Followers

21 Nov 2011

Bad MOod

Geram!

Hari ni memang super-duper bekmud. Dari pagi sampai ke malam.



Bekmud 1

HUjan lebat di pagi hari. Sonok le kan. Hujan murah rezeki. Pagi tu bersiap sedia loading bantal-bantal untuk dihantar. Tapi, jam 9pagi ada meeting kat Sitiawan dulu. Aku dah plan baik dah jadual untuk hari ni. Proposal client aku dah siap print dan susun ikut nama. Form pun da sign. Tinggal nak submit jek.

Terhoyong-hayang aku bawak turun sedozen bantal , bersama sekali beg tangan dan file. Sampai kat keta, aku letak jap file hitam kesayangan aku tu atas bumbung keta while I was loading all the stuffs inside the car. PAstu, tutup pintu. Start enjin. Jalan.

Sesampai kat parking opis, aku perasan yg file aku takde. Aku ingat balik mana last aku letak file dan teringat yg kali terakhir aku pegang file tu masa loading bantal masuk dalam keta. KEpala hotak aku ni pelupa betul skang. TEruk sangat gamaknya sakit masa beranak NAjwan, sampai ketara sangat daya ingatan aku semakin berkurangan gamnya.

Aku masuk balik keta. TAk jadi pi meeting. File tu kena cari dulu sebab banyak menda penting. Segala susunan proposal dan borang kosong dalam tu jugak. HUu..kalau hilang, aku kena pi balik opis amik balik semua form-form dan susun semula.

Aku balik ikut jalan yg sama macam aku datang. PElan aje aku bawak sampai ke rumah, tapi takde pun aku nampak rupa file aku. Memang takde. Nampaknya, aku kena print proposal baru dan isi form baru untuk client. KAn ke dah banyak kali kerja tu?


Bekmud 2

Aku nak deliver order bantal kastemer tapi telepon kastemer tak angkat, tak dapat dan memacam lagilah! Ingat ringan kot bantal korang ni. KAlau taknak, aku nak jual je kat org len dulu.


Bekmud 3

Petang tu si pengasuh telepon. Tanya kenapa kaki Wawan senang lebam. PAstu cakap, maybe kulit Wawan putih sangat kot sebab tu senang merah dan lebam. OKeh.. aku maybe takde SPM  tapi siyes aku tak bongok okeh. KAlau kulit senang merah tu memang le tu selalu jadi kat orang kulit putih. Tapi takde lagi orang yang pegang baby putih pastu terus jadi lebam. Aku jaga dia elok je takde lebam pun. Excuse me... Are you blaming his skin yang agak putih tu so dia agak susah nak jaga - sentuh sikit dah ada bekas - susah nak pegang - senang lebam - yada yada yada..

Aku rasa, Denzel Washington pun kalau kena gigit , lebam jugak beb! TAk payah tunggu putih. TAkkan le tu pun aku nak kena sekolahkan. Anak aku dok ngan aku elok je takde kesan gigit even though longgar-longgar gigi aku menahan geram nak gigit dia. Tak agak-agak kot ko biarkan je sesapa yg berkenaan gigit Wawan sampai berbekas. Gila penuh perasaan betul gigit tu!

Dan bila balik tadi, aku tengok ada lebam baru bekas kena cubit plak.

KAlau sekali, aku leh ignore. Dua kali, aku buleh lagi sabar. TApi masuk kali ni, ko cam wat-wat tak paham je. TAu le kaki Wawan tu gebu dan sangat menggeramkan, tapi u have no rights to do anything harmful to him walaupun ko geram sampai menggigil sekali pun. KAlau anak ko develop tabiat suka menggigit, adalah tanggungjawab ko utk mendidik dan mengajar beliau supaya dia tau gigit orang is not gud. Gigit orang lain buleh mengundang kemarahan dan juga boleh menyebabkan orang lain melempang kau. SO, jangan gigit. Paham ke? 

MInggu ni last aku tinggal. Aku nak tengok apa lak nak timbul. Aku memang tak penah wat orang jadi musuh lagi-lagi dengan orang yang berbakti ngan aku. TApi, kalau bab keselamatan anak-anak, memang tak de kompromi. Korang pun tau perangai aku kalau bab anak-anak ni. Ilang gaji pun sanggup. Menda lain dah tak ingat dah. YAng aku nampak, Oni ngan Wawan je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram