Followers

30 Nov 2011

Kisah 3 orang yang ada ke korang kisah...tihtihtih


Kisah Najwan Muhammad





HAri ni cucuk 5 bulan. Berat naik sikit jek. Risaukan Wawan yang agak kurang minum susu sejak dua tiga hari ni. Susu tak sedap gamaknya. Kalau bagi air, mau plak. Bagi air pic, habih dia minum. TApi, bila bagi susu, dia luah semula. Minum pun sikit sangat. 

Maka, aku pun bertawakal , bagi Najwan cuba susu baru. LAst time ada try bagi Dulac tapi sembelit lak si Wawan. So, aku perkenalkan Lactogen kepada beliau. Alhamdulillah, setakat skang, sudah 3 botol susu dibedalnya. Aku cuma beli pek percubaan je. Besok,kena la beli satu tin.

Lepas cucuk , Wawan demam. Dah kasi ubat demam dan skang dah surut sikit demam tu. Wawan tido dengan aman, tak meragam-ragam seperti dua tiga hari sebelum ni.

 *****

Kisah Auni Alwani


Nak jadi engineer ke?



Engineer's ride to work. Save the earth. Go green! Tak payah minyak.



Nak pi dah ni. Cekeduk! Cekeduk! Cekeduk!


Dia ni memang banyak kesah ni. 
Minggu ni adalah minggu Mengenal Buah-Buahan Tempatan. Atok datang dari kampung bawak buah manggis , rambutan dan durian. 

Aku plak kena sound ngan mak abah, tak ajar anak makan buah. Sob..sob.. 
Lagu mana nak ajar kalau si tukang ajar pun DIHARAMKAN makan buah? 
Aku kan peknen, pastu masa aku bersalin tu musim buah. 
Dah habih pantang pun, aku masih lagi tak buleh makan buah. Dah aku tak makan, camana lak aku nak beli , then bagi Oni makan? HAHAHAHAA.. 
Memang tak la kan. Tak aci! Ibu tak makan, maka Oni pun takleh makan gak. 

Apak memang tak makan sangat buah-buah ni. 

Maka, memula Abah perkenalkan rambutan kat Oni. RAmbutan tu lekang-lekang belaka. Sebelum bagi Oni, Abah / Atok kopek dulu isinya. Oni pun rasa..pastu dia geleng-geleng, cakap tamo. 

"Ada tulang.."

Atok bantai gelak. Kulit bijik yang terlekat di isi rambutan tu, Oni panggil tulang. Miahahahahhahaha...!

Tapi memula je takmo. Besok tu, aku kopek suma rambutan dan masukkan dalam peti ais. Sedap makan bila sejuk. MAkan le kami rambutan tu 2 beranak.


BErkat nengok Upin Ipin, senang kerja aku nak memperkenalkan durian kat Oni. Aku cakap je " tu durian. Opet kan suka makan durian..." dan Oni akan terus rasa tanpa second thought. 
Hihi...  Dia cakap sedap!

Terer la. 
Aku dulu beso dia memang tak sentuh durian tu. 
Sampai ke waktu sekolah. Dah tua bangka camni baru rasa nikmat durian.
Dulu, tak suka. 
BErgado-gado ngan Abah sebab takmo makan durian. 
Abah lak pantang kalau aku cakap takmo ni. 
LAgi dia paksa!
Apsal la dedulu takde citer Upin Ipin? 

Durian lebih aku buat serawa. 
Cicah dengan roti. 
Aku calit sikit kat jari, bagi ONi rasa. 
Dia cakap sedap jugak! 
Then aku cedok ke dalam mangkuk, makan berdua dengan dia. 
Oni ni jarang habihkan roti putih GArdenia tu sengsorang.
BIasanya, aku kena makan bakinya. TApi, malam ni, dia habihkan 2 keping roti gardenia dan pandai plak cicah ngan kuah durian tu.
Dah habih roti, dia makan kuah je, suap pakai jari dia yang kiut tu. 
Licin semangkuk, mintak lagi. Ihh... kagum lak aku. 
RAsa best lak bila tengok anak makan. 
Agaknya, musti Abah aku kecik hati sebab aku mati-mati takmo makan durian dulu kan? Kalaulah aku makan macam Oni makan skang ni, sure dia rasa besh. 

****


Kisah MAkbed




PAda yang hantar mesej pasal bantal kekabu tu, takyah le sesegan to address me as Makbed. Tu memang nama panggilan sesama kengkawan. 

Aku plak cam biasa sibuk menguruskan hal insurans neh. Makin ramai pulak yang bertanya pasal medical card and saving untuk anak-anak. Tetambah lak ujung-ujung tahun skang ni, banyak yg stenbai nak start bayar by December. Maklumlah,, bonos...! So, bizi ngan penyediaan proposal je....

Pastu, aku ada sedikit admin works kena buat di Prudential. TApi, aku hangkut je la suma bawak balik. Sebab buat part time je. Buleh blajo sikit-sikit. Skang, memalam pun mata aku terbeliak wat menda ni.

Mata makin tak nampak la. Kena buat spek baru ni. BAjet untuk spek belum cukup lagi. Kena wat contact lense dulu la nampaknyee.... HAdeh~





-ada korang kisah? -




HAHAHAHHAHAHHAHAAAHHabehdahhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram