Followers

9 Oct 2011

[INFO] Masa Menunggu Pembedahan Elektif Dipendekkan.

PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Masa menunggu pesakit untuk menjalani pembedahan elektif (bukan kritikal) akan dapat dipendekkan lagi apabila 19 hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan pembedahan pada hari Sabtu tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata buat permulaan perkhidmatan itu diperkenalkan di 19 hospital yang mempunyai beban kerja pembedahan yang tinggi dan bilangan hospital yang menyediakan perkhidmatan itu akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Sembilan belas hospital tersebut ialah di Kangar, Alor Setar, Sungai Petani, Pulau Pinang, Taiping, Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Putrajaya, Selayang, Klang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Muar, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita di pejabat beliau di sini Rabu.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif sebanyak RM200 sejam kepada pakar perubatan dan RM80 sejam kepada pegawai perubatan yang menjalankan pembedahan elektif pada hari Sabtu di hospital-hospital tersebut.

Beliau berkata bilangan pembedahan yang dijalankan di hospital-hospital kerajaan meningkat sebanyak 23 peratus dari 636,867 pembedahan pada 2002 kepada 782,514 pembedahan pada 2006.

Keutamaan pembedahan diberikan kepada kes kecemasan menyebabkan pesakit yang memerlukan pembedahan bagi kes bukan kecemasan terpaksa menunggu lama antara satu dan enam bulan bergantung kepada jenis pembedahan ketika ini.

Liow berkata sebanyak 14 buah klinik kesihatan pula akan memanjangkan tempoh perkhidmatan selepas waktu pejabat mulai 5.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari bekerja dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.

Klinik-klinik terbabit ialah di Alor Setar; Greentown, Ipoh; Anika, Klang; Selayang Baru; Seremban; Peringgit, Melaka; Mahmoodiah, Johor Bahru; Bandar Maharani, Muar; Kuantan; Kuala Terengganu; Kota Bahru; Jalan Masjid, Kuching; Sandakan dan Putrajaya.

Bayaran insentif bagi pegawai perubatan yang bertugas selepas waktu pejabat di klinik-klinik tersebut akan dinaikkan dari RM30 sejam kepada RM80 sejam tidak lama lagi setelah kerajaan meluluskannya hari ini, katanya.

Selain klinik kesihatan tersebut, bayaran insentif itu juga disediakan untuk pegawai perubatan yang bertugas selepas waktu pejabat di unit-unit kecemasan hospital.

Penambahan tempoh perkhidmatan klinik-klinik berkenaan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah dan cepat selepas waktu pejabat.

Ia juga akan dapat mengurangkan beban kerja di unit kecemasan hospital dan membolehkan unit itu memberi tumpuan dan perkhidmatan yang lebih efisien kepada pesakit-pesakit kecemasan.

Semua insentif itu disediakan bagi memberi motivasi kepada mereka untuk berkhidmat dengan hospital dan klinik kerajaan dan seterusnya memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada rakyat, katanya.

-- BERNAMA 





Makbed berkata:
Sebab itulah pentingnya insurans yang ada medical card. 
Sekurang-kurangnya, kita ada option nak gi operate kat mana pun.
Kalau ada CASH, takkan nak tunggu giliran sampai 32 minggu kan kan kan? 
Walaupun cuma pembedahan elektif, tapi kalau biar lama-lama pun buleh mudarat jugak pe. 
So, silalah tingkatkan kesedaran tentang pentingnya insurans nyawa dan rajin-rajinkan bertanya. Bagi yang dah ada, rujuk HAK anda pada agent anda. MAke sure anda paham semuanya. 

Kalau tak paham, buleh tanya saye je... HEHHE....Toksah memalu. TET!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram