArat nak makan nasik putih ngan lada hitam je kan? TApi, apsal aku rasa cam BOLEH je pantang sniri?
        • Anak sulung aku, Auni Alwani tu. Haaahhhh! Aku selalu je risaukan dia. Nak tinggalkan dia ngan Mak Tok atau Umie (Mak Mertua Makbed) , tapi kesian. Aku dah takmo berjauh ngan dia lagi. Nanti dia jadi unpredictable. Manja. BOleh nampak dia berubah bila duduk jauh ngan aku dan Apak dia. Plan stakat skang ni, Oni akan dijaga pengasuh dia setiap hari. Apak akan antar dia gi pengasuh. Petang, balik umah. Maybe aku mintak adik aku Kimi teman aku sepanjang tempoh pantang untuk jaga Auni. Kimi buleh masak makan untuk aku skali. Oh, Kimi. Plis make yourself available pada bulan 6 ni. Plis! Plis! 
        • EMOSI. Semoga aku tak de tekanan perasaan berlebihan masa berpantang. Sebab, masa pantang kat umah Mak dulu, aku memang ado tekanan perasaan. Makbed jenis suka duduk rumah sendiri bila waktu-waktu sulit seperti self-healing ni.
        • KURUS kah? Adehh.. ni pun satu gak ni. Agak-agak, nak dapat balik berat 54 kilo paling koman pun, mustahil tak? Berat skang 67 kilo dah ni. Makbed takde menyimpan cita-cita nak berat masa anak dara..iaitu 48 kg. Taknak over sangat bab bercita-cita ni. Kang tension. 
        • Boleh ke nak jaga 2 orang anak niiiii???? Camana aaa? Takleh nak imagine laaa. Jaga Oni pun aku dah terbongkang dah. HUkhukhuk!

        Kenapa nak pantang sendiri di rumah?

        Sebab.... rumahku syurgaku.
        Rumahku ada hot shower.
        Rumahku ada Astro.
        Rumahku ada Streamyx.
        Rumahku ada tilam mudah alih.
        Rumahku ada pokok mengkudu di belakang rumah.
        Rumahku ada jiran-jiran yang kelakar.
        Rumahku ada suamiku. Harus kena amik bau ketiak bila emosi tak stabil. Tu yang paling penting.

        Eksklusif dari Makbed yang sihat.

        Sokongan padu adalah amat penting ketika situasi begini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Tenangkanlah hati, jangan biar kan hamba-Mu ni bersangka buruk dengan ujian-Mu. Teguhkan lah iman dan jiwa serta maniskanlah wajahku agar tidak terpancar cahaya kegelabahan yang membuatkan orang jadi bengkek je ngan aku. AMIN~
         
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

        Instagram

        Instagram