Followers

18 Dec 2011

Najwan - His ZZZZzzZZzz how-to





Najwan bangun seawal jam 7.00 pagi. Dan pernah bangun jam 5.30 pagi tau! Bukan bangun nak susu. MEmang bangun terus. 


Wawan mandi pagi kol 9 dan tido selepas itu. Mandi pakai air paip je. HUHUHu...  Sejuk? BIarkan... Dah beso dah. Jangan manja-manja sangat nanti susah orang nak jaga. 


Wawan takkan tido selagi pampesnya tidak ditukar kalau basah atau ber'isi'.

Wawan akan menangih macam sakit sangat-sangat bila dia terlampau mengantuk. Ni kes mengantuk takmo mengaku la ni. Sayang nak tido sebab sibuk main ngan kakak. 


Tanda-tanda mengantuk:

  • garu kepala tak berenti-renti.
  • garu idung.
  • garu telinga.
  • kaki menghempas-hempas tilam tak berenti-renti
  • nangeh sambil hempuk muka atas tilam
  • takleh ditinggal sorang-sorang. kalau tinggal je tanpa kakak atau ibu di sisi, Wawan sentap. Nangeh juga!

Cara mengatasi :
  •  Bagi susu sebotoi. 8 oz, habih! Tido selepas itu.
  • Kalau tak tido jugak , check pampes. KAlau berak, kasi le basuh. 
  • Kalau tengok dia cam tak selesa atau berpeluh, bukak baju. Jika perlu, mandikan dia. Wawan suka mandi. LAyan je la dia mandi , gelak berdekah-dekah sampai letih. Selalu aku pakai sabun Johnson & JOhnson yang kaler purple tu. 
  • Kalau malam, bawak masuk bilik. Wawan tido dalam gelap. 
  • BAntal busuk boh kat sebelah. Wawan akan tido sambil tutup muka ngan bantal busuk. 
  • KAlau Wawan masih lagi full of tantrums, amik kain batik, bedung sudah. Selalunya dia akan tido terus selepas penat 'bertarung' nak kuarkan tangan. 
  • KAlau tak mo bedung, ko tepuk le bahu dia pelan-pelan sampai tido. Tapi, tak tahan lama. Bila brenti, Wawan akan jaga balik. Heeeehehehe..

Waktu tido Wawan adalah jam 9am, 12pm, 3 pm dan 8pm. 

Yang tido pukul 8pm tu, aku memang akan bawak sekali si Oni masuk bilik. Oni pun kena tido jam 8 malam gak, kalau Apak takde. KAlau Apak ada, buleh la tinggal kat luar ngan Apak. 

MAsa nak menidokan semua anak-anak ni adalah satu jam setengah. 

BIasanya aku pun akan turut sama tido. Dan bangun semula jam 10 malam untuk meneruskan aktiviti yang tertangguh. Selalunya time ni la aku online dan habihkan keje. Ada gak penah aku kemas rumah, mop lantai, basuh kain, lipat kain sume... HAHAHA..

Sebab tu jugaklah , sesapa yg telepon aku time pukul 8 malam sampai kol 11 malam aku tak angkat. Sebab time tu aku tido. KAlau nak tipon, tiponlah selepas jam 12 malam. Aku berjaga. Insyaallah. Takpun, SMS jek. Senang cket.





Baca sini untuk cecara tidokan Oni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram