Followers

14 Nov 2011

The Influential Upin dan Ipin - karakter dan pengaruhnya kepada aku.

Ini cerita faveret semua aku rasa. Kan? Betapa majunya Malaysia, skang dah ada katun nasional, kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Zaman aku membesar dulu, katon jepun je yang banyak. Otromen la, Gaban. Paling aku suka masa tu, Power Rangers. HUHUHU.. Apa aje la buleh belajar dari citer yang ganaz cemtu kan? 

Tapi ended up aku jadi pandai gak pe... HIHHI.

Untung bebudak skang, kita dah ada citer yang membuatkan diri ini sentiasa berada di kampung dan tidak lupa asal usul. Siyes, Upin Ipin ni buat aku teringat suasana kampung halaman. 

jom kita tengok karakter faveret kita.







Upin 
Ada rambut secotet yang memainkan pelbagai fungsi. Antaranya; mengenal-pasti kewujudan angin and to determine arah angin masa nak main layang-layang. Rambut tu juga membezakan Upin dengan adiknya, Ipin. Ipin takdo rambut. 
Upin lebih nakal. Tapi dia seorang abang yang bertanggung-jawab. Sangat cerdik.

Ipin
Sifatnya yang patuh ni memang menunjukkan ciri-ciri seorang adik. Ipin jugak suka sebut perkataan berulang-ulang. Selalu pakai kain merah kat leher. Macam Chef Riz..Opss .. Ke Chef Riz ikut Ipin neh? Suka ayam goreng.


Kak Ros

Garang tapi sebenarnya sangat kasih pada adik-adiknya. 
Suka memperkotak-katikkan Upin dan Ipin. Sikit-sikit ada perangai aku - dengki bila adik siok terlebih. 



Opah
Bila tengok Opah ni aku terus terasa macam duduk kampung. Teringat kat arwah Opah. Sob..Sob..Sob.. NAma glamer lain ialah Mak Uda. Selalu memanjakan Upin dan Ipin.



Jarjit Singh
Walaupun berbangsa India Punjabi, tapi dia sangat suka berpantun. 
Dua Tiga..Dua Tigaa bla bla bla. 
Suara besar. 
Tagline faveret dia: "Marvelous! Marvelous!"


Fizi
Suka mengejek orang, tapi sbenornye dia ni penakut orangnya.
Menggelarkan Ehsan dengan nama "Intan Payung."
Aku paling suka dengar dialog dalam episod BAsikal Baru bila Mail kata dia jual basikal dia 2 singgit. "ehh, murahnya basikal kau!" dengan loghat Perak. 



Ehsan
Cerewet, kedekut dan suka buah hal sendiri je. BErlagak jugak kengkadang. Bajet best selalu.  Fizi panggil dia 'Intan Payung'.
  


Mail
Ni karakter kesukaan aku dalam Upin Ipin. Semua menda dia jual 2 singgit. Memang otak bisnes toi budak ni. 


Mei Mei
Spek gajah yang dia pakai tu memang sangat mencomelkan beliau. AHHAHA.. Mei Mei budak terpintar dalam kelas. Gaya bercakapnya agak pelat , style Cina cakap tapi aku suka dengar. Kekadang, terbawak-bawak plak aku dengan si Mei Mei ni bila bercakap dengan Oni. Walaupun dia berbangsa CIna, tapi dia sangat hormat pada kawan-kawan yang berbangsa dan beragama lain. Bagus budak Mei Mei ni. 


Tok Dalang
Orang tua ni slamber gila tapi kelakar. Dia ni ketua kampung Durian Runtuh. Rajin sungguh melayan Upin-Ipin dan kengkawannya. 


Ni lagi satu karakter faveret.


Sally atau nama sebenornya Salleh
 Lelaki gedik yang teringin nak jadi pompuan. 
Tapi, kadang tu kuar gak suara jantan dia di masa-masa memerlukan. 
Dia ni bodoh-bodoh alang dah selalu dipermainkan Upin dan Ipin. 




Oni dan Wawan


Yang ni plak 2 intan payung aku yang sangat akrab, 
Setiap kali kol 5.30 dan 6.30 ptg aku akan bukak Upin Ipin untuk dia.
Wawan pun layan gak citer ni. Dia memang peminat tv sejak dalam pantang lagi si Wawan ni. 
Though I let Oni watches her favourite cartoon, there are conditions too. 
KEna kemas mainan. 
Kena makan nasik dulu. 
Jaga adik masa tengok tv. 
So, Oni akan pastikan Wawan tido macam dalam gambor kat atas tu. 


AKu?
MAsa ni lah aku nak solat Asar dan mandi. 
ATau nak masak dinner. 
Kalau emegensi, Oni akan panggil aku. 

Contoh: Wawan golek-golek sampai tinggal seinci lagi nak jatuh dari tilam. 
As she learned from previous incidents happened before, she finally understood why she should take care of her brother. So, bila Wawan dekat-dekat nak jatuh, dia akan lari-lari suruh aku datang tengok Wawan. 


Alhamdulillah...
Sepanjang pregnantkan Wawan dulu korang pun tau betapa risaunya aku kat Oni. 
Takut dia jeles ngan si Wawan. 
But, as time flies, Oni's progress is sangat un'sangka'rable. 
She is far more better on being a GOOD SISTER than myself ever was. 

Semestinya, repetition is required.
Kena cakap banyak kal, berleter banyak kali.. 
Baru paham. 
Bebudak kecik ni memang cemtu rasanya. 

By the way, Upin Ipin ni membantu jugak sedikit sebanyak. 
Citer ni adalah citer yg penuh kasih sayang.
And Oni pun banyak belajar dari situ.






... dan Wawan akhirnya terjatuh jugak dari tilam. HAHAHAHA.. KAk Oni ni tak fokus la...


-sekian bebelan hari ini-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram