Followers

23 Nov 2011

Kenapa tak bawak anak?

Sebagai seorang Ibu yang tunggal ketika ini asben takde kursus sampai 5 bulan kat Kuala Kubu, aku tetap juga kena outstation sesekali bagi memenuhi kehendak pasaran. Wah!!! Dah macam keje hape dah ni???

HEhehe... 


Sebagai seorang MAkbed, aku le tu ada masa aku kena outstation. KAdang memerlukan aku keluar sengsorang tanpa asben di sisi. Keadaannya berbeza bila outstation ada suami dengan tak de suami ni. KAlau ada asben, aku leh bawak anak-anak. KAlau takde, aku biasanya TAKKAN bawak anak-anak. Antara sebab utamanya adalah:

  • adanya anak yang berumur 3 tahun ke bawah, lagi-lagi plak baby memang akan melambatkan perjalanan anda. 
  • travel dengan baby, apatah lagi kalau ada sampai 2 anak membuatkan aku yang seorang ni sangat vulnerable dan terdedah kepada bahaya. Senang orang jahat nak aim kalau nak buat menda tak baik. Kalau dia tampaq pungkoq pun kita takleh pi ligan.
  • Travel berseorangan dengan anak atau anak-anak menyukarkan urusan ke jamban apabila keadaan mendesak.
  • Travel berseorang bersama anak kecik agak sukar bila anak menangih dan ia sangatlah annoying.
  • KAlau ada budak, aku takleh jalan memalam. 
  • SIla consider kalau kereta rosak , paling tak pun pancit tengah jalan. Bayangkan kalau ada budak macam Oni dan NAjwan sekali ketika itu dan anda plak keseorangan. Imagine...
  • Outstation adalah kerana tugas. JAdi , kalau time bertugas takleh la bawak anak kan? 

There's much to consider....


Aku akan ke KL kejap lagi. Skang jam 2 pagi. Aku gerak lepas Subuh nanti. Main program is BREAKING DAWN PREMIER  yeeyeyeye... tapi aku ada few prospects to meet up pastu aku nak kena deliver bantal kastemer order. Dah penuh dah keta Viva yang Ida pinjam kan untuk aku tu dengan bantal. 
 Even travel berseorangan, I still have to do some preparations. These are some of those...

  • kawtim ngan pengasuh hari apa nak tinggal bermalam dan berapa malam anak-anak akan ditinggalkan. Gitau seawal mungkin.
  • Sediakan susu dan pampers secukupnya sekali ubat demam just in case. 
  • KAlau aku pergi hari RAbu (contohnya) aku akan tinggal anak pada Selasa malam bagi tujuan 'suai kenal'. KAdang, anak ni terkejut bila jadual tido dia berubah mendadak. So, tinggal anak satu malam lebih awal dari hari sebenar adalah baik so that anak dan pengasuh buleh bersedia. Dan kalau jadi pape like anak demam ke, anak nangeh histeria masa kena tinggal tu, kita buleh amik dan kalau perlu postpone program, we can do it early by then kan? Always expect the unexpected kalau jadi mak ni. TAkyah le kedekut sgt bab tinggal extra day tu...
  • Aku akan bawak Oni pi jenjalan dulu, round-round Tesco ke... Beli jiwa anak sebelum kena tinggal. Sebab Oni dah besar. JAdi, tak mau le dia sentap. Aku kan banyak dok umah skang ni. Ulang sepuluh kali atau lebih perihal nak tinggal dia kat umah pengasuh sampai dia paham. 
  • Bila anak-anak dah selamat dok umah pengasuh, aku akan duduk umah dan mengemas apa yg patut. TAk nak balik umah dengan keadaan yg semak. BAlik tu bajet nak terus tido jek!
  • Tido harus cukup sebelum memulakan perjalanan secara solo walaupun skang dah pukul 2 pagi nih!
  • Susun jadual perjalanan dan appointment secara berhemah. Again, always expect the unexpected. Memang le Lumut ke KL tu tak begitu jauh bagi sesetengah orang but make every journey worth. MInyak mahal tau. 
  • PAstikan tak tertinggal inhaler atau ubat sesema haku. PAling penting spek mata..
  • Biasanya sebelum travel aku akan siapkan satu koleksi lagu yg bagus untuk menghilangkan ngantuk tapi kali ni aku drive keta orang, so takleh la buat cemtu. HUk hukhuk! Rindu BAmbam BEe....

OK nak tido dah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram