Followers

25 Oct 2011

Hey, jaga tepi kain kau sajalah!

Aku pernah dengar satu ceramah agama berkenaan dengan MENJAGA TEPI KAIN ORANG dan kaitannya dalam masyarakat. KEnapa harus ada sifat MENJAGA TEPI KAIN ORANG ni.


HAkikatnya tak ada sesiapa pun yang suka 'tepi kainnya' dijaga. Hidup harus ada privacy dan kita lebih suka orang tak amik tahu pasal kita.

Tahukah kita orang yang suka-menjaga-tepi-kain-orang-lain punya musuh adalah orang-yang-suka- membawa-mulut-pasal-orang-lain ?

 Kedua-dua golongon ni completely tak sama dan kita harus tahu perbezaan mereka.


Hakikatnya menjaga tepi kain orang adalah satu sifat yang baik dan perlu ada dalam diri setiap seorang dari kita. Ia memang amalan yang dituntut dalam Islam kerana mengikut sabda Nabi Muhammad SAW:

 “Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah.” (HR. Muslim )


Istilah jaga tepi kain orang ni sebenonye istilah orang Melayu kita la kan. 
Saja je bagi nampak cam buruk. Aku pun tak paham apsal dia sebut 'jaga tepi kain'.
Sebut le jaga tepi peti ais ke, jaga tepi dapo ke... Atau jaga tepi seluar jeans ke...
Sama je kot? KEKEKE...

Islam itu adalah agama yang penuh dengan nasihat. Dalam Al-Quran pun banyak segala nasihat.

Kalau orang tegur kita bercakap biadab dengan orang, tak perlu lah maki hamun orang yang menegur tu. Jika tak suka dia tegur pun, simpanlah dalam hati. 
Kena pikir , mungkin orang yang menegur tu merasakan diri dia betul dan dia bertanggungjawab untuk menegur.
BIarlah dia jalankan tanggungjawabnya. Dia berhak.

KAlau ada orang tegur soal menutup aurat dengan betul, terima lah hakikatnya. 
Tidak perlu cuba menegakkan perkara yang sedia tidak betul.  
Diam-diam suda. 
Orang lain cuba menjalankan tanggungjawabnya.
KAlau awak tak suka dengan teguran dia, diam saja. 
Awak lebih tahu diri awak. Kalau awak takmau pakai sekarang, terpulanglah.

Adilkah memarahi orang yang mengambil berat pasal kehidupan anda? 
Sebagai contoh, jiran ada berpesan supaya tengok-tengokkan suami atau anak-anak yang agak nakal di luar.
Si jiran cuma berpesan. 
Semestinya dia tahu sesuatu tapi dia nak awak tahu sendiri. 
TAk payah la tetiba marah melantun-lantun cakap kat si jiran tu " Awak tak payah sebok-sebok hal rumahtangga saya. Saya tau lah jaga keluarga saya!!"

Ye memang, itu hal keluarga awak. Tapi, katelah jadi sesuatu yang tak baik, seperti yang telah diwarning oleh jiran tu, tak ke awak malu sendiri nanti? 
Dah tak pepasal tak leh nak mintak tolon si jiran tu sebab awak dah maki dia awal-awal. 
Lagi teruk kalau maki orang tu dalam fesbuk. Semua orang nampak.


Jangan 'balas dendam' dengan menyindir dia. Jangan nafikan hak dia untuk menegur kamu dengan menggunakan segala dalil yang kamu hafal. Jangan bermasam muka. Kerana itu hanya akan menjauhkan dia dari kamu. Sebaliknya kembalilah berlapang dada dan ber-husnu dzon.
Wahai manusia, sesungguhnya saya berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah Yang Maha Agung dalam semua urusan dan keadaan. Sentiasalah bersama kebenaran dalam perkara yang kamu sukai atau benci. Sesungguhnya tiada kebaikan pada percakapan yang tiada kebenaran. Sesiapa yang berdusta, maka dia melakukan maksiat. Sesiapa bermaksiat, dia binasa. Berwaspadalah dengan kesombongan. Apa ertinya kesombongan pada hamba yang diciptakan daripada tanah, sedangkan kepada tanah dia kembali?
-Saidina Abu Bakar


Sumber : SINI..silalah klik sebab besh baca menda nih. 


Ingat, jika tidak suka, suara kan ketidaksukaan anda berkenaan teguran tu secara baik.
Kita kan ada akal dan semua bijak pandai. 
Tak reti berdiplomasi kah? 
KEnapa nak bersinsing lengan gado-gado kerana sifat menjaga tepi kain tu?

BErlainan dengan orang yang suka bawak mulut , mengumpat keji orang lain. Mangsanya lansung tak tahu menahu pasal menda yang diumpatnya, tetau je cerita buruk dah sampai kepada orang lain. Samada citer tu betul atau tak, tiada sapa buleh sahkan. 
YAng ni adalah sangat bahaya. 
TApi, jangan risau sangat. KAlau kita buat tatau je kat orang , lelama dia berenti lah. Takyah nak pepanjang citer gado sampai 4 tahun tak baik-baik. Huhuhu~


HArus ada golongan yang suka menjaga tepi kain orang lain untuk keselamatan dan kerukunan hidup. KAta ustaz yang kasi ceramah pasal jaga tepi kain ni...


 "Penting jaga tepi kain orang... KAlau tepi kain dia ada ular, kita kena warning dia. KAng, kalu dia terpijak ular tu, kita jugak yang kena bawak dia pi spital. NAk ke kita tengok orang tu sengsara akibat dipatuk ular.... sakit peritnya Allah je yang tahu. Orang MElayu dulu-dulu tak buat pepatah JAGA TEPI KAIN ORANG saja-saja. Ada sebab. Dan inilah maksudnya..."


Tapi....................


Orang skang ni tak suka dengan si penjaga tepi kain.

Dan orang skang dah tak pakai kain sangat.

Kita dah pakai seluar. Dan yang paling besh skali..

yang pakai skirt pendek. HAHAHAHA.. Diorang sengaja pakai skirt pendek sebab tak nak orang jaga tepi kain diorang.

Betul x?


Contoh orang yang mengumpat keji ni plak...

"Bila dia nampak ular kat tepi kain orang tu, dia tak tegur dan warning. TApi, dia pi heboh kat orang kampung suma cakap "woii ado ular kat tepi kain SI PEAH tu woii!!!" sambil gelak-gelak tak ketahuan hala. Dia lansung tak ada usaha nak tolong pukul ular tu atau at least cakap "shooh! shoohh!!" Bila orang tu dipatuk ular, dia hanya tengok saja... "

Tu la dia 'balaghah' atau dalam bahasa melayunya 'ibarat' dalah kehidupan. 


Sumber: google images
Jaga tepi kain cenggini besh gak kan? Sambil-sambil tu 'berdoa' agar kainnye terselak sikit.



P/S: Kepada rakan-rakan yang begitu mengambil berat dan menjaga tepi kain aku, terima kasih banyak. Terasa diri disayangi. 

Jaga hal tepi kain je, dalam kain tak yah la ekk..~ HUHUHUAHUHAUHA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram