Followers

7 Nov 2011

Citer hari ni dan Cara Sedia Air Asam untuk cicah ngan daging rebus.

Skang aku dah ada cara nak mendiamkan Oni.


Timaseh kepada Upin-Ipin, skang Oni buleh mengadap citer tu berulang-ulang sampai tido dan sambuung balik keesokkanya bila-bila dia suka.


 Skang ni, Wawan plak.

Sejak dua tiga menjak ni, asik nangeh aje. Tak nak diletak. Mahu didukung aje. Pantang kalau aku takde kat sebelah, mulalah memanggil sampai meleleh air mata. Ni sapo ajor ni?

Nak aku biarkan atas tilam, aku takut dia tergolek jatuh plak. Berapa kali jatuh atas lantai dah. Memang le cuma tilam je pun, tapi tinggi gak le tilam Hak Milik Kerajaan tu. 3 inci kot dari tebalnya.

Semalam, aku baru je nak menikmati sup tulang pemberian bonda mertua bersama suami, tetiba je...

"KELEKUKK!!!"

diikuti tangisan Wawan.

Aku bingkas bangun. Tengok kepala Wawan dah menjunam ke lantai. Bontot kat atas tilam agi! Mak aihh.. tadi masa aku tinggal, elok je kat tengah tilam. Dasat jugak budak ni guling.

Wawan nangeh selop!

Oni cecepat lari ikut aku, bila dia tengok aku lari. BIla dia nampak adik dia yang dah tertonggeng dan menangis tu, Oni plak nangeh dengan muka ketakutan.

"Ibuuu!!! Adik Ibu!!!! Adik sakit!!!" Oni bersuara dalam tangis.

Menengok si Oni yang air mata dah berjujuran tu, aku nak tergelak lak plak. HAdehh... Si Wawan takde papepun. Nangeh terkejut aje. Si Kakak yang terlebih concern ni plak terasa lebih. TApi tu la.. Kasih sayang kakak Oni kepada si adik Wawan memang takleh disangkal lagi. Walaupun ada masa Oni main kasar gak ngan Wawan sebagai contoh: golek-golek kan adik tu macam rolling pin; tapi Oni marah kalau orang lain berkasar ngan adiknya. Sangat protective.


Itu le citernya anak-anak aku skang.

Amacam raya korang? Musti banyak makan sup kan? BAnyak dapat daging? Hari ni aku nak share resepi mudah dan senang bersempena ngam musim Raya Korban ni. PAling senang dan layan bila dapat makan sup tulang atau daging rebus. Tapi, pasangannya harus lah dengan air asam kan?

TAu ke caner nak wat air asam?

PAda yang bujang-bujang , buleh la amik resepi ni. Senang ajo. Takyah pakai api pon. Budak laki dok umah sewa pon buleh buat sniri kalau nak.

Bahan-bahan utk buat air asam ialah:

1 biji bawang besar - belah 2, pehtu hiris bulat.
7 biji cili api - potong kecik (kalau suka lagi pedas, boh le lebih.)
1 inci belacan
1 biji cili merah - potong kecik gak
setengah biji tomato - potong dadu
1 sudu kecil garam
2 sudu gula
1 biji limau nipis
sedikit air suam


Cecaranya:
Campurkan suma bahan yang dipotong tu. Perah asam limau dan kendian tuang air suam. Ikut cara orang tua aku, pakai tangan je, ramas semua apo yg ado tu sampai dah tak nampak rupa belacan agi. Sila mandi terlebih dahulu sebelum buat kerja ni ek.


Gambo takde la. Hehehe...


Ok la.. Ciau dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram