Followers

5 Nov 2011

[Resepi] Mi Goreng MaMakbed 2.0




Pembikinan filem Mee Goreng MaMakbed 2.0 telah dimulakan. 

Jom lihat sapakah pelakon-pelakon yang menjayakan filem Box Office aku ni. 



Mee Kuning 500 gm. Muat untuk 4 perut.

 

Bawang besar, bawang putih yang semuanya dicincang. Sawi dan cili hijau yang dipotong kecil.



Tauhu dan cucur udang. Goreng siap-siap. Kalau malas, gi beli jek. Takde ni, mmg tak MAMAK.



Bancuhan rempah kari, udang dan air basuh tangan rebusan udang.


Cili kering yang telah diblender.




Kuali UFO


Resepi yang diadaptasi dari POTRET KASIH.


Resepi asal diambil dari Potret Kasih. Tapi, aku ubah-ubah sikit ikut rasa hati je. Bajet cam Janggeum la kan~ 


 Bahan-bahan:
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 mangkuk udang sederhana besau - boleh letak daging, isi ayam atau sotong.
setengah mangkuk air rebusan udang.
sedikit sayur sawi - buleh tukar taugeh kalau suka.
1 bijiTauhu - goreng dulu then hiris nipis.
5 keping cucur udang (lebih pun buleh..) - cucur udang ni baki bekfes pagi tadi la.
3 sudu cili kering yang dah diblender.
1 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air.
3 sudu kicap pekat.
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 biji telur
setengah kiub ayam. (sebab aku dah boh stok udang da...kalau tak boh stok udang, letak le 1 biji kuib ayam tu)


 Ok.. dah ready?

Meh tengok cara-cara pembikinan lak.


Memola, tumis bawang-bawang suma, kendian masukkan cili blender dan rempah kari. Tumis sampai naik minyak dan harum semerbak. 





 Kemudian, masukkan udang. Kacau rata. 

And then, masukkan la tauhu dan cucur udang. KAlau nak boh fish cake pun buleh jugak. Tapi, aku tak boh sebab takdo. Kacau rata ye. BIar sekejap.

PAs tu, masukkan kicap, sos cili dan tomato. KAcau rata dan masukkan plak mee. KAcau lagi sekuat tenaga. BEbaik , jangan sampai terbalik kuali. Pastu, boh sawi plak. 

Lepas semua dah sebati dah, tolak sikit mee tu ketepi. Pecahkan telur di tengah kuali tu. Biarkan telur tu masak sikit, pastu gaul balik mee tu dengan telur-telur tu skali. 

Boh pati ayam plak. Kacau lagi sampai mee tu kering sikit. 

Bila dah siap, buleh la letak atas pinggan. Hiaslah dengan cili merah, dan sangat sedap makan dengan limau nipih. Bebaru ni aku rajin lebih, buat cili jeruk. YAng tu pun sedap gak makan ngan mee goreng nih. 

Sebut pasai limau nipih kan, korang nak tau Oni wakpe bila nampak limau nipih terhidang atas meja?




Dia mamam dengan sedapnya.
Habih le jugak dia nyonyot isi limau tu. PAndai plak dia kulit tak digigit. PAs habih sepotong, dia mintak lagi. Aku takleh dah nak bagi sebab kang sakit peyot. Untuk menangani masalah dia merengek guling-guling nak makan limau tu, aku umpan le dia cekelet..... 

Orang tua pun tak makan limau masam gelemaan tu nak oiiii...~ Ko makan camtu je.
Ingat tu roti gardenia ke -sungguh enak dimakan begitu saja..~




This recipe is dedicated to sesapa yg tak bleh balik raya dan juga sapa-sapa yang BELOM balik raya - macam aku. 


Mee Goreng MaMAkBed 2.0


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram