Followers

6 Oct 2011

Terasa macam dah cukup hidayah, tapi....

Gi memana pun , dalam beg duit sure ada singgit-singgit banyak. Bukan sebab senang nak bayar masa gi pasar tapi kerana.....



....senang nak bagi sedekah kat orang-orang yang selayaknya. 

Aku tau skang ni ramai bebenor la pemintak sedekah. Kalau kita tak bagi, kadang si pemintak sedekah ni buleh lak ngutuks kat belakang. 

Bagi ke tak bagi, itu atas diri sendiri. 

Tapi, kalau aku, aku bagi je sedaya mampu. 
Bersedekah ni ibarat mencuci hati dan membersihkan harta. Tak kisah la siapa pun peminta sedekah tu, kalau dia tipu , itu antara dia dengan Allah. 
Yang penting, kita selesaikan 'bahagian' kita. 
Sapalah kita nak cakap orang tu menipu dan malas bekerja lalu meminta sedekah mengharap ehsan ramai. Kita pun bukannya bagus sangat. 
Kalau pun kita rasa diri ini bagus dari si peminta yang malas tu, bukankah tu sudah dikira takbur?


Allah melaknat orang yang berjalan takbur di buminya. 


Sebab tu aku suka simpan singgit-singgit dalam beg tangan. Kalau ada je mintak, aku bagi. 
Yang minta derma masjid pun ada gak tapi aku bagi sedaya buleh je.
Kalau dia letak minimun derma adalah RM20, aku memang tak derma lansung, sebab tak semena-mena aku jadi tak ikhlas nak derma.
Cam kena ugut lak rasa. Korang penah tak rasa cam tu? 
Takyah bagi resit-mesit derma sebab kang buang je. Bukannya nak kena check pun resit tu kat akhirat esok. Resit tu plak buat orang rasa bersalah nak buang kalau ada tulis-tulis ayat Allah atasnya.
Patutnya, orang lepas menderma ni, dia terus lupa je duit yang dia derma tu. Kalau bagi resit, kang dia asyik dok ingat je. Tak sesuai betoi!


Jumaat lepas aku gi Maybank Lumut.
Depan tu ada seorang pakcik tengah duduk atas kusi, depan dia ada tabung yang diletakkan atas meja. Tabung derma bagi membina rumah anak yatim kat Kedah kalau tak silap. 
Asalnya, aku duduk lama je dalam kereta, usha pakcik tu. 
Pakcik tu bukan nya pegang tabung, tapi dia pegang kertas. Rupanya dia edarkan risalah. 

Ada orang-orang yang kebanyakkan Melayu lalu-lalang nak gi cucuk duit, sebilangan besarnya buat taktau aje kat pakcik tu even dia tengah hulurkan risalah. LAgi besh, pandang muka pakcik tu pun tak. Takut betui dema kat pakcik tu. Ada yang baik hati, lepas cucuk duit, dia masukkan sedikit sumbangan ke dalam tabung di atas meja. 
Pakcik tu ucap terima kasih, dan bagi risalah tu. 

Kendian, ada satu Cina masuk dalam bank.
PAkcik tu senyum aje kat Cina tu.
Cina tu pun senyum balik. 
Pakcik tu meneruskan memberi risalah walaupun dah lama dah berdiri. 
Sedih betui aku tengok pakcik tu. 


Cina yang dok sesenyum tu dah habih cucuk duit.
Kendian dia ajak pakcik tu duduk. 
Ntah hape ntah dia borak-borak ngan pakcik tu, lepas tu dia masukkan duit ke dalam tabung!
Aku cam kagum kejap. 
Eh, cina pun kasi derma kat rumah anak yatim Melayu ek?


Dah penat dah usha, aku pun kuar bersama Oni. 
Nak gi cucuk plak.
Pakcik tu senyum lagi. 
Sambil hulur risalah. Aku pun amik.....



Kat risalah tu ada tulih sedikit cerita pasal pembinaan rumah anak yatim yang terbengkalai akibat tak cukup duit. Kalau nak derma, buleh pakai akaun maybank2u. 
Disertakan sekali number akaunnya. 



Tapi, dikepilkan sekali........





Voucher KFC bernilai RM10. 
HAHAHAHAH...


"Pakcik, derma dapat voucher KFC ke?" aku tanya. Mana la tau kot dia salah bagi ke. Kot le tu voucher KFC dia kan. Dah tak dapat makan KFC pakcik tu nanti. 

Pakcik tu angguk. 

"Hamba Allah tadi yang Cina tu bagi. Dia bagi sepuluh kepin kat pakcik. Dia kata, bagi la kat sesapa yang pakcik suka...."

Aku terkesima jap. Tertanya-tanya aku, sapakah Cina tadi yang menderma tuh. Maka, aku pun tanya la sebab nak tau kan.


"Ohh.. katanya dia tokeh KFC kat Johor. Dia datang sini tengok adik dia sakit... Dia bukan Islam. Tapi, adiknya Islam. Kawin dengan Melayu. Cam tu la dia cakap kat Pakcik..." beritahunya.

Oh...skang tahulah sudah aku siapa Cina tu...


Allah bagi hidayah kat sesapa yang dia suka. KAlau macam kita ni, rasa macam dah 'cukup' hidayah, tapi hati dok itam lagi... apsal ye?


-malu sendiri-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram