Followers

16 Dec 2011

Sangat sunyi tapi bersyukur



Dah beberapa bulan aku ngan Inche Kitchi berjauhan. 
KAlau ada kesempatan, balik la dia di hujung minggu. Hmmm... walaupun penah mengamalkan konsep perhubungan jarak jauh sebelum ni, aku still tak berapa gemar konsep gini. 
TApi, tak bermakna aku akan mengalah, sambil mengongoi meminta belas kasihan korang kerana suami aku jauh. HAHAHAHAH~

BAru je ngongoi kat fesbuk tadi. 

BUlan JAnuari nanti, dia pergi lagi jauh. MElaka. 
Silap-silap kursus dia makan setahun. Dah jauh-jauh gini , kena la manyak bersabar. 
Usia perkahwinan nak masuk 4 tahun dah, kami lebih matang dan tau apa prioriti kehidupan. 

Prioriti aku di sini ialah , anak-anak. 
Alhamdulillah, aku suka dengan kerja aku sekarang. Dan aku bangga, aku boleh bekerja lagi walaupun tak makan gaji dengan orang. 
YAhuu~ Memula tu ingat tak boleh buat lansung. TApi, kalau tak terai, mana la nak tau kan?
Inche Kitchi pun cam besh je aku keje cam ni. 

Minggu lepas dia cuti seminggu. 
TApi, aku lak bizi. 
KEsian kami. 
Patutnya seminggu ni kami meluangkan masa lebih bersama, tapi aku lak cam banyak hal. Iskk..rindu plak kat suami ku nan seorang itu. 

Oni demam neh. Siang tadi ok je. 
Memalam ni tetiba badan panas. Pastu meracau-racau.
Terjaga je dia nangeh teresak-esak. 
TAdi lagi la..... BAngun , nangeh panggil Ayah 3 kali. 
Aku pun nak nangeh sama.
Lepas pujuk-pujuk, Oni tido balik. Rindu kat ayah ke cayang? 
Time Ayah ada, diusiknya orang tua tu. Time takde, panggil-panggil. Haih!

Yang Wawan plak, nakal menjadi-jadi.
Kalau tido tu, tak melanggar kakak, memang bukan Wawan la namanya. 
Tilam queen size tempat aku ngan Inche Kitchi tido tu, skang dah jadi tempat tido Oni ngan Wawan dengan Wawan mengonker 80% daripada kawasan tilam tu.
Walaupun camana aku barricade kawasan tido dia agar tidak mencerobohi kawasan si kakak, Wawan dapat melepasinya. Aku lak kena pasang tilam tambahan  kat kaki diorang. 
TErpaksa tido atas tilam bujang, sengsorang. 
Dah le laki takde. 
Sedih toi!


Tapi nengok gelagat anak tido memang buat kite ni geleng kepala. 
Wawan musti akan buat-buat golek sampai kepala dia sondol si kakak. 
TApi, kendian dia tido di situ.
Tenang di bawah ketiak kakaknya. 
Oni pun sama gak. 
Time adik tido nyenyak, dia plak wat-wat tergolek ngan mata pejam pi kat adik.
Sudahnya, diorang berlaga kepala je atas tilam tu sambil tido ngan gaya bebas masing-masing. 


Wawan dah pandai membebel.
Sudah boleh sebut bababababababababbb. 
Dah ketawanya semakin berdekah-dekah skang.
TAk macam Oni dulu.
Oni sangat kedekut kalau bab ketawa ni. Susah gile nak dengar. 
Orang lambung dia pun, dia wat muka takde perasaan je. Bebetul ikut perangai Apak. 


Wawan, skang ni banyak macam Ibu.... Perangai je la. 
Rupa tu ikut Ayah. 



Wawan yang murah senyuman. Apa saje semua nak senyum.



Oni pose bajet ayu, HAHAHAH~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram