Followers

1 Jan 2012

Mari Lihat Azam 2012 Makbed

Aku patut kawin je ngan laki nama Azam. JAdi, takde la aku ciwi sangat nak berazam tetiap tahun sebab setiap hari dok sebut Azam je.


Korang masih ingat entry di ambang tahun baru 2011? Heee... Meh aku refresh balik. KLIK SINI!!

Aku dok wad ko!! Sedey. MAsa tu ngandung si Wawan la. Sampai naik fobia aku bila nak tahun baru. Asek dok wad je. HEHHAHAHHA...

Alhamdulillah, hari ni aku tak masuk wad. Tet!!!

Elok je aku kat kampung MIL, di Pokok Sena. Besok, ada kenduri doa selamat sikit..

Najwan lak demam tak kebah-kebah lagi. Kesian dia...


Jom tengok azam tahun 2012.


  1. Nak kuruskan badan .... tak abih-abih lagi bab kurus ni. Kome pun boring dah. 
  2. Bersolat di awal waktu. Tak mo tangguh-tangguh.
  3. Menjaga aurat dengan lebih baik. 
  4. Memperbanyakkan lagi koleksi baju berwarna hitam dan jubah. HEHEHE... Senang nak pakai!
  5. Meleperkan perut sehingga jadi seperti perut Jennifer Lopez. 
  6. Mengurangkan pengambilan Teh Ais dan menyingkirkan minuman tu dari senarai minuman faveret aku. Sob..SOb..
  7. Berdisiplin ketika mengambil 'vitamin' supaya Wawan tidak mendapat adik dalam tempoh terdekat ni. Huuwaaa... Takmo..TAkmo. Kasi ilang dulu rasa ngilu kat perot ni. Walapun aku memang sangat suka baby, tapi I need a break la..
  8. Mencapai pendapatan sasaran iaitu RM1500 sebulan (bersih) dengan kerjaya baru ini. Opis saya di rumah saja. Jimat minyak dan jimat duit pengasuh. I like my job. Bulan 2 ni dah cukup umur!
  9. Mengasah minda supaya tak jadi pelupa sangat. Atooii!~
  10. Menjadi Ibu yang lebih kentang kental. 



Setiap 31 Disember adalah hari ulangtahun kelahiran Inche Kitchi. Heee.. Cepat nyanyi!!!


SELAMAT TAHUN BARU 2012

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram