Followers

28 Nov 2011

LAtest news and pics of Najwan Muhammad

Kemenda sangat lah yang aku buat sampai bizi tak hapdet blog.. HAHAHAH..

Sebelum tu., aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433. Semoga tahun ni kita masing-masing pakat memperbanyakkan amal ibadah dan saling ingat-memperingati. 



Najwan Muhammad sudah pun 5 bulan ke atas (malas nak bilang minggu dan hari) dan inilah muka dia bila bangun pagi-pagi. 

Dan dia bangun jam 7 pagi setiap hari.




Pipi semakin labuh. Maintain putih gebu ala-ala Edward Cullen gituu. Cuma, dia tidak bersinar-sinar bak berlian bila terkena sinaran mentari. Kof..koff..kofff *batuk gatai!


Akan tetapi, Najwan Muhammad sangat mudah diserang ruam. Kawasan feveret ruam beliau adalah di belakang..


Ni aku panggil RUAM MEGIK.
Ruam ini akan wujud bila waktu siang terutama sekali waktu tengahari. 
Bila malam, ruam tu takde. 
MEgik le kan? 
Wawan tak tahan panas. Dia cepat berpeluh. Oleh itu, aku selalunya biarkan dia tak berbaju saja bila waktu siang. So, biarlah dia golek-golek tak pakai pape kecuali pampesnya sahaja. Kalau jadi cemni, haruslah stenbai ubat sapu ye. Dan jangan bagi kawasan ni berpeluh. 


 


Aku gerenti INche Kitchi memang tak perasan aku snap gambo ni. Yg dok bawah lindungan payung kejayaan MAkbed tu adalah Wawan. Kitorang gi pasar masa ni. BAby car seat NAjwan sudah tercabut visor nya. So, bila time panas cemni, Wawan pun terpanas sekali la kan.
PAndai pulak Apak boh payung kat situ. 


Cuti Awal Muharam korang gi mana? 
Mak ngan Abah datang menjengok aku anak beranak. 
Kebetulan, Inche Kitchi pun nak balik sama. Patutnya minggu ni dia tak balik. Minggu depan baru balik. Maybe dia rindu kot..kan kan... Tapi, by MOnday, semua dah takde dah. Family aku balik Sik, dan Apak lak balik ke Kuala Kubu semula. 

Tinggallah kami 3 beranak seperti biasa. Dan begitulah seterusnya sampai bulan May nanti. 

Orang tanya, buleh survive ye tinggal jejauh dengan suami, sengsorang uruskan anak-anak? Dah la family sume jauh...


Jawapannya ialah :

Sapa yang nak dok jejauh ngan suami kan? Kalau buleh nak je tido bawak ketiak dia hari-hari. 
Tapi, tugas is tugas. Wajib paham tugas suami. Dan tugas isteri serta ibu pun wajib paham jugak. Selagi anak-anak aku ada je dengan aku, maknanya ok lah aku ni. 
Biar berpisah ngan suami takpe. Ngan anak tak bley. Sibuk caner pun, anak aku dok ngan aku gak. Takleh dok ngan mak kat kampung. *Tamak!

Tapi, aku tak leh jaga anak-anak aku sniri. Terima kasih gak kat jiran dan kawan yang kadang tu tak lokek menghulurkan bantuan bila diperlukan. So, takde la aku sesak napas sengsorang. KAdang-kadang Alang dan Kimi datang lepak bila Inche Kitchi tak dapat balik. 


MAlam ni touching plak masa lawan sms ngan Inche Kitchi tadi. KAtenye, kesian tengok aku letih. Tido pun terkejut-terkejut.. HUhuuuhuukkk..

Ada anak kecik mmg ler gini. Mak tu tido tak lelap selalu. Najwan menguit sikit je aku dah bingkas bangun. Kadang tu, aku tak ingat pun yg aku ada bangun malam buat susu Najwan. Sleep walking... huhuhuahuahuahua. Mata pun dah cam panda dah ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram