Followers

10 Dec 2011

Bila Orang ada MASTER bercakap soal jodoh..

 "Hidup yang kita rancang ni pastinya nak lurus je. Elok lepas SPM je, kita dah mula plan. Nak sambung belajar. Dah grad, nak keje. LEpas keje, nak beli tu ini yada yada.. NAk bagi mak duit. Nak beli rumah. NAk kahwin... Nak gi haji.. Nak mati....errkk?"


Untuk orang umur cam haku ni, dah sampai ke peringkat merancang masa depan keluarga. Aku dah ada anak-anak. KAlau zaman tak kawin lagi, dok tertanya gak ngan sapa aku nak kawin.  Penin gak la nak menjawab soklan tu....

Aku bukan nak citer pasal insurans ekk.

Aku nak citer pasal kawin.

Semua orang merancang nak kawin.
YAng dah ada pakwe , pastinya merancang.
YAng dah ada awek, kawan lelama, pun merancang nak ke jinjang pelamin.
YAng takde pakwe atau awek pun, juga merancang nak kawin walaupun taktau lagi dengan sapa. Kan kan..

Tapi, sesetengah orang, dia dah letakkan due date bila dia sepatutnya kahwin. HAHA.. macam aku dulu. 


BAb perempuan.. biasanya dia tetapkan by age 25 tahun dia nak kawin. Kan?
25 tahun tu dia baru je abih degree. Baru start keje.

Tapi, kalau dia rasa keje dia best, dia tangguh dulu kawin.

KAlau dia mendapati keje dia tersangat bizi dan menggagalkan dia untuk keluar bersosial, dia tangguhkan dulu usaha mencari jodoh. Bimbang kalau dia ada pakwe pun, dia takleh bagi perhatian yang jitu pada pasangannya. Kan?

Dah gitu, gaji banyak sikit, pakwe dah sound. Bila nak menikah ni?

Kita pun kata... "saba la.. I tak puas bujang lagi. Nak enjoy ngan duit gaji. Nak bagi mak.. Nak balas jasa ibu bapa. NAK AMIK MASTER DULU. Nak bagi mak gi haji sumer dulu..baru kawin. "

Pakwe tu memula nak la tunggu. Pas 2 tahun , dia gi la cari awek lain.

Pas putus cinta, pakwe move on. Kawin ngan org lain. Kita ni plak , dah patah hati, mission nak kawin kantoi, gi sambung master. Alasan : Belajar je la. Dah takde orang nak.

Tapi, tetengah belajar MAster, ada orang ngorat. Kita ni wat jual mahal. Bajet besh la orang nak amik master.
Lelaki biasa? APa kelasss.....

Lelaki yg ngorat tanya... apasal tak kawin lagi?
Awak kan cantik ada rupa.

TApi kita lak kata," dulu penah ada pakwe, tapi pakwe tu tak sabar-sabar nak kawin. Dia takleh terima kita yang nak kerja , sambung belajar... takleh terima impian kita... "

Lelaki yang ngorat tu cuma kata "oooooooooooooooooo ic...."



Dah habih Master, keje besar. Gaji besar. Dah ada rumah.
Tapi....
TAk kawin juga.
Bukan takde orang nak.
Ada.
Cuma, takut ngan awak yg ada Master. Kang hantaran jadi mahal.

Maka... kita yang sunyi takde teman, bantaila gi cari pakwe.
Di sinilah mulanya....
Yang bujang kelana , tak berani rapat.
Yang berani cuma yang middle age.
Malangnya, kebanyakkan sudah berkeluarga.
Tapi, kita ni tak kisah.
JANJI ADA ORANG NAK KITA.
Siapa punya? Ada aku kisah...
Yang penting, aku ada MASTER.
Ko ada? 

NAk jadi citer, ex-pakwe kita yang dah kawin tu contact balik bertanya khabar.
Dalam bebanyak orang, kita pilih nak kawan ngan dia.
Sebab, dia yang memahami kita sejak dulu.
Tapi, dia dah kawin. Dah ada anak. Caner?

Ala.. nak wat camana...
Dah jodoh kita... kena terimalah.
Jodoh kami kuat.
Dah berpisah dulu, tapi kemudian berjumpa balik. TAk sangka kasih sayang tu masih kuat.
Jodoh la kan?

Habih, bini dia camne?

Bini dia...?
BIarlah.
Aku tak kisah berkongsi. Yang penting, aku tau, aku kenal dia lebih dulu dari bini dia skang.
Dan, aku lebih hebat dari nya.
Aku ada MASTER, dia takde!



Kata si dia yang ada MASTER ni, KALAU JODOH TU TAK KEMANA....


Kata aku plak...

KALAU KO PUTUS NGAN DIA SEBAB KO NAK AMIK MASTER, PASTU KO BALIK SINI BALIK KO GI KACAU UMAH TANGGA ORANG TU DENGAN MASTER KO, BEK KO TAKYAH AMIK MASTER!



PENGAJARAN:

  1. Kalau sudah sampai jodoh, kawin je la. Boleh sambung belajar kemudian. TApi, habihkan lah degree dulu. Itu adalah keperluan.
  2. Kalau dah tak de plan nak kawin lagi, pegi la sambung belajar, bina kerjaya impian. 
  3. Tapi, kalau nak menikah lepas tu, silaah pilih jodoh dengan berhemah. Jangan diri ada kelulusan tinggi, tapi moralnya tak berapa nak lulus. Rosak kredibiliti wanita lain yang ada MASTER and PHD tau!


ni MASTER Monster!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Instagram

    Instagram