Followers

24 Oct 2011

Wawan kena kudis plak

BAru 28 jam Inche Kitchi takde, aku dah mengharungi hari yang sungguh adventurous.  Hikhik~


Siang-siang aku dah bizi memenuhi jadual yang aku susun. Tengahari kol 2 ada meeting. LEpas meeting ado appoinment lak. Ok la, anak-anak dah tinggalkan kat Wana. 



Luka lecet ni dikesan 3 hari lepas. 2 hari tu aku biarkan je tapi tengok cam tak kering plak.
So, aku gi Klinik Saadiah since Klinik Pakar Ling tak bukak sebab hari Sabtu.
Dr. Saadiah kata, Wawan kena kudis. KAlau tak jaga betul, buleh merebak. Alhamdulillah, takde pulak bijik-bijik gelembung yang wujud selain dari yg ni. Dia kasi antibiotik dan ubat sapu.

Hari ni, aku tengok bahagian ni udah kering dan sudah berkuping. Yang tu yang aku nk tengok sesangat.

Wana memberi report bahawa Wawan asek nangeh je sepanjang hari ni. Kerap terjaga ketika tido. Dan nangeh bukan nangeh manja-manja tau. Nangeh ketaq, macam sakit atau tak selesa
. Ekceli, wawan memang asek merengek je sebaik sampai dari berjalan jauh menghantar APak ke Kuala Kubu semalam. MAybe dia letih, atau tak cukup kasih sayang sebab asyik terperap dalam baby seat je sepanjang perjalanan. 


Aku gi umah Jes petang tu. Ingat nak bawak Oni ngan Wawan gi umah dia skali, tapi meeting habih awal lak. So, aku pecut je terus gi umah dia. HAHAHA.. bajet nak bersembang sejam setengah, tapi seperti yg dijangkakan aku habih borak 3 jam kendian... 
Wana mesej cakap GELEMBUNG KEDUA telah muncul di belakang Wawan. 
Pulak dah..... 
Adakah kerana itu Wawan nangeh tak brenti?

 Aku cepat-cepat la balik. 
Tapi masa tu dah nak pukul 7 petang da. Ada tanda-tanda nak hujan. 
AKu naik atas gi umah Wana nak amik Wawan. Wawan tengah nangeh dengan dasyatnya. Nampak muka aku, lagi dia nangeh. Huuu~ Sedey lak tengok. Aku bukan buleh tengok anak nangeh teruk-teruk ni. Risau. 


 
Wana tunjuk belakang Wawan. Ada gelembung air lagi. TApi sebijik je.
Dengan Wawan dok berteriak, Oni pulak dok sibuk 'bertemuramah' ngan aku, aku tensen jap. 
Aku tepon Dr Ling mintak tutup klinik lambat sikit. Dr. Ling bersetuju untuk menutup klinik pada jam 7.45 petang. 

Maka, aku pun drive dengan cara drift la kan. Stended!
KAlau ada siren ngan lampu kecemasan yang nenong-nenong tu, kompem dah aku pasang dengan bangganya. Tapi, sebab takde aku kena bawak sopan-sopan.
TApi, tetiba hujan turun dengan lebatnya bila masuk kawasan Sri Manjung. 
Lebat sungguh~ Sampai kena pakai wiper peringkat tiga tau! 

Masuk Sitiawan, hujan lagi lebat. Ada la banjir sikit-sikit kat sesetengah tempat. Guruh dan petir serta kilat memancar-mancar. Oni plak buat scene...

"Ibu.... Takut!!!"Sambil nangeh. 
Adoiyaiii... ko ni. Ibu takleh jadi driver ambulans la kalu bawak ko skali. 
Yang Wawan pulak, baik pulak tido dalam car seat lepas penat menangeh. 

Sesampainya di klinik, aku cecepat turunkan Oni. Oni dok nangeh lagi macam aku ni nak tinggal dia sengsorang kat klinik tu. Haih! Kendian, aku cempung Wawan, bawak masuk klinik. Terus masuk bilik doktor. Wawan da nangeh balik. 

Dr. Ling timbang. Berat sudah jadi 7.3 kilo. Lepas dia check suma badan, siap tanggal suma baju pampes Wawan, Dr Ling cakap Wawan kena kudis. Tapi, dinasihatkan datang balik klinik hari Khamis untuk tengok keadaannya. Kalau dalam 3 hari ni, gelembung tu naik banyak, terus ke klinik.

Gelembung baru


Lega la aku dengar penjelasan doktor Cina yang agak pelat tuh. Aku memang camni. Selagi tak dapat opinion dari pakar kepercayaan aku, memang aku takleh dok diam. LAgi-lagi kalau bab baby. Kalau hal anak-anak, aku mmg caya kat Dr. Ling. Kalau hal aku lak, aku memang gi Dr. Saadiah jek. 

Nasib bek la Dr. Ling tak charge. Tu la first time pegi klinik FREE. HAhahaha... Lega sungguh. Alhamdulillah. Kalau klinik lain koman-koman kena RM20 hanya untuk consultation je. 

 Mekasih Dr. Ling kerana melegakan jiwa saya. Saya harap saya buleh berjiran dengan awak. HEEHHE..~ ntah mana rumah dia aku pun tatau. 

 Balik umah, pas mandi kan Oni dan aku sniri, aku keluar bilik tengok Wawan dah tido tersembam. Kesiann... tido sniri je. Susu pun tak minum. Letih la tu. Hujan masih lebat. Lebat sampai aku kena drive slow-slow dengan Oni yang nangeh tak berenti sebab takut kilat dan guruh. 

"Ibu.............hujan lebasss...."

"Oni, bukan hujan lebass. Hujan LEBAT laa.." aku masih lagi berusaha membetulkan tatabahasanya yang salah tu. Kalau ada Apak, tobat dia gelak dah. 

Kendian, aku buatkan susu untuk Oni dan aku tidokan. Lepas aku tidokan Oni, aku pun kemas rumah. Cadang nak mop lantai. So, aku pun prep kan la barang nak mop. Aku bubuh sabun dalam timba. Tetiba telepon bunyi.... AKu pun jawab la.

Alih-alih je, timba aku jadi camni...



Tahniah Makbed. Anda memang ibu yang mabeles. Jom kita main buih!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram