Followers

16 Nov 2011

Babi!

Masa amik Oni kat umah pengasuh semalam keadaan hujan renyai. Dah senja dah pun. Aku pegi berdua dengan Ida. Ida drive.

Tetengah dia sibuk gostan keta viva dia , tetiba Ida beristighfar panjang.


"Astaghfirullahalzim..... Babi!!!" katanya.

Terkujut aku.

"Hah, babi? Babi? Mana?" tanya ku dengan excitednya.

Aku tengok arah Ida tunjuk kat aku. Memang ada babi kaler kelabu , besar la jugak sedang berlari anak masuk ke hutan. Depan umah Wana tu, utan je. BEruk, rimau pun ado kot.

TApi siyes la kan, tak penah tersangka nak jumpa babi dalam pangkalan tentera ni. HUAHUAHUAHUHU.

Aku tunjuk kat Oni camana rupa babi. Pulun la si Oni tengok. Entah dia nampak ke tak tetengah senja tu.


OK, habih dah sesi tengok babi tadi, So, kami pun bergerak la mau pulang ke rumah. Oni plak merengek-rengek ajak jalan. Sapa pun tak nak layan dia. Tetiba...


"Hoh...Hohh..Ibu! Tu!! Tu!!!" JErit Oni dalam kereta sambil jari mungilnya menuntuk ke satu arah.

"Ha, hape?" tanya aku.

"Tuh, babi!" beritahunya dengan muka slamber.

MAna ada babi pun. Saja je dia tunjuk. Ngade betui! Adoila.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram