Followers

11 Nov 2011

NAk stress skang buleh tak?


Wawan dah mula bertaranum.. ehh.. Ber'tantrum'. 
Pantang tinggal je, keluar la rengekan serak-serak basah tu. Adoyaii.. Lama la tu. Selagi tak entertain, lagi tu la dia dok merengek. 
Nyampah~


Skang dah demand da TAKNAK TIDO DALAM COT. 
Nak ikut Kak Oni , tido atas tilam Hak Milik Kerajaan
Huh! Mana buleh? 
TAk muat la tilam. 
Ni tak pe la skang Apak takdo. Kang Apak balik, mana lak Apak nak tido. 
Ohhh...pasni, kamu ngan akak kamu tido la luar atas tilam faveret korang.
Ibu ngan Apak tido dalam bilik je.
Bluweekk!


Yang si Oni ni plak, time Adik nangeh, time tu la dia buat mogok macam dia kurang perhatian dan kasih sayang.
Grrrrr.... 
rasa nak ikat je budak tu kat tiang.
Geram~ 
NAk susu la. IBu, beyak la. 
Padahal, tak beyak pun.
Kentut aje pun dia cakap dia beyak.
Drama queen!


Pukul 8 malam tadi Oni dah lelap sebab letih main siangnya. 
LEga la kejap.
Tapi, si Wawan plak merengek takmo titon. 
Boh buai , takmo duduk diam-diam.
BOh dalam cot, memang lansung la kan. Masuk je dalam cot, terus mata bolatt je macam mata Puss dalam citer Shrek tuh haa.
Adoiyaii... 
Letak atas tilam, aku kena tepuk bontot le plak sambil nyanyi. 
NYanyi pon takmo.
Dok terkejang-kejang.
BAjet terer la tu. 
BAru buleh meniarap je pon dah kerek.
LAst skali, aku baca surah AL-Fatihah kuat-kuat siap berlagu sampai 7 kali. Siap pakej 3 Qul sama Ayat Kursi. 
Hmm..baru bertenang , mata pun dah lalok. 

TApi, ia tidak berakhir di situ.
Kendian Wawan nangeh plak lagi. Sumbat puting pun takmo.
Susu dah bagi da. 
Aku tepuk lagi bontot dia. 
Diam kejap, aku bangun wat susu. Wawan layan je susu tu sampai lalok.

Akan tetapi, si Oni plak terjaga. 
Bila dia nampak Wawan sedang berada di atas tilam, terus Oni bangun pi cium pipi Wawan.
Ape lagi, budak tu dari lali, terus celik balik. 
Waarrrrggghh!!
Aku rasa macam nak wachaaa je budak Oni ni tau. 
AKu dah la lapar. 
TAk makan lagi neh.

Wawan sambung balik merengek walaupun da habih susu sebotol. 
Tv aku da tutup. Oni tak abih-abih gi dok ngusik adiknye.
Adik plak menyebal sebab ngantuk , nak tido tak bley sebab kakak kaco.
Aku marah Oni, 
Adik pun marah Oni. 
Oni lak rilek je sengih-sengih biarpun kena marah. 

"Oih, pi tidoq. Kang IBu panggil M. Nasir datang kang!" jerkah ku. Oni terus tersentot , baring atas tilam sebelah adik. 

"Jangan kaco Adik aaa. Rotan kang," sambung ku lagi.

P/S - M. Nasir tu ala-ala cam Hantu Kak Limah gak la. Bila sebut M. NAsir je, Oni ingat antu ke hape ntah. So, ok la kan dari momokkan dia ngan antu kan.

Aku meneruskan lagi tepok bontot Wawan. 
Dah tetiba lak si Oni merengek....."nak nenen...." . 

Adoiyyyaaaiiii!

Cecepat aku wat nenen Oni. Sempat gi masak air. Seb bek la cerek letrik je. 
PAs siap, aku duduk balik kat Wawan , sambung tepuk bontot dia. 

Ok..Wawam dah tertiarap, tido. 
NAmpak cam ok da. Oni aku biar je dia tido sniri. 20 minit kendian, dedua dah tido. 

HAri ni saja 2 kali Wawan jatuh dari tilam. Sekali tu aku dengar suara je memanggil. 
TEngok-tengok, dia takde atas tilam. 
Rupanya dia dah tergolek kat bawah baby cot.
Nggaaaa~


Aku lapar. Maka aku stress. Bila stress, aku akan minum kopi. Sangat tak bagus kan? 


Ni la dia rupa budak-budak yang meriuhkan rumah aku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram