Followers

3 Dec 2011

Lutut Luka.. Sakit oooi


Cedera!!!


Pagi Jumaat yang penuh barakah, aku keluar sebab ada meeting kat agensi jam 9 pagi. Perut lapo sebab semalam tak makan. So, aku tapau le mekdi bekfes , nak makan kat opis je. 
KAng tunggu meeting habih baru nak makan, mati plak. 


Biasalah pepagi memang kalau tak berpeluh ketiak menguruskan anak-anak , tak lengkap hidup aku. Lecehnya dok umah bertangga-tangga ni ialah, aku yang sedia pemalas, memang malas nak ulang-alik naik atas dua tiga kali.  So, aku akan prep sesiap suma barang yg nak bawak turun, and make sure tak de tertinggal. 

Oni dan NAjwan pun aku bawak turun sekali. 

PAgi tu aku takde bawak lektop.
Bawak henbek (handbag) je. 


Pagi tu cuma panas pagi. 
Alaa.. panas yg penuh ngan vitamin D tu. 
But, I was not pleased at all (with the heat.) 
RAsa nak muntah. 


Jam 8.50 dah sampai opih dah.
AKu tunggu jap dalam kereta. Kepala sakit. Bingit. 
TApi, excited ni nak masuk opis. HEHHE.. 
Pelik toi. Bukan ada manusia hensem pun dalam opis tu. 
Ada En. Azhar je pon. Kang aku cakap dia ensem kang bini dio marah lak.
Yang lain suma pompuan. TApi, excited gak. Aku datang awal hari tu. 
Selalu tu kena parking jauh sikit sebab takde parking. 
TApi hari tu aku parking depan-depan Prudential. HAAAA... Senang. 


Aku kuar. Tutup pintu. 

Kunci. 


PAstu aku jalan dengan beshnye ke pintu opis yang berkod keselamatan.


Tetiba, aku rasa duniaku bergoyang macam naik bot nak pi Langkawi ...dan pandangan ku gelap-gelemat beberapa saat selepas tu.......






Depan muka ada ada cik Guard. 

"Puan, ok ke?"

Aku diam je. Rasa sakit sangat kat lutut. PEdih!

Dah tau dah, aku pitam la ni. Badan aku menggigil, sejuk tak berdarah. 

Aku berdiri. 
Memang sakit gila kat lutut. 
Sahih luka ni. 
Tapi, aku gagahkan juga naik ke opis. 
PAstu, aku gi bilik air, check lutut. LUtut aku luka. Beso lak tu. Tapi, cuma kesan lecet je. 
Ada la darah meleleh tapi takde la sampai kena jahit.
Pedihnya Allah je tau. HUwaaa... Nasib baik seluar tebal.
Tak de koyak. 


MAsuk dalam bilik bos. 
Muka senyum. 
Kontrol comel walaupun lutut sakit. 
Aku dah bekfes dah. 

"Ok, memandangkan tak ramai datang hari ni, kita wat presentation sendiri je lah...Yang mana nama naik minggu depan tu, kita wat hari ni.." kata bos.

Aiyakk!!!
Aku lansung tak prepare. 
Nama aku minggu depan baru naik.
Beria datang minggu ni sebab nak tengok presentation orang lain dulu so aku lebih prepared next week. 
Hampesss!!~

Tapi, ada Kak Ju, Kak Nor, Kak Saba... suma rilek je. HAHAHA.. Godam je la wat presentation. Takde la harap nak bagus mana pun. 
KAta Inche Kitchi, 'BE YOURSELF' je. 


PResent ngan lutut sakit dan terketar-ketar sebab nebes nak mati. 
Tapi, aku memang pandai bab kontrol ayu ni. 
Akhirnya, aku berjaya wat presentation tu. 
Dan aku rasa presentation aku yang paling sekejap tapi mendapat tepukan paling gemuruh diiringi gelak ketawa rakan-rakan. HAHA..mocking presentation je pun. 
Saja nak bagi idea camana nak wat presentation in public. 

"Bagus la.. Awak present cam rilek je. KAwalan suara bagus. Sangat santai. BAnyak humor... Saya suka." kata bos. 
Errmm... bunyi cam puji banyak gila, tapi takde la sangat pun. 

Anyway, pagi yg penuh tragis tu , dengan lutut luka sebab jatuh tergolek depan orang pada awalnya bukanlah satu petanda nasib aku akan jadi malang sepanjang hari. 

"Saya berdiri dengan lutut yang sakit dan terketar-ketar ni..." balas ku. 

"Ohh yeke... Jatuh? Tapi, saya tak nampak awak nervous pun. Mulut ok je berkata-kata. Setengah orang, kalau nebes, herot-petot muka nye tau!" kata Bos sambil menggayakan muka herot-petot tu. Cihh~

"Oo.. tu sebab muka saya ni banyak lemak so ia menyerap hentakan dan sebarang riak-riak nervous.."


Takyah tunggu wat presentation.
Sense of humor aku memang tak pernah hilang walaupun masa aku tido. Ntah camana lah laki aku buleh bersabau!~


At the end of the day, I thanked Allah for every blessings HE poured on me. 


Dah pi klinik. 
Doc cakap aku low blood pressure. Nasib baik parking keta dekat-dekat. 
KAlau jauh macam selalu, aku tatau la jadi apa. Terbayang yang muka aku maybe luka teruk akibat jatuh terhempas atas jalan tar yang panas. Ohh...! Allah memang sangat sayang kat aku. Luka sikit je kat lutut. Tapi, pedih gila nak buat apa pun tak buley.



Tapi,
sakit lagi nak beranak. 
So, toksah la dok mengomel lelebih kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram