Followers

23 Dec 2011

Selongkar Picture Folder Inche Kitchi dan terjumpa sesuatu........ sob sob sob



Tetiba...



Hari ni rajin plak selongkar pc Inhe Kitchi. 




Nak kongsi beberapa gambo. 


Add caption



Selepas akad nikah pada 20-08-2008.
TAkyah check kalender.
Aku nikah hari Rabu, pukul 11.00 pagi rasenye. *lupo!
Time tu suma orang kijo.
Mak aku plak kena amik exam ape ntah hari tu.
Demi nak melaksanakan gak pernikahan pada tarikh 'idaman', everybody had to sacrificed sorang sikit. 
MAjlis pernikahan simple tetapi meriah dan masih diingati orang sehingga kini.
Maybe sebab aku sorang je gamble nak 'nikah gantung' masa tu.

Takut orang mengate?

Heee... takut pe.
Tengok gambo kat atas tu? 
Ada muka cam takut ke? *provoke...


Tengok ni plak..






Gambo ni diambil beberapa hari sebelum tarikh kitoang bersanding. 
Siyes tak sangka nak jumpa gambo nih. 
Gelak bahak-bahak aku nengok. 
Ni keje si Alang la ni ngamik gambo. 
Masih lagi dalam mode pengantin baru.
Kalau ikut tarikh gambo ni diamik adalah pada 7 Disember 2008. Seminggu sebelum tarikh sanding kitoang yg jatuh pada 14 Disember 2008. 
Lokasi penggambaraan adalah di TESCO Mergong. 
Orang lain tangkap gambo pre-wed kat taman bunga, aku lak gambo pre-wed kat Tesco. HEHEHE..

Macam dalam gambo tu, gitulah dialog kitoang lebih kurang pada hari itu. 


Flashback balik kisah itu...

Aku tanya Inche Kitchi nak baby cepat ke lambat.
Sebab aku ni kalau kata nak cepat, memang cepaaaaaaaaaaaaaat je.
Kalau nak lambat tu kena ejas sikit. 
Bebenornya, masa menikah awal tu, Mak pesan "jangan ngandung sebelum nek pelamin. Kang takda baju nak pakai.."
So, awal-awal aku dah wat apa yang patut. 
Amik pil perancang le kan. 
Tapi kejap je...
Nikah bulan 8... Bulan 5 aku dah start amik pil.
Bulan 10 aku dah brenti amik pil sebab rasa cam nak merancang sendiri. 
Bajet terer la kan. HAHHAHA... 
Masa ni aku ngan Inche Kitchi berjauhan so aku rasa tak mungkin la nak peknen sebab jarang jumpa pun.  Tu le reason nye aku brenti amik pil. Searhkan segalanya pada kuasa Allah.

TAgline masa tu ialah...

"Allah lebih tau bila masa yang sesuai untuk bagi kita baby. Kalau ada, ada la...Kalau takde, pun tak pe... Redha je.."


Masa tu Abah aku pun tak bercita-cita nak jadi Tok Wan lagi.
Masa tu Mak pun rasa cam muda lagi sebab tak pencen lagi kan..
MAsa tu adik-adik suma masih sekolah.




Ok.
Decision made.

Pose untuk gambo satu kali.....






PAdahal masa aku pose ni sebenonya Auni dah ada dalam perot dah. HAHAHAHAHHA... TAk tau lagi ni!




Korang gelak?




Tengok ni plak..





14 Dec 2008


Time dok atas riba Inche Kitchi ni memang aku dah 'berisi'. Oni pun bersanding sekali. 
Ramai kata aku berseri dan terlebih hepi ketika majlis bersanding ni. 
Aku sengih semedang. 
TAkde sapa pun tau. 
Aku pun tatau,
Mak mentua aku je sound aku cakap perut aku buncit. 
TApi, aku cakap buncit sebab makan banyak gila lepas menikah. 


HAruslah berseri ... makbuyung on the stage okeh!


Elok-elok lepas habih majlis sambut menantu belah Inche Kitchi, aku jatuh demam. 
Demam teruk sampai mentua kena usung aku pi klinik.
Sampai aku gi klinik pakai tudung terbalik. HAHAHHA.. Punya la kronik. 
Inche Kitchi takdo. 
Dia dah keje. 
Sehari lepas habih majlis, dia dah balik Lumut. 

Pastu, Inche Kitchi plak demam teruk...

Seminggu pas tu, baru aku mengetahui yang aku pregnant. 
Dah 8 minggu ketika itu. 



Hasilnya....





Ni dia baby yang bersanding sekali atas pelamin ri tu...






Dan ia tidak berakhir di situ!

2 tahun selepas itu..


Keluar lagi sorang...










Moral of the story...


Jangan culas ketika mengambil pil perancang.



Ado kawan aku cakap kat aku ...

"Diam tak diam, dah 2 anak ko ye Jah..."


Aku sengeh je sambil balas.." KAk, kalau saya diam, takde la keluar 2 dah kak. Ni kes dok tak diam la niiiiiiiiiiiiiii..."




Tak lama je lagi nak habih tahun 2011. 
Cepat sungguh masa berlalu. Hujung bulan ni bezday Inche Kitchi tau. 


Terima kasih pada follower, silent reader, noisy reader sekelian yang sudi membaca dan meninggalkan komen. 
Follower MAkbed sudah jadi 576 hari ini.
Satu bilangan yang tak pernah terjangkau dek akal nak sampai. 
Dan aku masih menerima feedback menggembirakan dari para pembaca baru seterusnya meminta agar Makbed's Journal diteruskan. 


Truthfully, dulu...masa MAkbed memula menulis blog, memang tak de sapa pun teringin nak baca. Sehinggalah adanya Auni. 
Auni le yang memfeymes kan Makbed's Journal nih sebenarnya. 
Kerana kisah kehidupan menggembirakan aku bermula dengan lahirnya dia. 


Tak caye ce gi selak balik entry aku yang awal-awal dulu. 


Bye..


P/s - Bucuk, sory ekkk. B selongkaq folder gambaq lelama dalam pc awak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram