Followers

30 Dec 2011

Demam nak buleh buah?

Tetiba, Wawan meragam sungguh semalam. Sampai keras tengkuk aku.sebab asyik terkejut je bila dia merengek dan meragam. Perut dia kembung. TAk bleh kentut kot. 

Pukul 5 pagi , dia bangun lagi melalak kuat. Aku tercium satu aroma yang sungguh tak besh. Huh, berak la plak si Wawan. BAgi susu pun takmo. Aku pon terpaksa la basuh walaupun air tu memang dah tau dah sejuk gedik. 

Lepas cuci , sapu minyak angin kat perut dia, Wawan pun tido. 

Pukul 7.30 pagi, bangun , nangih lagi. Tapi kakak dah bangun da masa tu. DIa main jap ngan kakak. TAk lama pastu nangeh lagi. Suara serak-serak. RUpanya, nangih sebab sakit perut nak berry............

Berak keras plak dah. Kesian ooo... MErah padam muka Wawan meneran. Pelik sungguh la.. Susu sama je minumnya. Tinja takde kuar kelabu-kelabu dah , dah jadi kuning tapi apsal kali ni berak keras? TAdi subuh berak ok je. 

Kesian aku tgk Wawan 'bertarung' meneran. Bebetul cam orang beranak. MAcam ada kiraan plak. Dia teran lama, pastu berenti. Amik napas. PAstu teran balik. Adui.. memang le aku nak gelak tengok tapi tak patut le plak kan anak tu tengah sembelit, aku lak gelak. ~sengal ko makbed!~


Aku peluk Wawan sambil dia dok neran tu. Badan dia panas. Wawan nampak lega sikit bila dipeluk. SOk aku pun peluk je la sampai dia dah habh teran. Tup-tup, dia dah tido dah ngan muka dia bebetul kat ketiak aku. 

"Wes... Wawan. NAk meneran pun amik mood cium ketiak ibu ke?" aku kejutkan dia sebab nak basuh berak dia tu. TAkkan teran berak pon leh pensan?

Wawan bangun malas-malas. Muka ceria balik dah. Ada kakak tolong jadi joker kat depan. LEpas aku mandikan, aku bagi dia ubat demam. Kena cucuk hari Rabu, hari Jumaat baru demam ke? Buleh ke camtuh?


Pukul 10 pagi, aku gi Klinik Ling.
Dr. Ling tanya pasal warna taik Wawan, masih kelabu ke.
AKu cakap dah ok dah. 
CUma pagi ni tetiba je sembelit. Susu pun tak berapa nak minum. Macam tak suka je susu Lactogen Langkah 2 tu. Sejak minum Langkah 2 tu la berak dia jadi ok , mencapai kaler yang memuaskan. 

Wawan demam biasa je. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Petang ni kang nak balik Pokok Sena.
Rumah MIL.
Gtau MIL nak gerak esok, tapi aku dah tak sesabo nak berjalan balik kampung la plak, ajak Inche Kitchi balik petang ni. 

Aku gtau (meset) la kat MIL (Umie) yang Wawan demam. 

 "OO... hehe.. Nak blh buah la..."

Gitu la meset mak mentua aku tadi. 

Aku tanya la.. "Buah apa..?"

Cam tak paham... Umie aku ni nak belah buah ke kat aku? 

Dah tu MIL meset balik...

"Org tua2 kata 'buah' utk baby boleh merangkak, duduk dan perangai berubah..mmmmmmmm.."


OHHHHHHHHHHHHHHHH... that 'BUAH' kaa........... 

Buah yang tu maksudnya = langkah. 

Bukan aku taktau . 
TAu... Tapi, MIL pakai shorform pulak kan? 
Haih!!!! 
NAsib baik aku tak rajin terlebih tanya 'buah apa yang ada'.. Sebab la ni kan musim durian. 
KAlau tak mana aku nak sorok muka aku balik kampung kang?


 
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram