Followers

29 Dec 2011

Oni dan Ibu di kala mahu tido


MAlam-malam, aku akan meluangkan masa berborak manja dengan Cik Oni.  Berikut adalah perbualan yang berlaku tadi...


Ntah camana , besh plak aku dok melayan lagu tema New Girl tu sambil geletek-geletek Oni. Oni plak tetiba je pandai sebut several words from that song...

Hey, girl...
Watcha doing?

Cemtula banyak-banyak kali dia ulang.. Sampai aku pun layan gak. Layan pelat si Oni.


"Ibu, nak senimut (selimut).." pintanya.

Selimut ada je terlipat kat hujung kaki. Tapi tu selimut aku.

"Amek le selimut tu.."kataku sambil memuncungkan mulut kat selimut di hujung kakinya. MAlas nak gi amik selimut lagi satu yang dia selalu pakai tu.

"Alaaa... tu senimut Ibu nyer. NAk senimut kakak," bidas Oni.

"Ala... tak payah le selimut. Ibu nak peluk je.." bantahku, sambil aku mengiring nak peluk Oni.

Oni memang sangat suka dipeluk dan memeluk aku. TAk keberatan pun dia membiarkan diri dipeluk. Sesekali aku lepaskan pelukan sebab Wawan nangeh.

"Ibu, lok laa Kakak.... Lok la..." pinta ONi untuk dipeluk semula.

SUka aku. HEHHE.. AKu peluk semula Oni. KEkal begitu , sambil Oni tepuk-tepuk pipi Ibunya. Tak jemu-jemu Oni cium pipi aku, sebagaimana selalu aku lakukan pada dia. CUma, dia cium aku ngan puting dia kat mulut~

"Bertuah Oni. Ada ibu ngan ayah. Selalu la sayang Ibu ngan Ayah ye... Ada orang tak da ibu dengan ayah. TAk dapat sayang ibu dan ayah dia. KEsian tak?" bisikku perlahan di telingan si kakak.

"Errmm.. ciannn. Ni Ibu Kakak...~" balasnya sambil usap-usap pipi. Lembut je suaranya... TU ngantuk le tu.

"Tido la kakak. Esok kita main lagi ekk....."

"Ok.." balas Oni.

"Good nite ONi..."

"Nite Ibu..."balas Oni.

"Assalamualaikum....."kataku.




"Waalaikumsalam................. Acuk le..."















"Errr.... HEHEHHEHEE..." tersengih aku sengsorang atas tilam.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram