Followers

23 Nov 2011

menjadi ibu...



  1. Kena bersiap sedia bangun sejam sekali pada peringkat awal menjadi ibu. Makin besar anak tu, makin kurang kerap korang perlu bangun. TApi, untuk 3 bulan pertama, ready jelah. Tak payah bebal-bebal bangun susukan anak. 
  2. HArus terima hakikat bahawa pengurusan masa itu WAJIB ada walaupun korang surirumah tangga. Ingat, kalau bangun lewat sikit je, atau anak korang bangun lebih awal dari korang, nescaya habih lari segala jadual tugas anda pada hari tu. 
  3. Waktu anak-anak tido adalah waktu untuk korang membelai diri anda. Bila anak tidur, pegi la mandi ke, solat atau skipping. Nak tido pun buley.  Bila anak bangun, masa korang adalah hanya untuk anak jerrr. Jangan time anak tido ko pegi karoke lak!
  4. Kena paham konsep ni : Baby tido dengan 2 bolster dan 1 bantal. Orang dewasa tido dengan 2 bantal dan 1 bolster. Means, baby memerlukan lebih penjagaan ketika tido dari orang dewasa. 
  5. Walaupun kita surirumah, tak bererti kita takleh mintak cuti dari menjaga anak. So, carilah baby sitter sorang dan bayar la gaji dia ikut upah hari. Seriuosly, IBU amat memerlukan CUTI sekali sekali. It helps to regain your sanity.
  6. Dalam banyak-banyak pekerjaan yang dibangga-banggakan orang, pekerjaan IBU adalah pekerjaan terMULIA dan gajinya dibayar paling lewat. Dan, tak payah amik PHD pun untuk layak bekerja sebagai IBU. Pun begitu, tak semua orang BOLEH menjadi IBU tau. 
  7. Kena belajar macam-macam bila jadi ibu. Antaranya: Mengenali Seni Tangisan Anak dan yang paling susah nak lulus adalah Seni Warna dan Bentuk Taik Baby. Kena monitor selalu part ni. Geli? Tak payah le jadi mak. 
  8. Bila anak masuk setahun setengah dan mula belajar bercakap, kena plak belajar Bercakap Bahasa Baby. Masa ni, hipokrit adalah penting. Even tak paham pun, angguk je...LAyan aje lah macam paham. Paham?
  9. Rumah yang bersepah hasil 'kerjatangan' anak-anak menunjukkan anak-anak anda normal. 
  10. Anak bila dah boleh berjalan dan berlari bermakna anda pun turut sama kena  berlari termasuk bila time nak bagi dia makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram