Followers

15 Dec 2011

"ADA AKU KESAH" ialah ayat terbiadap ever existed.


Kita ni memang mudah terikut-ikut kan? Tapi, yang diikutkan tu bukannya menda baik. Memang menda ni sangat sedap disebut. Bila disebut tu rasa cam 'bangga' , puas hati dan tetiba rasa cam takabur. Kan?

Aku tau la, aku pun penah sebut jugaaakkk! KEKEKEK... Speak thru my own experience.

Tapi.... bayangkan lah kalau anak-anak kita , beso si Oni tu tetiba sebut "ADA AKU KESAH?" kat kita....?

Ce bayangkan...

Ce bayangkan.....

Bayangkan.......................................................




Aku dah bayangkan.

Dan seterusnya aku menjadi ngeri. Walaupun ia cuma sepotong ayat 'counter attack' , tapi, ayat ini tidak sepatutnya wujud pun , bagi aku.

Kalaulah pejuang negara zaman dulu dah tau guna ayat "ada aku kesah" ni kat penjajah British, atau Jepun, apa la agaknya jadi pada sejarah Malaysia ye???

Ce bayangkan Mat Kilau sebut "adeeee aku kisah?"

ISk..iskk..


Aku tidak bersetuju dengan kewujudan "ada aku kesah" ni.


Sebab aku bayangkan yang akan datang , tetiba je anak-anak aku buleh cakap cemtu kat aku bila aku tengah berleter kat diorang. HUUUU! Ngeri siot.


Sangat mudah untuk menjadi biadap kan?


Renung-renungkan, dan selamat beramal.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram