Followers

26 Dec 2011

[RESEPI] Puding Roti versi bakar


Dah berkali-kali test buat puding roti bakar ni tapi ada je masaelah yang berlaku. Kekadang jadi, kekadang tak. Bukan puding telur tau. Ni puding roti...  Ada versi kukus dan versi bakar. 

Aku lebih suka versi bakar sebab ada hangit-hangit cket. BAru leh rasa kerangupan itu. 

Boring dah makan puding telur atau puding caramel nih sebab kandungan gulanya tinggi. HEee... Lagipun makan selalu buleh jadi muak kan?

Setelah beberapa kali menchoba jaya, akhirnya pada malam ini aku berjaya menghasilkan sebiji puding roti menggunakan oven toaster pemberian jiran kesayangan haku. 

Selalunya aku wat puding roti ni pakai oven dia. Aku bancuh-bancuh suma, pastu aku hantar adunan aku ke umah Ida , soh dia bakar. After 30 minutes, siap ler puding tu. 

TApi, kali ni nak try sendiri. Projek buat puding ni bermula semalam. Rasanya jadi, cuma gagal sikit sebab timing memasak agak lama menyebabkan bahagian atas puding aku rentung sampai takleh makan. TApi bila buang yang atas tu, buleh la makan. 
Rasa? Memang sedap. 

Oleh kerana oven toaster tu kecik je, aku kena ubah adunan mengikut kesesuaian. 
LAgipun loyang buat puding aku tu kecik je. So, takleh la terlebih itu dan ini kan. 

JAdi, inilah dia gambar puding roti yang berjaya aku masak tadi. 
Dengan bangganya nak tunjuk kat kome... HEHEHE


Puding Roti Si Awang Hitam

Bahan-bahan:

3 keping roti (potong kecik , sapu planta. Pastu susun ikut suka dalam loyang)
3 sudu gula
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
2 biji telur
1/2 sudu esen vanilla
nestum sesuka hati. Taburkan je atas roti sebelum masuk oven.

Note: Kalau takmau pakai susu manis, buleh pakai susu segar satu cawan. Jadi takpayah le tambah air lagi.


Cecaranya:

  1. Panaskan oven toaster tu dulu. 
  2. Sapukan planta sikit dalam loyang. Taknak bagi melekat. Then susun  roti yang dah dipotong kecik tu dalam loyang. Penyek-penyek sikit. 
  3. Masukkan gula, telur, esen vanilla, susu dan air ke dalam blender. Blend sebati. 
  4. Kendian, tuang adunan ke dalam loyang, atas roti tu. Biar kembang. 
  5. Tabur nestum. Setengah orang suka boh kismis, tapi since aku guna oven toater, kismin ni buleh jadi cepat hangit. JAdi, aku boh je la nestum. Auni suruh! Aku ikut je. 
  6. Masukkan ke dalam oven toaster yang dah sedia panas. Masak selama 7 minit sahaja. Cuba check sama takut bahagian atasnya hangit. 
  7. Dah siap, keluarkan. Anginkan kejap. Then masukkan dalam peti ais. 

KAlau masak pakai oven toaster ni lain sikit. Menda tu tak leh adjust temperature. Ke aku yang tak reti? JAdi waktu memasaknya kena sekejap je. Kalau tak hangit le atas dan bawah. 

Kalau memasak pakai oven biasa, boleh set temperature ke 120 dan bakar selama setengah jam. 

Perhatian: Masa memasak tu, puding ni akan kembang sekembang-kembangnya dalam oven. TApi, bila keluarkan, roti tu kecut balik. JAdi, takyah le bangga bila tengok puding tu kembang elok masa tengah masak. Kegembiraan tu bersifat sementara je. HEHEHEH.... 



ada sesapa tau oven ni boleh ekjas tak temperature nye? Sebab ni orang punya.. Bukan seniri punye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram