Followers

26 Feb 2011

Perubahan Tubuh Ibu Hamik Trimester Kedua

Sedar tak yang sekarang ni aku dah masuk trimester kedua? Tak berapa minggu ke kalau nak kira... BEsok-besok aku dah wat announcement AKU DAH SAKIT NAK BERSALIN!!! Kan..Kan... Kan..  Cepatnya masa. 


Kat sini aku kongsi sikit info kehamilan. Saje siok-siok bagi korang baca.

Perubahan Tubuh Pada Trimester Kedua Kehamilan (Minggu 13 ke 28)


 Di trimester kedua ni, orang sekeliling akan perasan yang anda sebenarnya tengah pregnant - bukan gemok! So, bersedialah. Mungkin ada kengkawan sekeliling akan mintak maap ngan anda sbb kutuk anda gemok tak pasal. Heee.. PErut akan mula nampak jelas kebuncitannya, and there are still more exciting things to come...



PERUT SEMAKIN BESAR
After 12 weeks, rahim akan membesar dengan kadar 1cm setiap minggu. Biasanya , perempuan yang hamil akan NAMPAK HAMIL bila mencecah 16 minggu kehamilan.


SENDAWA DAN KENTUT
Errmm.. Ini lumrah kehidupan la kan. Cuma keadaan ini berlaku sangat kerap kepada mak buyung. Memang takleh kontrol. Kekadang, tengah siok-siok buat kerja kat opis, dengan tak semene-menenya rasa nak membuang angin. Bajet nak keluar slow je, tapi hakikatnya ada bunyi jugak.. Weaarghh! Tapi, biasanya kentut mak buyung tak busuk. Elakkan makan telur banyak. Kalau nak kasi kentut wangi, minum air mawar la kot kan so that kentut tu bau semerbak cam bunga ros. *LEMPANG!


PELUPA
Banyak sangat menda nak pikir apatah lagi seorang perempuan ni kehidupannya memang sinonim dengan multi-tasking. Selama tempoh kehamilan, memang anda akan lupa semedang. KAlau cam aku, hari ni hari apa pun aku lupa. Tau-tau je dah Jumaat. TErdapat teori saintifik pasal ni. AKu ada terbaca dulu. Tapi, salah satu sebabnya adalah keraa tubuh badan dan otak si ibu bekerja keras untuk perkembangan bayi yang dikandungnya sampai kekadang fikirannya terblok. Aku tak sure la camana tu, tapi memang ada masa aku kekadang terduduk je kat kusi , lama pulak tu sebab dok pikir tadi aku nak buat apa.


 HATI PANAS / HEART BURN
 Rasa ngilu kat hati atau maybe rasa cam nak sendawa tak lepas selalu jadi bila perut semakin besar. Elakkan makan pedas, berlemak dan berminyak. Selalu aku amik GAviscon atau pun teguk le sikit air bergas untuk kasi sendawa. SIKIT JE TAWWWW! Bukan setin hoke.


PERTUMBUHAN KUKU DAN RAMBUT
Kuku akan tumbuh lebih kuar, dan cepat. Rambut lak buleh jadi lebat sangat walaupun ada masa bila kita sikat tu terlekat gak rambut selai dua. Normal la kalu gugur sikit tapi, rambut buleh tumbuh balik.


 RASA SAKIT KAT BAWAH PERUT
Ni selalu gak aku rasa. Rasa cam ditarik-tarik kiri dan kanan. Ini terjadi sebab otot untuk menahan rahim semakin membesar. Baring boleh melegakan kesakitan ini.


PENING KEPALA
Bila duduk terlalu laju, bangun cepat-cepat dari pembaringan buleh menyebabkan kepala kita wengggg sekejap. Atasi nya dengan pergerakan berperingkat. Slow-motion je. Ada skali tu, aku terjaga dari tido terus berdiri korang taw! HAHAHAH.. sebab aku dengar ado menda jatuh kat dapo. Walaweh, dia punya pusing kepala tu rasa cam gempa bumi jek. Ya RAbbi....


BERDENGKUR
Ada sesetengah Mak Buyung akan berdengkur tapi Makbed yang buyung ni tak dapat dipastikan pulak. Rasanya tak kot atau maybe not yet! Inche Kitchi tak repot pape pun.


HIDUNG DAN GUSI BERDARAH
Terjadi kerana perubahan hormon dan suhu badan. Skang Lumut musim LURUH agaknya. Panas betui.



PERUBAHAN KULIT
Stretch mark? Kulit gatal? Ada jerawat? Bintik-bintik itam kat muka? Ketiak atau celahan pelipat badan jadi itam? Itu adalah sangat normal ketika ini. Alhamdulillah, Makbed cuma ada yang memula je. Yang lain, okeh.



PAYUDARA
Akan didapati cairan kaler coklat-coklat sudah pun keluar. Itu dinamakan colostrum. Selain tu, sekitar puting juga akan bertukar menjadi gelap dan berbintik-bintik kecil. Saiz? Need I say more?


KEJANG KAKI
Terjadi disebabkan blood circulation yang lambat di kalangan ibu hamil, tak sama dengan orang biasa. Kurang kalsium boleh menyebabkan terjadinya kejang. Bila jadi kekejangan, cuba gerakkan jari-jari kaki ke atas. Sakit? Memang pon!!!


 SEMBELIT
Miahahahhaa... Ubat tambah darah yang diberi boleh menyebabkan sembelit. Selain tu, pemakanan yang tak baik pun boleh jadi punca. JAdi, kalau biasa minum 8 gelas air, ia tidak berhasil kepada ibu hamil. Kena minum 8 botol air ye mak-mak sekelian. Baru tak duduk berejam dalam jamban. Aku sembelit sangat bebaru ni, sampai berak darah. Buasir kah?


BABY BERGERAK
Bagi yang pernah hamil akan dapat merasa gerakan bayi lebih awal. Biasanya pergerakan bayi boleh dirasai sekitar 18 minggu kehamilan. Baby MAkbed sangat aktif ketika tengahari dan malam. Perasaan ketika keadaan ni sangat susah digambarkan. Beshnyee.... Kalau korang jalan-jalan pehtu nampak ibu hamil tu  duduk sambil sengih sengsorang tu tanda baby dia tengah menendang la tu. Camana la orang buleh tergamak buang baby ye?




Peha Cik Oni bengkak lepas kena cucuk ari tu. Tapi, tetap tidak mengurangkan kadar kebuasan beliau.

24 Feb 2011

Ada orang kata....

Ada orang kata blog ni untuk orang takde life

Makbed kata :
Lagi takde life kalau asik bukak web cari gambo bogel, video lucah pehtu donlod. Pehtu, ko pepaham je la sniri. Sian kan? Nak kawin takde duit pulak. Duit ada, orang pulak taknak. Kesiannn.....~

So, blog ni memang untuk orang yang takde life sebenonya. Cuba tulih pasla keboringan hidup korang, then baca balik. Kalau korang terus tak lalu nak baca tu, maknanya memang life korang boring la. Alahai~




Ada gak yang kata buat blog ni takde masa depan, buang masa... 

Makbed kata :
Betul. Kalau ko berblog pasal menda yang tak sepatutnya. BUkan setakat takde masa depan, jahanam terus life ko. BUat apa pun kena pakai otak.



Ada gak yang kata orang yg ada blog ni gila glamer. Suka citer hal peribadi sendiri bagi orang baca..

Makbed kata:
Ye laa... Kalau cam haku, nak masuk Akademi Fantasia tak buley kot sebab suara tak sedap. Bukan semua blogger buat blog nak citer pasal hal sniri. Cuba rajin-rajinkan sikit terjah blog orang. Tengpk apa isinya. Tapi,  citer pasal diri sendiri pun sebab nak share pengalaman. Ada masa, kita perlukan pengalaman orang lain gak untuk dijadikan panduan. Buleh tak takyah nak kerek sangat? 


  
Ada yang kata,dia nak buat blog tapi bukan untuk duit,so dia sanggup tak register nuffnang.

Makbed kata:
Inilah yang dikatakan ego tak berilmu. Memang le berblog ni kena ikhlas , takyah pikir duit. Tapi, aku tak suruh ko JANGAN tak cari duit. Orang dah bagi cara senang nak dapat duit, ko isi je la form nuffnang ke, innity ke atau ape menda iklan yang patut. Pehtu, ko blog je la macam biasa. Tak yah risau la pasal iklan tu dah. Kalau ada, amek. KAlau takde, buleh la ko kata 'oh, aku berblogging dengan ikhlas..." Cam tu baru nampak cerdik. 



Ada yang kata,dia berblog saja suka-suka untuk kepuasan diri,so dia tak give a damn about jalan-jalan gi blog orang lain

Makbed kata:
Tu namanya blog siok sniri. Bek gi tulih diari je. Takyah susah-susah design blog cantik-cantik, takyah register nuffnang. Tak yah gi jalan selak diari orang len.

Ko dah buat blog, tulih, taruk gambo cantik-cantik, musti la nak apa yg ko usahakan tu dibaca orang. Tapi, camana nak bagi orang baca kalau ko sniri tak gi jalan gi blog orang lain dan baca entri dioang? Gi ziarah blog orang lain, tinggalkan jejak kat shoutbox ataupun komen. Bagi komen yang cantik-cantik sikit. Kalau tak, orang datang skali je, pehtu mampus tak jejak dah!




Korang ada pape nak kata?

23 Feb 2011

PEROKOK ialah ZALIM.

Sungguh tak adil bila suami tidak mengambil insurans utk diri sendiri dgn alasan MAHAL. Tau apsal mahal?


1 suami ialah pencari sesuap nasi utk keluarga. Risiko pekerjaan ketika pergi, berada dan balik.
2 suami perokok tegar
3 suami dah umur lebih 30 tahun lebeh baru nak amik insurans.
4 lelaki ZAMAN SKANG umur pendek.

Bayangkan kalau si suami / si ayah mati, sapo nak cari tanggung makan minum? Gi isap rokok ado lak duit. Mati sebab rokok? Anak bini tanggung. Anak bini sakit sbb rokok, suami/ayah takde duit nak bayo medical bill. Adil tak ? Lagi mau kawin 4? Pirahh..


Jangan tutup mata dan ati anda. Aku tau para penghisap rokok ni ego blako. Jangan kata laki, pompuan (isap rokok) pon sama gak.

Kesimpulan: para suami dan ayah, amik insurans lebeh sikit yeeeeee.... Pehtu nak isap rokok sekotak sejam pun kami tak komplen dah. Skang susah suruh berhenti. Boleh bergado kalau suruh pilih rokok atau isteri. So, kita bagi choice. Berhenti serta-merta (insurans masih perlu amik tapi tak pelah sebab premium tak kena bayo mahal)  atau teruskan smoking dan wajib beli insurans untuk diri dengan premium yg selengkapnya dan diwariskan kepada isteri dan anak-anak. PAstikan ada waiver skali. Kalau tetiba sakit takleh keje, buleh le insurans tu jadi free sampai mati.



yg pompuan lak, amik insurans tu berpada-pada.

INgat, kalau nak wariskn kat suami, kasi sikit percentagenye. Kang kito mati, dia gi guna wat menda lain. Tett! HIHHIIHI...*lawak berilmu ni, bukan memain.


dedikasi kepada suma isteri-isteri teraniaya yang suami dia isap rokok . Kerana diriku dan dirimu begitu berharga. .


Sekian dari Makbed untuk ketika ini.

22 Feb 2011

Maafkan Makbed. Aku terpaksa...

Sejujurnya,

Makbed hari takde idea nak tulih blog. Banyak perkara menterkejutkan berlaku. And bila dah ado idea, lalat pulak berterbangan menganggu ketenangan. Hmm... skang dah jam 5. Setengah jam lagi nak balik.


Hari ni cuma chatting je....


  • chatting ngan PAtenko yang baru balik dari Vietnam. Ini wajib ni.
  • chatting ngan Inche Kitchi yang ada masa dia rindu nak beramas mesra dengan Makbed.Dia dapat berita terkejut gak. Makbed kena saman parking ngan MPM semalam. Yeehaa!
  • chatting kat fesbuk ngan Wan Kering. Baru dapat news yang dia dah tak kapel ngan Hamsiah. Sungguh ketinggalan ketapi. 
  • chattiing ngan Miza untuk mendapatkan pengesahan sahih pasal kisah Wan Kering.
  • Dapat SMS dari sahabat mengatakan seorang sahabat jauh ditimpa musibah.
  • Terus call sahabat tersebut dan mengetahui bahawa dia kehilangan anak yang dikandungnya Sabtu lepas. Dah cukup bulan dah. Tunggu masa nak bersalin je. 
  • Telepon balik informer yang antar SMS untuk mengesahkan maklumat sekaligus memberikan nombor telepon terkini sahabat tersebut utk beliau hubungi. 
  • Buat quotation insurans utk anak-anak kawan yang baru lahir ni. Gila multi-tasking sungguh. 
  • Lepas keja kang, terus gi opis kat Sitiawan untuk submit gambo yang aku amik smalam. 
  • Pehtu amik Oni. 
  • Tatau nak masak ke tak. Tapi, kalau nak masak, maybe masak simple je kot. 
  • Malam ni sure ada konsert unplugged Oni lagi. Halahaaaaiii....~

21 Feb 2011

Terkini Pemeriksaan KEsihatan Ibu MEngandung. Hemoglobin rendah?

MINGGU KE-22


Hari ni dah kena sound berat naik. Berat terkini. 64.9kilo. So, 65kilo la setelah dibundarkan kepada yg hampir. And...


Hemoglobin rendah... 9.8 aje.

Terus aku disuruh gi HATL. Spatutnya admitted la ari ni. Kasi tambah darah dulu, baru buley balik. Tapi, aku dah taknak tido wad dah. Tak da sapa nak jaga ONi bila malam kang. Dah le budak tu baru je baik cherry berry... Iskk.. Hati tak sedap.


"Akak gi HATL dulu jumpa doktor. Kalau kena admitted, akak bodek le dia nanti.." Cakap akak misi dengan kereks nya.


Aku akur. Tekanan darah pun rendah gak. Satu-satunya yg tak rendah ialah berat aku. Aku diharamkan serta merta mengambil kopi, neskepe, teh, milo dan apa juga cekelet sebab ini bukan kali pertama HB aku rendah. Bulan lepas pun cam tu tapi jatuh takat 11 je.


Jadi, minuman ruji aku kini ialah Susu dan Susu.... Maybe leh upgrade minum horlicks. Err.. Green Tea buleh tak?


 Aku gi HATL. Jam sudah menunjukkan jam 11. Hari ni ramai betui orang kat Klinik Ibu Mengandung A10 tu. Aku gi pukul 8 pagi , aku dapat turn ke 47??! What the foot? Siap buleh tido lagi sejam atas sofa.

Alih-alih dapat berita mengejutkan pulak. Haih, sungguh aku tak bersedia.  Dalam kepala aku cuma nak makan rojak Manjung je. TAkde menda lain dah. Kalau aku admitted hari ni, aku nak makan rojak dulu. Tak kira! Decide nak half-day je hari ni sebab dah tau kalau ramai orang ni , sure habih kol 11 atau 12. Tak guna rush pun. Tapi, dah tau kena gi HATL pulak ni, mmg aku EL je lah.


Aku drive gi HATL lak. Parking penuh. Dah le panas terik. Aku parking kat atas rumput je, tepi-tepi jalan tu. MEnyampah lak rasa. Bek gi Hospital Manjung, ada gak parking. Hospital je grand, parking takda. Dah tu, aku menapak gi bahagian pesakit luar, daftar nama... and bagi la surat dari A10 mengatakan aku perlu jumpa doktor segera. Aku dapat angka giliran. Guess what. Ada lagi 35 waiting ahead! Giyaaaahh~ Tak guna la kan aku ada surat pun..bukannya leh skip turn.

Dah le lapar gila... Aku tunggu gak kejap. Nak lepas sorang patient pun amik masa setengah jam. Belum campur ngan org yang potong queue lagi nak jumpa doktor. Ni suma puak-puak yang bajet diri berpangkat besar , tanpa rasa bersalah dan ragu-ragu barge in masuk bilik doktor buat macam doktor tu sahabat baik dia je. HEey, meluat la pulak.

Dengan hati yang bernanah, aku menapak balik gi parking. Terus gi Klinik Saadiah. Naisb la tak ramai sangat. Aku terus-terang je cakap kat Doc kata aku datang ni nak amik MC sebab tadi maternity check aku punya HB 9.8. Doc sengih je. Pehtu dia check tekanan darah and timbang berat aku. Sekali lagi aku dibebel dek berat aku yang naik sampai 65 kilo. Dush! Dush! Dush!

 "Nak kena masuk wad ke doc?" tanya ku inginkan kepastian.

"Tak payah. Kecuali kalau awak ada rasa pelik-pelik like nak pitam ke, terus pegi ye. Hari ni MC je. Pastu balik gi makan ubat.."


Ada la ubat kaler coklat tu, tapi aku malas nak amik sebab lepas makan aku sure sembelit. Wah, melangut tunggu dulu jamban sampai selesai taw. Seksa batin aku! But Doc, memang saya selalu rasa nak pitam.

"Tu sebab HB awak la. Tekanan darah pun rendah. Elakkan buat kerja berat, bangun mengejut, keluar time panas-panas, baring lama-lama... Makan le kerang, daging merah, ikan, bla bla blaa... Bayam... Haa, lagi satu. Makan ikan bilis. Janagn le beli ikan bilis yang dah siang tu. Beli ikan bilis kecik. Sebaiknya, ikan bilis diamik yang tak dikupas. Makan dengan kepala, taik, tulang, bontot dia suma. Tu la ubat penyakit darah rendah dan tak cukup darah. "


 Uikkkk... kang kalau aku beli ikan bilis tak siang kang, kata aku bini pemalas pulak? OO.. bukan ke? Hehhee..bagus ek makan ikan bilis tak siang? BUkan najis ek? HEEeee.. siyes tatau.


Dah tu, aku gi scan lak. Tadi kat A10 wat ujian sonogram je. Dengar bunyi jantung baby. Alahai, kuciknye bunyi jantung. HEHEE... Hmm, tak nampak lagi la gender nye kengkawan. *Frust. Bilalah buleh tau dia. Tak sabarnye.

Alhamdulillah, baby sihat. Beso haa dalam perut. Air ketuban, uri suma mantap. Cuma, HB perlu dititikberatkan sebab tu pun leh jadi punca baby lemas atau pun bantut. UU.. so, demi baby ku, Ibu sanggup wat ape je termasuk makan kerang. Ok..sori sayangku.


Tapi, kena kurangkan makan nasik pulak. Sebab taknak gemok sangat kan? So, camana nak buat ni? Nak makan lauk-lauk je , nasik takyah makan? GItu? HAaaaaa...~ buleh keeeee~



Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Apa itu Anemia

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.

Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
  • {mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.
Gejala berikut juga boleh berlaku :
  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

  • Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
  • Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
  • Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.
Sumber: Anemia Semasa Kehamilan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, infosihat.gov.my

18 Feb 2011

Bambam Bee gi servis baek punyo.

Patut laaa...




Bila langgar bonggol,  naik bump sikit je pun tersagat perut Bambam Bee. 
Berat sangat ke aku ni? Selalu kalau aku sorang je drive tak de tersagat pun.
Kebelakangan ni je, aku naik sengsorang tersagat perut kereta, naik 3 beranak, lagi le berbunyi baek punya kat bawah tu. 
Tercalar hati aku tau bila dgr bunyi camtu. Dah le sentap sebab tetiap kali bunyi cam tu, orang lain dlm kereta tu tengok aku cam akulah punca kereta tu tersagat. 
Ye laa.. aku tau la aku gemok! 
TApi takyah le memandang 'serong' sampai camtu. 
Bambam Bee memang dah sedia lowered lah! 
Yakdish!


TApi, sebagai pemandu Bambam Bee yang tegar, aku dapat merasakan perubahan kondisi absorber dia. MAybe dah haus , kena tukar. Tengok le 'trek perlumbaan' Bambam Bee hari-hari.... 
Lumut-Manjung-Pantai Remis- Segari. 5 hari seminggu ko! Ulang-alik lak. 
Mau tak ranap absorber sama spring beliau. Kecian Bambam Bee. Walaupun begitu, beliau tetap memberikan perfomance terbaik untuk tuan kesayangannya.


Samada Bambam Bee memberi signal bahawa tuan nya sudah berlebihan berat badan, ataupun memang absorber tu dah rosak sebenonya, aku tak kisah. 
Ada satu ari bebaru ni aku gitau gak la Inche Kitchi yang absorber maybe kena tukar. Kebetulan, tayar pun nak kena tukar gak empat-empat. Dah abeh bunga dah. 

"Bukan sebab absorber kot. Absorber baru je tukar. Tayar tu dah makin nipis. Keta jadi rendah sikit. Tu pasal laaa tersagat perut keta tu." Begitulah respon tuan besar empunya Bambam Bee. 


"Ooooo..." Aku pun hangguk je. Dia tak sebut pasal aku gemok tu kira ok la kan. HAHAHAAH.
Berat badan bukan punca absorber haus okeh. *TET!!


Ahad lepas, dia bawak Bambam Bee gi bengkel. Lama gilo dia pi. Dari pukul 10 pagi, sampai aku dah siap masak lunch, dia tak balik gi. Alih-alih malam baru sampai. Moskel lak aku. Tapi sebagai isteri yang solehah, aku tak tanya la banyak-banyak. Lepas Maghrib aku call le tanya khabar. Salu gi bengkel idak le lama sampai cenggitu pun. 
Ada pape hal ke? 

Tapi masa aku call tu, dia dah on the way nak balik dah. Dia cakap baru gerak dari Michelin. Michelin Manjung memang panel 'hospital' untuk Bambam Bee. 


Sesampainya suamiku, dia duduk jap melepaskan lelah. Then dia gitau yang memang betul kata aku , absorber kena tukar. Siap tunjuk gambo lagi absorber Bambam Bee yang dah macam hape dah. Nak kata barai, tak barai sangat. Tapi huduh gak la. HAHAHAHAH. Ape kah bawak keta cam tu. Aku ni layak kereta Horatio Hummer je kot kan?

Absorber tukar 2 biji, yang depan je.
Pehtu, tukar tayar pulak. BUkan satu, tatapi EMPAT!  Dapat diskaun seploh hengget!
Pehtu, dia servis minyak itam lagi. 
Pehtu dengan adonye servis-servis lain, total keseluruhannya ialah.......


lagi singgit je nak cecah RM 2500. 




Tapi, yang bawak BAmbam Bee tu sape?



AKu yang bawak.


Dia naik KBM je.

Receptionist bawak kereta sport gi pejabat, tapi tuan Leftenan bawak kapchai EX5 gi opis.

Sayang sungguh Inche Kitchi kat bini dia.




Besok ni nak gi tukar absorber belakang pulok. Giyaaahhhh!!! Kesian laki aku. 
Seb  bek la keta sebijik je.







Kisah Bambam Bee boleh diketahui secara detail di lama web berikut
BAMBAM BEE THE GREAT
(jemput la folo skali ye)

17 Feb 2011

WEY, PONDAN PUN TAK PUKUL POMPUAN TAU! Ko masuk kategori apa ni?

Heeeyyy!!!

TAK SUKANYA DENGAN KEADAAN NI!!!!

Kenapa sampai buleh jadi macam ni?




Camne tak bengang kalu tengok keadaan gini?







Suka-suka abah dia je gi sepak terajang bini. Apo ko dah kebal api neraka ke? Hebat sangat dah? TEringin sangat nak main sepak-sepak, ko sepak terajang aje lah lesung batu ke, pokok kelapa ke... 
TAk pun beli je punching bag satu. Tengok le rupa bini kamu, cantik tak? BAngga tak? Isteri yang kamu kahwini dengan lafaz akad nikah, yang beria bebeno salam tok kadi sampai ketar-ketar tangan, gini kekdahnya layan nye. 
LELAKI OBOR-OBOR! 





Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.

Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.
Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.

Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan.

Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk.

“Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai.

“Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.

Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.

Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.





Wahai para isteri yang kena sepak terajang suami anda, silalah jangan tunggu lama-lama. Bila kena pukul tu gi la repot polis. Tapi, aku ada dgr gak para isteri yang tak tahan didera suami, buat laporan kat mahkamah shariah, mahkamah tu bagi kaunseling - suruh cuba memperbaiki hubungan suami isteri dulu.
PAdahal repot polis dalam tangan dah ni. Ada bukti suami debik isteri dia banyak kali. Member aku ada sorang kena. Sapo yang nak jawab ni?



Gambo amik kat page LULU

13 Feb 2011

Valentine's Day? Tamo Tamo Tamo

Valentine? 


Selama idup aku yang tak berapa tahun lagi nak masuk 30, belum penah sekali pun aku sambut Valentine. Nak dengar cerita lebih sedih? Aku tak pernah dan belum pernah terima hadiah berupa bunga atau cekelet dari orang yang aku suka atau dengan erti kata lain, dari pakwe. 
Dari stalker, ada la... Cuma rasanya bukan di hari Valentine. Ada la berapa kali stalker kasi bunga ngan cekelet tapi aku tak makan sebab takut dia boh minyak dagu. HHEHhe.. Terus ditongsampahkan dengan jayanya.


Bagi pasangan yang belum berkahwin, silalah JANGAN pilih hari esok sebagai hari untuk meluahkan rasa cinta dan kemudiannya menjadi hari cinta itu TERBUKTI. 
Ladies, please remind your self. 
You don't have to proof anything when you love somebody. Love is a feeling. You can't touch it. 
Sama la macam sakit. Ko buleh pegang tak kesakitan tu? Ko cuma buleh pegang tempat yg sakit, but it doesn't heal the pain, at all. 
Jangan cari pasal gi buktikan rasa cinta korang kat pakwe. 
Dan kepada pakwe, sila jangan hilang teruna kat awek, walaupun awek tu minta-mintak ok. 
Kena berlaku adil. Kang lelaki bengang lak asal sebut bab mengambil kesempatan je musti laki jahat, kan? UU.. sian korang. 


Walaupun skang lelaki budiman yang menghormati wanita dah sangat kurang, tidak salah menjadi salah satu golongan yang pupus tu. Ia membuatkan anda nampak sangat eksklusif. 
HArus diingat, menda yang RARE dan nak pupus tu la yang sangat EXOTIC . Orang berebut ok! 
Same goes to you, my fellow ladies. 


Nak tanya... Semalam ada tengok citer Ampunkan Dosaku kat TV3 tak? Yang pasal KEWAJA tu? Tersentuh sangat tgk citer tu. Lagi-lagi bila tengok endingnya. Aduhai... Jangan sampai hidup menyesal sampai mati dik. 


Semoga kita tak dengar banyak berita tentang pembuangan bayi serta kelahiran bayi tidak sah taraf berkumandang di udara ketika bulan November nanti. Huuu...~ Minta dijauhkan lah.



Buat pasangan yang nak mendirikan rumahtangga, nasib baik 14 Feb kali ni tak jatuh pada hari cuti. Kalau tak, berebut-rebut orang mengabadikan tarikh menikah dema masa ni. Errmm.. bukan nak kutuk ape. Tak salah le nak kawin tarikh bila pun even tarikh 14 Feb, buat jangan buat dengan niat bersempena dengan Hari Valentine plak. DOSA tau. 


Buat yang dah kahwin pulak, ikut suka la kome nak wat pe since korang dah kawin..Tapi takyah la wish Happy Valentine's Day tu. Gunalah wish lain cam Happy Cinta-Cinta Day ke... Selamat Hari Isnin, Sayang...Takpun, toksah cakap banyak, korang buleh je membuktikan kasih sayang korang dengan cara sendiri dan end up akan dapat baby baru 9 bulan kemudian. Hee... takde sapa marah pun. Tu yang besh jadi orang dah kawin ni. 

Aku taktau la koat oversea sambut menda ni cam ne. Adakah macam perayaan besar? Ataupun just sambutan biasa sendiri-sendiri je, tak de sampai buat cuti umum kot kan? 
Yang peliknya, orang yang beria sambut Valentine ni ialah orang yang tak kawin lagi. Yang dah kawin, jangan kata Valentine, anniversary sendiri pun terlupa dah.
Jangan cakap banyak la, aku sendiri pun lupa hari ni hari apa. Penat gila hari ni. 
Rupanya hari ni hari Ahad. Hehehehe.. 


Tapi...... kalau nak bagi barangan jenama VALENTINO di hari Valentine, aku tak kisah. Memang tak de laaa....




Korang kisah tak?

Jangan mulut kata JANGAN SAMBUT, tapi hati jeles tengok orang lain sambut. Hehheee...
jangan jeles kalau saya dapat beg ni jugak.


Bubur Lambuk Malas VS Bubur Lambuk Rajin

Mari belajar buat bubur lambuk.

Actually, ada banyak bersion masak bubur lambuk. Sebelum ni, aku buat bubur lambuk versi tak tumis. Kononnya jaga kesihatan, tak nak minyak-minyak ni. Bubur lambuk simple ni merupakan resepi Mak. bahan-bahan pun simple je. Ini cara yang salu aku buat tu...

 Bahan-bahan;

  • Beras 2 pot
  • 1 inci setengah halia (ketuk)
  • 2 batang serai
  • beberapa biji lada hitam 
  • setengah mangkuk udang putih (buang kulit)
  • sedikit isi ayam yang diracik (tak boh pun takpe ebab setengah org tak campur seafood ngan 'land' food)
  • air yang banyak
  • satu biji kiub pati ayam. 
  • semangkuk santan pekat.
Carannya:
Rebus beras dalam air, masukkan santan sekali. Campak je semua bahan dalam beras yang tengah direbus tu. Tunggu sampai siap. Kalau suka cair, tambah air. Air banyak pun takpe. Dah siap, boh le daun sup daun bawang dan bawang goreng. Jangan lupa boh garam ekk.


 OK..


Hari ni, Makbed rajin sikit. Nak cuba version tumis.Senang je masak bubur lambuk ni. Masak camana pun, ia tetap akan jadi sedap sebab nasi tu menjadi bubur so... tak de isu nasi mentah ke, nasi keras atau nasik hangit. Kalau ko tak kacau bubur tu, memang hangit la ye.

Mari kita terus ke bahan-bahan bubur lambuk versi tumis.

  •  2 pot beras 
  • setengah mangkuk udang putih yg dibuang kulitnye
  • 1/2 biji kelapa (perah jadi santan) atau setengah kotak santan (kalau pakai kotak la..)
  • 1 setengah inci halia (tumbuk)
  • 4 biji bawang merah (tumbuk)
  • 2 bawang putih (tumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh lada putih ( tak boh pun takpe)
  • sedikit ikan bilis
  • daun bawang (hiasan)
  • daun sup (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
 


Cara-cara:

  1. Tumbuk suma bahan tumbuk
  2. Blend kering lada hitam, jintan putih, ketumbar, lada sulah dengan ikan bilis. Pakai blend kacang tuh. Kalau takde blend, tumbuk jela.
  3. Tuangkan 3 sudu minyak masak, tumis kan bahan tumbuk yakni bawang-bawang tu suma bagi wangi, pehtu masukkan kulit kayu manis,  cengkih, bunga lawang dan pelaga. 
  4. Then, masukkan rempah yang diblend dengan ikan bilis tadi.
  5. Lepas naik minyak, masukkan beras. Huu.. time ni bau memang sedap. Boh serai ok.
  6. MAsukkan santan pekat dan air. Aku pakai santan kotak. Kalau pakai brand MS, setengah kotak ok. Kalau paka KARA, pakai le dalam suku je sbb santan tu pekat giloh. Anyway, kalau terlebih santan pun takpe, buleh alter dengan air. 
  7. Air dibenarkan pakai sebanyak mana yang boleh ikut kecairan yang anda suka. Kalau aku, boh semangkuk - semangkuk. Nampak cam pekat lagi, aku tambah lagi air. 
  8. Masukkan udang.
  9. Sesuaikan rasa dengan gara. Sesi bubuh garam banyak kali. Hehehe.. takut termasin.
  10. Dah masak, taburkan bahan hiasan. 

semangkuk bubur untuk Oni


Oni sangat suka bubur ni. Heee.. Brtambah-tambah. Rasanya Inche Kitchi lebih suka version ni sebab takde 'sampah-sarap' dalam nya. Takde nampak halia, takde tergigit lada hitam... Semuanya suda di blend. Cuma, dah nampak bunga lawang ngan pelaga tu, pepandai le ye.



Oni dok salin resepi masa aku dok masak.

9 Feb 2011

Hubungan putus sebab tak de masa????

Bukan tak sayang atau sudah membenci sebaliknya jelas aktor popular Farid Kamil ketiadaan masa punca terlerai cintanya bersama pelakon jelita, Diana Danielle.


Enggan menyalahkan Diana mahupun dirinya, kata lelaki berusia 30 tahun ini, apa yang berlaku diterimanya dengan hati yang terbuka.



"Memang hubungan kami dah putus dan punca kami putus ialah masa. Saya tak dapat luangkan banyak masa untuknya. Masa itu emas, ramai orang terkejar-kejar masa, jadi nyata masa tak berpihak kepada kami berdua. Itulah konfliknya dan masa mencemburui kami," katanya ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas kisah cintanya yang telah pun terlerai.



Menyambung perbualan tutur anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini masanya sebagai anak seni amat terhad dan setiap waktu yang terluang pula digunakan untuk menjalani latihan bermain polo sebagai persiapannya untuk bergelar pemain polo selepas ini.



"Saya memang bercita-cita menjadi pemain polo dalam masa terdekat ini. Itu antara sebabnya masa yang ada saya gunakan untuk berlatih. Apa yang boleh saya katakan punca utama kami putus memang kerana masa. Bukan kerana isu-isu lain dan saya harap sangat selepas ini tak timbul pula spekulasi-spekulasi lain mengenai punca perpisahan kami," katanya tenang.



Mengakui masih lagi berkawan baik dengan Diana, kata Farid, persahabatan yang pernah terjalin tidak mungkin akan terlerai. Malah ucapnya, perhubungan sebagai kawan lebih mudah namun dia tidak menafikan antara mereka masih lagi dalam proses pemulihan.



"Memang sedang dalam proses pemulihan, jadi kita tunggu dan lihatlah hasilnya. Biarlah masa untuk menentukan segalanya," katanya sambil ketawa.



Dalam pada itu, Farid turut menafikan punca perpisahan mereka disebabkan faktor kehadiran pengarah muda Syamsul Yusof yang telah pun kembali berbaik dengan Diana serta sikap pelakon berusia 20 tahun itu yang dikatakan bersikap keanak-anakkan.



"Kalau mereka dah berbaik semula, bagi saya satu tindakan yang positif kerana antara mereka berdua pernah berlaku kes tumbuk menumbuk. Maknanya segala masalah itu sudah dapat diselesaikan. Berbaik lebih baik daripada bermasam muka. Di pihak saya, hal itu bukan satu masalah.


"Kalau nak cakap pasal sikap keanak-anakan Diana sebagai faktor kami putus cinta pula, saya rasa itu tidak benar kerana bagi saya , dia dah pun berumur 20 tahun dan sudah boleh jadi wanita normal," katanya yang telah pun menyulam cinta selama dua tahun bersama Diana dan telah pun berkawan dengannya hampir lima tahun.




Bukan lak nak puji si Farid Kamil ni Makbed tak minat dia pon, tapi just nak cakap yang mamat sungguh matured. Dalam menyatakan kekecewaan, dia masih boleh lagi menjaga nama baik Diana. Anyway, kita sendiri pun tahu Diana ni memang cam bebudak. Umur pun muda lagi. Kalau depa ni couple, Encik Farid kena bimbing dan ajar dia macam-macam.


BAnyak menda buleh diajar, tapi nak ajar manusia jadi matang ni susah. Sebab, HANYA PENGALAMAN aje yang boleh mematangkan seseorang. Ilmu kematangan tidak ada di sekolah-sekolah, universiti atau pun kelas Qiraati dan KAFA.

Advice dari Makbed, bila nak berpasangan tu, terimalah diri pasangan seadanya. Kalau sebelah pihak aje menerima seadanya, yang sebelah lagi asyik pot-pet-pot-pet tak buleh jugak. Setiap manusia ada keinginan masing-masing.  Selagi ia tidak bertentangan dengan syariat, undang-undang dan prinsip diri, sokonglah selagi buleh. KAlau dah org tu suka main polo, support la. Kalau orang tu busy dengan kerja, means dia busy. Orang busy ni bukannya tak sayang kita. Besok-besok manalah tau dia jadi pemain polo terhebat, kita pun leh tumpang glamer skali...kuikuikui.... 


Menjadi kawan memang lebih senang dari bercouple. Aku paham tu Apatah lagi bila dah kahwin. Sebab dah jadi norma asal bila dah jadi  jadi suami isteri, tetiba je jadi payah NAK BERTERUS-TERANG, berlaku jujur dan nak citer segala-gala sesama sendiri. MAsa bercinta dulu, segala ape menda pun nak citer, sampai semut gigi peha pun nak cakap.






makbed: Anggap Inche Kitchi sebagai bopren sampai skang.








Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

7 Feb 2011

A Day In My Life

 Meh nak citer apa yang berlaku semalam...



sedang berkomunikasi dua hala ngan kucing belaan PAk Ngah.








Oni mmg sangat pantang jumpa kucing atau apa je haiwan berbulu kecuali ulat bulu. Gini la kekdahnya. Kucing kat umah pun naik nyampah tengok si Oni. 
Dari bulu kembang baru pas kena blow, terus kuncup sebab asyik kena tonyoh je ngan si kecik tu.
 



 Tengok ni plak...



 

Tengah pujuk Dobot suh kuar dari bawah meja




 Dari awal perjalanan balik lagi. Singgah kejap pun jadi la. Asal lepas hajat aku. Lagipun Taiping ngan Lumut tu tak de la jauh sangat. Satu negeri aje.
Aku pun memang lalu situ bila balik Kedah. Inche Kitchi pun sporting walaupun tak tau sangat area Taiping. Tapi kalau setakat nak cari Tesco tu, pakai GPS pun buley jumpa. 

Nak dijadikan citer, Oni muntah pulak dalam kereta masa di hiway. Jauh lagi perjalanan nak balik umah tu. Mau busuk satu kereta bau muntah badang Oni. 
Apak dah pening lalat, siap bukak tingkap. Deeyy... aku mmg takleh wakpe la. 
Baju suar suma dah ada perfume masam. 

Then aku pun tipon la makcik ni. Sengih aku first time aku dengar suara dia. Lawak giloh.
Macam suara sang kancil!
Lebih kurang je la macam suara aku yang ala-ala sengau ni. Dia kata aku sengau. Kalau tak aku pun tatau aku sengau. 
Ekceli, aku dok men SMS je ngan dia dari Penang sebab dia dok jadi info trafik aku sepanjang perjalanan. Rajin budak ni SMS aku, peringat aku suruh minum susu hari-hari.
Aku kata Ahad cuti, tayah SMS, pun dia SMS gak. 
Rajin kan?


Bila tau je aku nak singgah, kemain hepi lagi la beliau. 
Terus suruh ak gi Tesco, tunggu situ sampai datang. 
Memula tu sesat gak la cari TESCO...hahahah. Sebab aku yg tunjuk jalan kan. 
Pastu Inche Kitchi terpaksa la guna perkhidmatan perempuan simpanan beliau yang skema iaitu GPS.
Baru le jumpa TESCO. Makcik datang bersama TAH dan Afif. Then kitorang konvoi gi rumah.


Ketibaan aku disambut Dobot. 
Baru le aku nampak umah hijau dan segala props dan bekground yang selalu aku tgk kat dalam blog dia. HAHAH.. 
Malangnya, aku sampai dah malam kan. 
Takleh nak tangkap gambo beria. Tak nampak pun suasana kat luar tu. 



Dengan tak malunya, soklan pertama aku tanya tuan umah..



"Umah ko ada air tak?"


Bukan nak perli tapi minggu lepas kan dia cakap umah dia takde air 2 hari. Saje la aku tanya. Concern.... Aku nak tumpang mandi umah dia.
Gila tak malu Makbed ni. Baru bertemu muka tak sampai 3 minit aje dah wat gelojoh. 
Kesian tuan umah terpaksa peluk cium aku dengan bau muntah skali. HAHAHA.. Nak wat camno? 



Afif tensen bila Umi dia tetiba ada adik baru
 


 Tuan umah siap sediakan bilik dengan towel. Mandi kat tingkat atas. 
Tanpa membuang masa aku berdesup bawak Oni naik atas. Bogelkan beliau, dan mandikan. Badan dia memang tgh panas time tu. Tapi still buleh main lagi ngan Afif.
Pastu, aku lak mandi. Tuko baju busuk muntah kepada baju yang tak busuk muntah. 
Pastu, Inche Kitchi pulak tak over. Kasi segar sikit sebab kang dia nak drive lagi. 
Huuhh!! Gila ke hape dari siang drive sampai kol 8mlm. Tak ke macam nak gi Kelantan jauhnya.
Jalan jem wwohhh! 
Bawak lak mak buyung yang asik kencing dan lapa. Pehtu, ada lak si Oni yang tak mau duduk sendiri kat belakang.
Nak panjat Ibu je.
Ngeeehhh~ Sakit belakang.


 
 PAs mandi, aku turun menjamu selera. Tuan umah nak masak tapi aku tak nak susahkan beliau memandang kan suami beliau iaitu Encik Dokte takde.
KAlau asben takde sure dapo tak berasap kan? Kalau ikut falsafah aku la.. 
Bagaiamanapun, tuan uamh menyediakan puding dan betik segar dari ladang tepi umah beliau, beserta air teh o. Sedap dah. Tak buleh nak borak banyak sebab nak balik segera. Lagipun Oni dah mengeluarkan signal nak tido. Ingus meleleh je macam paip bocor. Haih!



Cam tengah makan kat nursery kan? Ada ABCDEFG....
 



Huumm... payah le nak snap gambo Oni yang tak berenti vibrate dari mula. Tengok, tak pasal lak Makbed wat aksi.



Secara kesimpulannya, hospitality di R&R Nini D memang class! Bersyukur sangat sebab dapat juga singgah rumah dia. Hepi woo! InsyaAllah, ada rezeki aku singgah lagi umah ko.
Bebila aku teringin nak minum stabak kat Tesco Tepen tu, aku halo ko ek.

Makbed siap dapat ikan ketutu lagi. 
Dah goreng dah tengahahari tadi wat makan lunch. 
Udah le datang umah tak bawak buah tangan, gi abihkan air umah orang, pehtu dapat lak give away. HUAHUAHUAHUAHUAH. Mantapp!








Seperais utk anda...

 warrghhhh...Penat jenjalan. Iskk..Issskk..

Hari ni gi antar adik ipar aku, Aizat balik Uitm Arau. Pehtu, baru gerak ke Lumut. Jalan jem. Penat! Walapun bukan aku yg drive. 

Camne tak penat?







 




 Ginilah Oni sepanjang perjalanan dan guess what? Semenjak kitoang dipertemukan semula after a week dia duduk ngan Atok dan Mak Tok, dia menjadi semakin manja. TAkleh tengok aku bangun pun, hatta nak gi berak pun dia nangih mintak aku bawak dia skali. 


And, dia demam. Kesian sangat. Badan dia panas betol. Semalam aku dah bawak dia gi klinik. Mengelabah gak aku.. Mana lah nak cari klinik time cuti-cuti ni. Aku kat Penang pulak. Oni batuk teruk, selsema and suhu badannya panas dari kebiasaan. Maksud aku, bukan dia tak biasa demam tapi kali ni panasnya lain macam! Aku lak tak bawak termometer. 


 Oni tetap maintain senyum dan sengih eventhough mata dia dah sepet. Tapi, most of the time dia tido aje. Pantang ada peluang, dia tido. Makan takmau. Minum air sikit je. Nasib baik dia mau minum susu, walaupun tak habih. 2 hari dah dia tak berak. Tapi, Oni memang kebiasaanya kalau berjalan umah orang, tak berak. Tu aku tak kisah sangat. Skang ni, apsal demam nya panas betul? Dah bagi ubat demam, kebah le kejap. Pastu panas balik. 


 On the way balik Lumut, aku try gak bagi Oni makan. Memang dia tolak mentah-mentah - which was sgt jarang berlaku sebab Oni ni jenis pantang sua amende pun dia boh je dalam mulut. Meragam toksah cakap lagi la. Nak kat aku je. Apak nya pun dia tepis tangan. Then, sampai kat satu Petronas, dah dekat-dekat nak sampai exit Taiping, aku gi beli air badak and roti. Mana la tau kot-kot Oni nak ke. 


Aku bagi makan sikit. Dia jamah antara nak ngan taknak. Tak sampai 10 saat, dia bluweeekkk!!! Abeh baju , suar.. roti... Suma kena muntah. Oni dah minum susu earlier. JAdi, muntah susu la. Hmm.. nak kata wangi, memang tak la kan. Apak terus pening. Bukak tingkap semedang. Aku pun pening gak. Pening camne nak memulihkan keadaan Oni kesayangan. Huuu... kalau sebab aku tinggal dia seminggu jadi camni, Ibu tak mo dah le tinggal kamu. 


Kendian......



Aku mitin ngan Inche Kitchi. Rasa cam nak singgah umah seseorang. Maybe dia buleh la jadi tempat R&R untuk aku. Lagipun dah lama kot plan nak gi umah beliau. NAsib baik Inche Kitchi ok je. 







kenal tak?
 

Tak kenal?

Aku bagi paswed. 



I.K.A.N.K.E.T.U.T.U


tak kenal?



 hmmmmmm....





 D.O.B.O.T



 ?





Takkan tak kenal kot?

Haih!






Hehee.... esok lak aku sambung citer pasal dia ni. Skang ni aku masih lagi blom tido. Badan Oni panas balik. Tadi aku sukat dah macam 40 degree dah. Aku tak sure le betul ke sukatan aku atau mata aku yang rabun. Aku jerlum kepala ngan air sejuk. Then sapu air asam jawa atas dahi. Adu laa... Anak aku asyik mengigau aje. 

Camana nak bagi dia makan ubat kalau dia apa pun tak nak makan? Tu pun aku gagahkan juga campurkan ubat dalam air masak. At least dia minum gak walaupun tak abeh. Ini kalau bawak gi spital ni, mahu ke masuk drip. Besok, aku sure EL. Tak tau le berapa hari nak EL. Tapi selagi Oni tak senyum , tak loncat-loncat, tak kebah demam, memang aku tak pi keja. Takleh woii!!!!


Tolong le... Help..Help...











5 Feb 2011

Dapat Nando's dah

Aku suami isteri gerak dari Lumut dalam pukul 10 pagi. Jalan slow-slow. Ada projek baek punyo.

 "Cayang, jom gi Nando's. Kat Juru Autocity ado satu..." ajak Mak Buyung yang lapar aje kerjanya.

Inche Kitchi pun ON je. Walaupun dia tak penah jejak kaki kat Juru Autocity tu, demi isteri tercinta dia pun terjah aje.


Hahaaaa.... memang memula tu tak jumpa Nando's, Terpaksa la Cik Abang pakai GPS okeh. NAsib baik jumpa. KAlau tak frust Makbed tawwwww!




Aku dah excited dah masa ni.

 Tanpa membuang masa, kitorang terus berganding bahu tangan menuju ke restoran faveret kitorang sejak zaman bercinta lagi. Huihh! Terujanya nak makan Peri-Peri Chicken Extra Hot. Baby dalam perut dah nendang dah. Yelah, ibu tak makan dari pagi. Maunya tak nendang.

Tak susah nak order sebab kitoang memang dah adaa menu pilihan. Quarter chicken with 2 sidelines. Ayo pulak kalau Inche Kitchi haruslah Sparkling Apple. Aku pun kalau tak ayo yang same , tapi sebab ayo tu ada gas-gas sikit, so aku minum Ice Lemon Tea aje. Buleh refill.


Sos tambahan perisa Extra Hot haruslah ada di atas meja sebagai bekap kepeadasan sedia ada.

 Memang lunch hari ni temanya PEDASSSSSSS saje. Suka..Suka... Dah lama rasanya tak dapat makan pedas. Kalau suka pedas buleh try makan kat sini. Pastikan amik Extra Hot. Kalau tak makan pedas pulak, buleh just amik Lemon and Herb aje.


menanti penuh kesabaran






menanti sambil mengusya amoi




 AKHIRNYA!!!!!!!!







 Menu pesanan kitorang pun sampai....






semestinya membuat anda mengepak kepedasan




Selepas melepaskan keinginan yang mencengkam, kemudiannya kami pun bertolaklah ke Sik. Makbed sungguh gembira... yEyyEyYe...Mekasih Inche Kitchi. 




Tengah bergulak kutawa ngan family tengok Antu Mak LImah Balik Rumah.








Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Saya sekarang di...............

Skang ni aku bersiaran lintas lansung menggunakan lektop Alang. Kat SIK sudahh.. Besh. Dapat jumpa Oni. Yummy!!! Ehh..tetiba lak kann?


Takleh nak upload gambo skang. Tgu kang la aku tuko lektop sniri. Saje je nak picit-picit keyboard lektop mahal. Beshnye.....

OK. Kang i sambung. Nak makan mi goreng dulu.








Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

3 Feb 2011

Perlu ke tayang kemesraan, beromantikan diamor di khalayak?

Selalu gak aku dengar suara-suara di belakang kekadang menegur sikap suami isteri especially yang baru kawin tu, terover sangat tunjukkan kasih-sayang kat depan orang. Kasih sayang camana tu aku tak sure la, tapi kalau setakat pegang-tangan, peluk-peluk bahu sambil jenjalan, cium pipi ke masa kat konter beli barang... korang rasa keterlaluan tak?


Ohh.. yes. KETERLALUAN .... bagi yang menengoknye tu masih belum kawin.


Bagi yang dah kahwin, ada jugak yang mengatakan keterlaluan.

Sebab? JELES gak la kot. Maybe dia dah kawin lama, kemanisan tu sedikit kurang. Ego pun makin melangit. Si suami atau si isteri pun dah malu nak tunjukkan kasih sayang sesama sendiri, jangan kata depan orang ramai, depan anak pun malu.


Tapi, kalau yang bebaru kawin , tunjukkan kemesraan berlebihan tu dicemburui orang, bagaimana pulak kalau warga emas?

Diorang dah lama kawin, cucu berderet kat belakang, anak-anak pun ramai dok usha... tapi pasangan veteren ni selambe je pegang tangan. Si suami cium pipi isteri sambil teman isterinya makan aiskrim. Duduk sebentar kat kerusi yang disediakan supermarket sebab letih jalan, sambil perhatikan cucu-cucu berlari ke sana kemari. Korang rasa geli tak?


Kenapa bila kita yang buat, dikatakan 'JANGAN IKUT SANGAT MAT SALEH tu' sebab mat saleh memang suka-suki je display cinta mereka di khalayak?


Salah kat mana cium dahi isteri semasa menghantar dia ke tempat kerja? Kat mana jijiknya melihat si isteri mengucup pipi suami kiri dan kanan sebelum cium tangan... tu baru cium pipi, belum cium mulut lagi tu. Ngaaaa~


Inilah dia mentaliti tak normal. Masa bercinta, mahu pula berkepit-kepit. Tangan dipegang tak mahu lepas. Kalau buleh, nak pi tandas pun nak bawak skali. Tak mau berenggang. Melihat kemesraan pasangan kekasih tak yah gitau pun yang mereka itu sedang mabuk asmara. Tapi, kenapa pulak bila pasangan yang sudah berkahwin berkelakuan sedemikian ditegur, diperli dan diperingatkan. "Aih kak.. Tau la dah kawin. Tapi, cover-cover la sikit..." 

Bagi aku, perlu sebenarnya tunjukkan kemesraan kasih-sayang antara kita dan pasangan di mana-mana pun. Di rumah sudah semestinya lah.


  • Memang kita nak tayang kat orang sebab nak kasi orang yang belum kahwin tu, cepat-cepat kahwin.
  • Membuatkan orang-orang yang belum berkahwin termalu sendiri dan membandingkan diri mereka yang belum kawin tu dengan pasangan mesra yang sudah berkahwin. Kasi kesedaran sikit pada si perempuan - siapakah yang sedang menyentuh kamu tu? Dan kepada si lelaki pulak, siapa yang sedang kamu sentuh haaaa?
  • sebagai satu amaran kepada orang lain bahawasanya pasangan kamu itu sudah dimiliki orang. Dan kamu juga sudah dimiliki. Jadi, jangan choba-choba ya!
  • Menjadi contoh kepada anak-anak agar mereka juga suatu hari nanti melayan pasangan mereka dengan baik selepas berkahwin. 
  • Mengeratkan kasih-sayang dan kemesraan antara suami dan isteri. 
  • Ketahuilah setiap perbuatan menjurus kepada kecintaan kita terhadap pasangan akan dibalas pahala dan diberkati Allah. Jadi kenapa perlu malu?
  • Pegangan tangan erat dari suami boleh menenangkan isteri dari membeli-belah macam orang gila. Pelukan suami tu boleh mententeramkan jiwa bergelora isteri. JAdi, kalau nak jimat duit time jalan kat supomaket, silalah amalkan tips yang aku bagi ni. HahHAHAHAhHAHa~ 

Itu adalah sebahagian benefit menunjukkan kemesraan suami isteri di khalayak. Semestinya ia merupakan pemandangan yang jauh lebih indah daripada melihat budak-budak berbaju sekolah dan remaja-remaja yang baru nak idup berpegang tangan, tangan melorot ke bontot, comolot sementara tunggu LRT sampai...bla bla bla. Kemesraan mereka jauh lebih hebat dari orang yang dah kawin! Yang tu memang patut korang tegur. Bukan setakat tegur, nak cepuk pun buleh.

Dan bagi sesiapa yang tetiba berbulu tengok orang dah kawin jalan peluk-peluk, sondol-sondol , manja-manja tu maybe...

  • dia cemburu sebab tak penah berpeluang merasa perkara sedemikian kerana pasangannya pun sama beridea seperti beliau - tau la dah kawin, tak yah le tunjuk depan orang.
  • pasangan dia jauh, yakni diorang ni weekend husband and wife. Dulu aku pun camni aahhh! Jeles semedang tgk orang jalan ngan pasangan. 
  • kalau dia perempuan, maybe sebab dia dah tak cun, so asben dia malu nak jalan ngan dia. Jalan jauh sebatu.
  • kalau dia sedang hamil, maybe tu cuma lah hormon ibu mengandung yang memang cepat berbulu tengok menda apa pun. 
  • kalau dia lelaki pulak, maybe dia jeles yang bini orang tu lagi bergetah dari bini dia. Tapi, dalam berbulu-bulu tu, dia tengok jugak - sambil berangan.
  • tak yakin pada diri dan cinta.


Tunjukkan kasih sayang anda pada pasangan selagi masih berkesempatan. Jangan bila dah takde besok baru dok terbayang-bayang dan menyesal atas perkara yang anda tak sempat buat. Kita hidup tak lama. Selagi boleh, cium je la pipi , dahi , siku, lutut, atau kat mana je selagi tak melampaui batas ..bila-bila dan di mana pun.

Tapi, risiko tanggung sendiri la. Jangan gi cium tempat-tempat tak sepatutnya kat depan orang pulak. Ada akai , pikiaq no. Toksah dok betui bendui sangat. Risiko tanggung sendiri. HAHAHAHHAHAAHH! Sekian bebelan Makbed malam ni.


Bosan ahh!













Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Ketika aku boring

Do you like pandas?
Sangat suka. Cute.

How many puzzles have you done in your whole life?
Tak ingat. 8? I may still doing puzzles now. Life is full of puzzles, right?

Where would you rather live: Africa or India?
Africa (Nando's dari South Africa kan?)

Do you miss someone who you cannot see? Who?
My husband. He is nowhere to be seen, right now.Where is he? I need him to scratch my back.

How many text messages are in your inbox?
Rasa cam dah lebih limit jek. Sebab asyik hang je tepon tu. 

How many of the opposite gender did you talk to today?
Errr....I think I talked to some male prawns this morning. They begged me not to kill them for a plate of cucur udang. 

Who was the last person that poked you?
Excluded my dearest Inche Kitchi, Nini D just poked me with her SMS earlier today. 


Who was the last person that you took a picture with?
My daughter.



How often do you eat instant noodles?
Twice a month?

Who is your most hated teacher?
My father! Dia pakai rotan. Eiiiii......

What's your favorite flavor of ice cream?
Butter scotch or honey comb. Saya hanya makan manis bila tiba waktu untuk aiskrim. 


Do you prefer Twitter or Facebook?
Facebook

Who's your best friend today?
STAR WORLD

How many people are you talking to on Instant Messenger?
None

Do you eat beef?
YEAHHHH!!


Apple or Microsoft?
Microsoft

Do you think Nike is expensive?
It's worth the money

Is your sibling fat?
waa... sungguh sensetip nye soklan.  Rasanya takde yang fat. Dik Lin je fat. Ooo.. Adik pun fat gak.

What's your favorite number?
20 and 8







kalao kome boring gak buat je la menda ni.




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

MANA NAK CARI BANTAL PREGNANT?

 bantal pun pregnant ke?



Lenguh nye haih!

Tak sangka lak perut haku ni nampak beso tetiba. Cepat pulak perut ni membukit. 
Minggu lepas buleh meniarap lagi. Waaa~

Aku masih continue makan asid folik, b-complex dan ubat lain yg dibekalkan doc. 
Maybe start next week aku makan obimin lak. Beli kat farmasi. Silalah tolong ingatkan aku agar aku perlu minum susu 2 kali sehari atau lebih - tak kira la susu AnMUM yang sangat tak sedap tu atau pun susu kotak Dutch Lady. Janji susu. Tolong le bagi semangat. Kalau tak, aku slamber je cari teh tarik ka, kopi o, neslo, horlicks.. 
Bukan takleh minum tapi SUSU harus diutamakan!


Baby dah start gerak dengan jayanya. Boleh rasa dah. 2 minggu lepas pun dah rasa tapi geli-geli je. 
Tapi, skang lebih ketara. Tengah wondering baby girl ke boy. 
Tengah cari nama yang sesuai. Rasanya untuk boy dah ada. Untuk baby girl, masih lagi tercari. Pening gak nak cari nama anak ni. Aku nak yang simple dan tak panjang-panjang, yet memorable dan mudah disebut oleh atok dan nenek serta orang ramai.



Soklan cepuk mas.


 Selalunya korang perlukan berapa bijik bantal untuk tido ketika pregnant?


Ari tu aku tengok citer Back Up Plan, starring Jennifer Lopez. Besh gak citer tu. 
Dah tu, aku terpengaruh lak ngan bantal ngandung yg dia pakai sepanjang pregnancy. Aisey... memang besh gayanya dapat bantal macam gitu. 
Mana nak cari ek?



 


Googl, maceh.




Skang tido pun asyik jaga je. Bila terjaga, jenuh la pulak nak cari posisi selesa untuk sambung tido balik.
Aku perlukan paling sikit 3 bijik bantal. Lagi banyak lebih bagus. 
Kadang, bantal lembik Oni pun aku rembat buat lapik perut. Shiannn budak kecik tu.


Kalau sesapa antara korang yang tau cara nak tido dengan selesa untuk ibu mengandung cam haku ni, silalah gitau.
And, sapa yang tau mana nak cari bantal gini, gitau ek. Aku nak beli. 
Aku nak beranak banyak kali lagi ni. Hmm..ada la 4 kali lagi kot. 
 So, bantal camni adalah perlu bagi aku.






Sok, kalau aku bersara dari arena pem'beranak'kan, aku wat bantal tu sebagai hadiah kontes ke giveaway ke. HAHAHAHAHAHA... okeh tak?












2 Feb 2011

10 Cara Jadi Pasangan Yang Cool

1) JADI PASANGAN REALISTIK BUKAN HIPOKRIT

Terimalah kenyataan bahawa pasangan anda adalah manusia biasa - bukan Edward Cullen. Manusia biasa sentiasa ada kekurangan dan kelebihan. Jangan samakan pasangan anda dengan orang lain hanya kerana nak amik hati diorang. Contoh : Menyamakan suami anda hensem seperti Brad Pitt. Nampak sangat puji tak ikhlas tu. BUkan ke hipokrit?


2) BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN

Jangan suka-suka siok sendiri menafsir pemikiran pasangan anda. Jangan juga pikir, DIAM TANDA SETUJU. Seeloknya, berbincanglah secara telus supaya tidak ada maslaah berbangkit di kemudian hari. Amalkan sikap berterus-terang. Kita nak bersama bukan 2 hari je.


3) LAKUKAN SEGALA-GALANYA BERSAMA

Biasakan diri anda untuk join skali aktiviti pasangan anda. Kalau taknak join pun , amik le tau serba sikit. Dengan cara ni, anda boleh menyelami hati pasangan anda. Tidak salah bagi sokongan kepada pasangan.


4) FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah keranan hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah. Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.


5) TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA

Jangan le kedekut nak tunjukkan rasa cinta anda kepada pasangan. Anda akan lebih disayangi. Tidak perlu belikan segala harta menda yang mahal. Cukup le sekadar luangkan masa bersama, dinner... ataupun suami masakkan makanan kegemaran isteri. Kalau tak reti masak, beger pun buleh je la! Tapi, kalau dapat rantai seutas beso rel ketapi tu, ok gak. I amik je.


6) HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN

Pastinya ada sesuatu yang tidak disukai pasangan dalam norma kehidupannya. Jadi, belajar hormati perkara-perkara yang munkin anda tak paham, tapi si dia suka perkara tu. Walau tak bekenan sangat di mata, terima je lah. Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda.


7) LUPAKAN PERISTIWA LALU

Kisah percintaan yang lama, lupakan aje. Takyah le mention banyak kali. Tak besh pun. Boleh mejahanamkan mood je.


8) BUANG SIKAP CEMBURU

Cemburu perlu ada tapi pastikan anda tahu limit untuk cemburu. Jangan sampai merosakkan rumah tangga. Sila guna otak anda sebelum buat sesuatu. Perbuatan menyelongkar hak peribadi pasangan , almari, laci spender, baca diari, check henpon sampai 3 minit sekali... tu semua adalah tidak wajar. Hidup berpasangan mesti ada sikap saling percaya. Kalau tak, nak buat apa pun tak boleh. Beri ruang kepada pasangan untuk buat aktivitinya sendiri. Takkan nak berkepit aje 24 jam?


9) TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN

Sentiasa bersedia tatkala pasangan memerlukan anda. Tunjukkan yang anda serius mahu membantu. Jangan biar pasangan melalui saat genting berseorangan tanpa sokongan.


10) JUJUR

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar leibh baik daripada membohongi perassan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.





Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram