Followers

11 Dec 2011

Sebab Makbed tak hapdet blog.



Ramai pulak yang call tanya pasal PruBSN Takaful di hujung-hujung tahun ni.
MAklumla... kebanyakkan pakat nak dapat bonos. 
Tahniah le kepada yang dah ready nak buat polisi dengan Prudential. 
Terima kasih kerana memilih saye sebagai agen anda. SAYA MISTI PILEHH!~


Aku yang sudah ditakdirkan tak dapat bonos haruslah lebih bekerja keras. 
Bertungkus-lumus ni dik non oi gi jumpa client segala. AHHA.. henpon asik bunyik je. 
Kalau tak client tipon nak tanya pasal insurans, ada orang tipon tanya pasal tilam kekabu. 
Err... PROMO: Sapa sign polisi ngan aku , aku kasi bantal kepala untuk baby sebijik! MAu? TAliPOn sudaaa...


Minggu ni Inche Kitchi tak de kelas. 
Cuti hape ntah. Cuti hujung tahun kut?
HHEHEE.. SO, sepanjang masa dia kat umah tu, aku besit guna Bambam Bee je. LAma gila tak drift. Dan, masa terluang sikit tu, aku manfaatkan untuk masak lunch dan dinner buat suami tercinta. 
Kalau dia takde, memang aku tak masak da nye.. 


Bos telah menguatkusakan undang-undang setiap Isnin dan Jumaat ado meeting pepagi jam 9. MAlasnyeerrr... tapi kena gi jugak. 


Tak cukup tido.
Bila anak-anak jaga, pepaham je la. MAna buleh rapat ngan lektop. LAyan anak-anak je.
Kerja satu apa pun tak leh buat. Tapi, bila diorang tido, aku jadi letih teramat. 
Terus lelap sekali. Dapat tido setengah jam tu pun nikmat daa... So, skang tido tu dah jadi cam hobi dah. Hukhukhukk~


Tengah risau pasal berak Wawan. Tinja dia keluar kaler kelabu. LAma dah ni. Aku penah bawak gi Dr. Ling, tapi doc kate, okeh je. Selagi tak kuar darah, atau najis dia berlendir-lendir, maknanya dia ok dan sihat. Kalau tengok rupa Wawan, memang maintain comel je. Gelak makin berdekah-dekah skang. Pengasuh Oni kata, baby kalu selalu terkejut masa tido, beraknya memang kaler kelabu. Ye ke? Ada kena mengena ke? Aku selalu je terkejut dari tido selama ni, takde berak kelabu pun. Apasal? HAHAHA... Ke tahyul ni? Skang Wawan minum Lactogen. Ada susu lain nak rekemen? Susah hati gak ni. 


Work station aku kat umah ni dah penuh ngan dokumen. 
Memalam buta pun aku bizi wat kerja-kerja pengkeranian. Sikit lagi je nak bertukar jadi kera.... 


Aku beli laksa sebungkus kat pasar malam.
Tapi, sampai skang aku tak makan lagi. So, paham tak camana bizinya aku. Sampai lupa nak makan. Kurusnya idak juge~

Aku boh gambo je la. LAma dah kome tak tengok gambo kitoang kan?


Kembali bertudung seperti ini. NAmpak lebih kebudaksekolahan.


Oni yang nakal. Sudah boleh berpidato di rumah.


Najwan.... Tengah menyusu. KAKAKAKAK~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram