Followers

26 Dec 2011

Adoiyai Spek Oldschool: Penyelesaiannya..



[Part 1]
[Part 2]

Selepas menontot Mission Imposibble, aku ngan asben pegi balik kedai spek tadi. Sebelum tu, dia singgah Maybank, nak cucuk duit katenye...

Aku plak dok berkira-kira dalam kereta. NAsib baik aku keje sendiri, gaji insurance aku sebulan 2 kali. Bulan ni pun ada sikit bonos. Takde la riban-riban tapi cukup le. Pusing-pusing duit , aku rasa boleh kot nak wat contact lense dulu. Bulan depan mungkin buleh buat spek pulak.

 Sampai kat kedai spek tu, Inche Kitchi hulur duit.

"Ape ni?" tanya ku.. HAHA.. BUat-buat tanye lak kan. Duit la. Mongok punya soklan.

"Amik la. Duit buat contact lense...." katenye sambil menyalakan api rokok beliau. MAsa tu tengah hujan lebat gila.

Aku amik je. TAk cakap pe, tapi aku sengeh je macam kerang busuk. Pehtu, aku masuk kedai, tinggal dia sengsorang kat luar.

Tokey kedai tu namanya Alvin. Alvin ajak aku check mata kat dalam bilik. Pelik gak, nak wat contact lense je pun, nak kena check sama macam nak wat spek ke? Tadi kan dah check pakai komputer...?

"Kena manual check jugak. Baru la power buleh accurate. Kalau betul power mata you, barulah mata buleh baik.." beritahu Alvin.

Serta-merta aku jadi suka 130% kat beliau dan kedai beliau. HUHUHUUHUH~

Lama plak nak check mata. Kena pakai spek robot tu plak kan. Ekjas mata sebelah kiri dan kanan. Baca tulisan yang semakin lama semakin kecik. Dan, dia ni plak rajin sungguh nak pastikan aku dapat yang terbaik, sampai tulisan paling halus pun dia suruh aku cuba baca sampai nampak. Dan, aku tau kendiannya, penyakit silau aku ni agak teruk juga walaupun tahap rabun dah baik sikit.

Yang paling tak bleh blah, time aku dok wat check rabun dalam bilik tu, Inche Kitchi pun join skali masuk dalam bilik. Selama ni, check macam tu aku wat sengsorang aje. Tak penah ada sapa pun TERINGIN nak masuk, even mak abah aku. KAlau la diaorang masuk, barulah diorang tau gamaknya betapa TAK NAMPAK nye aku selama ni.

Dan, sekali lagi, Inche Kitchi sanggup mengharungi keadaan tu demi nak tau how bad the kerabunan of his wife. Aku nyampah gak, asal aku salah baca je dia bantai sengih-sengih. Suka la tu aku buat salah kan? Huaaa.. segan lak aku. Tapi, dah aku tak nampak, takkan aku nak baca je la apa yang aku nampak. Nombor 8 nampak cam 0. Number 5 nampak macam 8. Huruh H nampak macam N. Biar salah, janji kita jujur. Kalau nak jawab semua betul je padahal tak nampak, kang aku dapat power spek yang tak kena ngan mata aku.

Aku tanya Inche Kitchi pastu, penah tak tengok orang buat spek selama ni?

Dia cakap , tak penah.

HAHAHAHHAA... Tunggu la. Besok-besok ni, your turn!! Pehtu aku lak nak gelak sambil goyang bontot cam Sin Chan. HHuahuahuahuahuahuah~

Anyway, aku touching gak ngan dia. Selalunya dia biar aku wat semua sendiri. Bukan la dia tak mau teman, tapi aku tak de la pun ngongoi suruh dia ikut. Kalau dia nak, ikut je la. Kalau dia nak antar, kira bagus dah le tu. Tapi, bab wat spek ni, agak personal bagi aku. Kali terakhir aku wat spek 4 tahun lepas, dia takde pun. Kami belum kawin lagi. BAru kenal-kenal.

So, now you know how bad is it kan?


Contact lense dah kompem. Minggu depan baru dapat. So, minggu yang ado ni aku kena jugak pakai spek jahanam tu. PEning!!


As for the orang yang menjahanamkan spek aku tu, besoknya aku call kedai tu, ask for the manager. Pastu, aku repot la apa yang pekerja dia buat. I then went back to that shop to meet the manager in person and I showed the evidence. It was proven that what the worker did, it was done wrongly.  I asked for any compensation because this was not a simple matter that can be forgiven just like that. Ce pikiaq kalau tetiba orang gores biji mata kau tak pasal, apa perasaan kau? MArah? Suka? Terharu?


I even had a chance to snap a pic of the manager and the boy himself, without them realizing it. HAHAHA.. JAhat tak? Then aku cakap, if there's no action taken, I will publish their face on my blog as I already prepared the article in my blog draft. So, once I put it in my blog, the entire population in Setiawan, MAnjung and Lumut will definitely read it.


Oh yes... The manager kind of kekwat gak ngan aku. Cakap bahasa Inggeris semedang macam aku ni budak kampung tak paham apa dia cakap. Mak ai... Ko cakap omputih pun standard Jinjang je, tayah kot belagak. Menci betui. Aku pun tak cakap aku terer speaking. Aku ada SPM je.. Takde bukak kedai spek pon. Lagi la nak jadi tokeh kan. Tapi, who ever you are, jangan la kekwat ngan kastemer. Kastemer ni la yang nak bagi ko makan.


Akhirnya, setelah aku membebel dan manager tu aku nampak cam telan air liur je bila aku membebel dia kaata, kalau nak wat spek or contact lense kat dia, dia akan kasi diskaun 30%.


Cukup ke 30%??


Huh!!









Aku tau la spek aku buruk, beso gedabak macam kepala ketapi, tapi aku tetap sayang spek aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram