Followers

25 Dec 2011

Adoyai Spek Oldschool: Cuba meredakan kemarahan


Sambung balik kisah spek ku yang telah jahanam tu... [PART 1]


Kepala terus pening bila pakai spek yang baru je 'dipanaskan'. Bengkek gak aku.. AKu soh ketatkan skru aje. Susah sangat ke? Takde sapa pun suruh gi panaskan spek? Menda plastik kalau letak tengah panas kan ke buleh merosakkan fizikalnya.

Pandai-pandai je budak ni!

Nasib baik Inche Kitchi sampai dah masa tu. KAlau tak, aku tatau le camana nak drive balik rumah. Boleh la drive tapi ngan pening-pening tu camana la pulak kan?

Aku ngadu la kat Inche Kitchi. Elok le sangat, spek tu pun memang kena tukar tapi asyik dok bertangguh aje. Saja je menda nak jadi, kasi spek aku cecepat kena tukar.

Husbandku sejes untk try survey kat satu kedai spek dekat-dekat dengan Michelin, klinik panel Bambam Bee. Aku pun on je. Sesampai kat kedai spek tu, aku dah impress dah bila tuan kedai tu tegur. Aku suka la bila dia dengan detail dan tanpa malas-malas terus check mata aku, walaupun aku cuma nak wat contact lense.

MAlangnya, spek aku tu dah tak buleh repair. MEmang kena buat baru. So, tawakal je lah. Spek yang skang ni aku wat ri tu seribu lebeih kau. Bukan nak bangga diri sebab spek mahal. Lansung tak bangga. Kecacatan yang memberi kos yang tinggi. KAlau insurans buleh cover takpe gak! Tapi spek tu jadi mahal sebab dah lengkap dengan Transition. EHEHHE...

 Lepas dia check mata aku pakai computer, dia amik spek aku pulak untuk sukat current power. Keputusannya....

Tahap rabun aku dah semakin kurang. Pasal tu la aku dok pening aje. Legalah aku. Ingatkan naik lagi. FYI, kalau nak wat contact lense tahap rabun dia hanya buleh sampai 9.00 je. TAkleh lebih. Kalau lebih memang tak merasa la pakai lense.

Yang mata aku ni plak, belah kanan adalah 8.25 dan belah kiri 4.25. Tu pun masuk silau lagi. Terkejut berok?? HAHA....Aku memang rabun ok! TApi, contact lense lah yang menyelamatkan aku dan mengembalikan life aku. KAlau takde teknologi kanta lekap ni, memang tak merasa la aku masuk tournament taekwando sumer. Aku pun tak ingin masuk kejohanan pakai spek. Memang sepak angin je buleh.....

PAkai contact lense pun buleh memulihkan mata supaya jadi tak rabun ok. TApi, pastinya bukan contact lense yang RM15 sebotol tu! Yang tu cokia punya. Contact lense aku memang fully customate. Dan mahal cket la kan. Sebab aku ada silau. Dan aku memang rabun. JAdi, kenalah jaga mata betul-betul. Tak boleh take for granted.

So, berapa harga contact lense?

RM250 untuk 2 kotak. Semua ada 6 pasang....

PAstu, aku survey lak rege spek mata.

Kira punya kira, based on power aku yang sungguh power ni, harga spek aku without transitions tecknology adalah RM350. Tu habih murah dah. Kalau nak glasses tu nipih sikit, tambah lagi RM100.

KAlau nak transitions spek aku akan jadi RM 900.

Transitions tu apa?

Ala........... spek transition yang bila kita pakai tengah panas terik, tetiba je cermin spek ko BERTUKARR jadi kaler hitam. Dah pakai spek mata itam plak. HAHHAAA..

So, decisionnya, nak wat yang mana dulu? Dedua kena buat tapi yang mana dulu? Contact lense atau spek?

I just couldn't decide. Nak nangeh pon ado. Walaupun affordable harga tu tapi aku baru je nak guna duit gaji aku tu gi buat menda lain...


Untuk menenangkan jiwa, kitoang gi tengok Mission Impossible: Ghost Protocol dulu. NAsib baik besh. HEhhehe...TApi pening kepala tak sudah..


bersambung kendian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram