Followers

2 Oct 2011

Rumitnya hidup. Rumit lagi proses kejadian kita.




Menjadi Ibu adalah sesuatu yang sukar digambarkan.

Perjalanan yang penuh pengorbanan demi nyawa seorang insan yang diamanahkan Allah.
KEnapa begitu rumit perjalanannya?
Jika Allah sayangkan hamba-Nya kenapa perlu melalui segala kerumitan hanya kerana mahu mempunyai anak?
Bukankah Allah itu Maha Pencipta. Maha Berkuasa.
Kenapa tidak Dia terus ciptakan bayi, letak aje depan rumah dalam bakul.
HAri ni wish nak baby, besok baby pun sampai....
Kenapa tak macam tu?
Kejam kah Allah ini?

Lepas menonton video ni, dan selepas beberapa kali melalui proses kehamilan dan melahirkan, aku mula paham. Segala proses rumit kejadian manusia yang tidak terjangkau di akal, segala kesakitan dan kepayahan yang seorang ibu mesti lalui itu adalah supaya kita, para manusia ni sedar yang kita ini hanyalah seorang HAMBA-NYA. Hidup ni tak mungkin semudah yang kita harapkan.
Hidup ini MESTI ada pengorbanan. 
KAlau semua nak senang je, tak thrill la hidup kita. 
TAk gunalah Allah kurniakan akal, hati dan nafsu kalau kita tak tahu memanfaatkannya.
Kalau kita hanya nak senang segala, akal, hati dan nafsu tu tak payah ada.
MAka, kita buleh la idop seperti Robot. 

Kesusahan dan kepayahan mengajar kita erti bersyukur.
Keperitan mengajar kita erti menghargai sesuatu kegembiraan. 
Bila kita senang, kita akan sentiasa terkenangkan kepayahan sebelum datangnya kesenangan tu. 
Proses kejadian manusia, dari alam rahim sehingga kelahirannya boleh disamakan dengan segala macam kisah kehidupan manusia yang berjaya. 

Kalau nak senang, main order je baby tu, besok-besok rasa dah takmo buleh return balik. HEE.. tak ke naya tu? 

Bila tengok ni, aku rasa cam tak layak lansung nak mengeluh susah. 
Kekadang rasa nak putus asa. 
TApi, terkenangkan camana MAk susah melahirkan aku, segala pengorbanan dan jerih-payahnya melahirkan aku, layakkah aku nak berputus-asa dalam hidup?
Penat MAk meneran keluarkan aku. 
Sia-sia je MAk kandungkan aku dalam rahimnya sampai 9 bulan kalau kemudiannya bila aku hidup dalam dunia ni, aku piliih nak berputus-asa dan menjahanamkan hidup sendiri.
Kalau camtu, bek takyah beranak. KAn?

Skang aku pun dah jadi Ibu. 
AKu taktau la camana kehidupan yang Oni dan Wawan akan lalui di masa depan. PAstinya lebih mencabar. Skang pun cukup menggusarkan. 
TApi, aku doakan agar anak-anak aku tidak pernah putus asa dalam hidup. Berusahalah walau sesukar mana pun. Kerana Ibu tidak pernah berputus asa demi kamu. 

Ibu tak harap kamu mengejar kejayaan demi membalas jasa Ibu.
Cukuplah kamu menjadi anak yang soleh dan solehah. 
Yang buleh berbakti pada Agama, BAngsa dan Negara. 
Yang menjaga kehormatan diri..
Yang jujur dan amanah pada diri sendiri.
Yang tahu berbudi dan merendah diri.


Jangan sia-siakan kesakitan Ibu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram