Followers

29 Nov 2011

Kisah Premier Breaking Dawn ari tu...


HAri tu dah review Breaking Dawn Part 1 kan? 


Actually,  we got to watch this 1 night earlier. Official release untuk semua orang tengok adalah hari Khamis tapi, sapa yg dapat gi premier, buleh la tgk sehari awal. Tu pun, bukan siang. Selalnya Rabu malam. Untuk pengetahuan korang, movie baru akan keluar di wayang setiap hari Khamis. Kalau keluar sehari awal dan waktu tontonan adalah MAlam, itu dipanggil premier. Kalau keluar seminggu awal dan waktu tayangan dia cuma ada pada weekend, itu dipanggil Sneak Preview. 

MAkbed kan pekerja 'terajin' TGV suatu masa dahulu. Skang da pencen da... 


LEpas selesai je kerja-kerja penghantaran bantal dan tandatangan borang, aku pun pecut gi umah Paten kat Kepong sebelum gi Pavillion untuk premier. 







Premier BD Part 1 yang aku pegi ni, bukan under tiket free sumbangan Nuffnang, atau memana sponsor pun. Takdo sapo kebulor nak sponsor. Dan tiket ni bukan free okeh! Premier ni diorganize oleh satu kelab peminat kipas susah mati Twilight sejak zaman New Moon lagi dan berterusan sampai la habih BD Part 2 kot. Buleh klik sini untuk sesi taaruf. Taknak citer lelebih sangat pasal ni kang salah cakap kang susah. Lagipun, aku rasa aku sorang je ahli kelab yang tercampak luar kawasan liputan. Semua yg lain dok KL.




Ado entiti plak melintas time nak pose neh..




Personally, aku gi sebab nak bersuka-ria dan catch up news with my friends, Zima, Cikin n Paten. Setahun da tak jumpa. Sambil tu tengok wayang citer yang suma orang suka. Nak ajak Inche Kitchi pi tengok, dia cebik mulut je. Buleh sangkut baju kat bibir tu. TAkde dia nak punye dee... So, aku gi cari rakan pasukan lain la. KAlau dah tengok citer ni dalam wayang, dengan kengkawan sniri, pastu satu panggung tu suma memang die hard fans, memang gamat la panggung tu kan? HAHAHa.. besh wohh! Siap jerit-jerit, berdecit-decit sume ada.



Zima


Kebetulan, tarikh premier tu jatuh sehari sebelum besday Zima. JAdi, Zima jadi orang yang diraikanlah pada hari itu. Hepi kemain si Yibba ni orang nyanyi lagi sebeday tetengah jemaah yang ramai kat GSC Pavillion tuh.


HEr birthday cupcakes!

Dia dapat kapkek yang sangat-tak-tergamak-nak-makan nih! AHAHA..


Abaikan dagu yang berlemak tu


Tapi aku makan gak.
Aku dapat gambo Jacob lak tu. Lagi selera aku telan~




Zima sedang mengedarkan hasil tuaian beliau.  PAten nak gambo Jasper tapi, JAsper takde.
Papepun, kapkek tu sedap noksss!!
Thanks Cikinot sebab tolong beli kek yang sedap dan sangat gojes tu.


Percubaan untuk mengempiskan wajah tanpa teknik super impose.



Khalis, Paten and Zima
 Saje nak gtau yang PAten ni sebenornya tengah peknen. 5 bulan tau! Jejaka di sebelah tu lah lelaki yang bertanggungjawab ke atas kehamilan PAten. Wakakakakak... Tapi, ce korang teropong bebetul perut Paten, ada nampak cam peknen 5 bulan ke? YAng aku nampak, Paten makin kurus. Khalis lak yang makin tembam. Last year jumpa Khalis, kerempeng jek.




Al-kisahnya, sebaik saje tamat citer, aku gi lepak makan dulu ngan Zima, Paten and Khalis. Pastu, cadang nak jumpa Inche Kitchi kat Kuala Kubu malam tu jugak (pukul 1 pagi nak dating nih!). TApi, on the way nak gi KKB tu, aku terasa cam terer je nak balik Lumut teros. So, aku sampai Lumut pukul 4 pagi. Sengsorang lak tuh. TErbeliak mata abang Protela yg jaga night shift, tetiba je ado awek cun drive pepagi buta balik umah.

Papepun hepi.... sebab aku berjaya setelkan kerja aku dan bergumbira di malam harinya, dan kembali ke rumah dengan selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram