Followers

9 Oct 2011

Kisah 'peniarapan' Nur Najwan Muhammad



Najwan sudah 3 bulan 2 minggu hari ini. Dan, semalam setelah penat bertungkus-lumus, dia berjaya meniarap!

Kemain suka si kakak, terkinja-kinja meraikan kejayaan si adik. Lawak la pulak nengok Oni.

Seminggu dah Wawan cuba golek-golek, kiri dan kanan. MAhu mengiring. Oni nampak resah je. Maybe dia risau tengok Wawan macam cacing kepanasan.

"Ibu, Adik nak angun tu.." kata Oni.

Aku biarkan saja.

Satu hari, ketika aku letakkan Wawan atas tilam, sengaja aku 'bantu' Wawan mencapai 'misi'nya. Bersinar-sinar mata Wawan. Oh, macam ni ke caranya....mungkin itula kata Wawan dalam bahasanya.


Oni plak nampak. Then, she's been 'helping' Wawan ever since. Nampak je Wawan berusaha nak mengiring, Oni pi golekkan dia bagi meniarap. Kadang aku marah , sebab Adik tu tak ready nak golek, dia dah tolong pusingkan. Kesian Adik, tercungap-cungap menahan napas. Wawan ni plak, yang bagusnya dia ni, suara dia kuat. Kalau dia tak suka, dia bantai jerit ja. 


Saat Wawan berjaya meniarap tu. aku tengah nengok citer Asmara Pontianan K-Pop. Sambil gelak golek-golek atas tilam depan tv, aku peratikan je la Wawan dok berkeluh-kesah berusaha nak pusing.

Tetiba............


"Ibu!! Ibu!! Adik golek. Adik golek!!!!" Panggil Oni terjerit-jerit.


Wawan dah buleh meniarap sendiri buat kali pertama....

Tahniah Anakku. Banyak lagi yang perlu kamu belajar.


Pastu, Oni plak tiru si Wawan buat percubaan golek atas tilam. HAHAHAH... Nak mintak puji la tu! Cis!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram