Followers

12 Nov 2011

Surat isteri (yg lapar) kepada suami yang jauh di sana...

Dear Bucuk,

Rindu awak. Anak-anak pun rindu awak. Oni kalau rindu awak dia jadi degil pelik-punya-style. Sesaja je taw. Saya penat mengejar dia satu hari semata-mata nak pakaikan sependa dia je. 

Wawan plak memang nampak sangat dia rindu awak. Kalau ada awak dia lebih rajin ketawa. Tapi, dia ok je. Pas ni , tinggalkan baju busuk selai ye. Hari tu lupa. Bajet buleh handle la anak rindu apak ni. Orang kata, kalau nak pi jejauh tinggal anak, kena tinggal baju busuk supaya anak tak rindu. Rasa cam takyul je. Tapi, sbenornya tak pun. Masa Oni dulu, berkesan je. NAmpaknya, Wawan pun kena pakai formula yang sama. 

Wawan dah mahir berguling-guling. Satu hari, ade la 4 kali kot saya menemui beliau berbaring di atas lantai. Kali pertama jatuh dulu dia nangeh. Skang tidak lagi. Semalam, saya tinggal dia sekejap di atas tilam sebab nak buat susu Oni. Sekembalinya saya di tilam tu, Wawan dah takde!  Hanya tinggal suara je memanggil-manggil. Rupanya, dia tergolek masuk bawah baby cot. Heee... Untuk tidak mahu dia berguling dengan penuh perasaan, memalam saya bedung dia ketat-ketat dengan kain batik.


Cayang, 

Sepeninggalan awak, saya banyak berpuasa. Maunya tak posa ganti, dah waktu pantangkan Najwan tu terlajak sampai bulan puasa la plak. Rasa cam kurus da sket. Perasan je... Tapi, saya teringin nak makan macam-macam la. Nanti awak balik, kita gi makan pizza ye. Pizza ada promo baru neh. Yang banyak-banyak cheese tu. Tak besh le makan pizza sengsorang. Kena ada geng. Baru siok. 

Pastu, kita nak pi kl kan? Kita pi makan Nando's ek. Lama da tak pi makan. Bila last pi ri tu , b kena amik Peri-Peri yang paling tak pedas, which is not so ME sebab Oni pun nak makan ayam gak. Kali ni kita pi berdua je, so buleh la B makan Extra Hot Peri-Peri. Yeehaa!

Bosan la awak takde. Salu hari camni, kita duk atas tilam sambil tengok movie kat HBO cenel. Takpun tgk Movie yang awak donlod. Ni awak takde, B kena pasang Upin Ipin je bagi Oni tengok. Waaaaa~ Nak masak pun takde semangat. Kalau rasa nak mengunyah, B minum oat je taw. DIET! Betuii..tak tipu. Megi yang B beli kunun-kunun nak wat jajan tu pun tak berusik. Tak de selera. 

Teringin makan cistat juge. Hukhukhukhuk!
 
Rindu kat Bambam Bee jugak.

Awak sihat ke?



Yang terbukti benar,
Bini lu.



HAHA.. ni sikit je ni.

Dulu-dulu masa bercinta jauh-jauh, main balas email je. Pasal kambing golek pun boleh citer panjang-panjang. Skang? Last skali baru tanya khabar dia. HAHAHAHA...


gurau je nih. jangan ikut plak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram