Followers

10 Nov 2011

Jangan hina orang. Allah balas cash n carry taw~

Saja nak share citer ni. Tak besh mana pun sbenonye..


Last 2 weeks aku jumpa kawan lama masa kekecik dulu. 
Da senang da dia. Kerja gomen kat Alor Setar. 
Tapi, aku jumpa ni masa dia datang Lumut. Ada kursus pemende ntah. 

DAku namakan beliau Inchik Beliau je lah ye. Laki ke pompuan, toksah sebut. 
Dah sebut Inchik kat, sure la laki..Mengong juge si penulih ni ponnn....

Inchik Beliau tanye aku keje apa.
So aku pun cakap le dengan tak malu dan segan nye, aku ni seorang agen insurans. TErus dia wat muka skeptikal, ala-ala cam muka si Ibu Mertuaku tu, dengan ayat eksennya.."dah takde keje lain ke? Desperate sangat?"

Aku cam biasa la kan..cool ..cool bebeh!

"Ko tau kan dulu aku keje apa, gaji cemana suma. Now I wish for freedom of time to spend on my kids. Besides, my current job is much more fun and lots of promising experience." 
Ceehh.. kunun la kan jawab in English. 
By the way, Inchik Beliau ni memang agak kerek sikit. 
Membesar kat Kodiang, tapi bahasa ibunda dia ialah Bahasa Inggeris *hotak lu!

 Dia cakap aku just 'bullshitting' myself. 


How dare you!! 


Rilek... aku tak marah pun. Aku tulis je. 


I got my own reason ngape aku jadi agen. 
It's kind of personal.
Aku bukan nak jadi sebarang agen tau. 
AKu nak jadi agen Prudential je. AHAHA..Demand aku ni!
Sebab pe bukan ngan Etiqa , MAA, Takaful Ikhlas watsoever yang belambak di pasaran tu? 

Tu la..seperti yg aku kata tadi, it's kind of personal. 
Ada personal attachment between Prudential and myself. 

Enough of that.

By the way, whatever decision we made, we don't have to explain it all the time. 
Cukup la diri sendiri je yang tau. Apsal nak kena citer bebanyak lak kan? 
Ko kata aku desperado? 
Oh yes.. I am seriously desperate to be with my kids bebila diorang ni tetiba takde pengasuh dan diserang demam. Tak larat ok asyik nak mengemis annual leave and mc. Kan? 

Maybe keje gomen lebih senang mintak mc and annual leave. Tu la, omak soh keje gomen dulu ketegaq takmo jugak-jugak!

 Berbalik kepada citer Inchik Beliau tu, since dia dah tanya aku apa ke besh nye keje 'jual' insurans ni, aku cakap le, besh promot menda yang bermanfaat dan bagus pada orang. Sebelum ni, aku tak jadi agen pun, aku dok promot akan kebagusan Prudential, sebab aku dah merasai kebagusan tersebut. Cewahh..
Nyesal aku. Kalau aku jadi agen masa tu, aku rasa dah seploh orang kot kastemer aku masa tu. Aku belum amik lesen lagi tuh! 

Nak citer susah la. Kena jadi agen sniri, baru leh paham. Tapi, aku bukan nak dia jadi agen pon. Aku just tanya dia, DAH ADA INSURANS KE BELUM?

Ini la jawapan dia kepada aku ketika ditanya soklan tersebut:


"Tak payah insurans. AKu tak caye menda-menda ni suma. Insurans ni asyik nak amik duit orang je. Pastu, bila sakit pape, tetiba takleh claim. Kalau cam haku ni, keje gomen. Masuk spital free je. Kerajaan tanggung sume. Bilik first class. Aku pun ada simpanan. So, wakpe nak insurans da? "

Ok la.. Aku telan je la kekata beliau tu. 
Maybe la betulkan, keje gomen takyah bayar bil spital. Aku tatau sangat sebab aku tak keje gomen. Aku keje private company. Company aku dulu, ada provide medical card. Aku tak sure la, keje gomen ni ado ke medical card segala. Tapi, setau aku, even IJN skali pun, ko kena bayar gak separuh duit pembedahan. TAk denye nak tangguung sume...

That was what I said then..

PAstu dia balas lak..

"Ala, aku muda lagi. KAwin pun belum. Aku jaga kesihatan. TAkde nye nak sakit-sakit jantung ni. Dah la. Jangan sebut-sebut dah pasal insurans ko ni kat aku. Aku tak minat. Ko gi la cari kat orang lain yang ko rasa sesuai. KO tu, cari je la kerja lain yang sesuai. Muka cun-cun tetiba jual insurans lak. Dah macam mintak kesian orang je!"

MAsa tu, aku rasa cam nak karate je batang hidung dia. Amoih... sedap buntut ko je cakap aku mintak kesian ko ye. Ko tunggu le satu hari Meon (bukan nama sebenar), bila jadi pape kat ko, aku la orang yang ko akan call dulu besok. Haa..tunggu la. Tunggu!! 

*Aku tak marah pun. Saje je.

Cuma terkilan. Rasa nak nangeh pun ada. Kawan plak leh cakap cemtu. But, maybe he's right. So, biarkan je la. Kitorang sambung borak-borak cam biasa. Gelak-gelak bagai...


Sehinggalah pada hari ini......

Aku dapat news dari dia sendiri yang dia baru je kemalangan. Kaki kanannya patah 3 bahagian dan perlu dimasukkan besi. Dia skang ada di GH. 

Untuk pembedahan memang ditanggung, tapi kos doktor pakar dan juga besi yang perlu dimasukkan menggantikan beberapa bahagian yang patah tu mencecah sampai RM15k. Dan, kemudian, ada plak rawatan susulan. Rahang dia pun patah , kena boh skru plak. Itu pun kena duit. Buleh dikatakan total up untuk letak 'spare part' kat dalam badan je makan RM23k. 

KAlau buleh cari segala skru dan besi tu kat kedai potong, mungkin dapat rege murah sket gamaknye kan? 

Ended up, dia mintak tolong aku gak. 

"Aku minta maaf sebab berlagak ngan ko. But currently , aku nak minta tolong if ko buleh tolong aku pinjamkan seberapa yang ada utk bayar pembedahan aku ni. NAnti aku ganti balik. Aku dah mintak kat adik-beradik aku, tapi masih tak cukup lagi. Aku dah tatau apa nak wat skang..."

Then, aku pun balas. 

"Nothing I could do. I already tried to help last time, remember? Aku sentap gak ko cakap cemtu kat aku. Skang dah terlambat. Kalau ko taknak wat insurans pun, takyah la ko kutuk-kutuk kerja aku. Aku bukannya penari bogel atau pelacur kelas atasan. "

Dia cakap...

"What difference will it be kalau aku sign polisi ngan ko ari tu? Menda tu bukan cover aku eksiden. Kena tunggu tempoh matang, kurang-kurang 3 bulan , kan?"


Aku pun balas...

"Tu la kau. Bongok tak boleh diajar. Pastu, sesuka hati menghina orang. Kalau ko sign ari tu, ko eksiden besok tu pun, insurans bayar pampasan la! Kemalangan memang insurans cover serta merta."


Dia balas ape tau?

"Skang ko ade tak duit nak tolong aku? AKu pinjam."



Aku cakap...


TAKDE! Guna aje saving ko tu. 



Aku bukan citer ni sebab nak promot insurans ek. 
Aku nak cakap je, JANGAN MENGHINA KERJA ORANG LAIN
Kerana, setiap orang dalam dunia ni semua ada peranan memasing. 
Kalau takde salah-sorang, capik idup kita. Bila kita dah cakap sesuatu yang kasar pada orang, kita takleh patah balik. Mungkin buleh mintak maaf kat orang tu, tapi tak mungkin kita buleh lupakan ye dak? 


Aku suka kerja aku.
Walaupun aku dah tak bleh amik gambo sniri selalu-selalu macam dulu, tapi aku hepi sebab banyak menda baru buleh belajar setiap hari. LAgipun, Lulu Caldina sure lega bangat, tak payah tengok gambo aku hari-hari tertempek dalam entri. Kan?

Inchik Beliau tetap remain sebagai kawan aku, even dia taknak kawan ngan aku pon pas ni. 
Aku siyes takleh nak bantu dia. 
Buleh cakap kesian je la. 
Aku cakap kasar le ngan dia ni sebab dia kawan aku.
Kalau stranger, kastemer plak, mana leh cakap cemni dohh...

Dah pi tido.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram