Followers

10 Nov 2011

Makbed's JOurnal akan sunyi tanpa Oni dan Wawan.




Wawan sudah berusia 4 bulan 2 minggu. Mata semakin bulat. Bulu mata disahkan panjang juge, macam Oni. Kening, tak berapa nak lebat seperti kakaknya. 

Nakalnya sudah kelihatan. 
Tahniah Oni. Kamu memang cikgu yang bagoz. *Dush Dush!


Berat last timbang ri tu 7.7kg. Pampers sudah ke saiz XL, brand TESCO. 
Nasib baik si Oni pun pakai pampes sama saiz. So, senang le aku nak perintahkan Oni setiap kali nak amik pampes. TAkyah pilih-pilih. Ado satu saiz pampes je. 



BErikut adalah perkembangan Wawan setakat ini;

  • Udah buleh golek-golek kiri kanan. 
  • Sudah 'tersembam' ke lantai. Itu tandanya kehidupan sudah bermula. Hidup itu menyakitkan sesekali, sayang ku. Just face it! *Ibu ganaz...
  • Bebaru ni golek dengan penuh perasaan , sekali dia dah baring atas simen da. Tido lak tu. Ngaaa~
  • Attracted to kaler merah. Kalau letak kaler terang-terang depan dia, dia tetap pilih merah jugak. 
  • Maintain jadual tido di waktu malam. Kali ni lebih lama. Alhamdulillah. Ibu takyah stress kena berjaga malam. Setakat skang ni, belum lagi. Wawan memang anak yang baik.
  • Takleh tido jika lampu terpasang. Kena make sure keadaan gelap. MAka umah aku jam 9 je, dah tutup lampu. Ni sama je macam Oni. Dan macam aku jugak - gelap je musti tido.
  • Takleh berenggang dengan kakaknya. KAkak aje pengubat tangisan dia selain susu. Kalau dengan kakaknya, memang buleh ketawa mengekek-ngekek. 
  • Sudah mula angkat montot. 
  • Dah buleh pegang objek sikit-sikit. Agaknya dia mula sedar akan kegunaan jari-jari nya. Setiap kali bukak sarung tangan, Wawan akan tengok jari dia dengan wajah yang penuh ketakjuban. HAih!
  • Kena pakai sarung tangan sebab dia suka boh jari dalam mulut. KAdang tu, satu penumbuk buleh masuk mulut dia. Ntah hape yg sedap sangat ngan penumbuk dia tu. HEHEHEHEHH~
  • Kalau time ngade, tinggal dia atas tilam sengsorang pun buleh nangeh sambil wat muka kesian , minta dukung. Nyampah~
  • Makin susah nak pakaikan pampes dia. 





Perkembangan Oni pada usia 2 tahun 3 bulan:

  • Masih lagi obses dengan bedak. 
  • Sudah boleh bercakap panjang dari selalu. Contoh: "Ibu, tepi sikit. Nak lalu.."
  • Boleh berkata "please" bila mintak sesuatu yang mustahil. COntoh: Nak coklat seploh kali dalam masa sejam. HApekah??
  • Mendodoikan adik dengan alunan lagu "Ya Rasulallah"
  • Suka belajar dan conteng-conteng. Ayat faveret: "Ibu...ajar.."
  • Kenal semua orang-orang penting dan memanggil orang dengan panggil makcik dan pakcik. KAlau pakcik sedara dia suma dia tau apa nak kena panggil. Panggilan khas untuk mak mentua aku plak "Umie", and she knows who is Umie tu... 
  • Sudah buleh memberi salam dan menjawab salam. 
  • Dah pandai tengok tv. Sebelum ni tak reti. Kurang sikit melompat. 
  • Boleh disuruh. Sebelum mandi dia akan amik 2 pampes atas tilam. Satu untuk dia, dan satu untuk adik. 
  • Lebih bertanggungjawab ke atas keselamatan adik. Even kalau aku geram-geram ngan adik dia pun, dia marah. Dia je boleh geram-geram, aku tak bley. 
  • Lebih kasih sayang. Selalu peluk dan usap pipi aku setiap kali nak tido. Alahai, suwitnya anak ibu ni. 
  • Suka main rambut ibu. 
  • Selalu mengigau sebut nama 'Ayah'. Hmmm... 

buai adik sambil tengok upin-ipin. multi-tasking okehhh~


Aku ni rasa cam nak demam plak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram