Followers

13 Oct 2011

Real Steel. Silalah tengok.










Sebelum Inche Kitchi nak meninggalkan kitorang lama-lama, aku ajak le beliau gi dating dulu. Siang-siang lagi Cukod tepon ajak tengok Real Steel sesama bersama kengkawan opis lama yang lain. Tapi, dia nak gi tengok kol 9.40 malam punya show. Aku lak memang da plan nak nengok , tapi taknak la tengok lewat sebab tak bawak Oni dan Wawan skali. So, pegi la awal sikit.

Memula rasa cam berbelah bagi nak tengok citer ni sebab tak rasa cam thrill pun. Harap Hugh Jackman je. Tapi, aku penah tengok trailer citer ni. Rasa cam ok-ok je, bajet cam citer ni nak tiru Transformer je. Humm.. Hollywood dah ketandusan idea dah kot nak buat movie. Balik-balik robot. Phhhbbtt!

Sangkaan aku bahawasanya citer ni tak best rupanya meleset sama sekali. Boleh dikatakan, ini merupakan citer yang sungguh memberi inspirasi. Tak sama lansung la cam citer Transformer tu walaupun spesis pelakon utama nya sama je, dari golongan robot-robotan.

Nak kasi sinopsis, aku tak pandai. Korang google je lah sniri. Banyak pengajaran yang buleh diteladani dari citer ni antaranya:


  1. Jangan bodoh sombong.
  2. Jangan segan menurunkan ego untuk mengakui kesilapan.
  3. Jangan ego untuk mengaku bahawa budak 11 tahun lebih pandai dan well-behaved daripada diri anda yang telah dewasa itu. 
  4. Sikap negatif dan suka membandingkan keupayaan diri dengan orang lain tidak akan bawa diri ke mana-mana pintu kejayaan pun. 
  5. Rupa paras yang ganas, cun, badan yang besar dan tough tidak membawa apa-apa makna kerana seseorang yang mengecapi kemenangan yang mudah biasanya tidak tahu menghargai apa yang dia ada. Tidak pernah merasa susah. Sebaliknya, bagi si buruk, si hodoh yang bertubuh kecil, walaupun kerdil dari segi saiz, tapi jika ada dia mampu 'bertahan' , he will survive walaupun kena debik ngan orang besar sekali pun. 
  6. Courage is the main factor of winning.
  7. Belajar menghargai diri sendiri, kemudian orang lain pun akan menghargai kewujudan anda.
  8. Benda buruk tak semestinya takleh guna. 

Somehow, citer ni menyentuh hati aku. Ntah tang mana yang touching sangat. Tapi takde la sampai nangeh. Cuma kaki ngan tangan tu nak naik je rasa, macam kite tengok citer gusti-gusti tuh. HAHAHA... lama tak rasa thrill macam tu weh. Korang tengok lah. CIter ni akan memberi semangat kat korang in a very cool way.


Entah bila la industri filem negara kita mampu nak buat movie yang macam gini. Balik-balik citer hantu. Balik-balik citer cinta. Citer merepek-repek pun ada... Buleh tak wat movie yang buleh wat orang tak kata 'ala........donlod je tengok kat umah pun buleh. pirate pun pirate lah!'  Kasi la semangat sikit. Jangan nak menyalahkan orang je asik beli yang cetak rompak. Camana tak gi cari yang pirate, nak tengok ori pun tak semangat. Rasa cam buang duit jek...


Pssttt..Bambam Bee da baik dah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram