Followers

4 Nov 2011

Puding Roti


Jadi apa ntah tetiba hari ni aku teringat balik nak makan puding roti.
Meh kita tengok resepi puding roti buatan yang telah diolah hasil beberapa percubaan gagal sebelum ni. HEHE..



BAhan-Bahan:

5 keping roti (sapu mentega kat kedua-dua bahagian kemudian dipotong)
5 sudu besar gula.
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan susu segar (panaskan tapi jgn sampai mendidih)
1 sudu besar tepung kastad (tak boh pun buleh gak)
kismis hitam ikut suka banyak mana nak. (buleh boh buah. Aku boh epal sebab dlm peti es ada banyak epal.)


Cara-Cara:

  1.  Susun roti yang dipotong tu elok-elok dalam loyang. Kalau suka, boleh bakar dulu roti tu.
  2. Pecahkan telur, kacau sket. Then masukkannya dalam blender. Boh gula, esen vanilla dan tepung kastad sekali. Blend sekejap. Jangan blend sampai kembang sangat plak. 
  3. PAs blend tu, tuangkannya dalam loyang yang ada roti tadi.
  4. Kemudian, tuangkan susu suam ke dalam loyang tu plak. 
  5. Biaq dia kembang. Kemudian taburkan la kismis, atau buah2 yg korang suka. Lagi masam lagi besh. 
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 30 minit , ataupun sampai masak. Aku suka yang rentung-rentung sikit, biar berkerak.
  7. Lepas dah masak, biarkan sejuk di luar. Kemudian, masukkan dalam peti ais. 

Puding Roti Lalalala

Dah siap!
Kalau nak kukus pun buley gak.

Oni suka sangat makan puding ni. KAlau nak teksturenya berat sikit, tambahkan roti ye. Biar padat-padat gitu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram