Followers

28 Oct 2011

Tempe Goreng Bercili

Inche Kitchi telah membuat seperais pagi tadi cakap nak balik. Katanya kelas this evening dan tomorrow takde. Hari Ahad malam baru ada. So, dia pun balik laaa... 

LEga sikit. Kang mak sure sampai lewat malam. Buleh la dia gi amik kat gate. 


Sementara menunggu Inche Kitchi sampai petang, untuk lunch aku sediakan sambal tumis sotong kering. Tetiba, teringat plak tempe yang aku beli hari tu. Sejak mengandung Wawan la ni aku gilakan tempe. Mungkin sebab tu gak le kot Wawan berkulit cerah. Makan tempe goreng la, tempe masak lemak la. HEHEH..

Alang-alang aku dah blend cabai untuk buat sambal tumis, aku guna sikit untuk wat tempe goreng bercili. 





Aku lupa nak snap awal-awal tadi. Ni dah tinggal seciput jek dah. Inche Kitchi kata sedap. Weehu! Buleh la share resepi kat sini. Dah lama dah tak hapdet resepi terkini. 


Bahan-bahan:

1 bungkus tempe
1 biji bawang besar (kalau nak pakai bawang merah, pakai 3 biji) - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
5 tangkai cili kering - potong nipis, serong pakai gunting. Buang biji.
1 genggam ikan bilis
Cili boh / cili blender. Aku pakai dalam satu senduk je. Kalau lebih lagi sedap. 
2 sudu makan kicap manis. 
1 sudu makan gula
sedikit garam


CAra-caranya:

Memula, goreng tempe dan ikan bilis, Asingkan. 
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Kendian, masukkan cili kering yang dihiris-hiris tu. Goreng sampai garing. 
Masukkan cili boh. MAsak sampai naik minyak. 
Lepas tu masukkan kicap manis. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. 
Last skali baru masukkan tempe dan ikan bilis tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram