Followers

18 Dec 2011

Belajar Mengaji pun pakai skype je skang?



TAdi dengar berita terkini. TAk dengar bebetul tapi isi pentingnya macam bercakap pasal "cikgu mengaji dah buleh ajar mengaji secara online..."

Maka, sesiapa pun boleh belajar mengaji melalui ustaz atau ustazah yang dilantik dan semestinya bertauliah. Cara mengajar maybe melalui skype atau apa-apa medium pengajian secara online. Belum didecide lagi. TApi, menurut orang yang berkata tu, cara ni lebih menjimatkan masa untuk parents yang sibuk. Tak perlu lagi keluar menghantar anak untuk ke kelas mengaji....


Cenggitu lah ayat nya. 


WOW!!!!!!! 


Tanggungjawab memberi anak-anak pengetahuan agama, bagi pandai mengaji adalah milik ibu bapa. Dunia kemudian semakin maju, anak-anak boleh gi kelas qiraati. 
Cara pembelajaran lebih mudah dan pantas. 
Ada juga cikgu mengaji yang datang terus ke rumah.

Dan skang,

TAk payah... Boleh ngajar online je.
Rasa-rasa buleh ke? 
Berkesan ke? 
Dan pasti ke ia tidak disalahgunakan?


Aku cuma risau... 
Penggunakan komputer even tanpa internet sekalipun perlukan pemantauan.
Apatah lagi la nak belajar guna internet ni....
LAgi pulak mak ayah skang dah makin sibuk. Nak antar anak pi ngaji pun takdan. Agak-agak sempat ke diorang nak jeling anak tu belajar ngaji ke idak kat depan komputer nun?



Rindu masa aku belajar mengaji...

JAlan kaki lepas MAghrib gi umah Pakcik Shukor. Jalan berdua dengan Angah. BAwak beg sorang satu. Isi Muqaddam. Seingat aku, Pakcik Shukor tak penah mintak upah mengajar, tapi mak selalu kasi RM5 kasi dia. 

Umah Pakcik Shukor selang 3 lorong je dari umah aku. Tapi, ada la anjing-anjing liar banyak. Aku boleh nek basikal, tapi Mak aku tak bagi naik sebab takut jatuh. Buleh? PAdahal, sama je kalau aku lari dari anjing liar pun, jatuh serupa juge. Hapeda... 

Abih gak aku mengaji dengan Pakcik tu. Masa tu kelas qiraati pun takde. Cara baca pun pakai alif fathah AAAA. Alif kasrah eeeeiiiiiiiiiiiii... Alif dhammah UUUU... A...EIIIII... UUUU...

Pastu ado revision plak kat umah. KAlau hari tu tak ngaji kat Pakcik Shukor, aku ngaji kat Inspektor JAlil plak. Siap rotan kat sebelah. Ngan abah , aku blajo cara lain plak. Alif di atas AAA.. Alif di bawah EIiiiii... Alif di depan UUUUU... AAAA , EEEii, UUUU...


Aku tatau la kalau budak la blajo online dengan ustaz. Agak-agak nyampah tengok ustaz tu, bukak Angry Bird laa main. Huahuahuahuha~

Tu aku la. Anak korang kan baik. Anak-anak aku? HAduii.. TAktau la. Aku tak caya la tenet-tenet ni. Aku ajo sniri je la. 


Semoga berjaya Makbed.



Tapikan, bagus gak belajar online ni. 
Keselamatan anak-anak terjamin.
Tak payah keluar rumah. 

Tu la... takutkan anak kena culik, sorok anak dalam umah.
Tapi, dok umah ada pulak internet, yang bahayanya tak jauh beza ngan keluar rumah. 
Susah kan idop zaman la ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram