Followers

19 Dec 2011

Wawan Oh Wawan!


Wawan meragam je semalam. Habih semua orang takleh tido. Oni pun asyik terjaga demi nak menepuk bontot adik.

Demam sekali lagi si Wawan. Idung selsema. Dia taknak menyusu. Asik sedut hingus je. KEsian nya... Mujur ada Oni. Terukir gak la senyuman di bibir Wawan walaupun bengang idung dia tersumbat.

Semalam, Wawan tetiba meraung kuat. Terkejut kot. Aku ke dapur buat susu. Wawan masih lagi menangih kuat. Hmm.. dah biasa dah. KAlau lapar sangat, gitula kekdahnya si Wawan. Aku wat susu Oni sekali sebab selalunya bila Wawan jaga, Oni pun turut sama terbangun. KAng Oni pun nak nenen gak. TAkde la kuar banyak kali buat susu. ~malas!~

Tak lama je pastu, aku tak dengar dah suara Wawa nangeh. Senyap sunyi je.... Aku pasang telinga besar-besar... Hmm... takde pun dah nangeh. Tercekik ke Wawan ni? Kataku dalam hati.

Cecepat aku berjalan ke bilik.


Rupanya....

Oni tengah tepuk bontot Wawan sambil matanya terpejam. HAHAH.. TAngan Oni bergerak, tapi mata tutup. Wawan plak layan je kakak tepok bontot. Pek! Pek! Pek! Dia pun tido sekali.

Wah, jaga adik ye Oni.. Sian anak Ibu. Aku gi dekat sebelah Oni, usap-usap rambut dia. Dah tau aku ada kat sebelah, Oni berganjak ke tepi. Dia ambil botol susu dia, terus minum. Buat tatau je kat aku. Cis..

Aku sambung tepuk bontot Wawan sambil dia minum susu. Tersengguk-sengguk la jugak aku ni. Tengok jam, baru pukul 2...


PAstu kol 4 , Wawan bangun lagi.


Pukul 5.30 pagi , sekali lagi Wawan jerit. Lintang-pukang aku lari gi wat susu. Oni bangun, tepuk bontot adik.

Pukul 7 pagi, Wawan merengek. Bangun dah. Punya la ngantuk aku ni, tak sedar yang Wawan dah bangun. Tu pun aku terjaga sebab Wawan pukul-pukul muka aku sambil jari dia korek-korek lubang idung aku ni.


Bau busuk menusuk idong ku..

"Hoh! Wawan beyak ek?" aku bangun terus. Gosok-gosok mata.

Wawan sengih sikit, pastu sambung membebel.

Oni masih tido. TAk sedar adik da bangun. Selalunya Oni dah bangun dah kalau Wawan bangun. Ni kes letih menjaga adik la ni.

Bukak baju suma.. Baju Wawan la. BUkan baju aku. Angkat dia gi sinki. Lepas basuh apa yang patut, aku terus bagi dia mandi. Air sejuk je.. Ingatkan dia nak nangeh. Tapi, kemain suka le plak dia main air paip tu. TApi, aku tak basahkan kepala. Mandi sesikit je.

Pastu, aku siapkan dia. Kang nak pi umah pengasuh.

Oni pun dah bangun. Dia pun nak mandi gak. SO, aku pun biar je dia mandi dalam bilik air.

Pukul 9pagi kami semua bergerak ke umah pengasuh.

Wawan meragam. Ngantuk, tapi badan tak selesa. Kesian plak nak tinggal umah pengasuh time Wawan tak berapa siihat ni. Selalunya bila anak-anak tak sihat, aku jaga sendiri kat umah.

Aku mintak tolong Kak As (pengasuh) titikkan ubat idung kat dalam lubang idung Wawan. Ubat tu nak kasi ingus tak block idung dia. Dan hingus tu cepat kering. Tapi selalunya kena titik memalam. MEmandangkan aku agak tak pakar nak wat menda tu sengsorang, aku soh KAk As bubuh, so aku lak pegang kaki tangan Wawan.

Ok, dah setel. Wawan nangeh protes. MAcam kena harasmen je. Sampai merah padam muka.

Aku decide nak bawak Wawan balik. Oni tinggal umah pengasuh Ada kawan. Oni pun tak boring.  Bagi la Wawan tido dengan tenang di umah. Kalau ada kakak nanti, payah nak tido. KAkak adik lompat ke sana kemari je.

Tapi.................

Pampes takde.
Aku lapar.


Aku drive gi pasar, bawak ngan Wawan sekali. Rasanya ni first time bawak Wawan pi pasar.

Wah, tak senang nak bawak Wawan pi pasar hoh. NAk kena dukung lak. Kalau light-light je takpe la si Wawan. Sakit ketiak aku.

Pastu.... orang kat pasar tu asik toleh-toleh je tengok aku ngan Wawan. Macam haku ni penculik Wawan pulak. Ado jugak yang berenti berjalan sebab nak picit pipi beliau. Grrr...

Dah la Wawan. Jum kita balik... HEhhe.. Kang pipi Ibu pun kena cubit skali. Ehhh?

Wawan leteh sangat. Tido dalam keta. Sampai aku dukung bawak naik atas rumah pun dia tak sedar. BAyangkan laaa... 3 jam berjaga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram